Tip-tip Yang Berguna Untuk Usahawan Kecil

Siapa itu Usahawan Kecil.

Kita selalu dengar istilah usahawan kecil namun siapakah mereka itu sebenarnya. Usahawan kecil dikatakan sebagai seseorang pengusaha yang bekerja sendiri menjana pendapatan melalui aktiviti pertanian, penternakan, nelayan atau berniaga dengan modal pusingan yang kecil dan terhad.

Kebanyakkan usahawan kecil yang berjaya dan telah maju sebenarnya bermula dengan usaha-usaha secara kecil-kecilan dengan bantuan ahli keluarga dan saudara mara. Apabila memiliki modal yang lebih besar mereka akan cuba meluaskan saiz perniagaan mereka supaya mampu menjana pendapatan yang lebih besar dengan kapasiti pekerja yang bertambah.

usahawan kecil
usahawan kecil

Usahawan kecil adalah dari golongan pengusaha dan peniaga barangan berasaskan pertanian, perikanan, ternakan atau pemprosesan makanan. Kawasan-kawasan lapang disekeliling rumah dimanafaatkan untuk digunakan sebagai tempat operasi mereka kerana ia tidak akan menambahkan lagi kos operasi mereka.

Modal Perniagaan

Sebenarnya usahawan kecil yang hendak memulakan sesuatu perniagaan secara kecil-kecilan tidaklah susah. Dirumah kita sudah tersedia segala peralatan dan kelengkapan asas untuk kita mulakan.

Ya mungkin kita merasakan ia tidak sesuai atau tidak selesa untuk dijadikan tempat berniaga namun hakikatnya sebagai langkah permulaan kepada satu kejayaan besar sebagai Usahawan kecil adalah amat bermakna. Persoalannya Berapa banyak modal perniagaan yang diperlukan oleh usahawan kecil?

Kemahiran dan Ilmu

Fikirkan apakah kemahiran dan kepandaian yang ada pada diri kita sendiri yang sebenarnya apabila di persembahkan hasilnya kepada orang lain maka mereka akan rasa kagum dan ingin membeli produk tersebut. Anda boleh mula mencuba dan meminta ahli keluarga menilai sendiri akan hasilan produk tersebut.

Kemudian boleh juga membuat perkongsian dengan saudara mara akan pendapat mereka agar anda boleh memperbaiki akan apa jua kelemahan jika ada. Sudah semestinyalah usahawan kecil perlukan kemahiran dan ilmu sebelum menceburi bidang tersebut agar ia lebih maju kelak.

Kualiti Produk Dan Perkhidmatan

Setelah anda yakin akan produk yang akan anda hasilkan itu mencapai kualiti dan rasa yang diperlukan maka anda harus fikirkan sasaran pembungkusannya supaya apabila mereka yang datang hendak membeli bersesuaian dengan wang dan kuantiti yang mereka perlukan.

Usahawan yang ingin berjaya mestilah memastikan kualiti produk dan perkidmatan ditahap standard yang tinggi. Kualiti produk dan perkhidmatan merupakan ciri penting dalam menjadikan usahawan lebih berjaya kelak.

Pemasaran Yang Berkesan

Kemudian fikirkan bagaimanakah anda akan melakukan promosi dan teknik jualan samada secara terus atau melalui wakil-wakil jualan. Anda perlulah memikirkan kos-kos yang tersembunyi dan komisyen kepada wakil-wakil jualan supaya keuntungan bersih yang anda akan dapat nanti berbaloi dengan usaha yang telah anda curahkan.

Menangani Risiko

Fikirkan juga risiko-risiko kecil yang mungkin timbul dan apakah tindakan pantas yang akan anda ambil untuk mengatasinya. Tindakan pantas amat diperlukan kerana kegagalan menangani masalah akan menyebabkan ia menjadi libiliti kepada anda yang akan menjadikan anda kurang bermotivasi kemudiannya.

Untuk Menjadi Usahawan Kecil Berjaya , Urusan Perakaunan Mesti Disediakan

Sebagai seorang Usahawan Kecil janganlah dipandang remeh soal untung dan rugi jika hendak berjaya kemudian hari. Rekod-rekod jualan dan perbelanjaan mestilah di simpan dan di update setiap hari. Melaluinya lah anda akan dapat melihat dan menilai sendiri akan kemajuan perniagaan anda itu.

Jika kita merasakan keuntungan yang diperolehi tidak cukup atau berkurangan maka kita dengan cepat boleh mencari jalan untuk mengatasi nya melalui penilaian semula proses-proses penyediaan produk sehinggalah produk sedia di jual. Teknik-teknik jualan berkesan dan cekap akan memberikan pulangan yang hebat dalam waktu yang singkat.

Pengurusan produk-produk jualan secara berhemah akan memberikan impak kerugian yang minimum seterusnya proses pengeluaran produk akan berjalan licin setiap hari.

Berjimat dan Budaya Menabung Menjamin Masa Depan Usahawan Kecil

Apabila kita telah mencurahkan seluruh keringat kita untuk menjadi usahawan kecil dan kemudiannya dapat melihat, memegang dan merasa akan keuntungan darinya walaupun kecil maka itu adalah kejayaan awal anda. Oleh itu janganlah dilupakan untuk membina satu budaya menabung supaya untung yang diperolehi itu akan menjadi satu jaminan untuk diri anda kemudian kelak.

Bolehkah Kita Menjadi Usahawan Kecil Dizaman Moden Ini Dengan Tanpa Modal Sekalipun?

Kehidupan dizaman moden ini memperlihatkan kos sara hidup meningkat setiap hari. Harga barangan keperluan menjadi mahal dan kuasa membeli pula semakin berkurangan. Mereka yang melibatkan diri dalam perniagaan pula semakin bertambah dan ramai menjadikan aktiviti perniagaan menjadi semakin kompetitif.

Kemudiannya mereka yang bekerja dengan mendapat pendapatan tetap melalui gaji bulanan pula merasakan keperluan untuk berbelanja menjadi semakin kecil.

Oleh itu ramai pula dari golongan pekerja tak kira swasta atau kerajaan yang mencari jalan untuk menjalankan aktiviti perniagaan sampingan untuk mendapat “pendapatan tambahan” mereka. Tapi masalahnya bolehkah mereka memulakan perniagaan sampingan tanpa mengeluarkan modal sedangkan pendapatan bulanan mereka hanya cukup untuk keluarga saja.

Sekarang ini peluangan menambahkan pendapatan amatlah terbuka luas melalui perniagaan-perniagaan jualan langsung, perniagaan affiliate dan juga perniagaan secara atas talian. Anda tidak perlu mengeluarkan wang semata-mata untuk membeli produk namun anda boleh melipat gandakan usaha untuk mempromosi produk-produk orang lain secara atas talian secara “kerja sambilan online”.

Ramai juga yang telah berjaya meraih pendapatan yang lumayan melalui kaedah ini. Ramai blogger telah menyambut cabaran dimana Buktikan blogger sebagai usahawan kecil berjaya.

Pendapat Mengenai Tip-tip Usahawan Kecil Di Malaysia

Tip-Tip Usahawan kecil Di Malaysia – DiMalaysia terbuka peluang dan ruang yang luas untuk sesiapa untuk menjadi usahawan kecil. Tak kira apa jua bidang rakyat Malaysia mempunyai pelbagai kemudahan dari segi kewangan, lokasi startegik, produk berkualiti, kuasa buruh terlatih dan banyak lagi.

Salah satu cabang perniagaan yang tidak memerlukan modal iaitu perniagaan melalui internet. Ia boleh dilakukan secara sambilan dan jika ia berkembang pesat maka ia menjadi penyumbang pendapatan utama kepada sesiapa jua. Yang penting mestilah mempunyai strategi dan semangat yang tinggi.

Punca-Punca Kegagalan Usahawan Kecil

Seperti yang aku bincang kan diatas, perniagaan sudah pasti mempunyai risiko. Oleh itu sebelum kita memulakan sebarang perniagaan maka kita perlu membuat kajian sepenuhnya dan menilai sejauh mana risiko yang mungkin timbul boleh memberi kesan secara langsung keatas apa yang kita hendak labur serta usahakan itu.

Kita boleh membuat penilaian dan penyesuaan keadaan supaya kita tidak terjerumus kedalam masalah yang mungkin timbul kemudian nanti.

Ada orang berniaga bertahun-tahun namun tahap kehidupannya masih sama. Malah ada yang terjebak didalam jerat hutang, along dan sebagainya. Oleh itu berniaga secara jujur dan ikhlas akan memberikan keberkatan keatas hasil yang kita perolehi nanti.

Tip-Tip Bagaimana Usahawan Kecil Menangani Risiko

Dalam setiap perniagaan kita tidak dapat lari dari sebarang risiko yang mungkin ada. Ada yang kita boleh jangka dan ada juga risiko-risiko yang tak dapat dijangka. Hakikatnya kita mestilah bersedia supaya apabila kita menghadapinya nanti kita mampu keluar dari sebarang pemasalahan itu dengan tenang.

Antara tip-tip usahawan kecil menhadapi risiko yang mungkin dihadapi oleh usahawan kecil ialah:

1. Motivasi diri usahawan kecil

Dalam segenap hal dan waktu usahawan kecil mestilah memiliki motivasi diri yang kuat dan sentiasa kehadapan sesuai sebagai seorang pemimpin didalam sebuah organisasi yang kecil. Jika usahawan kecil memiliki motivasi diri yang kuat maka ia akan diterjemahkan kepada pekerja-pekerja dan juga pelanggan yang akan bersemangat untuk membeli produk mereka nanti.

2. Usahawan kecil mestilah memiliki Modal yang efektif

Modal pusingan haruslah berada diparas yang menyakinkan dimana setiap urusniaga yang dijalankan mestilah dengan cara yang sangat rendah risikonya. Maksudnya setiap urusniaga itu mestilah berlandaskan tunai dan seboleh-bolehnya elakkan cara berhutang. Perniagaan secara berhutang akan menambahkan beban kepada usahawan kecil dan akan mengurangkan motivasi diri sendiri kelak.

3. Persaingan sihat antara usahawan kecil

Ya apabila usahawan kecil mula menampakkan kemajuan sudah pastilah akan ada orang lain yang cuba mengikut jejak nya. Maka persaingan tersebut perlulah dilihat dari perspektif yang baik dan perlulah usahawan kecil menjalinkan jalinan networking dengan mereka yang masih baru agar mereka akan menghormati akan anda dan perniagaan anda itu. Dengan cara itu persaingan yang sihat dapat di amalkan dan mengurangkan kesan persaingan keatas perniagaan usahawan kecil.

4. Usahawan kecil mestilah Sabar dan ikhlas

Ini merupakan cabaran yang sangat besar keatas seorang usahawan kecil yang ingin berjaya. Jika mereka ingin maju kedepan mereka hendaklah memiliki kesabaran dan keikhlasan dalam menjalani sebarang urusan perniagaan mereka.

5. Usahawan kecil mestilah memahami Kerenah pekerja

Apabila usahawan kecil memiliki sebahagian daripada pekerja maka ia juga perlu bersedia menghadapi segala macam risiko yang mungkin datang dari pekerja mereka. Oleh itu persediaan dari segi mental dan fizikal perlulah selari dengan standard kerja mereka itu.

Sebab itulah sebelum memulakan sesuatu perniagaan itu usahawan kecil mestilah membuat satu perancangan rapi beserta kertas kerja yang berkualiti. Berlandaskan kertas kerja yang di buat itu maka mereka bolehlah memastikan perniagaan mereka bergerak kearah yang disasarkan supaya elemen-elemen yang boleh mendatangkan risiko keatas perniagaan mereka dapat di hindari.

Sebenarnya saya bukanlah seseorang yang pakar ataupun mahir dalam bidang keusahawanan. Hanya ingin berkongsi pendapat dan pengetahuan dengan pembaca blog ini. Semoga apa yang dituliskan di bawah dapat diselidiki ataupun dikaji terlebih dahulu sebelum diguna pakai.

Bagaimana menjadikan usahawan kecil yang berjaya menggunakan tip-tip usahawan

Sebenarnya kita tidak perlu mempunyai pendidikan yang tinggi ataupun pandai dalam segalanya untuk menjadi seorang usahawan kecil yang berjaya.

usahawan kecil

Di luar sana kalau kita tengok ramai yang berjaya tetapi tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang tinggi pun. Tetapi harus diingat untuk berjaya bukanlah suatu perkara yang mudah dan dapat diperolehi dalam masa yang singkat. Banyak perkara ataupun tip-tip usahawan yang perlu diketahui dan dipelajari serta diikuti dengan penuh berdisiplin.

Tip-tip usahawan yang boleh dijadikan panduan

Antara beberapa perkara yang perlu ada ataupun dipupuk untuk menjadi seorang usahawan kecil yang berjaya sebagaimana berikut:-

1. Berkeyakinan diri.
Berkeyakinan diri bermaksud sejauh mana seseorang itu melihat kemampuan dirinya. dengan kemampuan diri inilah yang akan menjadikan seseorang itu tidak takut menghadapi risiko dan dapat membuat keputusan dalam waktu-waktu yang sukar.

Mereka dapat selesaikan masalah yang wujud untuk meningkatkan mutu produk dan keyakinan diri. . Kalau pada peringkat awal-awal sudah takut dan ragu-ragu, mereka akan menghadapi risiko yang mendatang dan memang orang macam ini tidak akan dapat tuju ke destinasinya dengan jauh.

2. Mempunyai daya kreativiti.
Di dalam sesebuah perniagaan, kaedah pemasaran adalah sesuatu yang penting untuk memaksimumkan keuntungan dan meminimumkan kerugian. Oleh itu kemampuan menggunakan akal fikiran di luar kotak adalah amat-amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah baru ataupun lama. Ini kerana setiap produk, kaedah pemasaran dan keputusan perniagaan memerlukan pendekatan yang berbeza-beza. Pendekatan yang berbeza-beza ini perlu dihasilkan melalui usaha yang memerlukan kreativiti.

3. Bertanggungjawab.
Seseorang usahawan kecil semestinya bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan ataupun keputusan yang mereka lakukan. Mereka perlu bersikap proaktif dengan melipatgandakan usaha untuk mencapai dan menentukan sasaran. Semua sasaran tersebut perlu dicapai dengan menggunakan kemampuan dan tanggungjawab diri sendiri.

4. Menjadikan masalah sebagai peluang.
Salah satu tip-tip usahawan ialah menjadikan masalah yang timbul sebagai peluang untuk memperbaiki kelemahan. Masalah yang timbul itu perlu dikaji adakah kita mampu menyelesaikannya mengikut kemampuan diri atau menggunakan khidmat orang ketiga untuk memperbaiki kelemahan. Dengan sedemikian masalah yang berlaku tidak akan menjatuhkan semangatnya untuk terus berjaya. Ini juga akan menjadikan diri kita lebih maju ke hadapan.

Mereka bukan ambil kesempatan pada masalah orang tapi niatnya nak memudahkan orang bukan nak aniaya orang.

Usahawan yang selalu dapat mencari, mengenalpasti masalah dan selesaikannya baru akan wujud produk baru dan servis yang akan dipakai oleh orang ramai.

Setakat ini sahaja yang mampu saya kongsikan bersama-sama pembaca sekalian. Aku faham ramai orang yang mengimpikan menjadi usahawan terbaik. Jadi harap tip ini dapat membantu anda untuk berjaya. Kalau ada mentor lagi mudah untuk berjaya berbanding belajar sendiri kecuali naturally adalah seorang usahawan sejati.

Semoga apa yang baik itu dapat diamalkan bersama. Maaf sekiranya jika berlaku percanggahan fakta kerana ianya hanyalah sekadar pendapat dari saya berkaitan dengan tip-tip usahawan bagi usahawan kecil.

Kepentingan Business Card Dalam Perniagaan

Business Card merupakan salah satu cara untuk memperkenalkan perniagaan kita kepada rakan-rakan ataupun kepada umum. Business Card juga melambangkan bertapa seriusnya kita menjalankan perniagaan. Ia juga menjadi salah-satu alat perhubungan antara pelanggan dan usahawan untuk menghubungi usahawan berkenaan perniagaan yang di tawarkan.

Usahawan internet juga tidak terlepas daripada mempunyai business card kerana sekurang-kurangnya anda boleh letakkan alamat Facebook anda supaya mereka boleh menghubungi anda dengan mudah.

Kaedah Penggunaan Business Card

Ramai yang tidak mempraktikkan penggunaan business card dengan cara yang paling maksima. Jom kita lihat bagaimana business card boleh membantu meningkatkan jualan perniagaan anda.

  1. Sentiasa membawa beberapa business card di dalam dompet anda. Nak bawak sekotak pun boleh.
  2. Pastikan anda memberikan kepada sesiapa sahaja yang anda jumpa sekiranya mereka merupakan prospek yang berpotensi.
  3. Letakkan business card anda di hotel, tapak pameran atau tapak expo.
  4. Sentiasa mempunyai sikap menghargai business card yang di berikan oleh orang lain kerana secara tidak lansung, orang akan menghargai business card anda. Baik di balas baik.
  5. Bawa business card di majlis-majlis keraian yang anda hadiri seperti majlis perkahwinan, kursus motivasi, seminar dan sebagainya kerana anda akan berikan kepada rakan-rakan baru dalam bidang yang sama.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *