Cara Menjadi Pemandu GrabCar di Malaysia

Sejarah Grab

Pada tahun 2011, Anthony Tan yang masih seorang penuntut di Harvard pada masa itu, melahirkankan idea dari aplikasi tempahan teksi Uber setelah rakan sekelasnya mengadu tentang kesukaran untuk memanggil teksi di Malaysia. Tan melakarkan idea beliau dan menjadikannya satu perkhidmatan tempahan baru, yang kemudiannya diguna untuk memasuki pertandingan pelan perniagaan Harvard 2011. Beliau berjaya menarik sokongan dari para pelabur setelah mendapat tempat kedua dalam pertandingan tersebut. Perkhidmatan tersebut dilancarkan pada tahun 2012 sebagai MyTeksi, dan berkembang dengan pesat sebagai GrabTaxi, yang kemudiannya digelar sebagai Grab.

GrabCar logo

Kini, Grab telah beroperasi di 30 bandaraya merangkumi Malaysia, Filipina, India, Thailand, Singapura, Vietnam, dan Indonesia.

Disebabkan kos sara hidup yang kian meningkat, ramai warga Malaysia telah beralih ke perkhidmatan kongsi penumpangan seperti Uber dan Grab sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menjana wang tambahan. Ayuh, mari kita meninjau bagaimanakah caranya untuk menjadi pemandu GrabCar di Malaysia.

Syarat-syarat untuk menjadi Driver GrabCar di Malaysia

Semua pemandu GrabCar perlu mematuhi sysrat-syarat GrabCar seperti berikut:

  • Rakyat Malaysia yang mempunyai kad pengenalan sah (Pegawai tentera and polis diterima),(penduduk tetap tidar dibenarkan)
  • Memiliki lesen memandu yang sah dan bukan lesen P (tiada had umur)
  • Memiliki kenderaan berpintu empat yang usirnya tidak lebih dari 6 tahun (dipasang pada tahun 2012 dan tahun selepasnya)
  • Melepasi semakan saman JPJ dan PDRM
  • Etika perapian yang boleh diterima
  • Keupayaan bertutur dalam bahasa Inggeris and Malaysia
  • Nombor pendaftaran kereta dan tempoh perlindungan insurans mesti dinyatakan dalam nota perlindungan insurans (untuk kereta syarikat, anda memerlukan surat rasmi dari syarikat dengan tajuk yang menyatakan nama pemandu yang dibenarkan untuk memandu bagi tujuan e-panggilan)
  • Pemandu yang berumur 50 tahun ke atas mesti melalui pemeriksaan kesihatan. Tidak ada syarat had umur maksimum.

Borang boleh dimuat turun di sini “Grab-Medical-Form-Driver-Registration-PDF-over-50“.

Pemeriksaan kesihatan boleh dilakukan di mana-mana klinik. Ujian mudah ini diperlukan untuk mengesahkan kemampuan pemandu dalam pelaksanaan tugas asas memandu.

Kereta berikut tidak berlayak sebagai kereta Grab
Proton Gen2, Proton Juara, Proton Wira, Proton Iswara, Proton Satria Neo, Proton Savvy, Perodua Kelisa, Perodua Kancil, Perodua Viva, Perodua Kenari, Perodua Kembara, Inokom Atos, Inokom Matrix, Kia Picanto, Kia Spectra, Renault Kangoo, Hyundai I10.

Kereta yang berlayak untuk membawa 6 penumpang
Chery Easter, Nissan Grand Livina, Nissan X-gear, Perodua Alza, Proton Exora, Proton Ertiga, Toyota Innova, Toyota Avanza, Toyota Alphard, Toyota Vellfire.

Kereta yang berlayak sebagai Grab Premium
BMW 3 series, BMW 4 series, Honda Accord, Nissan Teana, Toyota Camry, Volkswagen Passat, Mercedes C Class, Mercedes CLS dan sebagainya.

Daftar Grab Online

Sekiranya anda memenuhi syarat-syarat di atas dan berminat untuk menjadi pemandu GrabCar, anda perlu berdaftar dengan GrabCar dalam talian dan mengaktifkan akaun anda. Untuk berdaftar dengan GrabCar online dan menjadi ahli keluarga besar kami, sila ikuti perkara yang dinyatakan seperti berikut.

  • Daftarkan diri anda di ‘sini’ untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Grab.
  • Selepas pengaktifan, anda diwajib menonton video latihan yang dirakam khas untuk pemandu baru. Video ini akan melengkapkan anda dengan latar belakang aplikasi, cara penggunaan aplikasi, apa yang perlu dilakukan selepas menerima tempahan dan pengurusan tramsaksi tambang. Tolong biasakan diri anda dengan butir-butir tersebut melalui paparan video, juga peraturan tingkah laku and maklumat lain tentang cara-cara untuk bermula. Video boleh ditonton di Youtube.
  • Selepas status anda sebagai pemandu GrabCar diaktifkan, anda dikehendaki menonton beberapa video latihan yang dirakam khas untuk pemandu GrabCar baru. Adalah penting untuk anda menonton video-video latihan ini kerana kesemuanya akan melengkapkan anda dengan pengetahuan mengenai aplikasi, cara penggunaannya, apa yang harus anda lakukan selepas menerima tempahan dan cara untuk menangani transaksi tambang.

Aplikasi pemandu Grab

Aplikasi pemandu Grab dapat dimuat turun dari IOS atau Playstore. Anda perlu menyediakan kod IMEI telefon bimbit atau akaun Gmail dan mempunyai akaun yang telah diaktifkan untuk mula memandu.

download grabcar appsKlik ke laman Grab untuk muat turun app.

Struktur Pendapatan GrabCar

Insentif

Berikut adalah senarai insentif untuk pemandu GrabCar:

Tunai Segera: Menjana wang dari setiap perjalanan yang telah anda buat.

Insentif Mingguan: Anda akan dapat menikmati insentif tambahan ini jika anda mencapai sasaran yang ditetapkan.

Waktu Fleksibel: Bekerja pada waktu yang bersesuaian dengan jadual harian anda, semakin banyak anda memandu, semakin banyak yang anda perolehi.

Bonus rujukan pelbagai peringkat: Anda akan diberi wang tambahan jika anda berjaya merujuk rakan anda ke program pemandu GrabCar, dengan syarat rakan anda perlu melengkapkan 20 perjalanan dalam bulan pertama.

Ganjaran Grab: Ganjaran tambahan untuk pemandu seperti servis kereta anda pada kadar diskaun, skim pulangan tunai, subsidi minyak dan banyak lagi ganjaran lain.

struktur pendapatan grab
struktur pendapatan grab

Pembayaran dan insentif

Bayaran pemanduan anda akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda mulai dari pukul 12 pagi pada hari Isnin sehingga 11.59 malam pada hari Ahad. Anda juga akan mendapat RM100 jika anda mempunyai rakan rujukan yang berjaya membuat 10 perjalanan dalam bulan pertama setelah menyertai sebagai pemandu GrabCar.

GrabCar juga menuntut bahawa anda boleh memperolehi pendapatan kasar bulanan minimum sebanyak RM1,792 hanya dengan memandu 2 jam sehari atau 14 jam seminggu. Walau bagaimanapun, angka ini tidak termasuk komisen Grab kecil dan jumlah yang anda belanja untuk petrol, anda berpotensi mendapat lagi banyak jika anda memandu kereta hibrid.

Pilihan GrabCar dan GrabTaxi

Grab menawar pelbagai jenis pilihan kereta dan teksi, yang dirancang khas untuk kebnayakan pengguna yang berlainan. Ia membolehkan anda membuat pilihan yang terbaik demi keperluan dan pembelanjaan anda.

struktur servis Grabcar
struktur servis Grabcar

GrabCar adalah perkhidmatan kereta tanpa lesen standard yang ditawarkan oleh Grab, yang beroperasi sama seperti Uber. Pemandu mesti berdaftar untuk mengguna kereta sendiri atau kereta sewaan, mengesahkan maklumat mereka, dan membeli insurans komersial. Selepas itu, mereka boleh menawarkan tumpangan melalui aplikasi, menunjuk tanda kesediaan mereka apabila mereka keluar untuk mencari penumpang. GrabCar menawarkan banyak pilihan dari segi perjalanan juga pilihan kereta.

GrabTaxi pulak ialah perkhidmatan yang berhubung dengan banyak perkhidmatan teksi berlesen di kebanyakan bandar, membolehkan anda menikmati perkhidmatan profesional teksi berlesen melalui aplikasi. GrabTaxi merangkumi Citicab, Premier, Trans-Cab, SMRT, dan beberapa perkhidmatan lain, ia tergantung pada lokasi anda berada. Anda mempunyai pilihan di antara GrabTaxi standard atau LimoTaxi.

GrabHitch adalah pilihan perkongsian perjalanan sosial yang ditawarkan melalui Grab, yang anda boleh gunakan untuk menempah penumpangan yang lebih murah. GrabHitch berfungsi dengan menghubungkan anda dengan pemandu yang bersehalaun, membolehkan anda untuk mendapat tumpangan dari pemandu swasta yang dalam perjalanan untuk urusan peribadi. GrabHitch memerlu jangka tunggu yang lebih lama daripada GrabTaxi atau GrabCar, tetapi menawarkan kurangan kos 20-40% untuk setiap perjalanan.

Grab juga menawar perkhidmatan GrabBike (motosikal), dan GrabExpress (perkhidmatan kurier) bagi kawasan tertentu. Tetapi ketersediaan perkhidmatan ini bergantung kepada negara dan bandar.

Kod promo

Dari masa ke semasa, GrabCar akan menawarkan kod promo di mana anda boleh menggunakannya untuk membuat bayaran lebih murah apabila anda mengambil perkhidmatan tersebut. Grab mengeluarkan pelbagai jenis kod diskaun yang berbeza, anda boleh mengambil kesempatan dari diskaun yang ditawarkan untuk menikmati tambang penumpangan yang lebih murah.

Ambillah kesempatan promo dan diskaun dari GrabCar dan GrabTaxi untuk menikmati penumpangan yang mudah di sekitar bandar. Sama ada anda menuju ke pusat membeli-belah, lapangan terbang atau bertemu dengan teman untuk kopi, mesti ada kupon GrabCar dan diskaun yang boleh anda gunakan untuk menjimatkan lebih banyak dalam perjalanan anda.

Setengah kod promo adalah terhad untuk pengguna tertentu, sila cuba guna semua kod yang ditawarkan. Ini adalah kerana sesetengah kod memerlukan anda untuk melengkapi sejumlah perjalanan dalam seminggu sebelum anda boleh membuka kod tertentu yang lain.

Antara laman yang membekalkan GrabCar promo code adalah seperti berikut:

  1. https://malaysiafreebies.com/promo-code/grab
  2. https://www.grab.com/my/newgrabride
  3. https://www.cuponation.com.my/grab-promocode
  4. https://iprice.my/coupons/grab/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *