Cara-Cara Untuk Memenangi Hati Dia

Pernahkah anda melihat seorang gadis cantik dan anda ingin dia juga melihat anda tetapi anda tidak tahu bagaimana membuat demikian atau anda rasa terlalu malu? Berikut adalah beberapa cadangan bagaimana untuk memenangi hatinya, atau sekurang-kurangnya membuatnya teringat anda dengan senyuman di wajahnya.

menang hati wanita

1. Bersikap Sopan Dan Mesra

Beritahu dia bahawa dia kelihatan cantik dan baik hati, kerana wanita mencari cinta melalui telinga mereka, dan itu bukan tipu. Jadi, bersikap baik dan murah hati dengan pujian yang benar-benar bermakna kepada mereka!

Percayalah saya, dia akan tahu bila anda berbohong dengan percakapan anda. Jadi, pastikan anda fikir terlebih dahulu sebelum bercakap sesuatu. Bersumpah dan kekasaran biasanya tidak akan menarik sesiapa pun. Jadi jika anda fikir apa yang anda ingin cakap itu macam lucu sangat dan anda ingat dia akan rasa sedemikian juga .. lebih baiklah anda berfikir sekali lagi.

2. Bagi Salam Setiap Hari

Bagi ucapan dan salam selamat pagi setiap pagi sejurus selepas bangun tidur dan salam selamat malam sebelum masuk tidur. Dengan perbuatan demikian, dia akan rasa amat merdu dalam hatinya.

3. Beri Hadiah Kecil

Wanita suka mendapatkan hadiah. Tetapi jika anda memberi sesuatu hadiah yang istimewa pada hari yang bukan hari kerayaan, ia memberi anda markah yang baik, kerana ia menghantar mesej di mana dia ambil berat tentang apa yang anda berikan.

Anda boleh mempertimbangkan untuk menghantar dia sekumpulan bunga, satu kotak coklat atau membawanya keluar makan malam. Semua ni adalah idea yang baik yang boleh anda lakukan.

4. Bina Persefahaman

Membina untuk mempunyai makanan kegemaran yang sama dengannya. Ada hobi yang sama dengannya. Ada tabiat yang sama dengannya. Ada pandangan dan pendapat tentang politik yang sama dengannya. Dapatkan persefahaman sebanyak mungkin dan anda akan dapat menpengaruhi hatinya.

5. Bagi Dia Rasa Anda Mementingkannya

Terlibat dia dalam hidup anda. Apa maksudnya? Ia bermakna anda berkongsi pemikiran anda dengannya, beritahu dia apa yang anda suka, apa yang menarik minat anda, membawanya keluar pada hujung minggu untuk menunjukkan hobi anda, memperkenalkannya kepada rakan dan keluarga anda.

Dan yang paling penting – berminat dengannya – tanya dia tentang hidupnya, mengenai impiannya, apa yang dia suka makan, apa yang dia suka lakukan dan buat masa yang cukup untuknya dalam hidup anda. Pastikan anda tidak merosakkannya dengan perhatian anda, kerana sebanyak mungkin dia menikmati anda berteman dengannya, dia mungkin suka untuk menghabiskan masa dengan dirinya sendiri juga.

6. Tak Kisah Dengan Kebanyakan Kelakuannya

Tak kisah dia gelak dengan kuat-kuat. Tak kisah dia selekeh di rumah. Tak kisah tetiba sakit perut nak berak lepas makan. Tak kisah dia tidur dalam kereta. Tak kisah hantar dia pergi ke mana-mana tempat yang dia ingin pergi. Tak kisah kalau dia asik sesat dan anda kena kena cari dia dengan penatnya. Tak kisah dia minta gosokkan gigi pada waktu pagi bila dia mengantuk malas mandi.

7. Jangan Bergegas

Ini bermakna anda harus mengambil langkah dengan perlahan-lahan. Cuba ambil masa untuk mengenali dia dan bukan bergegas untuk jadikannya sebagai teman wanita anda. Bina kepercayaannya dan bersabarlah – jangan berputus asa dengan cepat jika ia memerlukan sedikit masa untuk dia mula berminat dengan anda. Sekiranya anda berterusan, anda mungkin mencapai matlamat anda.

8. Jadilah Anda Sendiri!

Jangan cuba menjadikan seseorang yang bukan perangai asal anda. Jika anda tidak menikmati menonton komedi romantis atau jika anda tidak gila hendak pergi membeli-belah, maka berpura-pura dengan perkara yang dia lakukan untuk menjadikannya lebih suka anda bukan satu idea yang baik.

Apa yang betul adalah anda tetap menjadi diri anda sendiri dan bersikap jujur. Sentiasa beritahu kebenaran dan pada akhirnya jika ia memang dimaksudkan, dia akan menyukai anda. Dan jika dia tidak maka anda perlulah menghadapi apa yang sebenarnya. Itu tidak dimaksudkan olehnya dan dia mungkin bukan seorang yang sesuai untuk anda.

9. Jadilah Seorang Yang Baik

Gadis tidak mahu dilayan seperti seorang ratu, tetapi mereka mungkin mahu dilayan seperti seorang puteri. Dia tidak mahu kamu menjadi pengikutnya, dia mahu awak menjadi seorang yang bertanggungjawab.

Buka setiap pintu untuknya, terutamanya pintu kereta. Tarik keluar kerusinya dan biarkan dia duduk dahulu apabila anda membawanya untuk pergi makan, dan biarkan dia buat pesanannya terlebih dahulu. Apabila anda berjalan bersebelahan dengannya, anda harus menjadi orang yang paling dekat dengan jalan raya. Menjadi seorang lelaki yang baik dan beradab akan disukai olehnya dengan mudah.

10. Bercakap Dengannya

Buat dia berasa istimewa apabila dia berada di sekeliling anda. Tidak perlu anda pedulikan jika terdapat beberapa lelaki lain yang cuba mendapatkan perhatiannya juga. Apa yang penting adalah apa yang anda lakukan untuk memenangi hatinya. Bercakap dengan percakapan yang mesra apabila anda bertemu dengannya, dan beritahu dia bahawa anda gembira dapat melihatnya sekali lagi.

11. Memberi Kepujian Kepadanya

Siapa yang tidak suka pujian yang baik? Hanya tolong jangan berikan pujian palsu atau dia akan rasa anda seorang yang palsu dan tidak berikhlas. Pastikan pujian itu adalah tulen dan ikhlas dan tidak terlalu melampau.

Sekiranya anda melampau dengan pujian anda, saya dapat menjamin ia akan menjejaskan imej anda kepadanya. Jadi, berikan pujian yang berpatutan dan ini akan menambah imej yang baik daripadanya terhadap anda.

12. Tunjukkan Bahawa Anda Memang Nak Dia Jadi Teman Anda

Tidak cukup untuk bercakap manis dan memuji wanita. Sekiranya anda ingin mengetahui bagaimana untuk memenangi hatinya selama-lamanya, anda perlu mendengarnya dan mengerjakan apa yang dia mahukan.

Anda perlu mempunyai keberanian untuk menunjukkan kepadanya bahawa anda suka dia, bahawa anda memahami dia dan apa yang dia mahu, dan anda sanggup membuktikan kepadanya.

Jika dia terus bercakap tentang sesuatu tempat dia suka, bawa dia ke sana. Jika anda tidak mampu untuk membawanya ke sana, atau mungkin tidak dapat mengambil masa cuti untuk pergi bersamanya, boleh anda cuba menghiasi ruang tamu anda seperti lokasi yang diingini olehnya dan bawa dia untuk menikmati suasana di ruang tamu anda.

13. Mengucapkan Terima Kasihn Kepadanya Untuk Perkara-Perkara Yang Dia Lakukan Demi Menjanakan Hubungan Yang Rapat Dengan Anda

Sentiasa membuatnya berasa seperti dia menambah nilai ke dalam hidup anda. Jangan biarkan usaha-usaha yang dilakukan olehnya tidak disedari. Tunjukkan kepadanya bahawa anda menghargai kehadirannya dalam hidup anda. Tunjukkan kepadanya bahawa anda amat menghargai dengan hubungan antara anda dengannya.

14. Pakai Teknik Panas Dan Sejuk

Apa yang dimaksudkan di sini adalah pada permulaannya, anda boleh berikannya segala perhatian dan menjadikannya kelihatan seperti tiada siapa di bumi ini yang lebih ambil keberatan tentangnya dari anda.

Kemudian, tanpa memberi amaran kepadanya, sama sekali anda mengabaikannya. Sekiranya anda mengelirukannya, perkara-perkara akan menjadi lebih baik. Pastikan dia sentiasa tertanya-tanya tentang niat sebenar anda untuk menangkapnya sepenuhnya.

15. Bercabar Dengannya

Wanita cenderung memilih lelaki yang sombong atas sebab tertentu. Sekiranya seorang lelaki kelihatan mencabar, dia juga akan menjadi lebih menarik di mata wanita. Untuk menjadi salah satu daripada lelaki seperti ini, tolakkan seseorang wanita apabila mereka cuba untuk mendekati anda. Cukup aneh, semakin banyak anda menunjukkan ketidakpuasan dalam seorang wanita, semakin banyak dia ingin berdekat dengan anda.

Baca juga: Cara untuk move on yang berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *