Apa gambaran awal dan fahaman bagi korang semua mengenai lelaki kacak? Sebut jer lelaki kacak, apa yang korang semua akan fikirkan?
Secara lumrahnya, boleh dikatakan semua lelaki ingin kelihatan kacak, samaada kacak luaran mahupun dalaman.
Kacak luaran lebih kepada keadaan fizikal lelaki tersebut seperti paras rupa, bentuk badan, dan macam-macam lagilah. Manakala kacak dalaman lebih kepada sifat seseorang lelaki tersebut.
Adakah perangai lelaki tu juga kacak? Ini yang susah nak nampak bila lihat secara kasar mengenai seseorang lelaki tu.
Tapi memang dah lumrah juga bahawa lelaki lebih suka tengok benda-benda yang cantik, lebih-lebih lagi kalau tengok perempuan yang cantik, manakala perempuan pula lebih suka tengok lelaki-lelaki yang kacak.
Oklah, ni intro sahaja berkenaan lelaki kacak…
Entri ni bukan untuk menceritakan bagaimana, apa, dan siapa lelaki kacak ni.
Apa yang saya nak kongsikan ialah mengenai persaingan dan permintaan terhadap lelaki kacak.
Memandangkan pada dulu telah dilancarkan satu Cabaran SEO dengan menggunakan kata kunci Lelaki Kacak, jadi saya tertarik untuk membuat sedikit kajian terhadap persaingan dan permintaan kata kunci lelaki kacak ni.
Perkongsian ni berdasarkan apa yang saya tahu dan juga pernah buat, ianya lebih kepada teknik asas serta khusus untuk search engine Google dengan menggunakan tool yang disediakan oleh Google sendiri.
Persaingan Kata Kunci Lelaki Kacak
Gambar dibawah menunjukkan persaingan secara kasar yang mana kata kunci lelaki kacak mempunyai 1,940,000 keputusan yang sedang bersaing. Keputusan ni adalah semasa entri ini ditulis dan semasa screen shot ini diambil. Keputusan tersebut boleh berubah pada bila-bila masa.

Dengan menggunakan simbol “” yang dikenali sebagai “exact match” ni, korang boleh mengkaji persaingan terhadap kata kunci tersebut dengan tepat. Dengan merujuk gambar dibawah, sebanyak 227,000 persaingan yang ada.

Manakala dengan menggunakan allintitle semasa membuat carian, persaingan terhadap kata kunci tu nanti akan memberi keputusan yang lebih tepat. Gambar dibawah menunjukkan hanya 9,710 persaingan terhadap kata kunci lelaki kacak.
Kesimpulannya, kata kunci lelaki kacak ni boleh dikategorikan sebagai medium persaingan. Oleh kerana cabaran SEO ni menggunakan kata kunci lelaki kacak, saya merasakan persaingan tu nanti akan menjadi lebih kuat. Tahap kesukaran untuk berada di muka depan search engine tu nanti mungkin lebih sukar.
Permintaan Kata Kunci Lelaki Kacak
Setelah mengkaji persaingan, perlulah untuk mengkaji permintaan supaya dapat mengenal pasti samaada kata kunci lelaki kacak ni mempunyai permintaan ataupun tidak.
Jika kata kunci lelaki kacak mempunyai permintaan yang tinggi, ianya merupakan satu bonus kepada korang kerana bakal memperolehi traffik hasil dari kata kunci tersebut. Tetapi jika tiada/kurang permintaan, ianya masih memberi bonus buat korang, cuma bonus dia lain sikit. Iaitu bonus dari segi pengalaman dalam mengaplikasikan teknik-teknik SEO.
Kajian terhadap permintaan boleh dilakukan dengan menggunakan tools yang disediakan oleh Google, ini teknik asas dan boleh diaplikasikan oleh sesiapa sahaja. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan bahawa keputusan tersebut tidak tepat, tetapi dengan berpandukan keputusan tersebut ianya masih berguna untuk dijadikan rujukan.
Masa awal-awal cabaran SEO ni berlangsung, saya ada cuba buat kajian permintaan terhadap kata kunci lelaki kacak ni dengan menggunakan Google Adwords Keyword Tool, malangnya masa tu permintaannnya adalah kosong.
Kosong bermaksud tiada permintaan…
Tetapi sekarang cuba korang tengok seperti dalam gambar dibawah, ianya sudahpun mempunyai permintaan. Ini terjadi mungkin disebabkan ramai peserta-peserta cabaran yang telah membuat carian menggunakan kata kunci tersebut. Walaupun begitu, permintaannya mungkin akan meningkat sedikit demi sedikit dalam masa 3 bulan akan datang kerana cabaran SEO lelaki kacak akan berlangsung selama 3 bulan.
Pakai Google Trends
Google Trends juga boleh digunakan untuk melihat samaada kata kunci tersebut pernah menjadi trend ataupun tidak pernah. Tetapi berdasarkan gambar dibawah, jelas sekali bahawa perkataan lelaki kacak masih belum menjadi trend di Google.
Apabila berpandukan kepada Google Insights, dapat dilihat dalam gambar dibawah bahawa perkataan lelaki kacak masih mempunyai permintaan. Dengan graf yang sekata, ianya boleh dianggap yang mana kata kunci tersebut adalah evergreen. Namun ianya bukanlah bermaksud mempunyai permintaan terlalu tinggi.
Kesimpulannya, saya merasakan permintaan terhadap kata kunci lelaki kacak akan meningkat sedikit demi sedikit dalam tempoh 3 bulan akan datang. Selepas tempoh tersebut, saya tak pasti jika kata kunci ini akan terus meningkat mahupun akan sentiasa mempunyai permintaan.
Tetapi saya boleh katakan bahawa kata kunci gambar lelaki kacak akan sentiasa mempunyai permintaan kerana sudah tentu kebanyakan wanita-wanita diluar sana lebih suka melihat gambar-gambar lelaki yang kacak ni. Betul kan?
Kelebihan Cabaran SEO Lelaki Kacak
Banyak kelebihan yang korang boleh dapat dari cabaran SEO ni. Melalui cabaran ni, korang secara tak langsung akan dapat belajar SEO.
Belajar SEO adalah satu proses yang boleh dikatakan tak akan pernah habis, ada jer teknik-teknik baru supaya seiring dengan peredaran masa dan keadaan.
Korang juga boleh memahami bagaimana SEO itu berfungsi serta mengaplikasikan teknik-teknik SEO yang korang dah tahu untuk melihat keberkesanannya.
Apa yang penting ialah pengalaman yang korang akan dapat melalui cabaran seperti ini. Pengalaman inilah yang akan mematangkan korang pada masa akan datang.
Kelemahan Cabaran SEO Lelaki Kacak
Kelemahannya adalah apabila kata kunci yang dipertandingkan langsung tiada permintaan kerana manfaat dan keuntungan selepas pertandingan tu boleh dikatakan tiada untuk tempoh jangka masa panjang.
Manfaat dan keuntungan yang dimaksudkan adalah dari segi ketiadaan traffik atau pelawat yang masuk ke blog.
Korang rasa kecewa, baca balik kelebihannya dekat atas tu dan abaikan kelemahannya tu. icon smile Lelaki Kacak Antara Persaingan Dan Permintaan
Jadi, sementara cabaran SEO lelaki kacak 2012 ni masih dipermulaan lagi, korang yang berminat silalah join dengan segera kerana bila dah sampai ke minit-minit terakhir nanti, boleh jadi kelam kabut lak.
Artikel berkaitan:
- Keyword Melayu Yang Mengancamkan