Persediaan Asas Untuk Jadi Jutawan

Menjadi jutawan adalah idaman bagai ramai orang. Hampir semua orang ingin nak kaya, ada duit dan juga ada masa yang banyak untuk teman keluarga. Lebih-lebih lagi bersama orang yang kita sayangi dan cintai sepenuh jiwa raga. Bukan maksud saya nak menyuruh kalian cintakan dunia semata-mata tetapi maksud tersirat ialah kejar kekayaan dunia demi kepentingan akhirat.

Menjadi jutawan tidak memerlukan sijil kelayakan yang tertinggi. Apa yang diperlukan adalah usaha, ilmu dan yakin segala usaha pasti menemui hasilnya. Selain daripada itu ada sesuatu yang membolehkan seseorang menjadi jutawan.

jutawan
jutawan

Perkara tersebut ialah kemahiran untuk menguruskan wang. Para jutawan sudah tertanam dengan sikap untuk simpan wang dan tidak menghabiskan kesemuaan pendapatan yang dijanakan oleh mereka. Mereka membelanjakan pendapatan mereka melalui pecahan berikut:

60 peratus untuk perbelanjaan

Hanya 60 peratus sahaja pendapatan mereka yang boleh dibelanjakan. Keutamaan mereka tidak berubah. Disiplin para jutawan amat tinggi dan kental. Misalnya seseorang jutawan ada menerima pendapatan RM 100,000 sebulan. Dari jumlah tersebut hanya RM60,000 yang akan digunakan untuk membeli barang makanan, set kekemasan diri dan juga bayar bil itu dan ini.

10 peratus untuk simpanan jangka panjang

Jumlah 10 peratus ini adalah diambil untuk membuat simpanan tetap. Wang ini akan dimasukkan ke dalam akaun peribadi dan tidak akan dikeluarkan selama yang boleh. Jangka masa penyimpanan adalah selama 20 tahun atau 30 tahun. Untuk tujuan tersebut tidak semestinya ada satu bank semata-mata. Kalau perlu pelbagaikan jenis bank untuk menyimpan wang dalam jangka masa yang panjang.

10 peratus untuk simpanan kecemasan

Malang tidak berbau dan sediakan payung sebelum hujan. Perumpamaan ini berkait rapat dengan cara kita mengurus wang untuk kegunaan kecemasan. Para jutawan telah menetapkan 10 peratus dari pendapatan untuk tujuan tersebut.

Wang ini boleh disimpan dalam akaun bank mahupun peti besi yang disediakan di dalam rumah. Simpanan wang ini adalah secara rasional supaya perjalanan hidup kita lebih ‘peace of mind’ dan kita boleh fokus untuk tujuan ibadah yang khusus pula.
.
10 peratus untuk simpanan percutian

Setelah bekerja keras mencari pendapatan maka selayaknya badan kita diberi rehat dengan melancong. Wang tersebut boleh diperolehi dengan menyimpan dalam satu akaun khas. Lagi banyak wang terkumpul maka lagi cepat program cuti-cuti Malaysia. Tak akan la esok nak melancong maka pada hari itu juga mula nak menyimpan wang. Mana boleh macam tu.

10 peratus untuk perlindungan takaful

Rata-rata orang kaya melihat perkara ini sangat serius. Jika ada apa-apa berlaku kita sudah ada wang jaminan untuk para waris. Tak la kita meninggalkan hutang dan panggil mereka bayar bagimu. Sebaiknya kita meninggalkan mereka dengan kekayaan, kemewahan dan kemudahan untuk melayari hidup ini dengan penuh berkah dan istiqamah.

Nasib baik penyedia telco terlajak jimat menyediakan RM 100,000 setiap seorang sebagai insuran dan takaful kepada pengguna mereka. Setidak-tidak wang tidak berhenti bergerak walaupun sedikit.

Kemahiran hidup dalam mengurus wang sangat penting kepada jutawan. Kemahiran ini sepatutnya sudah dibiasakan sebelum mereka bergelar jutawan lagi.

Kita semua boleh bermula dengan sikap ingin tahu, suka mencuba dan ada usaha untuk membuat tindakan. Ayuh mulakan sekarang. Kalau bukan sekarang bila lagi masa yang sesuai untuk kita semua.

Bagaimana Menjadi Jutawan Sebelum Usia 25 Tahun

Dari satu perspektif, generasi Y itu juga yang dikenali sebagai Millennial Generation, Generation Next atau Net Generation boleh dikatakan merupakan antara generasi yang agak ‘bertuah’ jika dibandingkan dengan generasi sebelumnya iaitu generasi X dan Baby Boomers. Secara asasnya generasi Y ni adalah mereka yang dilahirkan dalam lingkungan tahun 1982 sehingga 1999. Maksudnya umur tertua bagi generasi Y sekarang ni adalah baru 28 tahun.

Salah satu faktornya adalah disebabkan mereka dilahirkan dan membesar dalam era teknologi digital dan dapat melalui dan mempelajari dengan mudahnya semua kemudahan ICT yang ada. Dan dengan begitu banyak peluang dan kemudahan beserta kreativiti yang ada dalam bidang tersebut membolehkan mereka mencipta kekayaan dengan cepat dan hanya dengan usaha melalui dunia online sahaja.

Semua orang mempunyai cita-cita untuk mencapai kekayaan dan kesenangan walaupun tidaklah ke tahap jadi jutawan, walau bagaimanapun elok kalau kita dapat pelajari sesuatu mengenai bagaimana 8 orang anak muda yang berjaya dan bagaimana menjadi jutawan sebelum usia 25 tahun sebagaimana yang di terbitkan oleh laman kiplinger.com.

Jutawan

Ringkasan

1

Mark Zuckerberg (26 tahun) Pengasas dan CEO Facebook.com tak perlu diperkenalkan lagi ni, dengan aset mencecah USD$4 billion.

2

Catherine Cook (20 tahun) Pengasas laman myyearbook.com Mula menjadi jutawan di umur di umur 18 tahun Quote: Stop just thinking about it, and make it happen. When you’re young is the best time to start your own business, as you do not have the responsibilities you will have when you’re older. The worst that can happen if you fail now is that you have firsthand experience to make your next venture a success

3

Sean Belnick (23 tahun) Pengasas BizChair.com Mula menjadi jutawan di umur 16 tahun Quote: It is never too early to start. I started when I was 14. There was a lot of great information on the Internet. Just do the research and find a way to do what you want to do

4

Jermaine Griggs (27 tahun) Pengasas Hear and Play Music Group Mula menjadi jutawan di umur 23 tahun Quote: Understand the power of selling, not just things, but yourself and your ideas. Study business. Study those who have come before you, and find people with the same dreams and aspirations as you

5

Matt Mickiewicz (27 tahun) Pengasas Sitepoint, 99designs and Flippa Mula menjadi jutawan di umur 22 tahun Quote: People who say it takes money to make money are using the worst excuse ever. . . Create massive value for others by providing a solution where no other exists.

6

Juliette Brindak (21 tahun) Pengasas dan CEO, MissOandFriends.com Mula menjadi jutawan di umur 19 tahun Quote: Find a solid support team who believe in your idea. “If someone starts to doubt your company and what you?re doing, you need to get rid of them

7

David Hauser & Siamak Taghaddos (28 dan 29 tahun) Pengasas dan CEO Grasshopper Group Mula menjadi jutawan di umur 24 dan 25 tahun Quote: Education helped polish the inherent entrepreneurs within us. Always be on the lookout for new venture opportunities from the voids and challenges you experience in your life.Success is finding solutions in challenges that help others; money is secondary

8

Cameron Johnson (25 tahun) Membangunkan pelbagai web sites Mula menjadi jutawan di umur 20 tahun Quote: Put yourself out there. Get started, do something and start small — the lower your startup costs, the easier it is to find profitability. Create value for others, and you’ll be rewarded

Tu dia, umur belum masuk 25 semua ni dah jadi jutawan, dan apa yang menarik dan boleh dipelajari kat sini adalah kebanyakan jutawan dan billionaire muda kat atas tu semuanya memulakan perniagaan mereka melalui kemudahan ICT.

Mungkin kita boleh belajar sesuatu daripada quote dan kata-kata nasihat mereka tu. Mana tahu dengan kata-kata peransang tu ada di kalangan kita yang turut ‘teransang’ dan boleh juga menjejaki langkah mereka semua.

