Jom Cegah Pembiakan Nyamuk Aedes

Isu yang memang sudah lama dan hangat dibincangkan di negara kita adalah nyamuk aedes.

2 Jenis Nyamuk Yang Paling Biasa Ditemui

Terdapat 2 jenis nyamuk yang biasa ditemui di rantau ini. Nama nyamuk untuk 2 jenis itu adalah Aedes albopictus(nyamuk harimau Asia) dan Aedes aegypti (nyamuk demam kuning).

Mereka tidak seperti spesies nyamuk asli, Aedes aegypti dan Aedes albopictus boleh gigit manusia pada siang hari juga. Kedua-dua spesies adalah nyamuk hitam kecil dengan jalur putih di punggung dan kaki mereka. Mereka boleh bertelur di mana-mana bekas atau apa-apa benda saja yang takung air.

Keadaan yang paling sesuai bagi telur kedua-dua spesies ini membiak adalah apabila telur dikeringkan untuk tempoh tertentu dan kemudian dibasahkan semula sebelum penetasan. Nyamuk aedes aegypti mempunyai keupayaan untuk berkembang di air.

Bagi entomologist yang buat kajian tentang entomologi berkata bahawa spesis ini tidak seperti nyamuk Anopheles dan Culex, telur Ades albopictus dan Aedes aegypti boleh bertahan kering untuk jangka masa yang panjang. Ini membolehkan telur untuk diangkut dalam kargo, yang telah membantu mereka membiak di kawasan-kawasan yang bukan tempat asli mereka di seluruh dunia.

Nyamuk aedes ini aktif menggigit manusia pada waktu 5-7pagi dan 5-7 petang.

nyamuk aedes
nyamuk aedes

Kenapa Nyamuk Aedes Bahaya?

Aedes boleh menyebabkan penyakit demam berdarah. Ia dianggap sebagai penyakit penyebaran nyamuk yang paling cepat di dunia. Terdapat 128 buah negara yang dianggap berisiko untuk menjangkiti denggi dan sebanyak 400 juta orang dijangkiti setiap tahun, menurut statistik yang diumumkan oleh WHO.

Kebanyakan daripada mereka yang menjangkiti denggi akan mengalami ruam, sakit sendi dan demam tinggi. Tetapi anggaran 20,000 setahun mempunyai reaksi yang berbeza di mana mereka mengalami pendarahan dalaman yang teruk yang sering berakhir dengan kematian.

Gigitan nyamuk boleh membuat anda sakit dan wabak penyakit daripada virus yang disebarkan oleh nyamuk sering berlaku. Ini termasuk penyakit Zika yang berlaku pada 2015-2017 dan epidemik chikungunya yang berlaku pada 2013-2014.

Nyamuk Aedes  dan Nyamuk Tiruk

Kedua-dua jenis nyamuk ini boleh membawa penyakit yang berbahaya kepada kita.

Bila kena gigit oleh nyamuk aedes, seseorang akan berasa sakit-sakit tulang, sendi, otot-otot, dan juga biji mata. Kulit pesakit akan nampak ruam merah.

Kemungkinan besar pesakit akan dapat deman dan deman itu boleh mengakibatkan pendarahan pada kulit, gusi dan hidung pada pesakit.

Bagi nyamuk tiruk pula, ia boleh membawa parasit malaria kepada manusia.

Jaga Kebersihan di Tempat Duduk Kita

Kalau nak hidup sihat kita manusia perlulah sama-sama bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan sebab kebersihan dan keadaan sistem saliran yang tidak terurus dengan baik boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti DEMAM DENGGI yang berpunca daripada nyamuk aedes.

Kalau semua orang nak tahu apa itu nyamuk aedes, ia merupakan sejenis nyamuk yang mudah hidup dan cepat membiak dan merebak. Kitaran pembiakan nyamuk aedes ni hanya mengambil masa selama seminggu menyebabkan nyamuk ini sukar dibunuh. Bunuh nyamuk aedes hari ini esok ada lagi yang lain.

Proses kitaran nyamuk aedes ini kita boleh bahagikan kepada telur, jentik-jentik, kepompong dan menjadi nyamuk dewasa. Ketika menjadi nyamuk dewasa inilah, nyamuk ini akan memindahkan virus atau kumin kuman denggi kepada mangsa yang lain melalui gigitan.

Oleh itu, semua masyarakat perlulah memainkan peranan mencegah penyakit ni. Sini adalah sedikit Tip untuk mencegah penyakit.

Petua Untuk Mencegah Penyakit Nyamuk Aedes

Kita boleh bermula pencegahan dari rumah kerana nyamuk ini membiak di takungan air bersih sahaja. Pandai pula nyamuk aedes ni, tinggal di tempat yang bersih tapi bawa kuman yang kotor.

Bersih Takungan Air

Oleh itu, kita perlulah memasukkan ubat racun jentik-jentik ke dalam kawasan tadahan air dalam jangka waktu tiga bulan sekali. Di samping itu kita juga perlu membersihkan takungan air setiap minggu.

Sekali seminggu, kosong dan gosok, tutup atau buang barang-barang dan alat-alat yang takung air, seperti tayar, mainan masak masak, kolam, pasu bunga, atau bekas sampah. Semak di dalam dan di luar rumah anda sebab nyamuk suka bertelur berhampiran dengan air.

Apa lagi peranan kita nak cegah pembiakan nyamuk aedes ni.?? Caranya penduduk sesuatu kawasan setempat tinggal perlu bertanggungjawab untuk membersihkan kawasan yang disyaki menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Langkah yang paling bijak bagi membenteras masalah ini ialah kita perlu melaporkan kepada pihak berwajip seperti Pejabat Kesihatan dengan segera jika terdapat kes-kes demam denggi yang berlaku di kawasan kejiranan kita.

Pakai Skrin

Gunakan skrin pada tingkap dan pintu. Membaiki lubang di skrin supaya nyamuk cuma tinggal di luar dan tak dapat masuk dalam rumah.

Pakai Hawa Dingin

Pakai penyaman udara atau hawa dingin jika ada. Nyamuk suka tempat yang lembap  dengan suhu yang lebih hangat. Jadi jika kita pakai hawa dingin yang menurunkan suhu bilik menjadi sejuk, maka nyamuk tidak akan wujud di dalam rumah.

Pakai Kelambu

Tidur di dalam kelambu jika bilik tidur tiada hawa dingin atau tiada skrin tingkap.

kelambu
kelambu

Manfaat untuk pakai kelambu adalah ia mesra alam, mempunyai pengudaraan yang baik, dan boleh digunakan berulang kali.

Pakai kelambu adalah lebih baik daripada mengguna semburan, kerana ia tidak mempunyai sebarang rangsangan atau pengaruh pada tubuh manusia. Dan ia boleh mengelakkan gigitan nyamuk secara langsung ke atas badan kita.

Cara Untuk Hapuskan Nyamuk Aedes

Boleh anda pakai penangkap nyamuk yang pakai elektrik.

penangkap nyamuk

Gegelung nyamuk mempunyai bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan kita jika kerap dipakai. Untuk menjaga kesihatan kita, lebih baik bagi kita pakai penangkap nyamuk yang pakai elektrik.

Penangkap nyamuk elektrik bukan sahaja dapat menjaga kesihatan kita dari pakai gegelung nyamuk, ia juga tiada bau yang dikeluarkan apabila pakai gegelung nyamuk.

Bila dihidupkan, ada kipas pusing untuk menarik nyamuk ke dalam. Kipas itu tiada bunyi juga. Jadi ia tidak akan kacau bila anda tidur.

Beli penangkap yang betul akan membantu anda untuk menangkap dan hapuskan nyamuk di dalam rumah anda dengan berkesan.

Dapat Rawatan Dengan Segera

Selain itu, kalau sesiapa ada yang mengalami tanda-tanda awal deman denggi perlu mendapatkan rawatan dengan segera di hospital. Jangan cuma duduk dalam rumah dan tunggu. Sampai dah tak boleh tahan sudah nak mampui baru nak ambik rawatan.

Pangkal pokoknya semua pihak perlulah sama-sama berganding bahu untuk membenteras pembiakan nyamuk aedes kerana nyamuk ini amat berbahaya kepada kita. Serangan ultraman nyamuk aedes ni boleh menyebabkan demam denggi yang ada kalanya boleh menyebabkan kematian

Itu saja la perkongsian aku pada kali ni.. harap kita semua terhindar daripada penyakit demam denggi angkara nyamuk aedes ni. Sama-samalah kita berusaha memastikan persekitaran tempat tinggal kita dalam keadaan bersih.

Kita semua tahu bahawa epidemiologi demam denggi di Malaysia agak teruk. Setiap tahun terdapat ramai orang yang mati akibat denggi.

Terdapat kajian yang dicadangkan untuk menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang ekologi spesies nyamuk di kawasan yang berisiko penyakit dan untuk membantu pihak berkuasa kesihatan untuk merancang strategi kawalan vektor yang berkesan yang akan mengurangkan beban penyakit ini. Harap dalam masa yang singkat penyakit ini dapat dikawal dan maut akibat dari penyakit ini dapat diturunkan.

Sikit Faktor Tentang Nyamuk Aedes

Berapa lama nyamuk aedes hidup?

Kitaran hidup nyamuk aedes cuma ambil masa dalam 7 hari untuk menjadi nyamuk dewasa dari telur. Untuk nyamuk betina, ia boleh hidup 40 – 55 hari. Bagi jantan pula, nyawanya amat pendek, mereka cuma hidup dalam 10 hari saja.

Nyamuk Aedes aegypti menyebarkan dalam jarak yang agak pendek dan perjalanan tidak melebihi 500 meter buat sepanjang hayatnya.

Berapa banyak darah yang nyamuk hisap setiap hari?

Secara purata, nyamuk perlu hisap 300 mililiter darah setiap hari.

Nyamuk hidup di mana?

Habitat nyamuk adalah di dalam rumah kita semua! Mereka boleh sembunyi di bawah tempat tidur, pakaian tergantung, di belakang almari dan tempat-tempat yang dapat disembunyi.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *