Penyakit sakit lutut boleh dialami oleh semua peringkat umur. Tak kira dari umur kanak-kanak sehingga orang tua.
Sakit lutut mungkin disebabkan kecederaan seperti ligamen pecah, patah tulang, rawan koyak termasuk artritis, gout, kurang kalsium dan jangkitan juga boleh menyebabkan sakit lutut yang serius.
Faktor umur dan kurang kalsium juga salah satu punca penyebab sakit lutut. Selalu kita tengokkan orang tua mesti hadapi masalah sakit dibahagian kaki.
Saya tahu sebab semasa arwah mak masih ada, saya selalu bawa mak buat terapi sakit lutut ni. Dari situ saya tahu punca sakit lutut yang kronik.
Sakit Lutut Penyakit Keluarga
Dalam keluarga saya, penyakit lutut ni seperti penyakit keturunan. Bermula dari arwah nenek, mak, kakak, saya sendiri dan sekarang bawa ke anak buah saya yang masih muda juga mengalami masalah yang sama.
Saya mulai hadapi penyakit sakit lutut ni sejak arwah mak meninggal dunia. Kadang-kadang kalau duduk terlalu lama, apabila bangun sahaja rasa nak jatuh dan sakit sangat tulang lutut dibahagian kaki kanan. Seksanya hendak berjalan hanya Allah SWT sahaja yang tahu.
Apa saya buat, saya akan pastikan setiap hari minum supplement berbentuk susu kalsium dan vitamin.
Penyakit sendi lutut ini berperingkat dari sakit ringan kepada sakit yang teruk dan boleh melumpuhkan.
Minyak urut kaki memang wajib ada dalam beg walau ke manapun saya pergi untuk melegakan penyakit sakit lutut yang saya hadapi.
Sambil bercerita saya ada nak kongsikan kepada anda satu penawar.
PRO Kas Muscle Pain Relief
PRO Kas – Muscle Pain Relief ini adalah produk keluaran bumiputera Malaysia.
Jika anda baca content menggunakan bahan-bahan bukan sahaja asli dan semulajadi, malah digabungkan dengan teknik perubatan sains yang terbaik.
Sangat sesuai untuk anda yang mempunyai masalah masalah sakit lutut, tidak dapat berdiri lama, susah untuk berjalan, bersolat dan tidak dapat menjalani aktiviti harian dengan baik.
Kegunaan dan Manfaat PRO Kas
Banyak manfaat yang ada dalam PRO Kas ini antaranya dapat mengubati masalah sengal sendi, sakit lutut, masalah tulang dan boleh juga digunakan seharian untuk kesegaran badan terutama jika badan rasa lemah dan lesu akibat berkerja seharian.
Kandungan terdiri dari bahan-bahan asli dan berteknologi tinggi.
- Aloe Vera – Adalah spesies tumbuhan berair. Spesies yang sering digunakan dalam perubatan herba sejak awal abad pertama Masihi lagi. Memang terkenal dengan pelbagai khasiat.
- Soya – Kita tahu mengandungi protein yang tinggi dan selalu ada dalam produk dan perubatan moden.
- Vitamin & Mineral – Mampu membuat badan manusia berfungsi dengan baik. Selalunya walaupun Vitamin & Mineral didapati daripada makanan yang kita makan setiap hari.
PRO KAS memasukkan sumber Vitamin & Mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino supaya lebih berkesan bukan sahaja untuk dalaman malah luaran badan kita juga.
- Delima – Kandungan vitamin C yang ada dalam buah Delima dapat menurunkan risiko arthiritis dan tulang.
- DMSO – Organosulfur compounds DMSO adalah antara bahan-bahan yang dimasukkan dalam Pro Kas yang menggunakan teknologi nano untuk membaikpulih anggota badan yang bermasalah tanpa perlu melakukan pembedahan.
- Menthol – Adalah sebatian organik yang dibuat secara sintetik. Kebanyakkan minyak urut atau pain relief pasti dimasukkan menthol dan ia memang terbukti secara meluas dapat melegakan sakit otot.
Untuk maklumat lebih terperinci anda boleh baca di laman PRO Kas sendiri.
Ubat Sakit Lutut Bukan Ubat Sakit Hati
Kita semua tahu banyak produk-produk sakit sendi ada dijual dipasaran. Tetapi berapa ramai yang tahu bahan-bahan yang digunakan secara terperinci.
Saya pernah terbaca satu komplen dari pengguna dimana bapa beliau membeli secara online minyak urut tanpa tahu isikandung sehingga mengakibatkan kejang urat. Yang paling sedih harga produk yang dibeli mencecah ratusan Ringgit Malaysia dan bukan asli.
Disitu silapnya, apa sahaja produk yang anda beli sama ada untuk sapuan luaran seperti sakit lutut ini anda perlu tahu bahan-bahan yang digunakan tidak mengandungi bahan-bahan terlarang dan pastikan membeli dari agen yang sah.
InsyaAllah anda boleh mencuba PRO Kas Muscle Pain Relief ini secara selamat selain dari pengambilan ubat-ubatan moden. Sebagai satu langkah usaha untuk kesihatan tubuh badan menjadi lebih baik.
Tidak mustahil sakit lutut anda akan pulih seperti sediakala. Silap haribulan boleh lari marathon 10000 kilometer… Makcik atau pakcik kat rumah mesti makin sayang nanti sebab lutut dah kuat.