Penyebab Stress Kepada Seorang Usahawan

Secara teorinya menjadi seorang usahawan macam agak senang sahaja. Kebanyakan orang anggap usahawan biasanya ada duit yang banyak kerana menjalankan satu bisnes.

Hakikat sebenarnya sudah tentu bukan macam ini. Dalam dunia yang realiti, para usahawan perlu berhadapan dengan 1001 cabaran luaran dan dalaman. Kesemuaan cabaran ini datang dari pelbagai penjuru. Baik mereka bersedia atau tidak cabaran mesti dihadapi dengan hati yang tenang.

Disebabkan usahawan perlu bersedia pada bila-bila masa sahaj untuk menghadapi cabaran, maka ada daripada mereka yang juga menghadapi stress yang banyak.

usahawan berjaya

Berikut ialah penyebab stress kepada kehidupan seseorang usahawan. Saya harap mereka ada cita-cita untuk menjadi usahawan dalam apa jua bidang sekali jangan serik pula selepas membaca entri dalam blog ini.

1. Pendapatan tidak menentu

Perkara ini adalah sesuatu yang boleh cakap sudah pasti. Sangat jarang sekali kalau ada usahawan yang baru menceburi bidang perniagaan terus berjaya gilang gemilang.

Mereka pasti teruji dengan kegagalan bisnes sehingga menyebabkan hilang punca pendapatan. Ada juga yang menceburi perniagaan tetapi pulangan pendapatan jauh dari mencukupi. Hidup diparas kemiskinan menyebabkan mereka sungguh stress untuk menghadapi hidup ini.

2. Risiko hangus wang pelaburan

Sekiranya wang pelaburan bisnes diperolehi dari pinjaman bank maka bersedia untuk muflis jika bisnes tidak dapat diuruskan dan dijalan dengan lancar. Lebih-lebih lagi kalau pelaburan sudah mencecah jutaan ringgit.

Jika ada wang simpanan sekalipun pasti hangus jika bisnes belum menghasilkan keuntungan. Situasi ini merupakan antara satu penyebab stress kepada usahawan dan keluarganya.

Secara teorinya senang nak cakap perlu ada ilmu, ketahanan mental dan wang simpanan yang cukup. Tapi dalam dunia bisnes ini adalah satu peperangan bila anda sudah betul-betul menceburi ke dalam bidang perniagaan. Di tambah pula dengan pelbagai dugaan yang tidak tentu. Jadi kawan-kawan sekalian yang fikir untuk menceburi diri ke dalam bidang ini perlu mempunyai rancangan yang baik supaya dapat sukses dengan perbelanjaan wang yang kurang.

Jika mengalami kerugian, jangan rasa tertekan dulu. Perlu balik usaha dan cari keluar apa punca yang menyebabkan kerugian. Lepas tu, boleh belajar dari pengalaman ini dan seseorang usahawan akan mencapai kejayaan untuk masa depan sekiranya dia tidak mudah berputus asa dan sanggup berusaha dengan bersungguh-sungguh.

3. Bebanan kerja yang terlampau

Bagi memulakan sesuatu perniagaan, seorang usahawan mesti bekerja keras dan dengan kegigihan yang kuat dan secara luar biasa. Masa bekerja bagi mereka pula tidak menentu.

Bagi pengalaman saya sendiri yang pernah merasai untuk menjadi usahawan sepenuh masa selama setahun mendapati tiada istilah cuti tahunan. Setiap hari juga adalah hari bekerja. Jumlah waktu bekerja juga adalah sangat panjang tanpa dibayar dengan sebarang gaji over time.

Jika seseorang yang ingin menjadi usahawan tetapi tidak dapat tahan dengan situasi ini, tentunya ia akan menjadi satu stress emosi kepada mereka.

4. Kualiti kehidupan jatuh menjunam

Jika semasa bekerja makan gaji boleh merasai hidup selesa tetapi menjadi usahawan pada peringkat permulaannya memang penuh dengan rasa pahit dan gentir. Sekarang masa untuk berjimat dalam semua aspek kehidupan agar kelangsungan hidup dapat bertahan.

Itulah dinamakan pengorbanan dan harga yang perlu dibayar untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sesiapa yang tidak tahan pasti stress dan mungkin tidak dapat kekalkan usaha mereka untuk masa yang lama.

5. Tanggungjawab penuh

Apa yang berlaku dengan bisnes adalah tanggungjawab secara keseluruhan kepada seseorang usahawan. Bagi seseorang pekerja mereka boleh mendapatkan pekerjaan baru jika diberhentikan dari tempat lama.

Lain pula dengan kisah untuk pemilik bisnes. Untung dan rugi terpaksa dipikul seorang. Kalau senario sudah jadi begitu, ramai usahawan akan menghadapi emosi stress yang tinggi juga.

6. Halangan keluarga

Bukan semua pasangan hidup sanggup hidup susah kerana tindakan suami yang menceburi bisnes. Apabila sumber pendapatan utama hilang maka bebanan kepada isteri untuk mencari rezeki bagi menampung kekurangan.

Sebab itu ada golongan isteri yang menghalang suami untuk menjadi usahawan dan libat dalam bisnes yang mempunyai risiko yang tinggi untuk rugi.

Apa yang selalu isteri paling risau adalah hutang. Jika gagal dalam bisnes, bukan saja tidak beruntung malah hutang dengan banyak lagi. Jadi isteri takut nanti tiap-tiap hari cuma dapat makan nasi dengan sayur sahaja.

Wawasan pada si suami tidak dapat diterima oleh isteri jika bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian. Jika anggota keluarga menghalang maka kesan stress kepada usahawan kerana dia akan dipersalahkan jika bisnes belum maju.

Jadi saya telah menghuraikan serba sedikit tentang penyebab stress kepada seorang usahawan secara ringkas. Apa yang boleh saya cakapkan adalah stress itu merupakan cabaran yang perlu ditangani sebaiknya jika kita mahu menjadi seorang usahawan. Tanpa stress tak akan ada nilai kejayaan hakiki.

Sebab itu sokongan dan kefahaman orang di sisi itu adalah sangat penting bagi seorang peniaga. Peniaga ni selalunya berusaha dengan amat tekun pada bisnes dan gila kerja. Jadi pasangannya perlu tidak terlalu bergantung kepada pasangan dan boleh buat keputusan sendiri jika perlu.

Stress yang paling tak bagus kepada usahawan adalah kena kejar oleh pengutip hutang suruh bayar setiap bulan jika seseorang usahawan ada buat pinjaman dari mana-mana bank dan institusi pinjaman kewangan seperti TEKUN atau amanah ikhtiar. Harap para usahawan jangan kena kejar cari pasal oleh along dan dapat majukan bisnes mereka dengan beruntung banyak-banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *