Khasiat dan Kebaikan Tomato Untuk Badan Kita

Dikenali secara saintifik sebagai Solanum lycopersicum, tomato adalah buah dari sejenis tumbuhan dalam keluarga nightshade yang berasal dari Amerika Selatan. Tomato dikenali secara teknik sebagai buah, tetapi secara umum ia dikategorikan sebagai sayur.

Pokok Tomato

Pokok tomato boleh diklasifikasikan sebagai tumbuhan tidak berterusan atau tumbuhan berterusan mengikut pola pertumbuhannya.

Biasanya tumbuhan tomato tidak berterusan mengeluarkan hasil yang lebih kecil kerana ia berkecenderungan untuk menempatkan rumpun bunga di terminal titik pertumbuhan, yang mengganggu pertumbuhan dan mengehadkan pengeluaran buah ke beberapa minggu sahaja.

Sebaliknya, tumbuhan tomato berterusan yang menempatkan bunga bersisi-sisian dan bukannya di terminal titik, dapat menghasilkan buah sepanjang musim.

pokok tomato
pokok tomato

Pengambilan tomato setiap hari dapat memberi rangsangan yang besar kepada kesihatan, pada masa yang sama juga dapat menambahkan rasa makanan. Anda boleh menemui tomato dalam pelbagai jenis makanan seperti pasta, piza, sos tomato, dan juga pelbagai jenis minuman.

Ia agak mudah ditanam dan boleh bertumbuh dengan cepat, menjadikannya sumber makanan yang hebat dan ruji bagi banyak negara.

Khasiat Tomato

Tomato betul-betul menyihatkan, kerana ia tidak mengandungi banyak kalori. Selain daripada itu, ia juga menpunyai nilai pemakanan yang tinggi.

buah tomato
buah tomato

Tomato mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. 100 gram tomato memberi anda purata 81kJ tenaga. Badan anda mendapat tenaga ini dari protein dan karbohidrat dalam tomato. Selain daripada itu, tomato tidak mengandungi lemak tepu, menjadikannya rendah dalam kandungan kalori.

Badan anda mengambil hampir 300 miligram kalium dari 100 gram tomato. Kalium memastikan otot dan sistem saraf dapat berfungsi dengan baik, pada masa yang sama mencegah tekanan darah tinggi.

Selain daripada mengandungi banyak kalium, jumlah vitamin dalam tomato juga memberi sumbangan yang penting kepada nilai pemakanan. Tomato kaya dengan vitamin B11 dan terutamanya dalam vitamin C.

Vitamin C sangat penting untuk kesihatan tulang, saluran darah, gigi dan gusi. Vitamin C juga memberi lebih tenaga dan sistem imun yang lebih baik.

Kebaikan

1. Tomato baik untuk kulit anda
Tomato mengandungi paras likopena yang tinggi, yang merupakan bahan yang digunakan dalam beberapa pembersih muka yang lebih mahal yang dapat dibeli di kaunter.

kulit putih
kulit putih

Jika anda ingin mencuba tomato untuk penjagaan kulit, anda perlu bermula dengan kira-kira lapan hingga dua belas biji buah tomato. Kupas tomato kemudian letakkan bahagian dalam kulit tomato bersentuhan dengan kulit muka anda.
Biar tomato tinggal di muka anda sekurang-kurangnya sepuluh minit, basuh muka anda selepas itu. Muka anda akan berasa bersih dan berseri. Sedikit kemerahan mungkin timbul, tetapi ia akan pudar dengan masa.

2. Penglihatan yang lebih baik
Vitamin A yang terdapat dalam tomato, menolong dalam pembaikan penglihatan dan mencegah rabun malam dan degenerasi makula. Vitamin A adalah antioksidan yang mujarab yang terbentuk dari beta karotena yang berlebihan di dalam badan.

Kebanyakan masalah penglihatan yang berlaku adalah disebabkan oleh kesan negatif dari radikal bebas, ia boleh dicegah dengan vitamin A yang merupakan antioksidan yang berkesan.

3. Sistem pencernaan yang lebih baik
Tomato membantu mengekalkan kesihatan sistem pencernaan anda dengan mencegah sembelit dan cirit-birit. Ia juga berkesan mencegah jaundis dan menyingkirkan toksin yang berbahaya dari badan anda.

Di samping itu, sejumlah besar serat yang terdapat dalam tomato dapat menambahkan jumlah tinja dan meringankan tanda-tanda sembelit.

Serat ini juga menolong merangsangkan pergerakan peristalsis dalam otot pencernaan dan pengeluaran jus pencernaan dan gaster.

Ini dapat mengawal pergerakan usus; dan dengan itu dapat meningkatkan kesihatan keseluruhan sistem pencernaan dan membantu anda menghindari sesetengah keadaan seperti kanser kolorektum. Begitu juga dengan pencegahan hemoroid dalam kolon anda dan penyakit divertikulum.

4. Anti-kanser
Antioksida dalam sayur ini dapat bertindak untuk mencegah banyak tindak balas yang tidak diingini dalam paru-paru, kolon, dan buah dada yang berkecendorongan menjadi kanser. Antioksida membantu dalam rawatan kanser dengan mencegah tindak balas karsinogen dalam badan yang dapat dihentikan dengan menghalang radikal bebas dari terus bergerak.

5. Rambut yang sihat
Sentiasa minum jus tomato dapat meningkatkan penampilan dan tekstur rambut, oleh kerana ia kaya dalam vitamin K, ia dapat menguatkan jambul rambut dan meningkatkan kekilauannya serta mencergaskan semula pertumbuhan.

rambut sihat
rambut sihat

6. Mengurangkan risiko penyakit jantung
Likopena dalam tomato boleh melindungi anda daripada penyakit kardiovaskular. Pengambilan tomato secara tetap dapat menurunkankan paras kolesterol dan trigliserida dalam darah, mengurangkan pengenapan lemak dalam salur darah.

Keburukan

Walaupun secara umum tomato adalah selamat untuk dimakan, ia juga boleh menyebabkan komplikasi diet pada sesetengah individu. Tomato berasid tinggi secara semula jadi, di mana ia boleh menyebabkan pedih hulu hati bagi meraka yang menghidapi penyakit refluks gastroesofagus, yang juga dikenali sebagai GERD.

Individu dengan intolerans makanan pada tomato mungkin mengalami kesulitan untuk menghadam sejumlah tomato yang besar, dan tomato dalam tin mengandungi banyak natrium, yang mungkin juga boleh menyebabkan komplikasi kesihatan.

Pupur muka tomato asas – Remedi mudah untuk kulit berseri

Anda cuma memerlukan tomato untuk pupur muka ini. Potong tomato kepada dua bahagian. Sapu secara lembut dan perlahan mengikut pergerakan bulat ke pipi, dagu, dahi, kawasan hidung anda dan juga jangan lupa leher anda. Biarkannya selama 10-15 minit sebelum membasuh dengan air suam dan menepuk kering.

Gunakan pelembap kulit selepas membasuh. Anda juga boleh menggunakan pelembap kulit semula jadi. Berikut adalah beberap resipi pelembap kulit semula jadi yang terbaik. Gunakan pupur muka ini dua kali seminggu untuk mempermudakan kulit anda dan menjadikannya cantik berseri.

Anda boleh menggunakan pupur muka ini untuk semua jenis kulit, termasuk kulit biasa, berminyak dan gabungan.

Artikel berkaitan:
Kebaikan dan Keburukan Cuka Epal Dan Cara Minum

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *