Ini adalah tentang seorang usahawan muda dari Malaysia yang membangunkan aplikasi pengangkutan kereta yang amat popular, iaitu Grab. Hari ini saya ingin mengulas tentang kejayaan Grab untuk menguasai Asia Tenggara.
Sehingga Oktober 2019, secara purata, Grab menghasilkan 75 pesanan per saat. Jumlah pesanan teksi yang diproses setiap hari melebihi 6 juta.
Selepas syarikat ini mengumumkan mereka telah menerima pembiayaan 1.4 bilion US dollar dari SoftBank di Jepun. Penilaian semasa untuk Grab telah melebihi 14 bilion US dollar.
Ia mencapai skala lebih dari sepuluh bilion US dollar. Dalam masa kurang dari 10 tahun, ia telah mencapai skala lebih dari 10 billion US dollar.
Macam mana syarikat yang begitu cemerlang dilahirkan?
Syarikat ini ditimbulkan oleh Anthony Tan. Anthony lahir di Malaysia pada tahun 1983. Beliau lahir di sebuah keluarga yang menjalani perniagaan kereta. Syarikat ini juga amat dikenali di Malaysia, iaitu Tan Chong yang merupakan pengeluar dan pengedar kereta Nissan di Malaysia.
Tan Chong ditubuhkan oleh datuk beliau yang pernah menjadi seorang pemandu teksi. Sampai ke generasi ayah beliau, Tan Chong telah berkembang menjadi agensi otomotif yang sangat besar. Dan ayah beliau sudah menjadi kaya raya di Malaysia.
Dengan ini, Anthony dilahir di keluarga yang kaya. Sebagai gergasi generasi ketiga, beliau dimanjakan sejak kecil lagi dan memang beliau tidak perlu memulakan bisnes Grab beliau dari kosong.
Peristiwa Yang Berlaku
Tetapi semangat keusahawanan yang wujud pada beliau telah diilhamkan oleh kawan sekelas apabila beliau belajar di sekolah bisnes Harvard.
Satu hari, kawan beliau dari sekolah bisnes Harvard datang bercuti di Malaysia dan pergi berkunjung ke rumah beliau. Kawan itu memanggil sebuah teksi tetapi ditipu dengan bayaran tumpang yang tinggi. Kawan itu rasa sangat marah dan mengadu perkara ini kepada Anthony. Kejadian ini menyebabkan Anthony berfikir.
Pada masa yang sama, satu lagi kawan beliau yang bernama Tan Hooi Ling, juga sangat tidak berpuas hati dengan kelakuan teksi tempatan. Ibu bapa Hooi Ling malah risau akan beliau akan dirompak atau dirogol oleh pemandu teksi.
Oleh itu, ibu bapa beliau tidak benarkan beliau menaiki teksi seumur masa. Dengan mempunyai kesefahaman yang sama, kedua-dua remaja ini membuat keputusan untuk memulakan perniagaan bersama.
Rancangan App “MyTeksi” Ditimbulkan
Dalam masa yang singkat, mereka telah mengeluarkan satu rancangan perniagaan yang menggunakan perisian aplikasi mudah alih. Aplikasi ini akan dapat menghubungkan penumpang dan pemandu teksi secara terus.
Dengan ini, ia bukan sahaja menjimatkan masa dan wang penumpang, pemandu teksi juga tidak perlu berkeliling di jalan untuk mencari penumpang. Ia juga membantu melepasi penilaian pelanggan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan teksi.
Disebabkan rancangan ini sangat menarik, perisian aplikasi ini dapat menang tempat ketiga dalam Pertandingan Rancangan Perniagaan Keusahawanan Harvard pada tahun 2011. Mereka juga memperoleh 10 ribu US dollar dari kemenangan ini.
Lepas tu, Anthony mula melancarkan aplikasi “MyTeksi” di Malaysia pada tahun berikutnya. “MyTeksi” merupakan pendahulu Grab.
Sebagai seorang anak yang lahir di keluarga yang kaya raya, tetapi ini memulakan satu perniagaan yang tidak tahu akan jaya atau tidak, beliau menerima banyak perselisihan dan ketidaksetuju dari keluarga.
Ayah Anthony harap beliau dapat mewarisi perniagaan keluarga untuk teruskan pembuatan dan penjualan kereta Jepun di Malaysia. Tetapi Anthony ingin tubuhkan syarikat sendiri. Ini dianggap sebagai pemberontakan terbuka kepada keluarga.
Ayah Anthony bukan hanya menolak permintaannya, malahan mengancam beliau untuk mengeluarkan diri dari pewaris harta keluarga.
Anthony berfikir bahawa nenek moyang beliau yang datang ke Malaysia dulu, mereka tiada bantuan dari kawan atau keluarga, tetapi mereka masih mampu membina sebuah empayar korporat yang besar. Jadi, Anthony bertekad untuk terus menuju keusahawanan. Ibu Anthony menjadi pelabur pertama untuk Grab.
Disebabkan oleh kawalan ketat dari kerajaan Malaysia, maka menjalankan perkhidmatan teksi di Malaysia memang bukan satu kerja yang mudah.
Bagaimanapun, perniagaan keluarga Anthony telah berkembang pesat di Malaysia selama lebih dari 60 tahun. Mereka mempunyai persahabatan yang baik dengan kerajaan dan sumber rangkaian yang kaya.
Sumber-sumber ini dapat bantu Anthony untuk menangani hubungan rumit antara politik dan perniagaan.
Persaingan Hebat Dengan Uber
Pada Julai 2016, Didi Chuxing, perisian kereta terkemuka di China, telah berjaya memperoleh perniagaan dan aset Uber di China.
Dan pada masa itu, Uber masih menguasai perisian kereta di Malaysia. Anthony dalam surat terbuka kepada rakan sekerja dalaman kata seperti demikian.
“Mereka telah kalah sekali, dan kita akan bagi mereka kalah satu kali lagi!”
Sehingga Mac 2018, setelah beberapa tahun bersaing dengan Uber, Grab menunaikan janjinya dua tahun lalu. Ia jadi pemenang dalam pertandingan dengan Uber untuk memperolehi pasaran e-hailing di Asia Tenggara ini.
Uber mengumumkan penjualan perniagaannya di Asia Tenggara kepada Grab. Perjualan ini dijadikan dengan pertukaran 27.5% saham Grab, dan satu tempat duduk untuk Uber di dewan pengarah Grab.
Apa kemampuan Grab yang merupakan satu syarikat kecil yang dapat kalahkan Uber, dan memaksa Uber menarik diri dari pasaran Asia Tenggara?
Antara sebab yang paling penting bagi Grab berdiri teguh di pasaran Asia Tenggara pada peringkat awal perniagaannya adalah kerana strategi asal Grab di mana ia hanya bekerjasama dengan teksi. Manakala, Uber memulakan perniagaan e-hailing dengan kereta persendirian
Ini telah mengancam rezeki untuk sebahagian besar pemandu teksi, dan kerajaan pun menemui bantahan yang kuat dari pemandu teksi. Jadi, dengan kemunculan Grab, ia menjadi jerami penyelamat bagi pemandu teksi.
Pada masa yang sama ia juga dapat mengurangkan tekanan yang diberikan dari pemandu teksi kepada kerajaan. Dengan kemunculan pada masa yang tepat, kejayaan Grab jadi macam satu perkara yang semula jadi.
Dari laporan yang diumumkan oleh Grab, pemandu Grab memperoleh purata 32% lebih banyak pendapatan sejam daripada pemandu teksi. Sekiranya menganalisis pasaran secara individu, kami boleh mendapati jurang antara pemandu Grab di Malaysia berbanding dengan pemandu teksi adalah sebanyak 48%.
Tapi, nombor ini mungkin bukan nyata kerana ini adalah data dari dua tahun yang lalu. Sekiranya anda seorang pemandu Grab, anda dipersilakan untuk memberitahu adakah jurang yang dinyatakan ini betul atau tidak?
Strategi Penyetempatan
Grab menggunakan strategi penyetempatan dengan baik. Ia memperkembangkan perkhidmatan yang berbeza untuk negara yang berlainan.
Contohnya:
- Lokomotif Grabbike di Vietnam
- Tricycle Grabbajay di Indonesia
- Grab Thonebane di Myanmar
- Grab Tuktuks di Thailand
- Grab Remorque di Kemboja
Jadi, nampaknya bukan hanya satu aplikasi Grab yang boleh dapat di pasaran, Tetapi setiap bandar akan mempunyai aplikasi Grab sendiri. Selain pengangkutan, Kaedah membayar tambang pun amat mesra pengguna.
Beberapa tahun lalu, kewangan digital di Asia Tenggara masih berada di peringkat tidak masak lagi, maka kebanyakan orang tidak mempunyai kemudahan untuk bayar melalui telefon pintar mereka.
Di Indonesia, Filipina, dan Vietnam, lebih daripada 50% orang tidak mempunyai akaun bank atau kad kredit. Jadi bayaran wang tunai untuk tambang Grab telah ditambah ke dalam sistem pembayaran. Grab merupakan platform kenderaan dalam talian pertama yang membenarkan pengguna buat bayaran dengan wang tunai
Manakala Uber langsung tidak benarkan pengguna untuk bayar wang tunai. Uber tidak menyedari perkhidmatan Grab ini sehingga lama kemudian.
Dengan memenuhi ciri penggunaan tempatan, Grab dapat menetapkan kejayaan mereka dan dorong Uber keluar dari pasaran Asia Tenggara.
Menceburi Dalam Bidang Yang Lebih Luas
Namun, pasaran teksi yang terhad tidak dapat memenuhi cita-cita Grab.
Sekarang Grab telah digunakan dari perkhidmatan tumpang orang, dan dikembangkan menjadi aplikasi yang menawarkan keperluan harian semua orang. Ia berinteraksi dengan pengguna dalam semua aspek.
Anda boleh pesan makanan, buat bayaran digital, perkhidmatan kewangan, malah perkhidmatan perubatan dalam kenderaan. Kajian menunjukkan bahawa GrabPay dilancarkan pada bulan Jun 2018.
Di Singapura, Malaysia, dan Vietnam, GrabPay menduduki tempat pertama dalam jumlah transaksi. Dengan ini, ia sudah menjadi peneraju pasaran e-dompet di Asia Tenggara.
Grab mengambil “Everyday, Everything” sebagai falsafahnya, dan memberi perkhidmatan yang mudah untuk kehidupan seharian untuk para pengguna. Grab telah menjadi aplikasi harian dengan 65% pengguna aktif bulanan.
Jadi, apa yang dapat dipastikan adalah Grab telah menjadi navigator utama dalam ekonomi digital yang berkembang pesat di Asia Tenggara.
Sekarang, Grab telah tukar dari “Uber di Asia Tenggara” dan berkembang menjadi “Alibaba di Asia Tenggara”. Seperti golongan elit Malaysia yang tersebar di seluruh dunia, Malaysia mungkin mengalami ketegangan terhadap Anthony
Pada tahun 2014, bila Anthony memberikan laporan beliau kepada Khazanah dengan cadangan pelaburan yang dibuat oleh beliau. Beliau ingin dapat bantuan kewangan dari Khazanah untuk mengembangkan rancangan Myteksi.
Tetapi Khazanah enggan melabur di Myteksi dan batahkan rancangan yang dicadangkan oleh Anthony.
Tetapi dana ekuiti kerajaan Singapura Temasek dapat camkan peluang yang unik ini dan melabur 10 juta US dollar.
Pada tahun yang sama, Myteksi memindahkan ibu pejabatnya dari Malaysia ke Singapura. Dan Myteksi juga ditukar nama jadi Grab
Pada tahun 2017, Anthony telah memperoleh kewarganegaraan Singapura. Mungkin ini adalah kehilangan bakat terburuk dalam sejarah Malaysia yang semua orang perlu ingatkan.
Terbaik.kewujudan grab membuka peluang kerja kepada masyarakat