Web
Analytics

Kisah Tentang Air Asia dan Tony Fernandes


Selepas berusia 40 tahun, beliau bersedia untuk mengejar mimpi sendiri. Beliau sanggup tinggalkan kerjaya gaji tinggi dan tanggung tekanan bela ibu bapa yang tua dan anak yang masih kecil. Beliau berani mengubah landasan hidup baru.

Ini memang satu keputusan yang bukan ramai orang berani buat. Beliau tidak membuka kedai runcit atau restoran. Walaupun beliau tidak tahu menerbangkan kapal terbang, tetapi beliau mempunyai impian bahawa “Everyone Can Fly”.

Siapakah beliau? Beliau ialah pengasas Air Asia, Tony Fernandes.

Tony Fernandez

Latar Belakang

Tony dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1964. Ayah beliau adalah doktor Pertubuhan Kesihatan Sedunia. Ibu beliau adalah sorang perniaga dari Melaka.

Latar belakang keluarga beliau sebenarnya sangat baik. Keluarga berharap agar beliau dapat mengikuti jejak ayah beliau dalam bidang perubatan. Oleh itu, ketika berusia 12 tahun, ayah beliau hantar Tony ke UK untuk belajar.

Tetapi Tony tidak berminat dalam bidang perubatan dan beliau mendaftar untuk belajar perakaunan pula. Beliau menjadi seorang akauntan selepas tamat pengajian. Tetapi Tony merasa bosan dengan kerja ini.

Terserempak Richard Branson

Pada usia 25 tahun, bila beliau sedang membaca surat khabar, beliau mengetahui bahawa Virgin Communications sedang mencari pengurus kewangan.

Tony seorang yang suka muzik dan beliau memutuskan untuk pergi ke wawancara. Tetapi seperti yang dijangkakan, wawancara itu gagal kerana beliau tidak ada pengalaman yang berkaitan dengan jawatan ini.

Ketika Tony keluar dari bilik wawancara dalam keadaan kecewa, beliau melihat bos Virgin Richard Branson menghampiri.

Pada masa itu, terdapat dua fikiran muncul di hatinya:

  • Pertama, bersenyum dengannya dan kemudian lalu lepas
  • Kedua, Menarik perhatian Branson

Tony mengambil inisiatif untuk pergi bercakap dengan Branson. Mereka berbual-bual tentang Sarawak dan perkara mengenai orang utan.Dan menerima pelawaan Branson untuk minum secawan kopi dengan beliau.

Hanya dalam masa 20 minit, Tony dapat mengagumkan Branson dan juga berjaya mendapat pekerjaan yang diidamkan. Selepas tu, mereka berdua juga menjadi kawan baik.

Semasa Tony mengasaskan Air Asia, Branson juga memberikan banyak bantuan dan perkongsian pengalaman.

Brason Jadi Pramugari

Pada tahun 2013, Branson gagal dalam satu pertaruhan. Dan beliau cukur kaki beliau, pakai seragam pramugari dan pakai kosmetik untuk solek muka beliau untuk menjadi seorang pramugari dan melayan pelanggan di pesawat Air Asia buat satu hari.

Sekiranya Tony tidak berjuang untuk peluang itu, mungkin semua ini tidak akan berlaku.

Idea Timbul Semasa di London

Setelah kembali ke Malaysia, Tony menyertai Warner Music dan menjadi pengarah urusan paling muda dalam sejarah syarikat ini. Akhirnya, beliau dinaikkan pangkat menjadi presiden Warner Music Asia.

Walaupun mempunyai pekerjaan dengan gaji tinggi yang dicemburui, tetapi beliau tidak pernah berpuas hati dengan ini.

Ada satu kali, bila Tony pergi ke London untuk urusan perniagaan, beliau pergi ke bar dan memesan segelas wain. Beliau duduk dan memikirkan apa yang harus lakukan untuk masa depan.

Beliau melihat TV di bar sedang tayangkan syarikat penerbangan tambang murah Britain-easyJet yang terkenal pada masa itu, iaitu Stelios. Dengan fikiran yang hangat, Tony segera keluar dari bar dan terus pergi ke lapangan terbang London.

Bila beliau melihat orang boleh terbang ke Barcelona dengan harga $8 dan $6 untuk terbang ke Paris, beliau berpendapat model perniagaan ini memang bagus.

Membuat Keputusan Untuk Mulakan Syarikat Penerbangan

Setelah membuat kajian, Tony mendapati bahawa hanya 6% rakyat Malaysia yang biasa menaiki kapal terbang. Disebabkan tiket penerbangan sangat mahal, bukan semua orang mampu untuk naik kapal terbang. Oleh itu, beliau yakin bahawa pasaran untuk penerbangan tambang rendah di Asia adalah sangat luas

Tony teringat pernah bercakap dengan ayahnya ketika berusia 5 tahun bahawa suatu hari beliau akan menubuhkan satu syarikat penerbangan. Sekarang peluang sudah tiba. Beliau membuat keputusan untuk keluar dari zon selesa kerana beliau tidak mahu rasa kesal nanti kerana terlepas impian yang terbaik ini.

Apabila Tony memberitahu isterinya bahawa dia memutuskan untuk menukar kerjaya dan ingin menubuh sebuah syarikat penerbangan, isterinya tidak dapat menahan ketawa. Isterinya mencadangkan agar dia menjual roti canai kerana ia mungkin lebih senang untuk berjaya.

Memang, Tony tidak tahu apa-apa tentang penerbangan pada masa tu. Malah mahu menceburkan diri dalam perniagaan penerbangan tambang murah. Keperluan asal untuk memohon lesen operasi udara dari kerajaan pun beliau tidak tahu.

Tetapi setelah mempunyai idea keusahawanan, Tony mengeluarkan buku telefon dan buat panggilan untuk kawan beliau seorang demi seorang untuk memberitahu idea ini.

Sudah tentu kebanyakan orang mentertawakan idea keusahawanannya. Tetapi ini tidak undurkan Tony.

Beliau terus bertanya kepada mereka sama ada mereka mengenali seseorang dalam industri penerbangan dan meminta mereka mengesyorkan kepada beliau. Dengan ini, beliau mengambil langkah pertama untuk impian beliau.

Tony pernah cakap bahawa ramai orang mempunyai banyak pertimbangan sebelum memulakan perniagaan.

Contohnya, “Saya tidak biasa dengan industri ini, saya tidak mempunyai kenalan, saya tidak mempunyai dana, atau saya tidak mempunyai lokasi yang sesuai”

Walaupun idea perniagaan yang mereka ada sangat hebat, tetapi pada akhirnya mereka akan dikalahkan oleh banyak “tidak” yang timbul dalam fikiran mereka.

Permulaan perniagaan Tony memang lebih sukar berbanding dengan orang lain kerana model perniagaan beliau tidak pernah dilakukan di Asia. Jadi beliau tidak dapat cari sebarang rujukan. Beliau tidak tahu apa-apa langsung dari perkara asas seperti beli kapal terbang hingga ke lesen penerbangan.

Bagi Tony yang tidak mempunyai dana besar memang sukar untuk memulakan perniagaan beliau. Tetapi asalkan ada kehendak, memang ada jalan yang boleh dicari.

Jumpa Dengan Mahathir

Melalui rangkaian perkenalan dengan orang yang terpengaruh, dan juga pertanyaan dan perkenalan yang berulang kali, akhirnya, 6 bulan setelah Tony memutuskan untuk terlibat dalam industri penerbangan, beliau berjaya menemui Perdana Menteri ketika itu, iaitu Doktor Mahathir.

Beliau sangat gementar pada hari bertemu dengan Mahathir. Penemuan ditetapkan pada jam 9.30 pagi tetapi pada puku 6 pagi, Tony sudah tiba di pejabat Perdana Menteri.

Semasa pertemuan, Mahathir memberitahu Tony bahawa hari ini beliau bukan sihat sangat dan Mahathir suruh Tony jelaskan pelan beliau dengan singkat.

Tony menganggap ini sebagai satu cabaran yang Tuhan berikan kepada beliau. Setelah Tony mengemukakan rancangan perniagaan dengan mahir, Mahathir mendoakan beliau berjaya.

Tetapi Mahathir juga menyatakan bahawa kerajaan tidak akan mengeluarkan lesen penerbangan baru. Apa yang Tony boleh buat adalah memperoleh syarikat penerbangan yang sedia ada dari pasaran.

Sebab sebelum bertemu dengan Tony, Mahathir baru sahaja bermesyuarat dengan wakil dari Malaysia Airlines untuk berbincang tentang rancangan penstrukturan semula hutang Malaysia Airlines yang melibatkan RM8 bilion.

Mahathir tidak mahu satu lagi syarikat penerbangan gagal di Malaysia, atau mungkin hanya kereta yang merupakan cinta sejati Mahathir.

Beli Air Asia dari DRB-Hicom

Lepas tu, Tony secara aktif mencari syarikat penerbangan untuk beli. Kemudian pada tahun 2001 beliau membayar RM1 untuk membeli Air Asia dari DRB-Hicom.

Tony mengambil alih bukan hanya dua pesawat yang dimiliki syarikat itu, tetapi juga merangkumi 40 juta ringgit hutang dan lebih daripada 200 kakitangan.

Setelah mengetahui bahawa syarikat itu bertukar tangan, para pekerja sangat risau. Mereka tidak tahu sama ada Tony akan membayar gaji mereka seperti yang dijadualkan. Lagipun, beliau bahkan tidak dapat memandu kapal terbang tetapi berani untuk memulakan perniagaan penerbangan.

Tetapi tidak lama kemudian Tony mendapat sokongan dan kepercayaan pekerja. Itu bergantung pada apa yang selalu dia banggakan, iaitu pengurusan berorientasikan pekerja.

Di Air Asia, selain juruterbang, pramugari dan kru darat, semua pekerja lain boleh pergi bekerja dengan pakaian kasual. Tidak ada pejabat khusus untuk pengurusan kanan. Tidak perlu prosedur yang rumit untuk melaporkan kepada atasan. Tidak ada perbezaan antara tahap dalam syarikat.

Setiap bulan Tony akan menghantar bagasi pengangkutang bersama dengan kakitangan, atau sebagai anak kapal, atau mendaftar masuk penumpang.

Di samping itu, Tony banyak kali menyebut dalam ucapannya, “Aset terbesar Air Asia adalah bakat orang”, dan tugasnya adalah mencungkil bakat itu. Tugas saya adalah ubah berlian kasar menjadi berlian berkilat. Biarkan pekerja percaya bahawa mereka adalah aset terbesar bagi Air Asia.

Sebenarnya mereka memang aset yang paling bernilai untuk Air Asia.  Bellman menjadi juruterbang bersama untuk Boeing 737, katering menjadi pramugari, pramugari menjadi juruterbang dan menjadi Miss Universe. Semua ni memang boleh berlaku pada bila-bila masa di Air Asia.

Tony mendorong pekerja untuk berani bermimpi. Syarikat memberi latihan dan peluang kepada pekerja untuk mengembangkan potensi dan minat mereka.

Perkembangan Syarikat

Tidak sampai 2 tahun, Tony melunaskan semua hutang Air Asia, malah juga mendapat keuntungan berterusan.

Destinasi penerbangan juga berkembang dari hanya 1 hingga kini merangkumi lebih dari 130 destinasi penerbangan popular di Asia, Australia, New Zealand, dan Amerika Syarikat.

Terdapat lebih daripada 200 pesawat terbang di seluruh dunia. Dan lebih daripada 20,000 pekerja dari lebih daripada 50 negara berkhidmat di Air Asia.

Hari ini Air Asia adalah syarikat penerbangan bajet terbesar di Asia. Ia telah memenangi Skytrax Annual World Aviation Survey selama 11 tahun berturut-turut. Ia juga dinamakan syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia. Pendapatan tahunan AirAsia mencecah RM9.7 bilion pada tahun 2018

Pada tahun yang sama, Air Asia mengumumkan pembukaan perniagaan selama 16 tahun, dan sudah mengumpulkan lebih daripada 500 juta penumpang.

Pada tahun 2019, Tony menduduki tempat ke-32 dalam Senarai Kaya Forbes Malaysia. Beliau mempunyai harta sebanyak RM530 juta. Pada masa yang sama Tony masih menunaikan impiannya seperti perluasan peta perniagaan ke pasukan bola sepak Britain, iaitu Queen’s Park, dan juga tumbuhkan pasukan F1, rangkaian hotel, perniagaan insurans, Fintech, dll.

Pernah ada orang bertanya kepada beliau apa rahsia kejayaan beliau. Jawapan Tony adalah percayai naluri anda sendiri. Jangan mudah dimanipulasi dan dipengaruhi oleh kata-kata orang. Maju dengan berani untuk merealisasikan impian anda. Jangan percaya orang cakap mustahil untuk lakukan. Percayalah bahawa anda boleh melakukannya.

Sekiranya Tony tidak percaya pada dirinya sendiri tetapi pilih untuk mengikuti pendapat orang lain, maka sekarang beliau mungkin menjadi seorang doktor, tetapi ini memang bukan pekerjaan yang beliau sukai.

Atau mungkin beliau akan terus bekerja dan mendapat gaji tinggi di sebuah syarikat muzik tetapi sering rasa kesal kerana tidak memenuhi impian beliau. Atau mungkin beliau akan menjadi seorang penjual roti canai di tepi jalan.

Mungkin ada sebilangan orang genius di dunia ini yang dilahirkan untuk berjaya. Tetapi kebanyakan orang berjaya dan mencapai impian mereka dengan kegigihan dan kerja keras mereka.

Sekiranya anda mempunyai impian, perlu anda kejarnya supaya anda dapat merealisasikan impian anda suatu hari nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts