Cara Untuk Mengetahui Sama Ada Wifi Dicuri

Minta maaf untuk para pembaca di blog  ini. Saya tahu sejak kebelakangan ini saya sudah terlalu jarang menjawab pertanyaan daripada anda semua. ini bukan disebabkan saya sombong, tiada kaitan langsung.

Tapi ia sebenarnya disebabkan oleh peluang untuk duduk bermanja-manja di hadapan lappy semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mood menulis blog yang semakin jauh ke laut. Hah… beginilah jadinya, macam biskut Chipsmore gamaknya. Tedia. Kalau pasal intro memang tak boleh blah, genius sangat.

wifi hotspot
wifi hotspot

Kebelakangan ini, pertanyaan pertama yang mendapat tempat di hati saya ialah soalan mengenai isu Pencuri Wifi.

Cara Nak Kesan Wifi Anda Dicuri

Soalannya berbunyi begini

Salam,
Jika mama tidak keberatan, boleh tak admin tolong nyatakan secara terperinci tanda-tanda wireless admin dicuri.

Saya juga berkemungkinan terdedah kepada masalah yang sama. Namun saya masih tidak pasti adakah benar wireless saya dicuri kerana saya tiada clue.

Lagi satu, saya memohon agar admin dapat menyertakan sekali laman web yang admin jadikan rujukan untuk membanteras masalah ini. Terima kasih.

Okey, terlebih dahulu saya nak peringatkan kepada anda semua bahawa entri ini adalah cara untuk mengesan pencuri wifi! Jadi kalau rasa-rasa tersesat dalam ni masa mencari kata kunci cara elak wifi dicuri, boleh juga baca terus dalam artikel ini.

Cara Mengesan Pencuri Wifi Anda

Dalam entri ini saya akan dedahkan 3 cara yang paling basic yang boleh anda guna untuk mengesan pencuri wifi, antaranya adalah:

1. Dengan menggunakan software Wireless Network Watcher & Netcut

Serius betul! Ini merupakan satu cara yang paling mudah untuk anda yang masih terkial-kial pasal dunia Internet. Dengan memuat turun software yang diperkenalkan seperti di atas, anda boleh menjimatkan setengah daripada masa dan tenaga yang anda ada kerana tidak perlu belajar bahasa programming buat segalanya.

Pendek kata dalam tengah sibuk monitor siapa pencuri wifi atu, anda bolehlah duduk jenguk blog ini sambil minum kopi.

Dengan pakai software ini memang best, kan?

Apa yang lagi best adalah kedua-dua software ini juga sebenarnya boleh menangkap hampir kesemua maklumat komputer dan peranti yang bersambung dengan rangkaian WLAN kita, seperti MAC address, nama pengguna (computer id) dan jenis komputer dari pencuri tersebut.

Lebih-lebih lagi, apa yang tambah best adalah bila anda mengenali orang yang mencuri wifi anda tu, anda juga dibenarkan untuk potong line si pencuri itu dengan sekali cantas sahaja. Ho Ho Ho. Siap untuk tendang si pencuri wifi itu keluar dari pakai internet anda sekaligus.

2. Cara mengesan pencuri wifi manual

Jangan anda tak tahu bahawa wifi pun dibahagi kepada dua jenis, iaitu manual dan auto. Macam keta giteww. Actually itu tipu. Baiklah untuk cara ini saya akan sertakan sekali dengan kepingan gambar seperti yang ditunjukkan di bawah untuk memudahkan pemahaman anda semua.

Langkah pertama yang perlu anda lakukan adalah klik START atau tekan butang Windows (kekunci no. 3 dari kiri)

cara tau wifi dicuri

Lepas tu anda akan nampak paparan seperti ditunjukkan di atas. Tekan butang windows tu sehingga paparan di bawah muncul. Masukan “cmd” dengan menaip pada papan kekunci anda.

cara kesan wifi dicuri

Lepas siap taip, tekan butang ‘ENTER”.

Anda akan nampak satu screen hitam seperti di bawah akan dibawah di depan mata anda. Bagi sesiapa yang tak tahu menatang alah tu, sukacita saya uar-uarkan bahawa ini sebenarnya adalah command line interface yang ada pada Microsoft Windows. Jadi jangan buat-buat terkejut beruk bila skrin tu muncul nanti.

cara mengesan pencuri wifi

Lepas tu anda boleh taip “NET VIEW” dalam skrin hitam tu. Lepas taip cuma tunggu sekejap untuk jawapan yang akan diberikan buat masa yang singkat.

cara kesan pencuri wifi anda

Akhir sekali, boleh anda tengok dalam skrin hitam tu dan pastikan bahawa hanya user yang dibenarkan sahaja berada dalam senarai yang ditunjukkan.

Kalau anda terperasan nama yang tidak dikenali. Baik anda jangan ragu-ragu lagi. Boleh anda terus lapor ke Pejabat dah jelaskan kepada pihak berkenaan bahawa Wifi yang anda pakai sudah kena hack.

3. Skodeng dari Wifi router.

Ini adalah option yang paling saya suka kerana selain daripada selamat untuk digunakan, ianya 100% berkesan untuk mencantas line si pencuri wifi dengan menggunakan teknik Mac Filtering. Ya, betul! Seperti apa yang saya pernah cakap, ini adalah 2 dalam 1 punya cara yang anda juga boleh cuba sendiri.

Apa yang perlu anda lakukan adalah anda hanya perlu masuk ke dalam ADSL Router dan pi kat

Interface -> WLAN -> Show active client, until you see this window
cara nak kesan wifi dicuri 1

Skodeng user dalam tu, lepas tu buatlah apa benda yang sepatut anda buat di dalam router tu. Cantas mencantas. Selepas tu anda sudah dapat selesaikan masalah anda!

Tutorial Untuk Tukar Kata Laluan Unifi

Untuk mengelakkan rangkaian UniFi anda kena curi pakai oleh orang lain, anda perlu sentiasa menukar kata laluan UniFi. Di sini I akan tunjuk ajar anda cara macam mana untuk menukar kata laluan UniFi.

unifi router
unifi router

Cara Pertukaran Kata Laluan UniFi

Apabila menukar UniFi, anda mesti log masuk ke halaman admin dalam router anda. Semasa log masuk, anda mesti sambungkan PC atau laptop anda dengan rangkaian router. Seterusnya, anda mesti memasukkan kata laluan router. Kata laluan ini adalah untuk menghalang orang luar bebas menukar kata laluan UniFi anda.

Selepas anda telah masuk ke halaman admin di router anda, anda buka saja boleh menukar kata laluan, anda juga boleh melihat maklumat tentang siapa yang pakai UniFi. Dengan ini, anda boleh tahu sama ada sesiapa yang mencuri guna talian UniFi anda atau tidak.

Langkah 1: Sambungkan UniFi anda dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit.

Langkah 2: Buka browser dan masukkan http://192.168.0.1/, ini adalah halaman pengurusan router.

step 2

Langkah 3: Masukkan akaun nama pengguna dan kata laluan. Ini bukan kata laluan WiFi, tetapi akaun pengurusan router. Jika anda terlupa kata laluan anda, anda boleh cuba kata laluan kilang seperti berikut:

Username: Management
Password: TestingR2

Username: operator
Password: h566UniFi

Username: operator
Password: telekom

Perhatian: Jika anda terlupa akaun nama atau kata laluan router, maka anda cuma boleh memilih untuk reset router ke “Factory Default”.

Langkah 4: Selepas berjaya login laman pentadbiran router, klik “Wireless Setup”.

step 4

Langkah 5: Klik “Manual Wireless Connection Setup”.

step 5

Langkah 6: Di seksyen WPA/WPA2 yang boleh anda dapati di “Network Key”, masukkan kata laluan yang anda mahu untuk mengemaskini.

step 6

Langkah 7: Klik “Save” untuk simpan tetapan. Habis.

Baca juga: Wireless Broadband Mana Nak Pilih Ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *