Web Analytics
kad kredit

Kad Kredit-Bakal Pengganti Wang Tunai?

Penggunaan kad kredit menjadi lumrah biasa pada zaman IT yang tanpa sempadan pada masa kini. Boleh dikatakan hampir kesemua pekerja yang menerima gaji RM2,500 ke atas, pada masa yang sama memiliki lebih daripada 2 kad kredit.

Apakah faktor yang mendorong kepada peningkatan penggunaan kad kredit? Adakah kad kredit bakal pengganti wang tunai pada masa akan datang? Yang pasti, peningkatan penerimaan kad kredit sebagai media pembayaran oleh pihak peniaga menjadikan kad kredit disukai ramai.

kad kredit

Kebaikan-kebaikan Mengunakan Kad Kredit

Wang Cepat Semasa Kecemasan
Wang cepat yang dimaksudkan di sini bukannya suruh pengguna kad kredit menggunakan kad mereka untuk bertukar kepada wang tunai. Yang dimaksudkan wang cepat ialah pengguna tidak perlu berkejar untuk mendapatkan wang tunai semasa berlakunya kecemasan.

Contohnya semasa masuk wad dalam hospital. Malang tidak berbau, kemalangan boleh berlaku bila-bila masa sahaja tanpa mengira kira masa dan lokasi. Pengguna boleh menggunakan kad kredit di hospital dan tidak perlu risau sebab tidak dapat keluarkan duit dengan cepat dan and tidak sempat untuk pergi ambil wang di bank atau ATM machine.

Keselamatan
Bagi pengguna kad, mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak. Boleh dikatakan hampir 90% saudagar menerima pembayaran bil dengan kad kredit. Dengan satu kad di tangan, pengguna tidak perlu risau tiada tempat untuk makan, membeli belah ataupun menonton wayang di pawangan .

Kegunaan Serta Merta Barangan Dan Perkhidmatan
Beli sekarang bayar kemudian. Ini merupakan aspek utama penggunaan kad. Walaupun tidak mampu untuk beli pada bulan ini, pengguna kad masih boleh menikmati barangan atau perkhidmatan dengan hanya leret kad mereka dan bayar apabila bil sampai pada bulan depan.

Tempahan Dan Pembelian Melalui Telefon Atau Internet
Pada hari ini, kita masih boleh menempah bilik hotel, tiket wayang, sewa kereta, tiket kapal terbang dan lain-lain lagi melalui telefon atau internet selagi kita mempunyai kad kredit.

Rebat Tunai Dan Hadiah
Pemegang kad kredit boleh menikmati rebat tunai apabila menggunakan kad mereka di tempat-tempat tertentu. Contohnya kad Citi Bank Cash Back Platinum. Rebat tunai sebanyak 5% untuk pengisian minyak di semua jenis station minyak.

Boleh bayar secara ansuran
Walaupun ia adalah lebih baik untuk membayar baki kad kredit anda sepenuhnya setiap bulan, tetapi anda juga mempunyai keupayaan untuk melunaskan baki anda dalam jangka waktu tertentu. Jika anda tidak mampu untuk bayar dengan sepenuhnya, anda masih boleh membuat bayaran secara ansuran.

Dengan kad Maybank Amex pula, 5 kali mata ganjaran diberikan kepada setiap ringgit yang dibelanjakan. Mata ganjaran tersebut boleh ditebus sebagai baucar tunai untuk membeli belah di Parkson, Jusco, KFC ataupun untuk menukar barang-barang elektronik.

Keburukan-keburukan Menggunakan Kad Kredit

Terlebih Belanja
Ramai pemegang kad yang tidak membuat perancangan yang teliti cenderung untuk terlebih belanja. Beli sekarang bayar kemudian merupakan sebab utama pemegang kad terlebih belanja.

Mereka tidak terasa apa-apa kerana tidak perlu bayar semasa membeli barangan dan ini merupakan punca mereka berbelanja di luar kemampuan. Menurut Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, selain hutang pinjaman kereta, hutang kredit card juga merupakan sebab utama rakyat Malaysia menjadi bankrap.

Mereka mengurangkan pendapatan masa depan anda
Setiap kali anda menggunakan kad kredit untuk beli sesuatu barang atau bayar untuk sesuatu perhidmatan, anda sebenarnya membuat perbelanjaan dengan meminjam dari wang yang bukan anda perolehi. Maka, sebagian pendapatan masa depan anda perlu dijadikan sebagai pembayaran balik untuk hutang kad kredit anda dan wang yang boleh anda belanja jadi semakin kurang.

Boleh jadikan anda berkumpul hutang
Anda berhutang kepada bank setiap kali anda menggunakan kad kredit anda. Anda boleh elakkan penambahan hutang dengan membayar balik tepat setiap bulan. Tetapi jika anda hanya membuat bayaran minimum dan terus belanja setiap bulan, hutang anda akan bertambah jadi banyak.

Faedah Yang Tinggi
Jika pemegang kad tidak mampu membuat pembayaran penuh ke atas jumlah perbelanjaan, baki hutang akan dicaj sebanyak faedah 18% setahun. Cuba bayangkan betapa tingginya caj ini. Jika kita membuat simpanan tetap (FD) di bank, faedah setahun hanyalah 3.45% sahaja.

Transaksi Penipuan
Setiap kali kad kredit digunakan, anda terdedah kepada risiko pemalsuan maklumat peribadi oleh sindiket kad palsu. Apabila kad dileret pada mesin pemprosesan, kemungkinan maklumat anda dicuri dan digunakan untuk membuat pembelian yang tidak diketahui anda. Akibatnya, anda terpaksa menanggung kesemuaan hutang traksaksi pembelian palsu tersebut.

Petua-petua Untuk Menjaga Keselamatan Kad Kredit

  • Jangan pakai di laman sesawang yang tidak selamat
  • Periksa penyata bulanan kad
  • Jangan bawa banyak kad kredit
  • Jangan memberi maklumat kad melalui telefon kepada pihak ketiga
  • Jangan tulis pin kad dibelakang kad
  • Jangan tinggal di rumah atau pejabat. Bawa bersama kad anda.

Artikel berkaitan:
Kad-kad Baru Yang Mempunyai Logo Ini Amat Bahaya

1 thought on “Kad Kredit-Bakal Pengganti Wang Tunai?”

  1. Betul tu, seperti juga benda2 lain, kalau boleh control diri, kad kredit ni membawa lebih byk kebaikan dr keburukan. Secara peribadi, saya lebih suka guna cash tapi maintain juga kad kredit utk pembelian online & petrol.

    Reply

Leave a Comment