Panduan Membuat Perancangan Sebelum Bercuti

Perancangan sebelum bercuti adalah penting bagi anda untuk melancarkan segalanya dari A hinggalah ke Z. Pastinya saya sudah merancang awal-awal lagi bercuti bersama keluarga. Memang banyak benda yang perlu kita uruskan sebelum cuti panjang.

Plan kena bincang dengan orang rumah dan semua benda perlu disiap dengan sempurna. Kalau ada budak-budak lagilah pening sebab lagi banyak barang dan pertimbangan yang diperlukan.

pergi bercuti
pergi bercuti

Lokasinya untuk kali ini adalah bagi kami bercuti ke Pulau Pinang. Ini gara-gara mulut yang terlepas berjanji pada pakcik saudara yang berada di sana.

Cuti tengah penggal persekolahan yang akan bermula esok, saya manfaatkan sebaiknya untuk bersama-sama keluarga. Saya ingin bercuti dengan sepuas-puasnya setelah penat berkerja untuk beberapa bulan terawal ini.

Kebiasaannya cuti pertengahan tahun pada bulan Jun nanti saya akan dihujani kesibukan yang melampau. Waktu itu, musim bola peringkat kebangsaan giat dijalankan. Jadi sebelum sibuk nanti, inilah masa yang amat sesuai bagi saya untuk pergi bercuti bersama keluarga.

Tetapi, sebelum pergi bercuti, perancangan mesti dilakukan. Apakah perancangan yang diperlukan? Mungkin anda mempunayi soalan sedemikian. Baik kita semak bersama-sama apa-apa perancangan yang perlu disediakan sebelum percutian.

Perancangan Sebelum Bercuti yang Perlu Dilakukan ?

1. Tentatif Program

Tidak semestinya ada tentatif program ini, tetapi better ada supaya perancangan dan perjalanan program bercuti akan jadi lebih teratur. Lebih-lebih lagi jika anda pergi bercuti dengan satu kumpulan yang ramai. Dengan mempunyai tentatif program, boleh juga anda memberi ruang kepada ahli keluarga yang lain untuk memberi input.

2. Buat penyelidikan tempat yang berkaitan

Apa yang saya selalu lakukan adalah buat sedikit research tentang kawasan di tempat yang akan saya kunjungi. Apa yang selalu saya lakukan adalah cari tempat makan yang famous dan juga tempat penginap yang selalu disebut-sebut oleh ramai orang di social media.

Selain daripada tu, saya juga rajin baca pengalaman dari rakan blogger yang pernah pergi ke sana. Dengan membuat kajian dan mengumpul maklumat yang mencukupi, ia dapat bantu saya untuk membuat perancangna dengan senang. Jadi bila pergi ke destinasi percutian, semua tempat yang famous tidak akan ketinggalan supaya nanti kita tidak menyesal.

3. Booking tempat penginapan

Yang ini penting, lebih-lebih lagi kalau pergi waktu cuti sekolah. Pernah pengalaman saya singgah di Bukit Tinggi Resort untuk menginap di sana tanpa membuat tempahan awal. Malangnya semua bilik sudah dipenuhi. Pengalaman sebegini membuatkan saya lebih teliti.

4. Barang-barang keperluan

Jika bercuti perseorangan, hal ini tidak menjadi masalah besar. Namun bagi mereka yang pergi bercuti bersama dengan anak-anak kecil dan ahli keluarga yang besar. Hal barang-barang keperluan menjadi sesuatu yang penting. Jangan cuma sampai ke tempat percutian baru lupa ambil ini ambil itu, maka sendiri akan rasa sukar.

Macam satu kali, keluarga kami menginap di hotel yang mempunyai kolam renang yang amat besar dan cantik. Jadi kami ingat nak turun ke kolam untuk menikmati air kolam tu. Semasa nak tukar baju renang baru tahu lupa bawa baju tu. Dan undang hotel itu mengatakan mesti pakai baju renang baru boleh turun ke kolam. Akhirnya kami terpaksa untuk beli baju renang di kedai dalam hotel yang menjual baju berenang tu. Mahal sungguh. Rasa pocket saya telah dibakar satu lubang .

5. Servis Kereta

Ini soal keselamatan, pastikan anda membuat servis kereta sebelum memulakan percutian jika anda menggunakan kenderaan sendiri. Saya lebih gemar dengan pandu kereta sendiri daripada naik pengangkutan awam seperti bus persiaran atau keretapi.

6. Bil-bil Utiliti

Pastikan anda selalu bayar semua bil tepat pada masa terutama bil telefon bimbit, ini adalah sangat penting. Jangan nanti berlaku apa-apa kes di dalam perjalanan, baru dapati anda tidak bayar bil telefon anda dan telefon sudah tidak boleh pakai untuk berhubung. Kalau perlu top-up, kasi top-up lebih sedikit.

7. Sediakan GPS atau Maps

Buat masa sekarang saya lebih selesa menggunakan Google Maps sebagai panduan. Selalunya saya akan “save” tempat-tempat yang bakal disinggah. Terdapat juga banyak yang pakai Waze. Kedua-dua apps ini adalah penting untuk membawa kita pergi ke destinasi yang kita nak hulu.

Dengan bantuan mereka, dapat kita jimatkan wang dan masa untuk sampai ke satu tempat tanpa perlu berulang-laih sampai kehilangan arah.

8. Perancangan Budget

Buat perancangan budget mengikut kemampuan anda. Jangan nanti bila balik dari bercuti, situasi kewangan anda menjadi sesuatu yang memudaratkan dalam menguruskan rumah tangga dan hal harian.

Kesimpulan : Perancangan Sebelum Bercuti adalah Perlu.

Jika dilihat perancangan seperti yang saya kongsikan adalah amat perlu. Dan bukannya bermaksud jika kita membuat perancangan seperti ini pasti percutian kita akan berjalan lancar. Tetapi sebaik-baiknya kita merancang daripada tidak supaya jangan nanti kelam-kabut tidak tentu pasal. Perkara ini menjadi amalan kami sekeluarga dan bagi kami penting perancangan sebelum bercuti.

Artikel berkaitan:
Santai Lepas Balik Kampung Untuk Cuti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *