Kenapa Perlu Jadi Kaya Raya?

Bergenang air mata aku pagi ini. Selesai meeting pagi tadi aku keluar untuk menghantar barang kepada customer. Aku call customer untuk memaklumkan dimana perjumpaan harus dilakukan tapi customer tida jawab telefon.

Jadi aku pun berlegar-legar la sekitar Shell jalan UMS tanpa arah tujuan. Aku parking dekat di sisi Shell tu sambil memikirkan kemana harus aku pergi awal pagi ni.

Tiba-tiba aku nampak dari jauh seorang budak lelaki berumur lebih kurang 3-5 tahun tengah menguis-nguis tong sampah di belakang shell. Aku pikir mesti dia cari tin aluminium untuk dijual. Hati aku dah mula sebak, sebab budak sekecil tu tanpa ada abang, kakak, bapa atau ibu di sisinya sedang berusaha mencari sesuap nasi.

pengemis

Walaupun hati aku sebak, aku teruskan juga melihat gelagat budak tu. Rupa-rupanya aku salah, budak tu bukanlah mencari tin dibalik timbunan sampah dan sisa makanan tu, tetapi sedang mencari SISA MAKANAN untuk dimakan!.

Terus mengalir air mata aku tanpa aku sedari. Sebab sedih sangat, terbayang kalaulah ianya terjadi pada family aku atau kawan-kawan aku. Disebabkan aku terlalu sebak, aku terus masuk gear dan memandu kereta viva milik isteriku itu ke arah drive thru Mcdonald berdekatan.

Sambil pakai spek hitam sebab nak cover air mata yang mengalir tadi tu, aku order la sedikit sarapan dan air milo untuk budak tu. Terus aku menuju ke budak tadi, dan bagi makanan tu kat dia. Sebak sangat masa nak bagi tu, budak tu tengah duduk bersila disebalik tong sampah hijau sambil ada sisa makanan kat sisinya.

Dia tengah makan masa tu sambil membuka sos cili McDonald yang dipungut di dalam tong sampah tadi. Aku bertambah sebak. Aku bagi makanan kepada adik tu, tapi dia terus beredar dari situ. Tak sanggup nak hadap benda macam ni.

Sepanjang perjalanan aku balik ke pejabat, aku berfikir betapa selama ni kita semua beruntung dan bertuah (lagi-lagi diri aku sendiri) sebab cukup makan, cukup segalanya. Sebenarnya dah lama aku nak bantu golongan-golongan macam ni, nak membela nasib mereka.

Golongan yang macam ni mungkin tak nampak jalan yang mereka perlu ambil atau tiada peluang atau tak nampak peluang yang ada untuk mereka menjalani hidup yang lebih sempurna.

Teringat kata-kata Internet Marketer (IM) Raja Kamil dan Pakar Motivasi Dr Azizan Osman bahawa kita perlu jadi kaya untuk membantu orang lain, atau membantu orang lain jadi kaya.

Itulah sebenarnya tujuan nak jadi kaya ni, untuk membantu golongan yang ingin dibantu untuk memiliki, mengecapi kenikmatan hidup kat dunia ni. Orang yang kaya akan semakin kaya, mereka ikhlas memberi, membantu orang lain yang memerlukan.

Sebab dengan sikap ini akan datang rasa bersyukur atau gratitude dalam diri individu sesorang tu dan akan menyebabkan lebih lagi kekayaan atau kenikmatan datang dalam dirinya. Sebab tu kita digalakkan menderma dengan ikhlas, barulah datang rasa gratitude tu, dan perasaan melimpah ruah, abundance akan meresap dalam diri kita.

Janganlah rasa takut untuk jadi kaya, nanti kaya pun takut nak datang kepada anda. Ok tak sangka pos kedua cerita motivasi pulak kan.

Orang Kaya Tak Masuk Syurga

Saya sedikit terkejut petang semalam semasa tengah WhatsApp dengan seorang kenalan wanita. Tapi jangan salah faham pula, dia bukan kekasih gelap saya. Isteri saya pun tahu saya tengah berbalas-balas mesej dengan dia. Nak kata dapat green light tambah cawangan lagi sorang tu taklah. Bukan nak kawen dengan dia pun haha. Kejam pulak ayat.

Ceritanya begini. Dia mengadu dekat saya katanya nak berhenti kerja atas sebab-sebab yang tak perlu saya ceritakan dalam entri ni. Katanya lagi dia dah malas nak kerja, nak bercuti je katanya. Lalu saya tanyalah dia ada duit ke nak pergi bercuti kalau dah tak nak kerja. Dia balas pertanyaan saya, dia mengaku dia tak ada duit tapi dia tak nak jadi orang kaya, nak jadi orang senang. Orang kaya tak masuk syurga katanya.

orang kaya
orang kaya

Terkedu kejap. Kenapa pulak orang kaya tak masuk syurga? Takkanlah hanya orang miskin je yang masuk syurga? Saya rasa kenyataan ni sangat tak adil sedangkan penghuni syurga bukan ditentukan dengan harta yang dimilikinya kat dunia ni. Lagipun siapa yang tahu penghuni syurga dan neraka tersebut pada masa hidupnya dulu adalah orang kaya dan miskin?

Saya tanya kenalan saya tu siapa yang cakap orang kaya tak masuk syurga. Ada seorang ustaz yang bagitau katanya. Dengan seloroh saya tanya ustaz tu pernah melawat syurga ke haha. Bukanlah niat nak merendah-rendahkan ustaz tu.

Sebenarnya saya dah paham maksud ustaz tu kenapa orang kaya tak ramai yang masuk syurga. Cuma bila diajukan oleh kenalan wanita saya ni kenyataan ustaz tu akan jadi sedikit sangsi.

Bukan tak percayakan ustaz tu, tapi kenalan wanita saya ni sebenarnya yang memang dari dulu sampai sekarang mesti ada salah faham sikit dengan apa-apa fakta yang dia dapat.

Kesian juga sebenarnya tapi selaku orang yang selalu dia rujuk ni kenalah bantu setakat apa yang saya mampu. Memang itu pun kerja saya sejak berkenalan dengan dia selama 9 tahun ni huhu.

Saya balas ringkas. Orang miskin pun ada yang tak masuk syurga. Saya tahu walaupun saya belum lagi melawat syurga dan neraka #LOL. Mungkin ada point ustaz tu yang dia terlepas. Biasalah, kadang-kadang kita tertidur kejap semasa dengar ceramah hehe. Sedar-sedar dah masuk point lain. Jadi point sekerat-sekerat tu dicantumkan jadi satu isi penuh. Itu yang ada kecelaruan maklumat bak kata Mat Luthfi hari tu.

Statement orang kaya tak masuk syurga ni sebenarnya terlalu umum. Orang kaya yang macam mana sebenarnya yang tak masuk syurga? Itu sepatutnya diperjelaskan lagi sebenarnya.

Masalah orang kita ni suka ambik separuh-separuh. Tak pernah nak dengar sampai habis. Yang pendek-pendek itulah yang diheboh-hebohkan. Orang kita ni pulak bila bab-bab macam ni memang pro.

Orang kaya ni tak semestinya semuanya tak beriman. Ada juga yang makin kaya makin kuat imannya. Cuma mungkin peratusannya taklah tinggi mana sebab selalunya orang kaya ni dikelabui imannya dengan harta yang dia ada. Jadi orang miskin semua masuk syurga ke?

Tak jugak. Tak adil nak cakap macam tu. Ramai juga orang miskin yang putus asa dengan qada dan qadar Allah sampaikan solat puasa diabaikan. Bila solat puasa diabaikan boleh ke kita panggil diorang ahli syurga?

Jadi pointnya kat sini kita tak boleh cakap melulu yang orang kaya tak boleh masuk syurga. Umum sangat. Sepatutnya kena spesifik lagi, misalnya ‘orang kaya mabuk tak masuk syurga’ barulah betul. Cakap umum ni hanya mengundang fitnah.

Panjang saya jelaskan kepada kenalan saya ni sampai meleret kepada isu lain. Antaranya isu tentang ‘perempuan bertudung tak semestinya baik’. InsyaAllah saya akan share dalam entri akan datang.

Artikel berkaitan:

One Comment on “Kenapa Perlu Jadi Kaya Raya?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *