Ramai orang yang ingin tahu terdapat apa cara halau lalat yang betul-betul berkesan. Dalam entri ni, aku bukan nak menyalahkan lalat atas sebab datang menghurung makanan kita, tapi punca sebenarnya pun kita juga. Kita yang mengotorkan kawasan dapur / rumah. Sampah tak buang, sisa makanan seperti sisa nasi lemak dan sampah bersepah, sapa punya kerja tu? kita kan. Jadi, aku tak nak salahkan lalat, lalat pun nak hidup juga.
Aku ada buat ekperimen tentang cara nak halau lalat ni. Eksperimen ni pun aku ambil daripada google dan cakap² orang. Kamu pun tahu, kalau google, bersepah tips/petua nak halau lalat ni, tapi yang mana satu paling berkesan dan paling sesuai dipraktikan? Mari aku kongsikan.
Cara 1: Gunakan kertas bergam [perangkap serangga]
Rating: ☆☆
Kelebihan: semua jenis serangga boleh ditawan, bukan sahaja lalat, lipas, cicak, labah-labah, dan semut, tikus juga boleh ditawan. Tu belum lagi manusia. Mudah diperoleh di kedai² runcit.
Kelemahan: Kertas bergam kena beli [kos], lepas guna kena buang, kebarangkalian lalat nak hinggap kecil kecuali kalau lalat banyak sangat, baru la ada lalat² sudi nak hinggap.
Kesesuaian: Kalau kawasan tu memang betul² banyak lalat.
– –
Cara 2: Gunakan daun belimbing. Kibaskan di meja makan.
Rating: UNKNOWN
Kelebihan: Lebih mesra alam. Mudah didapati di kampung² dan percuma. Minta saja jiran tetangga jika di rumah tak ada pokok belimbing.
Kelemahan: Sukar diperolehi di bandar. Jika bawa dari kampung pun mungkin dah layu. Perlu dikibas² di kawasan meja makan atau tempat yang ada makanan.
Kesesuaian: Tidak dapat dipastikan kesahihannya sebab belum diujikaji lagi. [kalau korang pernah cuba mari share kat sini].
– –
Cara 3: Gunakan daun kari. Kibaskan pada lalat yang berada di meja makan. Kemudian letakkan daun kari tersebut pada gelas yang berisi air.
Rating: ☆☆☆☆
Kelebihan: Mesra alam. Mudah didapati di rumah² yang ada daun kari termasuk jiran tetangga. Boleh juga didapati di pasar² basah. Mudah di tanam di rumah/pasu jika perlukan stok yang berterusan.
Kelemahan: Daun kari tak tahan lama, akan kering bila sampai masanya. Sukar bagi mereka yang jarang ke pasar besar mendapatkan daun kari.
Kesesuaian: Boleh diletak ditempat terbuka dan tertutup seperti di kawasan dapur. Juga tidak dapat dipastikan kebenarannya – belum diekperimenkan lagi. [kalau kamu pernah cuba mari share kat sini].
– –
Cara 4: Gunakan cecair racun serangga. Contoh: Ridset, Fumakilla dll.
Rating: ☆
Kelebihan: Lalat atau serangga mati serta merta.
Kelemahan: Amaran! Makanan yang terhidang boleh tercemar. Pemakannya juga boleh mati serta merta. Heh, mana mungkin, paling tak pun keracunan makanan. Dan lagi, kos racun serangga agak tinggi dan cara ni tidak mesra alam.
Kesesuaian: Tidak disarankan untuk kegunaan di kawasan bertutup dan berdekatan makanan.
– –
Cara 5: Gunakan lampu ultra ungu.
Rating: ☆☆
Kelebihan: Menghiasi suasana dapur terutama diwaktu malam dengan warna “keunguan”. Semua serangga akan tertarik dengannya untuk datang. Tarikan ke lampu ungu yang panas itu boleh menyebabkan serangga tu mati.
Kelemahan: Perlukan pendawaian elektrik untuk memasang. Ada kos yang tinggi untuk ditanggung pengguna bila mana tarif elektrik yang tak pernah turun sekarang ni [kecuali anda berjimat].
Kesesuaian: Tidak nampak keberkesananya sebab tetap ada lalat kalau kita makan di kedai² makan, food court atau sebagainya yang memasang lampu ungu ni.
– –
Cara 6: Gunakan cecair peluntur. Titiskan sedikit cecair peluntur pada kain lap dan lapkan kawasan meja dan tempat letak makanan.
Rating: ☆☆
Kelebihan: Kurang pasti keberkesanannya. Cuma cecair peluntur senang didapati dikedai² runcit dan pasaraya.
Kelemahan: Kawasan meja makan akan tercemar. Siapa yang memegang tempat yang dilap akan terdedah dengan pencemaran dan berkemungkinan keracunan makanan jika tidak membasuh tangan sebelum makan. Anda juga perlukan masa mengelap seluruh kawasan tempat makanan.
Kesesuaian: Tempat terbuka dan tertutup. Hanya berkesan di tempat yang dilap sahaja.
– –
Cara 7: Gunakan bunga cengkih. Ambil sedikit bunga cengkih, masukkan ke dalam bekas berisi air dan letakkan ditempat berdekatan makanan.
Rating: ☆☆☆☆☆
Kelebihan: Kurang pasti keberkesanannya – sebab belum cuba. Tapi kalau berkesan amat sesuai kerana mesra alam, mudah didapati, menjimatkan masa, tenaga dan kos.
Kelemahan: Anda perlu ke kedai untuk membeli bunga cengkih di kedai² runcit dan pasaraya. Di kampung biasanya orang tak buat perusahaan produk bunga cengkih.
Kesesuaian: Tempat terbuka dan tertutup. Pastikan letak berdekatan dengan makanan.
– –
Cara 8: Gunakan lilin. Bakarkan lilin dan letakkan di tempat berdekatan dengan makanan.
Rating: ☆☆
Kelebihan: Lilin mudah didapati di kedai² runcit. Mudah disediakan, hanya perlukan sumber api sahaja.
Kelemahan: Lilin tak bertahan lama dan perlu dibakar semula bila habis. Boleh mengundang malapetaka [kebakaran, melecur dll] jika diletakkan di tempat yang tak sesuai. Kurang pasti keberkesanannya sebab tetap ada juga lalat yang datang di sekitar kawasan makanan.
Kesesuaian: Tempat terbuka dan tertutup. Diletakan berdekatan dengan makanan.
–
Cara 9: Gunakan kulit kayu manis. Rendamkan dalam bekas berisi air dan biarkan terdedah di kawasan dapur atau tempat makanan.
Rating: ☆☆☆☆☆
Kelebihan: Kulit kayu manis memang mudah didapati. Di kedai runcit dan pasaraya ada dijual. Ada di kebanyakan dapur² masyarakat Melayu sebab menu masakan yang penuh dengan rempah ratus.
Kelemahan: Perlu direndam dengan air. Kalau tak ada air aromanya tak keluar.
Kesesuaian: Tempat terbuka dan tertutup. Diletakan berdekatan dengan makanan.
– –
Cara 10: Gunakan bahan² yang boleh dibuat pemukul seperti surat khabar, buku, kertas yang dilipat atau mungkin penyapu lidi.
Rating: ☆☆
Kelebihan: Kalau kena tepat, lalat boleh mati terpenyek. Langsung tak beri peluang!
Kelemahan: Kau akan sibuk pukul lalat seharian dan tidak boleh buat kerja lain. Tenaga kau akan dihabiskan untuk membunuh lalat! Bilanya nak makan kalau dah asyik memukul lalat je.
Kesesuaian: Sangat tak sesuai diamalkan di kawasan makanan. Silap percaturan, makanan habis bertaburan. Tapi sangat sesuai dilakukan di kawasan pembuangan sampah. Sebab lalat banyak.
– –
Kesimpulan, cara 9 [guna kayu manis] amat digalakkan sebab terbukti berkesan di ruang dapur. Jimat masa, kos dan tenaga. Kalalu guna bunga cengkih aku kurang pasti sebab aroma bunga cengkih tak sekuat aroma kulit kayu manis.
Selamat mencuba dan selamat menikmati suasana selesa tanpa diganggu lalat!
Gambar dari ikhsan Google.
Boleh juga anda rujuk ke artikel how to get rid of flies ini yang membekalkan banyak maklumat tentang cara halau lalat yang selanjutnya. Harap semua ni akan dapat membantu anda menghilangkan lalat yang menjengkelkan.
Artikel berkaitan:
5 Petua dan Cara Halau Tikus Yang Berkesan