Percutian Murah ke Bali, Indonesia

Bercuti ke Bali adalah salah satu impian kebanyakan dari kita. Tujuan bercuti adalah untuk berbulan madu, berehat, meraikan ulang tahun perkahwinan, bersantai bersama keluarga dan juga atas tujuan lain. Bagi yang kali pertama nak bercuti, mungkin ada sedikit masalah dari segi penginapan, transport, makanan halal dan informasi tempat menarik untuk dilawati.

Kedai Makanan di Bali

Kedai Makanan di Bali

Kebanyakan dari kita, mencari percutian bajet yang sesuai dengan kadar kemampuan kewangan kita. Di sini saya nak kongsikan beberapa tip bercuti dengan kadar bajet yang rendah. Sebelum itu saya nak kongsikan persediaan wajib jika nak ke sana.

  1. Paspot – Kos untuk membuat paspot adalah rm 100.00 untuk 2 tahun. Pasport perlu ada bagi sesiapa yang hendak ke luar negara termasuk bayi. Jika paspot dah ada, pastikan masih hidup 6 bulan sebelum tarikh ke sana. Kalau tak pihak imigresen tidak benarkan kita ke luar negara.
  2. Tiket Kapal Terbang – Sangat penting, kalau tak ada tiket kita tak boleh nak keluar ke sana. Anda bebas memilih penerbangan mana yang anda suka. Selalunya Air Asia selalu menawarkan harga murah pada waktu-waktu tertentu. So, kena rajin tengok website Air Asia.
  3. Penginapan – Untuk memudahkan ke sana dan kemari, saya syorkan menginap di sekitar Kuta Bali. Kuta berdekatan dengan airport dan juga segala kemudahan seperti makanan, transport, shopping dan lain-lain. Kalau nak tinggal dikawasan pergunungan tak salah, tetapi kemudahan yang saya sebutkan di atas agak sukar. Saya akan kongsikan penginapan yang murah diakhir entri nanti.
  4. Pengangkutan – Transport amat penting untuk kita ketika berada di sana. Sebelum ke sana kena pastikan transport ada dan dengan harga yang berpatutan. Atau ketika menginap boleh bertanyakan kepada staf di sana. Harga transport untuk yang berpatutan adalah sekititar 450 ribu hingga 500 ribu rupiah ( kadar tukaran 1juta rupiah = rm 280.00 ), ini adalah kadar sewa untuk 1 kereta, kalau bergerak lebih dari 2 orang boleh berjimat. Jika nak berjalan-jalan berdekatan dengan hotel, tak perlu guna transport. Tetapi di Kuta terdapat ramai anak-anak tempatan Bali yang menyediakan perkhidmatan ini. Atau teksi adalah terbaik untuk ke tempat berdekatan. Transport yang kita sewa tadi termasuk pemandu dan kos minyak. Jadi tak perlu bayar lagi kepada pemandu, semua termasuk dalam kos sewa transport.
  5. Map – Peta amat penting untuk mengetahui lokasi sebenar kita tinggal. Dengan adanya peta, kita boleh tahu serba sedikit lokasi yang akan kita kunjungi. Kalau tak ada map, nanti kita jadi blur tak tahu nak mula perjalanan dari mana.
  6. Lokasi Perlancongan – Pulau Bali meliputi kawasan pergunungan, pantai, kawasan tengah, utara, selatan, timur dan barat. Kebiasaan ada 5 atau 6 tour disediakan untuk pelancong ke Bali. Jadi kena pilih 1 tour setiap hari. 1 tour kebiasaan ada 4 atau lebih tempat menarik yang akan dibawa oleh pemandu peribadi kita. Jika kita dah ada transport ( yang disewa tadi), kita boleh menyuruh mereka membawa kita ke salah satu tour. Ingat kena ikut tour yang disediakan!. Tak boleh nak ke utara, selatan, timur dan barat sesuka hati. Ini kerana akan membawa kita sampai tengah larut malam. Saya nasihatkan pilih 1 tour untuk 1 hari. Untuk memilih tour sila baca posting saya Bercuti ke Bali # hari pertama dan Kedua.
  7. Tukaran Wang – Untuk ke Bali saya syorkan tukar di Malaysia. Kena kira berapa bajet terlebih dahulu dan tukar wang secukupnya. Jangan lupa kena sediakan sedikit duit Malaysia untuk kecemasan. Untuk keluar dari Bali, sebanyak IDR 150 ribu cukai 1 kepala yang dikenakan ( cukai airport) . Jangan habis duit rupiah pada hari terakhir anda di sana. Sila simpan utk bayar tax. Sebelum ke Bali, saya syorkan aktifkan akaun bank kita terlebih dahulu. Cara nak aktifkan untuk Maybank, boleh buat di mesin berdekatan dan untuk CIMB boleh hubungi customer service. Tujuan adalah untuk kegunaan jika kehabisan wang. Kita boleh aktifkan mengikut berapa hari kita berada di sana. Tak perlu aktif selama setahun.Untuk Maybank, sila cari logo PlusOne di bank di Bali untuk mengeluarkan wang. Sebanyak rm 12 dikenakan untuk 1 transaksi.
  8. Nombor untuk dihubungi – Bila sampai di Bali saya mengunakan perhidmatan SIMpati. SIMpati adalah syarikat telekomunikasi yang terbaik di Bali. Dengan harga idr 50 ribu ( rm 14) dah boleh dapat simkad, saya tambah idr 10 ribu ( rm 2.80) untuk aktifkan internet selama seminggu. Kalau dah ada internet memang senang nak berkomunikasi dengan rakan2 di facebook dan whapsapp tanpa perlu set kan no baru. Kalau nak gunakan simkad Malaysia (roaming) agak mahal, lebih kurang rm 38.00 sehari tidak termasuk untuk buat panggilan.
  9. Makanan Halal – Soal makanan halal menjadi keutamaan kita. Saya akui agak sukar untuk mencari makanan halal, tetapi masih boleh cari. Saya andaikan dalam nisbah 5 : 1 pasti ada 1 kedai makanan halal. Tak perlu susah hati Pak Supir membawa anda ke tempat makanan halal.
  10. Shopping – Di Bali ada tempat untuk membeli cenderahati yang mahal dan murah. Untuk beli cenderahati, saya syorkan di KRISNA OLEH-OLEH BALI JL. Raya Tuban berdekatan dengan airport. Harga di sini adalah harga mati tetapi murah. Di tempat yang kita lawati ada juga terdapat kedai cenderahati, tetapi kena bijak tawar menawar. Harga yang mereka letak agak tinggi, minta separuh dari harga mereka tawarkan. Kalau kita rasa setuju boleh beli kalau tidak jangan beli. Tapi kalau berkenan beli lah hehehe. Teknik “merajuk” perlu digunakan untuk dapat harga murah!

CIMB Bank di Bali

Perlu ingat!

  • Sampai Air Port sila ambik teksi airport, kalau dah ada supir lagi bagus. Jangan sesekali ambil teksi dengan ulat. Harga sangat, sangat, sangat mahal. Harga teksi airport dalam 50-70 ribu rupiah. Teksi ulat 150 ribu – 200 ribu rupiah. Kalau dah dapat teksi, terus hantar pergi hotel, jangan terima offer untuk dibawa makan atau jalan2 oleh driver. Masa ni mereka nak buat duit dia hantar kita pergi makan tempat mahal dan dapat komisen.
  • Ada tempat-tempat tertentu( Pura) jika wanita yang datang bulan tak boleh masuk.
  • Bekalan Air Minuman perlu cukup, kerana tahap kepanasan melampau disesetengah tempat.
  • Banyak selawat dan ingat Allah ketika melawat di Pura ( tempat persembahan ).

Kereta Keldai - Delman

Tempat Penginapan Murah

KUPU-KUPU 39 Jalan Wana Segara, Gang Handayani No 11 Kuta 80360 Bali Indonesia Tel : +62 857 3714 0606 Kumi/ Putu – Owner

Email : [email protected]

Map : Kupu-Kupu 39

* dekat dengan airport hanya 10 minit

Transport/ Pemandu/ Supir

Driver : Blondy

Tel H/P : 081 2362 6392

Email : [email protected]

Address : Jalan Kartika Plaza, Gg, Samudra No 3 Kuta Bali Indonesia

bas pelancongan Bali

Percutian ke Bali # Hari Pertama

Bercuti ke Bali memang tidak pernah terlintas difikiran, tetapi kalau ditaja, sesiapa pun tak akan melepaskan peluang keemasan. Pelawaan diterima disaat-saat akhir, lebih kurang 2 minggu sebelum berlepas pada 8/6/2018.

Kami bertolak pada 8/6/2018. Pesawat Air Asia dijangka berlepas pada jam 4.15, tetapi terpaksa ditangguhkan sehingga jam 6.40 petang. Penerbangan kami mengambil masa 3 jam. Lebih kurang jam 8.20 malam, pesawat Air Asia mencecah landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurai Rai Denpasar Bali. 10 minit awal dari masa yang dijangka. Sampai di tempat penginapan di Jalan Wanasegara Kuta Bali, kami makan dan terus tidur.

Hari Pertama

Lebih kurang jam 9.00 pagi kami bersiap-siap untuk ke tempat perlancongan yang menarik. Semua lokasi dah ditetapkan oleh pemandu kami. Tidak boleh memilih sesuka hati kerana setiap tempat yang ditetapkan adalah satu arah. Disetiap pelusuk Bali mempunyai tempat-tempat menarik untuk dilawati, jadi tidak boleh untuk ke utara, selatan, timur dan barat dalam masa sehari. Untuk hari pertama, kami ke kawasan pergunungan iaitu di sebelah tengah utara.

Bedugul adalah kawasan pergunungan dan terletaknya Pura Ulun Danau Bratan di tasik Bratan. Kawasan ni memang sejuk kerana kedudukan 4900 kaki dari paras laut. Lokasi ni memang menjadi tumpuan penduduk Bali untuk bersembahyang. Kebetulan, ada upacara sembahyang yang dihadiri oleh gadis-gadis Bali. Sempat juga merakam gambar anak gadis sedang bersembahyang. Anak gadis Bali sememang cantik, jadi tak hairanlah pelancong berebut-rebut untuk bergambar.

Pura di Tasik Bratan – Bedugul

Pura di Tasik Bratan – Bedugul

Kalau ke sini, tak payah risau ada masjid berdekatan terletak di atas bukit. Mengikut kata pemandu kami, masyarakat Bali islam (asli) banyak tinggal dikawasan sini. Kebanyakan mereka bekerja sebagai petani dan mengusahakan kebun sayur dan juga kebun strawberry. Kami sempat singgah di pasar tradisional dikawasan berdekatan.

Memandangkan perut masing kenyang, kami makan satay arnab dan jugak ayam. Rasa kedua-dua satay agak sama, mungkin disebabkan digaul dengan bahan yang sama. Kuah memang berbeza dengan kita di sini. Satay kami dihidangkan bersama sup ayam.

satay ayam dan satay arnab

satay ayam dan satay arnab

pasar tradisional bedugul

Pasar tradisional Bedugul

Lokasi ke 2 – Mengwi

pura taman ayun

Temple King – Pura Taman Ayun

Selepas sholat Zuhur dan makan, kami dibawa ke ke lokasi yang dikenali sebagai Royal Temple Mengwi. Royal Temple Mengwi adalah salah satu pura yang penting di Bali. Dibina oleh Keturunan Raja Mingwi pada tahun 1634. Pura ni dikelilingi oleh sungai dan dikenali dengan nama Pura Taman Ayun ( Taman Pura dalam air) . Tujuan pura ni dibina untuk melindungai daripada dewa jahat. Akibat keletihan, kami tak masuk ke dalam hanya duduk menunggu di pintu masuk. – capek nak masuk dalam!

Dalam perjalanan balik dari singgah sebentar melihat patung yang diberi nama OGOH, patung ni menang pertandingan Hari Nyepi pada tahun lepas. – sila google Hari Nyepi.

Hari Nyepi

Patung Ogoh untuk Hari Nyepi

Lokasi ke 3 – Tanah Lot

sembahyang di Tanah Lot

Upacara sembahyang di Tanah Lot

Tempat terakhir lawatan kami pada hari pertama adalahTanah Lot. Merupakan Pura yang terletak di tepi laut juga merupakan salah satu tempat suci bagi masyarakat Bali. Bila kami sampai, ada upacara sembahyang oleh penduduk di sana. Disebabkan air pasang kami tak boleh nak mendekati rapat. Pemandangan disini memang cantik sebab tulah penuh dengan pelancong sehingga terpaksa berebut lokasi untuk menangkap gambar. Untuk melihat sunset, di sini adalah salah satu tempat terbaik. Memandangkan pemandu kami dan orang lain tak sabar nak balik, jadi terpaksa ikut kehendak majoriti. Lagipun lokasi terbaik, semua dah penuh dengan juru photo luar dan juga tempatan. Bergerak dari Tanah Lot kira-kira jam 6.20 petang ( waktu sangat hampir dengan sunset). Tak ada rezeki kali ni, lagi pun tak bawah tripod.

Tanah Lot Air Pasang

Tanah Lot Air Pasang

Tanah Lot lihat sunset

Pura ke 2 – Lokasi terbaik untuk melihat sunset

Percutian ke Bali # Hari Kedua

Seawal jam 9.30 pagi, pemandu kami telah menunggu di perkarangan hotel. Pada hari ke 2 agak awal sedikit memandangkan salah komunikasi diantara mereka. Kalau di Bali setengah sepuluh bermaksud 9.30 pagi. Kami berjanji dengan pemandu semalam jam 10.30 pagi. Tidak menjadi masalah mereka datang 1 jam lebih awal.

Lokasi 1 – Batik

Lokasi kami pada hari ke 2 adalah di kawasan pergunungan yang diberi nama Kintamani. Dalam perjalanan ke sana kami singgah di perusahaan batik masyarakat Bali. Di sana mereka menunjukan cara batik Bali dihasilkan. Kami disambut mesra oleh pekerja di situ. Daerah Batu Bulan memang terkenal dengan hasil seni seperti batik, lukisan, ukiran kayu dan juga batu.

Peralatan membuat Batik

Peralatan membuat Batik

batik lukis

batik lukis

Lokasi ke 2 – Seni Lukisan Bali

Setelah melihat cara batik Bali dihasilkan, kami dibawa melihat hasil seni lukisan masyarakat Bali. Ternyata hasil lukisan mereka cantik dan lain dari yang lain. Mengikut perbualaan dengan pelukis di situ, mereka mewarisi bakat dari nenek moyang mereka dan diperturunkan seawal usia 3/4 tahun. Kebanyakan dari mereka menjadikan seni lukisan kerjaya utama.

lukisan

Lukisan yang dihasilkan dari pasir hitam pantai

lukisan burung

Lukisan Burung

lukisan burung hantu

Lukisan Burung Hantu

lukisan raja monyet

Lukisan raja monyet

lukisan Puteri Bali

lukisan Puteri Bali

galeri lukisan

Galeri Lukisan

Lokasi 3 – Kebun Kopi Luwak dan Herba

Lokasi ke 3 adalah ke ladang kopi dan herba. Kopi Luwak adalah kopi yang paling mahal di dunia. Di sini kami ditunjukan bagaimana kopi luwak dihasilkan. Kopi Luwak dihasilkan dari biji kopi yang telah dimakan oleh musang. Kemudian apabila musang (luwak) membuang najis, hasil dari najis mereka berupa biji kopi diambil dan dibersihkan serta digoreng dan dibuat kopi. Kopi ini mahal kerana, bukan semua musang makan biji kopi setiap hari. Najis mereka adalah terhad, jadi untuk menjadikan kopi luwak dalam kuantiti yang banyak adalah sukar.

Biji Kopi dari Luwak

Biji Kopi dari Luwak (musang)

Biji Kopi sedia digoreng

Biji Kopi sedia digoreng

kopi luwak

Harga secawan kopi luwak idr 50.000

Lokasi ke 4 – Tirta Empul Daerah Tampak Siring

Lokasi ke 4 kami adalah di Tirta Empul dalam daerah Tampak Siring. Di sini terdapat kawasan mandi purba dan juga pura untuk tujuan penyembahan. Kebanyakan masyarakat Bali ke sini adalah untuk tujuan membuang anasir-anasir jahat, membersihkan diri dan juga fikiran. Selain dari masyarakat Bali, orang luar tidak melepaskan peluang untuk tujuan “pembersihan” diri.

Tempat menyucikan diri

Tempat menyucikan diri

upacara menyucikan diri

Gadis Bali sedang melakukan upacara menyucikan diri

Lokasi ke 5 – Kintamani Gunung Batur

Gunung Batur Kintamani

Gunung Batur Kintamani

Gunung Batur yang terletak di Kintamani, Kab Bangli . Merupakan Gunung tertinggi kedua di Bali setelah Gunung Agung. Memiliki ketinggian 1717 mdpl, Gunung Batur termasuk Gunung Berapi yang aktif. Kali terakhir meletus pada tahun 2000. Letusan besar pada 2 Ogos dan 21 September 1926 memusnahkan Pura Ulun Danu Batur dan desa Batur.

Tarikan utama di sini adalah kesan lahar hitam yang masih dapat dilihat hingga kini. Terdapat sebuah restoran makanan halal di sini, tetapi harganya agak mahal dari biasa. Sesiapa ke sini dinasihatkan bawa makanan dari luar atau makan di gerai-gerai di sepanjang jalan.

Lokasi ke 6 – Sawah Padi Bukit daerah Tegallalang

Mercu Tanda Tegallalang

Mercu Tanda Tegallalang

Adalah lokasi terakhir kami. Tegallalang terkenal dengan tanaman padi bukit yang diusahakan oleh penduduk kampung. Padi di sini ditanam untuk kegunaan sendiri oleh petani di sana. Di sekitar lereng bukit terdapat kedai menjual cenderahati dan juga baju. Harga di sini agak mahal, tetapi kalau pandai tawar menawar harga jadi lebih murah. Kalau nak ambil gambar dari jauh tidak dikenakan bayaran. Kalau turun ke bawah akan dikenakan “Derma” oleh pemilik sawah pagi. Waktu kami turun ke bawah, kami hanya menderma sebanyak 3 ribu rupiah = 0.80 sen sahaja.

Jam menunjukan hampir 6.00 petang, kami pulang ke hotel setelah penat menuruni dan menaiki bukit. Rasa sakit betis terasa hingga hari ni. Acara esok adalah acara bebas dimana kami merancang untuk pergi ke pantai Kuta dan melepak hingga malam hari.

Sehingga jumpa lagi! bye….

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh