Web Analytics
Ciri-ciri Lelaki Kacak Yang Digemari Oleh Wanita

Ciri-ciri Lelaki Kacak Yang Digemari Oleh Wanita

Lelaki kacak? Iya sejujurnya saya juga adalah di antara wanita yang gemar melihat kekacakan lelaki. Tapi… bukannya kekacakan yang terpampang pada paras rupa, sebaliknya sifat kacak dari dalam lelaki itu sendiri.

Jangan tanya saya kenapa kerana umum sudah mengetahui makna kecantikan pada setiap insan itu adalah subjektif. Bergantung kepada siapa yang menilainya.

lelaki kacak
lelaki kacak

Okey selesai mukadimah tidak seberapa mengenai lelaki kacak, apa kata kita terus masuk ke dalam sifat lelaki yang betul-betul menampakkan kekacakan mereka di mata saya. Baca sehingga korang termuntah.

1. Lelaki kacak adalah kalangan lelaki yang rajin bekerja.
Cuba bayangkan sekiranya teman lelaki atau suami korang seorang yang pemalas. Tambah parah bila dia sendiri dengan rela hati bertukar profession daripada seorang yang patut menyara keluarga kepada yang disara. Alahai… tak ke sakit hati dibuatnya.

Time kita sibuk membanting tulang di tempat kerja, suami atau teman lelaki pula sibuk menambah negara baharu dalam peta dunia yang terdapat pada bantal busuknya.

Apa yang dia tahu, meminta duit poket kamu pada setiap hujung bulan. Kalau nak harapkan duit poket daripadanya, sampai kucing bertanduk gamaknya. Agak-agak korang, masih adakah kekacakan yang tinggal pada lelaki jenis ni?

lelaki kacak 2

2. Lelaki kacak tidak suka mengambil kesempatan.
Setuju tak kalau saya katakan bahawa kebanyakan lelaki kacak adalah daripada golongan yang bekerja? Betul! Bukan saya yang kata macam tu, tapi professor serba tahu sendiri yang mengiyakannya.

Apa yang saya perhatikan pada lelaki-lelaki good looking ini ialah kebanyakan daripada mereka adalah lahir daripada golongan smart yang serius menjaga penampilan diri even pada waktu senggang mereka. Dan percaya atau tidak totally most of them adalah golongan yang kita panggil lelaki skema yang berkerjaya.

So kalau dah berkerjaya tu, secara automatiknya mereka juga akan kurang mengambil kesempatan kepada kaum hawa. Tak kiralah dari segi kewangan mahu pun materiel kerana mereka sudah mampu berdikari.

By the way, lelaki kacak juga tidak akan mengambil kesempatan daripada sifat lemah seorang wanita. I mean mereka akan sentiasa menjaga dan menghormati maruah seorang wanita sehinggakan nak berpegangan tangan pun depa fikir dua tiga ratus kali sebelum melakukannya. Sweet dan cool kan dapat lelaki macam ni 🙂

3. Lelaki yang kacak tidak akan menjadi suami yang masih suka berlagak seperti orang bujang.
Okey serius sifat lelaki yang satu ni buat saya mendidih. Setiap hari kerjanya asyik nak bergaya je, pakai baju itu, sembur pewangi ini dan bubuh kaca mata besar yang kononnya up to date sebagai menjaga penampilan dan gaya beliau.

Paling tak boleh blah bila dia siap pasang impian untuk bertanding dengan orang muda, siapa yang lebih muda remaja giteww. Tak kacak… memang sampai bila-bila pun tak akan masuk dalam kategori lelaki kacak idaman saya.

Pada saya lelaki kacak perlulah seiring dengan status dirinya. Nak tahu macam mana? Hah, dengan memakai kopiah dan duduk dalam surau mendalami agama.

lelaki kacak 3

Hehe… yang tu drastik sangat kot. Macam tak nampak kacak secara alami rite. Baiklah tak mau main, sebenarnya saya lebih suka lelaki yang bersederhana dalam serba-serbi. Maksud saya lelaki yang tahu tanggungjawabnya sebagai ayah kepada anaknya yang berdozen.

Yang tahu bagaimana memperlakukan isterinya seperti mana time bercinta dulu. Juga yang tahu bagaimana menghabiskan masa dengan keluarganya. Paling penting dia tahu beza di antara seorang lelaki bujang dengan lelaki kacak yang sudah beristeri. Serius saya rasa lelaki yang macam tu bertimpa-timpa kacaknya…

4. Lelaki yang kacak sentiasa berbuat baik kepada isterinya.
Pernah tak korang dengar peribahasa pijak semut pun tak mati? Off course pernahkan, especially mereka yang rajin membaca majalah mingguan wanita tu. Kononnya kalau depan isteri merekalah lelaki terbaik dan sempurna.

Sedang di belakang sebenarnya perangai mereka tak ubah seperti hantu raya. Hah, untuk pengetahuan korang, lelaki kacak tak berperangai seperti tu tau. Depa selalunya baik setiap masa kepada isteri, tak kiralah sama ada di depan atau belakang isteri masing-masing.

5. Lelaki kacak pandai mengawal perasan marahnya dan menghargai wanita.
Lelaki jenis ni memang terserlah kekacakannya. Apa lagi kalau dia boleh bersabar dengan segala tingkah laku pasangan even sudah puluhan tahun berumahtangga.

Kalau boleh dia yang terlebih dahulu mengalah bila berlakunya perselisihan faham dan mengambil inisiatif yang kreatif untuk menasihati pasangannya. Malah lelaki jenis ini tidak akan pernah terfikir sedikit pun untuk menyakiti pasangan mereka. Walaupun amarah mereka sudah berada di tahap gaban. Kacak bukan?

lelaki kacak 4

6. Lelaki kacak tidak suka bermuka-muka dan berbohong.
Agak-agak korang, kacak ke seorang lelaki yang mempunyai raut wajah seperti Brad Pitt tapi mempunyai tabiat buruk iaitu suka berbohong dan bermuka-muka pada kamu? Confirm menyampahkan. Dan bayangkan bagaimana perasaan korang bila hampir setiap hari dibohongi oleh lelaki yang hanya berniat mengaut untung daripada kebodohan korang. Pendek kata segala katanya lebih banyak yang tipu berbanding yang betul. Alahai… nasihat saya tinggalkan je lelaki tak kacak macam ni. Berbaloi-baloi.

7. Lelaki kacak dan mantap rajin mengerjakan suruhan agama.
Tinggal solat lima waktu? Tak mainlah beb! Lelaki kacak akan sentiasa memastikan solatnya berjaga, bukan hanya sembahyang sekali dalam setahun iaitu Solat Sunat Hari Raya. Bahkan seluruh ahli keluarganya turut diperintah untuk mengerjakan suruhan-NYA. Sejuk tau hati memandang.

8. Lelaki yang sentiasa menghulurkan duit kepada isterinya.
Jangan tak tahu, pengertian lelaki kacak di mata seorang wanita zaman ini sebenarnya bukan hanya diukur dari luaran lelaki tersebut, bahkan juga menjurus kepada sifat yang ada dalam diri lelaki tersebut iaitu tidak kedekut menghulurkan Ringgit Malaysia kepadanya.

Hehe… tipu saya katakan kalau ada di kalangan wanita *la ni yang tak pandang kepada wang dan material (kecuali dalam filem Hindi). Sedikit sebanyak wang ringgit juga memainkan peranan penting. Rasional sikit okey.

9. Lelaki kacak tidak akan minum arak, berjudi, berbohong dan kaki perempuan.
Ingat! Kalau dapat lelaki kacak tang ni, korang jangan lupa untuk melakukan sujud syukur. Sebab kalau nak tahu, kombinasi keempat-empat sikap ini memang jarang dipenuhi oleh lelaki berkualiti zaman millenium ni. Kebanyakannya mesti akan mempunyai salah satu sifat di atas. Paling koman pun suka berbohong.

10. Lelaki yang lebih mementingkan rumahtangga berbanding hobi dan rakan-rakan.
Kalau korang nak tahu, perangai lelaki kacak yang satu inilah sangat disukai oleh wanita bernama isteri. Tambah membahagiakan bila suami dengan rela hati berkongsi hobi dengan keluarga dan membuang terus sifat melepak dengan rakan-rakan demi kebahagiaan keluarga.

lelaki kacak 5

Selain daripada senarai di atas, seorang lelaki kacak dan mantap di mata saya perlulah mempunyai sifat-sifat or at least salah satu sifat di bawah. Rasanya tak perlulah saya huraikan satu persatu isi di bawah kerana apa yang ada di atas pun belum tentu habis korang baca. Betul tak? Hehe… jadi saya skipkan penerangan tu ek.

  • Lelaki kacak yang tidak merokok super cool kacaknya.
  • Lelaki kacak yang pemurah dan tidak lokek menghulurkan sedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Lelaki kacak yang sentiasa berpakaian sopan dan kemas.
  • Lelaki kacak menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.
  • Lelaki kacak yang bersifat gentleman.
  • Lelaki yang raut wajahnya sentiasa tenang, memang sejuk mata memandang…
  • Lelaki yang mudah diajak berbincang dan sentiasa bertolak-ansur dalam sebarang keputusan yang dibuat.
  • Lelaki yang kacak tidak mementingkan diri sendiri.
  • Lelaki kacak yang sentiasa menghormati isteri dan ahli keluarganya.
  • Lelaki yang tahu mengenang budi.
  • Lelaki yang berpandangan jauh dan sentiasa berusaha untuk maju.

So selepas membaca kesemua ciri-ciri lelaki kacak di atas, apa kata tanya kembali kepada diri masing-masing, di tahap manakah kekacakan yang ada pada diri korang? Saya percaya dengan berbuat demikian, korang pasti akan menjadi lelaki yang jauh lebih kacak daripada apa yang korang ada *la ni.

Fenomena Terdapat Pada Lelaki Kacak

Fenomena entry Lelaki Kacak makin menjadi-jadi sejak Titan menganjurkan kontest bermain SEO dengan keyword ini. Di mana-mana sahaja entri dengan keyword tersebut boleh dibaca oleh blogger. Tahniah untuk Titan dan sponsor yang sudi menaja hadiah. Harap ada lagi sponsor lain yang sudi dan ikut jejak untuk membuat sponsor.

Kali ni aku tak sponsor sebab aku sendiri yang nak masuk kontest ni. Bukan sebab wang ringgit tetapi sebab cabaran bagi aku bermain dan mencabar diri dengan teknik SEO. Selama ni aku hanya baca dan ada sikit mempraktikan apa yang dibaca dan difahami. Jadi disini adalah kesempatan yang tidak akan aku lepaskan begitu sahaja seperti melepaskan seseorang yang kita cintai.

lelaki kacak korea
lelaki kacak korea

Memang benar kata Titan tak tahu belajar dan mencuba. Kalau tak mencuba kita tak tahu tahap kemampuan kita. Kata nak jadi blogger hebat macam DH dan Ariff Shah serta beberapa lagi blogger hebat di Malaysia ni. Aku rasa ini lah masa terbaik untuk mempraktikan ilmu yang diajar dan yang kita belajar. Kalau nak lebih paham lagi, Ariff Shah ada jual e-book berkenaan dengan ilmu SEO. Insyallah aku akan beli juga e-book Ariff Shah nanti.

Kenapa aku kata fenomena lelaki kacak?

Dah baca entri aku yang pertama berkenaan dengan keyword yang disebutkan?. Cuba perhatikan jumlah dibawah entri yang di share di facebook, setakat ini dah ada 28 like untuk entri ni. Setelah dibedah siasat rupa-rupanya, pendapat aku berkenaan dengan lelaki kacak menjadi bualan suri rumah di facebook group.

Bermacam-macam pendapat yang diluahkan oleh mereka, ada yang bercakap begitu dan begini, kekadang ada juga banyak wanita yang memberi pendapat ikut sesedap rasa mereka masing-masing. Ahh… bukan sangat kisahlah pada aku sekadar pendapat dari kacamata seseorang, apa-apa pendapat yang diberikan pun kita kena hormat, ini barulah dipanggil demokrasi sebab semua orang berhak untuk suarakan apa yang ada dalam fikiran mereka.

Selain daripada itu entri lelaki kacak turut juga dikaitkan dengan kehidupan seorang lelaki. Setiap tindak tanduk seharian di kaitkan dengan kekacakan. Lelaki kacak mesti berkelakuan macam ni dan macam tu. Mereka juga bukan pada paras rupa semata-mata tetapi perbuatan yang baik juga dianggap kacak. Bagi aku, seseorang yang ingin menjadi lelaki kacak kenalah kedua-dua kacak dari luar dan juga dari dalam.

Lelaki Kacak Luar

Kacak luar mungkin dari segi rupa paras, hidung mancung, bermisai kemas, rambut disikat rapi, berbadan tuff. Dari segi penampilan berpakaian kemas pendek kata lihat dari luaran memang kita boleh kelaskan dan duduk sebaris lelaki kacak. Itu adalah luaran dan biasa kita kelaskan dengan hanya melihat sahaja. Tetapi tahukan kita kekacakan dalaman? Judgelah sendiri yea…

Lelaki Kacak Dalam

Kacak dalam juga penting bagi seseorang lelaki.Kalau setakat luaran sahaja itu belum kacak namanya. Kelihatan perfect secara luaran tapi di dalam hancuss tak guna juga. Jadi apa yang dikatakan dalaman?. Kacak dalaman bukan sahaja dari segi kemampuan seksualiti semata-mata, ianya juga merangkumi dalaman iaitu rohani. Rohani kacak maka kacaklah luaran seorang lelaki. Baru Mr Perfect nama nya!

Walau apa-apa pun alasan nya… kekacakan seorang lelaki berbeza dari pandangan seseorang, tetapi secara keseluruhan nya tetap di panggil Lelaki Kacak! Betul tak derr!!!!. Kacak luar kacak dalam impian semua lelaki!

Artikel berkaitan:

1 thought on “Ciri-ciri Lelaki Kacak Yang Digemari Oleh Wanita”

Leave a Comment