Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Ziarah Ke Masjid Brunei Danau Tok Uban

Selepas setahun lebih akhirnya saya akan ke Masjid Brunei Danau Tok Uban sekali lagi pada 18 Disember 2012 nanti. Kali ini saya akan membawa seorang rakan yang jauh datang dari Brunei dengan ditemani oleh sepupunya. Dah rasa macam pemandu pelancong tak bertauliah pulak hehe. InsyaAllah, kalau tak ada aral dapatlah kami ke sana. Semalam dah mula turun hujan tak berhenti. Harap-harap cuaca baik nanti.

Kebetulan pula rakan saya ni pun mengerjakan ibadah Haji tahun lepas. Jadi kami banyak bertukar-tukar pengalaman dan cerita melalui email sejak beberapa bulan sebelum ni. Memang banyak pengalaman yang dikongsikan termasuklah satu pengalaman pelik yang berlaku ke atas dirinya. Sangat pelik. Kalau dia izinkan saya kongsikan dengan anda, insyaAllah saya akan kongsikan nanti.

masjid kampung laut

masjid kampung laut

Kepada yang belum tahu lagi, Masjid Brunei Darussalam ni bukannya terletak di negara Brunei. Ia sebenarnya terletak di Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan atau lebih tepat di sebuah kampung bernama Rong Chenok. Ianya berdiri indah di tebing sebuah tasik yang bernama Danau Tok Uban. Kenapa ia terletak di Pasir Mas? Siapa Tok Uban? Buat masa sekarang belum ada jawapan tepat dengan persoalan ini. Cerita berkenaan dengan siapakah Tok Uban juga tiada yang disahkan sebagai fakta melainkan terdapat dalam beberapa buah versi.

Selepas ke Masjid Brunei Darussalam, saya akan bawa kawan saya dari Brunei ni ke Masjid Kg. Laut pula yang terletak di Nilam Puri. Fakta mengenai Masjid Kg. Laut ianya dibina oleh beberapa orang termasuk Sayyid Hussein Jamadil Qubra, salah seorang daripada Wali 7 yang bermudik dari Makkah ke Kelantan dan dibina tanpa menggunakan paku. Untuk makluman, Sayyid Hussein Jamadil Qubra adalah ahlul bait Nabi Muhammad s.a.w. Tapak asal Masjid Kg. Laut sebenarnya di Kampong Laut, Tumpat tetapi dah dipindahkan ke Nilam Puri sejak tapak asal dinaiki air. Masjid Kg. Laut yang ada sekarang ni dah dibaikpulih daripada struktur asal yang makin uzur.

Ada sesiapa nak ikut ke? Sebelum ni macam ada seseorang yang tanya saya bila saya akan pergi ke Masjid Brunei lagi dan dia ingin nak ikut sekali katanya. Tapi sekarang saya sudah lupa siapa. Kalau terbaca entri ni dan kebetulan ada masa lapang nanti boleh cepat-cepat hubungi saya dan bincang bersama. Boleh kita ziarah sama-sama ke kawasan masjid yang indah di tebing Danau Tok Uban ni. Masjid Brunei Darussalam ni terletak di Rong Chenok di tebing danau Tok Uban dalam daerah Pasir Mas/Tanah Merah di Kelantan

Artikel berkaitan:
Cuti-cuti Malaysia naik keretapi

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh