Saya tulis artikel ini dengan tujuan untuk menjawab pertanyaan daripada adik saya yang baru memasuki alam remaja dan mungkin juga jawapan kepada mereka yang tersalah masuk ke dalam blog ini akibat mencari kata kunci cara memilih bra yang betul. Kira 2 dalam 1 lah ni.
Jadi, macam mana pun, sebagai seorang kakak yang sayang kepada adik, perlulah saya ajar dia bab-bab begini, betul tak anda semua setuju?
Saya amat risau juga kalau dia main beli saja nanti, lepas tu bila dah sampai rumah dan cuba sekali lagi, tengok-tengok tersalah size atau cup tidak sesuai dan tak berapa nak muat. Lepas tu tidak mahu pakai dan buang saja. Takkan nak membazir macam ni.
Sebenarnya untuk pengetahuan adik-adik semua, terdapat 2 cara memilih bra yang betul iaitu:
1. Cuba Sebelum Beli
Cara memilih bra yang betul-betul paling mudah. Anda tidak perlu bersusah-payah ukur berapa besar lilitan band dan size cup badan anda. Apa yang anda perlu buat hanya cuba bra yang anda nak di dalam Fitting Room. Lepas cuba dan sesuai, ambil dan bayar di kaunter. Habis cerita dan selesai masalah.
2. Mengukur Saiz Bra Untuk Badan Anda
Sebelum membeli bra, anda perlu tahu saiz payudara anda terlebih dahulu. Cara mengukur bra adalah macam ini:
i. Ukur lilit bahagian atas payu dara (tambah 1 sekiranya hasil ukur lilit bahagian atas payudara anda bernombor ganjil) dan ukur lilit payudara (pastikan selari dengan puting).
Contoh: jika lilitan atas payudara anda adalah 32, maka bra tu haruslah bersaiz 33 (32 + 1 = 33).
atau
ii. Ukur lilit di bahagian bawah dada anda. Jika ukurannya bernombor genap, tambahkan 4 inci pada ukuran tersebut atau 5 inci sekiranya ia adalah nombor ganjil. Jangan lupa ukur lilit payudara (pastikan selari dengan puting) sekali tau!
Contoh: jika lilitan bawah dada anda 32, bra tersebut haruslah bersaiz 36 (32 + 4 = 36).
Seterusnya Cara Memilih Size Cup Bra
Tolak ukur lilit payudara dengan ukur lilit bahagian atas@ukur lilit bawah payudara anda untuk mendapatkan size cup yang sesuai.
Contoh:
Katakan ukur lilit payudara anda adalah 36″ dan ukur lilit bahagian atas payudara@ukur lilit bawah dada 34″
Maka
36″ – 34″ = 2″ (rujuk carta di bawah untuk saiz cup) = B
Saiz bra yang sesuai dengan badan anda adalah 36B.
SIZE CUP
*Pengiraan bra tidak semestinya tepat untuk sizes 38D ke atas. Perlu diketahui bahawa terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi hasil pengiraan saiz Cup setiap pengilang.
Jika tak biasa dengan inches, boleh juga anda rujuk kepada carta di bawah yang dikira dalam cm. Dengan carta ini, anda akan dapat membuat perbezaan saiz cup bra a, b, c, d dengan cepat.
S | M | L | XL | 2XL | 3XL | 4XL |
65-79(cm) | 85-89(cm) | 90-94(cm) | 95-99(cm) | 100-109(cm) | 110-119(cm) | 120-129(cm) |
70 (32A) | 80 (36A) | 90 (40A) | 95 (42A) | 100 (44A) | 110 (48A) | 120 (52A) |
70 (32B) | 80 (36B) | 90 (40B) | 95 (42B) | 100 (44B) | 110 (48A) | 120 (52B) |
70 (32C) | 80 (36C) | 90 (40C) | 95 (42B) | 100 (44C) | 110 (48A) | 120 (52C) |
70 (32D) | 80 (36D) | 90 (40D) | 95 (42B) | 100 (44D) | 110 (48A) | 120 (52D) |
70 (32E) | 80 (36E) | 90 (40E) | 95 (42B) | 100 (44E) | 110 (48A) | 120 (52E) |
75 (34A) | 85 (38A) | 105 (46A) | 115 (50A) | 125 (54A) | ||
75 (34B) | 85 (38B) | 105 (46B) | 115 (50B) | 125 (54B) | ||
75 (34C) | 85 (38C) | 105 (46C) | 115 (50C) | 125 (54C) | ||
75 (34D) | 85 (38D) | 105 (46D) | 115 (50D) | 125 (54D) | ||
75 (34E) | 85 (38E) | 105 (46E) | 115 (50E) | 125 (54E) |
Mempelajari cara mengukur mungkin boleh jadikan anda rasa tidak selesa. Tetapi mengetahui ukuran anda dan menyimpannya dalam telefon pintar yang dapat diperolehi ketika membeli-belah bra akan menjadi lebih mudah. Terutama jika anda beli dalam talian.
Peralatan untuk mengukur saiz bra cuma satu pita sahaja. Yang paling penting, mengetahui cara mengukur payudara anda akan membuat anda senang pada masa kelak bila terdapat perubahan pada payudara anda (dari badan jadi gemuk atau kurus, turun naik hormon, penuaan, kehamilan, dan banyak lagi).
Ukuran bra tidak boleh agak-agak saja. Dengan panduan ini, menguruskan ukuran saiz bra akan jadi mudah dan senang.
Cara Pakai Bra Yang Betul
- Hulur ke hadapan supaya payudara anda dapat jatuh ke dalam cawan bra, kemudian pasangkan tali getah.
- Selaraskan bahagian hadapan dan belakang sehingga mereka selari dengan lantai.
- Gesek sepanjang dawai bra anda, dari ketiak ke pusat tengah badah, menolak semua tisu payudara anda ke dalam cawan bra.
- Sesuaikan dawai supaya tali getah duduk rata pada badan anda.
- Lakukan ujian dua jari untuk memastikan tali getah adalah selesa letak pada badan.
- Pastikan tali getah adalah selaras dengan bilah bahu anda.
10 Jenis Bra Yang Umum Jadi Pilih Wanita
1. Demi cup bra
Gaya bra ini meliputi kira-kira separuh payudara seseorang perempuan. Ia merupakan bra yang sesuai untuk kebanyakan saiz dan bentuk payudara. Tetapi ia tidak memberikan sokongan yang terbaik jika anda mempunyai payudara yang sangat besar.
2. Bralette
Bralette adalah gaya bra tanpa wayar atau cup yang disokong dengan tali yang kurus. Walaupun ia sangat bagus untuk liputan dan keselesaan, kesederhanaan untuk jenis bra ini tidak memberi sokongan yang sangat baik.
3. Convertible bra
Convertible bra biasanya dipilih untuk menampung pakaian kulit dan biasanya dibekal dalam saiz dan kepanjangan yang tetap. Sesetengah orang juga panggil convertible bra sebagai bustiers. Anda boleh tukar pemasangan tali atas badan anda mengikut kesukaan anda.
4. Balconette Bra
Balconette bra adalah lingerie yang sangat halus yang memberikan daya angkat lembut dan penampilan bulat pada payudara. Dengan tali yang lebal yang membentuk garis leher hampir mendatar. Bra ini boleh tersembunyi di bawah leher secara meluas.
5. Racerback Bra
Racerback Bra mempunyai tali pusat, atau dua tali bersilang yang membentuk bentuk V atau Y di antara bilah bahu. Gaya bra ini bertujuan untuk meningkatkan sokongan dan mengedarkan berat badan lebih merata di sepanjang bahu dan belakang.
6. Push-up bra
Push-up bra dapat sokong dan mengangkat payudara anda ke arah pusat belahan dengan bantuan tambahan padding. Dengan itu, payudara seseorang akan kelihatan lebih besar.
7. Bra sukan
Apabila anda ingin bersukan atau membuat senaman, bolehlah pakai bra sukan. Terdapat bermacam bra sukan di pasaran dan anda harus memilih satu yang sesuai untuk tahap aktiviti anda.
8. Minimizer Bra
Sekiranya anda selalu mempunyai masalah untuk mencari bra yang mempunyai sokongan baik untuk payudara yang berat, maka bra ini adalah pilihan yang tepat untuk anda. Ia adalah satu rahmat bagi wanita yang ingin mengurangkan rupa payudara di dalam pakaian yang dipasang.
9. T-Shirt Bra
Jenis gaya bra secara “T-shirt” direka khas untuk rupa tanpa jahitan yang menghalang garis bawah dan membantu menghalang puting dapat dilihat dari luar.
10. Nursing Bra
Seseorang wanita yang menghhamil boleh mengalami perubahan dan pembesaran payudara. Jadi mereka mungkin perlukan bra jenis ini. Nursing bra bertujuan memberikan keselesaan dan sokongan kepada wanita yang hamil.
Anda mungkin perlu membeli nursing bra yang baru setiap beberapa bulan sebab perubahan payudara akan berterusan untuk keseluruhan tempoh hamil.
Baca juga: 16 tips memakai pewangi pada badan
Saya ukur bahagian lilit bawah 29″
Bahagian lilit atas 32″
Saye konfius ukuran2 ni…
So saiz bra and cup saye brape sebenarnye?
Bahagian lilit atas = 32″
Bahagian lilit bawah = 29″
Jadi 32″-29″ = 3″
Rujuk ke chart saiz cup ialah C.
Saiz bra yang sesuai ialah 32C (32″ dapat dari bahagian lilit atas)
Saya ukur bahagian atas 37 bahagian bawah 31..so saya punya saiz bra and cup berapa??
37 tolak 31 jwapnnya 6.
6 tu kalau tgok dlm jadual atas tu bermksud cup nye triple D..atau selalu kt kedai ade F
So awk punye size bra adelah 37F.
Tp disebbkn 37 tu adelah no gnjil,perlu ditambh 1 angka lgi.
37+1=38
So saiz awak ,ukurn lilit tu 38,cup awk F(38F)
Maaf kalau sye salah..mintk yg pakar betul kan ye
ukuran inci
payudara = 31″
bawah = 25 ”
ukuran cm
payudara =106cm
bawah = 69cm