Pernahkah anda dengar tentang ePerolehan? Adakah anda ingin buka satu akaun tetapi tidak tahu macam mana buat?
Sebelum itu, perlu anda tahu bahawa ePerolehan merupakan sistem perolehan elektronik yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan secara online.
Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai medium alternatif untuk pendaftaran pembekal dan pembaharuan sijil Kementerian Kewangan.
Aplikasi elektronik ini didirikan dengan tujuan untuk menjimat kos, masa dan tenaga.
Sekiranya anda ingin berdaftar untuk menjadi ahli, boleh anda ikut langkah yang dikongsikan seperti di bawah.
Cara Untuk Mendaftar ePerolehan
Kunjungi ke laman web ePerolehan untuk buat pendaftaran.
Terdapat 3 jenis akaun untuk pilihan anda iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G. Pilih mana satu yang anda layak. Jika tidak jelas, boleh baca saja penjelasan yang diberikan di laman untuk tahu apa bezanya antara akaun ini.
Selepas pilih jenis akaun, tekan butang “Next”.
Baca dan Jelaskan diri dengan syarat dan terma akaun ini.
Lepas baca, masukkan nombor dan aksara Captcha yang diberikan.
Klik anda setuju dengan syarat dan terma tersebut.
Klik butang “Next” untuk teruskan.
Di bahagian “MAKLUMAT AKAUN”, pilih jenis perniagaan / syarikat dan nombor pendaftaran perniagaan anda.
Masukkan Nombor Kad Pengenalan.
Tekan butang “Next”.
Isikan semua ruang yang diperlukan dan hantar.
Ini saja, proses untuk membuat pendaftaran bukan susah sangat. Biasanya dalam 10-15 minit boleh habiskan.
Lepas anda sudah berjaya buat pendaftaran, sekarang boleh anda log masuk dengan akaun anda.
Cara Untuk Log Masuk ePerolehan
Terdapat 2 cara yang boleh digunakan untuk log masuk ke portal ePerolehan, iaitu sama ada melalui desktop atau mobile. Mari kita kaji kedua-dua cara ini.
Log Masuk Melalui Desktop
Layari laman web rasmi ePerolehan dengan ikut url ini: https://www.eperolehan.gov.my
Selepas laman dimuat, akan anda lihat laman itu seperti yang ditujukkan di bawah.
Boleh anda nampak di atas kanan laman itu mempunyai satu login ikon yang berwarna hijau. Klik ikon tu untuk log masuk.
Lepas tu masukkan ID log masuk dan kata laluan dan klik log masuk.
Jika ID log masuk dan kata laluan adalah sah, anda akan berjaya login ke dalam sistem ePerolehan online.
Log Masuk Melalui Mobile
Jika anda sudah biasa pakai telefon bimbit untuk log masuk ke sebarang laman web, boleh juga anda buat sedemikian untuk log masuk ke portal ePerolehan dengan pakai telefon bimbit anda.
Apa yang perlu anda lakukan ialah:
Pakai browser yang sedia ada dalam telefon bimbit anda. Browser yang direkomen ialah Google Chrome atau Mozilla Firefox. Jika anda tiada app browser ini, boleh saja pergi ke Google Play untuk muat turun.
Selepas siap sedia, kunjungi ke laman web rasmi ini: https://www.eperolehan.gov.my dengan pakai web browser.
Terdapat sikit perbezaan dengan pengguna Android dan IOS.
Bagi Pengguna Android:
- Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
- Klik Desktop site
Bagi Pengguna IOS(iPhone):
- Klik option di bahagian atas kanan (iaitu simbol 3 dot)
- Klik Request Desktop site
Lepas tu, anda akan dapat lihat skrin seperti login melalui desktop.
Lihat senarai di Pautan Segera.
Di sebelah kiri, ada ikon yang berwarna hijau.
Klik “Log Masuk” untuk login ke ePerolehan.
Masukkan ID log masuk dan kata laluan anda, lepas tu klik “Log Masuk”.
Jika ID log masuk dan kata laluan adalah sah, anda akan berjaya login ke dalam sistem ePerolehan dengan pakai telefon bimbit anda.
Senarai Servis Yang Boleh Anda Temui Dalam ePerolehan
Selepas log masuk ke laman rasmi ini, anda boleh menggunakan pelbagai perkhidmatan yang sedia ada di dalam sistem ePerolehan ini.
Antaranya ialah:
- Menghantar cadangan Tender / Sebut Harga
- Menghantar permohonan
- Menerima Permohonan
- Menyemak status permohonan
- Menyerahkan tawaran tender
- Membuat / menerima pembayaran secara atas talian
- Katalog Elektronik (eCat)
Cara Buat Tender Dalam Sistem Ini
Antara perkhidmatan yang disenaraikan dalam sistem ini, yang paling ramai orang tertarik hati dengannya ialah perkhidmatan yang berkenaan dengan tender.
Asalkan anda seorang pembekal sah yang mempunyai kelayakan untuk buat tender, maka anda boleh masuk ke ePerolehan dan mohon tender tanpa sebarang halangan. Tetapi perlu anda tahu bahawa permohonan tender cuma boleh dipohon oleh syarikat yang berjaya membuat pendaftaran dengan MOF sahaja.
Sekiranya anda sudah berjaya register sebagai pembekal, maka boleh anda login ke portal tersebut dan pilih mana-mana tender yang anda minat untuk pohon.
Jika permohonan anda berjaya, pihak berkenaan akan memberitahu anda. Lepas berjaya, perlulah anda kerja dengan bersungguh-sungguh supaya apa yang anda bekalkan kepada kerajaan boleh dijalankan dengan licin tanpa sebarang masalah.