10 Tanda Seorang Suami Yang Bijak dan Baik

Keluarga bahagia adalah satu idaman untuk semua orang. Sudah semestinya kebahagiaan rumahtangga tidak datang begitu sahaja melainkan diusahakan oleh kedua pihak baik pihak suami maupun isteri.

Namun orang yang penting dalam usaha tersebut ialah suami yang bijak. Ini tidak bermakna kita menidakkan peranan seorang isteri. Hasil kerjasama dan kerja sepakat sudah pasti dapat membawa kebahagiaan keluarga itu sendiri.

Terdapat 10 tanda seorang suami yang bijak. Tahap kebijakan suami dapat dikenalpasti seperti berikut. Mudah-mudahan dengan perkongsian ini dijadikan panduan supaya suami atau bakal suami menjadi seorang yang bijak dalam mengendali bahtera rumahtangga.

suami bijak

1. Hal kerja tidak dibawa ke rumah

Suami yang bijak tidak akan membebankan fikirannya yang berserabut dengan soal kerja ke rumah. Anak dan isteri memang tidak patut dilibatkan. Soal kerja biarlah ditinggalkan di tempat kerja. Takkan kisah bos ada skandal dengan setiausaha boleh diceritakan ke rumah.

Sebagai seorang isteri, mungkin ada yang ingin juga dapat tahu tentang keadaan pekerjaan suami di tempat kerjanya. Mereka akan lebih gemar jika suami tidak underestimate keupayaan isteri hendak memahami suami dari segi kerja , masalah dan sebagainya.

Tapi dari satu segi tu, bila stress di tempat kerja janganlah melepaskan stress di rumah. Boleh suami berbincang atau sekadar bercerita, meluahkan hati dengan isteri itu dapat membantu isteri lebih memahami suami, yang akhirnya menjadi manfaat kepada suami.

Bayangkan kalau suami tidak berkongsi dengan isteri tentang bos yang kurang timbang rasa di pejabat yang nak suruh kerja pada hujung minggu, lepas tu isteri ni pula hujung minggu ajak untuk pergi  berjalan-jalan. Mesti stress gila bagi si suami. Ini memang bukan salah si isteri jika dia kurang memahami.

2. Sentiasa berkata yang baik-baik

Akhlak seseorang mudah diterjemahkan melalui komunikasi lisan. Suami yang bijak tidak akan bercakap celupar, kotor atau ayat sumpah seranah. Nak dengar pun rasa sakit hati.

Sebab itu suami yang bijak akan berkata-kata dengan suara yang lembut, tutur kata yang sedap telinga mendengar dan ayat yang memikat. Anak dara di luar harus hati-hati dengan suami jenis ini kerana mereka boleh terperasan nanti.

3. Bersabar dalam banyak perkara

Orang bijak sudah sinonim dengan orang yang sabar. Jadi suami yang bijak ialah orang sabar melayan karenah isteri yang pelik, sukar dijangka dan 101 kelemahan sebagai manusia.

Misal keadaan fizikal yang tidak menawan seperti yang dulu-dulu. Ada juga isteri yang jadi pemarah walaupun langit sentiasa cerah. Angin tidak. Ribut pun tidak.

4. Seorang yang tenang berhadapan masalah

Mana ada manusia yang ada di dunia tidak diuji dengan masalah hidup. Begitu juga sama dalam kes rumahtangga. Sebagai ketua keluarga yang bijak, jangan menunjukkan rasa resah dan gelisah yang keterlaluan.

Ada masalah besar sekalipun mesti dihadapi dengan hati yang tenang dan cari penyelesaian sungguh-sungguh. Tindakan bijak begini akan menjadi sumber inspirasi kepada ahli keluarga yang lain.

5. Bertindak rasional setiap masa

Dalam melayari bahtera merdeka rumahtangga sudah pasti berhadapan dengan ombak rindu dan badai. Oleh itu suami yang bijak perlu rasional dalam tindakannya. Tak boleh bertindak secara melulu dan membuta tuli tanpa usul periksa.

Contohnya tindakan si isteri yang tak sudi untuk ‘gitu-gitu’ dengan suami jangan pula ada keinginan untuk tambah cawangan pula. Lain-lain kalau bertahun-tahun minta ‘gitu-gitu’ tetapi tak dilayan bolehlah mulakan langkah kanan untuk cari pengganti. Itu baru dinamakan suami yang bijak.

6. Bantu buat kerja rumah

Kebanyakan suami ingat kerja rumah adalah tanggungjawab isteri dan mereka tidak pernah bantu untuk buat sebarang kerja rumah bila ada dalam rumah. Biarpun cuci pinggang sendiri makan pun tak mahu. Mereka lebih suka saja baring atas sofa dan tengok TV.

Ini memang banyak tidak disukai oleh isteri. Sebagai seorang suami yang mempunyai kasih sayang, boleh juga anda tolong sapu lantai, masukkan baju ke dalam mesin basuh, buang sampah, atau cuci pinggang selepas makan. Kadang-kadang cuma perlu anda tunjukkan sedikit niat untuk membantu dalam buat kerja rumah sudah dapat menggembirakan isteri anda.

7. Jadi seorang pendengar yang baik

Isteri mungkin tidak jumpa suaminya sepanjang hari, mungkin dia sibuk di tempat kerja atau rumah. Apabila dia bertemu dengan suaminya, dia akan cuba membuka hatinya kepada suami.

Itulah cara untuk berhubung dengan suami selepas seharian bekerja. Sebagai seorang suami yang kasih sayang, anda perlu mendengar dengan teliti dan bersemangat untuk apa yang dia katakan.

Tetapi, menjadikannya perbualan dan bukan hanya monolog. Anda perlu membuatnya merasa bahawa anda ada tumpu perhatian untuk dengar apa yang dia cakap dan dia akan rasa lega diri selepas berbual dengan suaminya.

8. Mempunyai Kesabaran

Seorang suami yang bijak tidak akan mudah jadi marah dengan isteri atau anak-anak mereka. Suami yang sabar tidak mudah rasa kecewa apabila menghadapi masalah. Dia boleh bertolak ansur dengan kesakitan atau menanggung penderitaan kerana dia sedar bahawa semua ni hanya percubaan yang akan menjadikan dia lebih kuat.

9. Pengampunan

Suami yang bijak akan selalu mengampun kesalahan isteri. Dia tidak akan melihat kembali kesalahan masa lalu isteri. Dia tahu bagaimana untuk memaafkan, melupakan, dan maju untuk hidup bahagia dengan isteri dan anak-anak.

10. Beri Kebebasan

Ada sesetengah suami yang suka kawal isteri dengan sepenuhnya. Isteri tidak bebas untuk keluar bersama kawannya. Isteri tidak boleh pergi ke mana-mana tanpa diikuti oleh suami. Ini akan menjadikan isteri langsung hilang kebebasan yang dia sepatutnya ada.

Sebagai seorang suami yang bijak, anda sepatutnya berikan kebebasan tertentu bagi isteri dan biarkan dia lakukan apa yang dia nikmati selagi perkara yang dilakukannya tidak mengancamkan kebahagian kehidupan keluarga.

Tanda-tanda ini bukan mutlak untuk membuktikan suami itu seorang yang bijak. Mungkin ada tanda lain yang lebih meyakinkan. Oleh itu amat wajar para pembaca bagi komen pula di bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *