Sejak entri ini diterbitkan sehingga sekarang, tidak putus-putus pertanyaan mengenai perundangan menerjah masuk dalam kotak email dan juga di blog lama saya tu. Kebanyakan masalah tersebut datang dari insan yang bernama lelaki. Kesian pada isteri yang terpaksa menanggung beban atas sikap suami yang masih tak insaf dengan tabiat masa bujang.
Saya juga pernah melalui zaman bujang yang pada saya sangat heaven. Saya tidak hairan kenapa ada lelaki yang dah sepatutnya berkahwin masih belum ingin mencari teman hidup. Keseronokan zaman bujang memang sukar nak dilepaskan. Kalau umur ni tak meningkat (statik) rasanya tak akan berkahwin untuk selama nya.
Bagi saya, kalau dah berumah tangga eloklah segala aktiviti yang tidak sihat segera ditamatkan. Kalau dulu kita suka hisap bal (sejenis rokok daun yang berisi) bila dah berkahwin, sangat digalakan untuk berhenti. Kalau dulu kita suka yam seng bila dah ada isteri, eloklah bertaubat. Kalau masih tak nak bertaubat, alamatnya berlakulah masalah lain pula. Elok sangat cuci tangan sebelum kita nak berumah tangga.
Berbalik pada pertanyaan tentang perundangan tadi, saya nak berkongsi sedikit pertanyaan dari pembaca blog lama kepada saya tentang kes suami mereka. Semoga kita sama-sama berfikir dan renungkan akibat dari sikap kita (lelaki) boleh menyusah isteri, anak serta sanak saudara.
Kisah 1
En.man, tolong bagi komen tentang kes kawan saya, kawan saya dituduh dibawah seksyen 380. Sedangkan dia tidak mencuri dalam bangunan@etc. Dia cuma tolong mak angkat dia menjual barang curian tersebut.
Setelah dijual dia baru tahu barang itu barang curian. Ok, kawan saya ditahan dan dilokap selama 5 hari setelah itu dia dilepaskan dengan JAMINAN POLIS. Lebih malang lagi mak angkatnya sorokkan barang curian di rumahnya. Apa perlu kawan saya lakukan. Kesian dia seumur hidup tak pernah lakukan jenayah.
Kisah 2
Salam. Saya nak tanya, ada kawan saya kena ambush dengan polis atas tuduhan edar dadah akta 39b dekat kondo. 11 orang yang ditangkap. Tapi tuan punya barang ada dua orang. Yang lain-lain tu datang sebab nak lepak saja. Tapi kantoi urine. Boleh ke pengedar ni diikat jamin??
Kisah 3
Saya ada adik perempuan umur 21 tahun ditahan kerana urine positif dadah. Dia ditahan satu malam di Bukit Jalil. Besoknya pegawai polis menelefon saya untuk menjaminnya. Sarjan yg mengambil kes itu memberi jaminan mulut (atau jamin polis) selama 30 hari.
Saya ingin tahu (bertanya) selepas 30 hari adakah adik saya akan dihadapkan ke mahkamah? Sekiranya dihadapkan ke mahkamah dia perlu mengaku dan perlu membayar jaminan RM2000, betul?
Selepas dia mengaku dan jaminan sudah dibayar adakah dia akan ditahan di mana-mana balai atau pusat? Terima kasih, harap dapat tolong saya.
Kisah 4
Abang, saya dalam keadaan buntu. Adik saya ditahan bersama kawan-kawan, termasuk adik saya jumlah 3 orang. Tiga-tiga ni positif urine dan ditahan juga brsama dengan mereka ada heroin dengan syabu. Ketiga-tiga tidak mengaku barang milik tu. Ikut maklumat yang saya dapat barang tu bratnya ckt je so akan pecah myb jd 12(2) kot.
Mereka ni 1st rekod kena dan ditahan dalam bilik hotel bertiga Siap ada peralatan skali. Boleh tolong terangkan kepada saya hukuman yang akan dikenakan dan apa yang saya boleh bantu agar adik saya tidak ke pusat atau penjara.
Kisah 5
Salam. Saya nak tanya. Suami saya ditahan oleh polis semalam. Dia kena tahan di sebuah rumah. Ada 6 orang dalam rumah tu termasuk suami saya. Dalam rumah tu ada branf tapi saya tak tahu berapa brat.
Semua tak mengaku. Urine suami saya positif. Hari esok kena pergi court. Dalam kes ni agak-agak boleh jamin tak? Kalau kes urine saja memang confirm ke boleh jamin?
Kisah 6
Salam. Suami saya baru ditahan dalam 2 hari lepas. Bermula di kedai makan narkotik ambush dan urine suami positif. Padahal suami tak ambik dadah yang sewaktu dengannya. Dia cuma ada ambil pil pontalon dan panadine malam sebelum kejadian untuk tahan sakit gigi.
Saya nak tanya macam mana situasi suami saya sekarang dan apa yang patut saya buat? Boleh tak tolong terangkan prosedur dari mula suami saya ditangkap dan sekarang masih dalam tahan reman?
Kisah 7
Assalamualaikum! Hari ini suami saya kena tangkap sebab beli barang curi. Esok mahkamah akan keluarkan perintah reman. Buat pengetahuan suami saya memang tidak tahu langsung barang tu barang curi sebab orang yang jual bagi dia cakap barang tu ditinggalkan oleh syarikat. Bolehkah berjumpa suami saya di mahkamah? Saya betul-betul risau.
Kisah 8
Saya pun tak faham tentang perkara ni. Jadi ia dijadikan citer suami saya ditahan polis kat umah kawan dia. 3 orang semuanya. Jadi dah pun tahan reman 14 hari. Suami saya lepas dalam urine test cume sekarang memiliki sahaja.
Tetapi kawan dia yang seorang tu telah mengaku di mahkamah barang tu barang dia. Jadi 2 orang lagi tu lepas, cuma kena tunggu keputusan kimia dalam sebulan lebih.
Suami saya tetap dibawa ke penjara untuk tahanan sementara tunggu keputusan kimia. Saya tak boleh jamin sebab tak ada duit. Cuma saya tunggu saja keputusan mahkamah nanti. Jadi nak tanya macam mana kalau seorang sudah mengaku?
Jadi 2 lagi akan dilepas ke pada hari dapat keputusan tu nanti? Suami pula kakitangan kerajaan, jadi hampir 2 bulan tak boleh kerja. Tolonglah jawab sebab rasa-rasa dia kena tahan berapa lama lagi? Adakah dia akan ditahan untuk 2 atau 3 tahun lagi kalau tak dijamin?
Kisah 9
Baru-baru saya ada jenguk suami saya di Penjara Taiping. Nampak dia sugul saja, tapi nak wat cam ne saya tak boleh nak wat pe2. Bukan ada duit pun nak jamin.
Lagipun suami kate tak payah la jamin sebab 14 Jun(2 minggu lagi) akan dengar keputusan makamah.lagipun dier urine lepas cume di sabit memiliki je. tu pun kawan dier dah ngaku. suami hanya tunggu keputusan sabit salah atau tidak sahaja.
Suami saya masih majikan bayar gaji dari tarikh yg die kene tahan (gaji bulan 4 di bayar). cuma bulan 5 tunggu sampai dier kuar n tak salah baru sekolah akan bayar semula gaji dier. sy syukur sgt2, cume sy musykil 14 Jun tu jika makamah dah sabitkan suami tak salah, boleh ke suami sy balik umah terus(14 Jun) atau kene di bawa semula ke Taiping untuk tunggu surat makamah?
Suami sy cakap ade budak2 penjara dalam tu kes yg same juge cam suami pas makamah jatuh hukum (tidak bersalah) tetap gak dihantar ke penjara selama 3 minggu untuk tunggu surat dari Putrajaya pula.
Apa yang saya takut bukan 3 minggu tapi 3 bulan atau 3 tahun…sian kat anak2 tgok baba depe dlm penjara. cakap pun gune tepon penjara.. sedey sgt2..atau pada 14 Jun tu sy kene jumpe sape untuk mohon suami bleh terus balik kalo dah tak bersalah….
Kisah 10
salam abg man…. 3 ari lepas suami sya kena tahanan secara rawak dlam operasi banteras dadah…. bile test urine positif… sya yakin suami sya xpernah amk dadah cume malam sebelum tu die ade minum air nescafe tongkat ali dan hsap rokok.
Suami sy mcm trauma sbb die xpnah amk tp sangkut n kna tahan lokap satu malam…xpanah dalam sjrah keluarga dh hidup die duk dalam lokap…saya kecian sgt2 kt die… pastu keesokan die kuar tanpa sbrang jaminan duit…cume jaminan mulut polis je….dan polis bg tarikh 2 bulan lgi utk dtg ke balai….
Apa prosuder polis yg sterusnya yg sya perlu tau??…. sya rse nsib suami saya tidak berapa baik sedangkan mse die ditahan tu die sedang memmpin anak…. xtau sbb pe polis boley menahan die sdangan tempat yg die tahan tu dalam kawasan rumah mak die sndiri…mak die plak terkejut dan terus maki hamun polis tu….
Kesian hubby terkjut smpai xterkate ape….. sya akur mmg kuasa polis boley menahan sape saje…tp yg sy xpuas hati kna ujian tu positif sedangkan sy yakin suami sya xpernah amk mnde yg terkutuk tu…….
Kisah 11
nak tanye suami saye di tahan atas tuduhan hisap heroin dan direman selama 14hari tetapi kne tuggu keputusan urien kalu didapati besalah apekah hukuman.ini kesalahan petama
Kisah 12
Saya ada masalah di man suami saya sekarang kena tangkap di IPD Rembau dan kena tahanan reman selama 14 hari kerana positif urine. Dalam masa yang sama dia juga ada waran tangkap dari mahkamah sepang kerana kes memilik ganja kurang 1g dan positf urine.
Sekarang ni pihak berkenaan ada beritahu saya bahawa saya boleh ikat jamin kes urine suami saya dengan RM1000. Tetapi saya takut dia akan kena tahan lagi lepas keluar sebab dia juga pernah ditahan dulu. Saya nak tanya soalan:
1) apakah hukuman yang bakal dikenakan kepada suami sekiranya bayar ikat jamin??
2) kalau saya tak dapat bayar ikat jamin kes urine untuk RM1000, hukuman apa yang bakal suami saya terima, dia kena penjara berapa lama atau kena hantar ke pusat pemulihan ke ??
sy harap abg man dpt jwb soklan sy ni..terima kasih byk..
Kisah 13
Salam ag man saya emma dari johor bahru..saya nk tanya.saya adalah pengadu…..saya buat report tuduhan teman lelaki sya ugut saya dan tendang anak saya..jadi skrg.saya kesian plak dia kene tahan dan brada di penjara….reman…hari tu dah naik mahkamah. mahkamah menentapkan 22/8/12 utk perbicaraan lagi skaii.
Masalahnya, saya dah tarik report semula…tpi masih blum bleh kuar… dan tapi boleh dikat jamin…jadi saya nak tanya… kalau saya dh tarik report bilakah okt tu aka bleh kuar.. sama ada mahu tunggu bicara yg telah mahkamah kuarka tarikh atau lambat lagi?????
Kalau saya nak jamin dia caranya mcm mana??? say dh tanya dgn pegawai yg tangkap okt tu saya nak jamin dia… dan minta surat tapi polis tu kata terus g mahkamah jer utk jamin. tak perlu buat surat..terus g jer mahkamah????jadi mm ner
*Kesemua pertanyaan diatas saya dah jawab – dah macam peguam pulak rasanya.
Perkara Pelik Antara Suami Isteri
Salam!
Aku dah teruja! Tak sabar nak datang ke Majlis Sepetang Bersama Blogger yang diadakan esok! Peluang jangan di sia-siakan, siapa yang dijemput tapi tak dapat pergi rugilah. Rasanya ini perjumpaan yang terbesar untuk blogger bagi tahun ini. Pasti catat sejarah.

Kita tinggalkan pasal keterujaan majlis tu.Ada nak kongsi pandangan hujung minggu nih. Apa yang nak ditulis adalah persoalan yang tak mampu nak dirungkaikan, bukan untuk memalukan mana-mana pihak, tapi ada semacam perkara yang sering buat saya tertanya-tanya.
Kisah 1
Suami isteri berkerja, masing-masing dapat income yang agak lumayan. Anak yang comel-comel, rumah teres semi D di pinggir Kuala Lumpur, ada kereta dua buah, kereta pun bukan dari jenama tempatan, kereta import yang berharga ratusan ribu. Kalau saya seperti mereka tentu saya sangat bersyukur dan bahagia bersama isteri dah anak-anak.
Isteri sering mengadu suami tidak semesra dulu, mungkin si isteri beranggapan kerja dia yang memang kena travel jauh(Luar Negara) membuatkan suami berkecil hati dan terasa diabaikan. Bila si isteri ajukan soalan supaya dia berhenti sahaja dari kerja sekarang, si suami tidak bersetuju, malah marah-marah.
Bila si isteri bertanya adakah si suami mahu bernikah lagi, jawab suami tidak. Tapi si suami sering marah, kadang –kadang sampai naik tangan. Si isteri jadi buntu dengan sikap suami, bila si isteri bertanya katanya tiada apa-apa masalah. Pening! Apa yang suami nak sebenarnya? X factor!
Kisah 2
Si suami mempunyai income lebih kurang 10 ribu sebulan apabila membuka perniagaan sendiri. Kalau dulu hanya dalam lingkungan 3 ribu, tapi Alhamdulillah sejak berniaga sendiri rezeki mereka murah. Tapi si isteri dari dulu tidak pernah bersyukur, ada sahaja yang tak kena dihati, lambat ambil dari kerja pun tarik muka dengan suami, kalau suami lambat balik ada klien pun isteri marah-marah. Hendak renovate rumah suami buatkan, nak dapur berkabinet si suami buatkan, nak beli handbag berharga hampir 1 ribu pun si suami tunaikan. Duit makan sehari RM50 suami berikan walaupun si ister bekerja dan si isteri gaji pun boleh tahan tapi tak sebanyak si suami.
Si suami amat rajin bekerja dan tidak pernah abaikan si isteri dan juga family. Si suami tidak berperangai seperti kaki perempuan, minum arak, tidak merokok malah cukup sayang kan keluarga. Pendek kata si suami lebih utamakan keluar dari diri sendiri.
Si isteri boros dalam berbelanja, hamper tiap-tiap hari shopping apa sahaja yang dia mahu. Bagi si isteri kalau tak bershopping dalam sehari, ibaratkan ada yang tak lengkap dalam perjalanan hidup dia pada hari tu. Jadi kerjanya masa time rehat waktu pejabat dihabiskan dengan bershoping sahaja.
Walau bagaimana baik sekali pun si suami isteri tetap suka marah-marah semacam ada yang tak kena pada si suami! Jadi apa yang si isteri nak sebenarnya? X factor!….
Rasanya cukup 2 jer…actually banyak lagi perangai pelik-pelik suami dan isteri!
Artikel berkaitan:
10 sikap sumai yang tidak digemari oleh isteri