Hmm dalam senarai tu jugak tak ada la pulak mereka yang berkecimpung dalam bisnes MLM ni, ke bisnes MLM tak popular kat negara dia orang?

5 Sebab Untuk Menjadi Jutawan

Secara realitinya semua kita berpotensi untuk menjadi jutawan. Kita manusia hebat yang dilahirkan ke dunia yang penuh pancaroba ini. Tiada seseorang pun yang boleh dihalang untuk menjadi jutawan melainkan dirinya sendiri yang membina halangan tersebut. Halangan yang paling utama ialah cara pemikiran tentang keyakinan dan kepercayaan untuk menjadi jutawan.

jadi jutawan
jadi jutawan

Kita kurang yakin kerana jika semua orang jadi jutawan saya nak jadi apalah pulak. Jika semua harta benda dan wang ringgit dah dimiliki orang maka dimana pula bahagian kita yang nak menjadi jutawan. Begitulah cara kebanyakkan kita berfikir untuk melupakan hasrat untuk menjadi jutawan. Kita tinggalkan polimik yang sampai tak akan ada penghujung tu.

Apa kata kita kaji sebab untuk menjadi jutawan. In Sha Allah dengan mengkaji,menganalisis dan berfikir SEBAB YANG JELAS untuk jadi jutawan akan membangkitkan rasa teruja dan keaktifan minda bawah sedar berfikir ke arah tujuan tersebut.

1. Kebahagiaan berkekalan

Jadi jutawan dengan harta yang banyak dan duit yang tak akan habis tujuh keturunan memang membahagiakan. Bukan maksud saya untuk terlalu obses dengan kekayaan. Cuma dengan kekayaan ini lebih mudah untuk kita bersedekah, membantu orang susah dan bebaskan pemikiran dengan urusan hutang.Menjadi seorang jutawan yang tidak teringkat dengan hutang piutang memang membahagiakan.

2. Kebebasan masa beribadah

Inilah nikmat sejati. Nak pergi masjid atau haji ataupun umrah boleh buat bila-bila masa. Pemikiran lebih bebas tanpa terikat dengan undang-undang syarikat. Lebih molek lagi jika si jutawan tadi lebihkan masa di masjid berbanding di pejabat atau di premis bisnes. Lagipun pangkat dan darjat sebagai jutawan tidak dibawa matipun.

3. Nilai kesyukuran berganda

Menjadi jutawan membolehkan kita rasa bersyukur teramat sangat. Tidak keterlaluan jika dikatakan mulut kita asyik mengucapkan Alhamdulillah, solat 5 waktu penuh khusyuk dan bersedekah tanpa berkira-kira. Sebab dengan bersyukur juga nilai jutawan seseorang akan melonjak naik. Bukan satu anak tangga malah berpuluh atau beratus anak tangga. Memang sangat hebat penangan jutawan yang bersyukur.

4. Penganjuran seminar percuma

Dalam banyak impian sudah tentu penganjuran seminar yang mahal dan berprestasi tetapi dibayar oleh pihak penganjuran sesuatu yang jarang-jarang dilakukan. Pada waktu ini sesiapa yang betul-betul berminat dan serius sahaja akan terpilih. Malahan akan diadakan temuduga secara intensif kepada bakal peserta supaya mereka yang layak dan kurang mampu kewangan boleh menyertainya.Sebab seminar begini adalah menggunakan sistem terhad dan mengutamakan result oriented

5. Boleh kahwin baru

Sebab yang terakhir ini jangan diambil serius sangat.Ia adalah unsur humor semata-mata. Namun begitu dengan menjadi jutawan lebih mudah untuk membuka cawangan baru. Sebab pada ketika itu kemampuan kewangan berada pada tahap terbaik. Tidak akan timbul soal kurang mampu atau sebagainya.Malah bakal keluarga mertua akan menerima tanpa banyak soal jika mereka tahu bahawa kita kaya, bergaya dan jutawan. Tulah bonus menjadi seorang jutawan.

Sebab-sebab yang saya senaraikan diatas masih umum sifatnya. Jadi pembaca perlu jadikan ia sebagai garis panduan sahaja untuk mencipta sebab yang jelas untuk menjadi jutawan. Sekiranya saya senarai yang jelas mungkin kurang sesuai pula untuk tatapan umum begini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *