Mitos 4 Batang Lilin Berbicara

Baru-baru saya ada kesempatan untuk mengikuti Seminar Keibubapaan di salah satu pusat pengajian tinggi di Samarahan. Dari situ dapat saya cedok idea untuk tulis perkara yang berkaitan dengan lilin.

Perkara Tentang 4 Batang Lilin

Ada 4 batang lilin yang tengah menyala di dalam sebuah bilik. Mereka berbicara tentang manusia yang berada di sekeliling mereka. Jangan hairan cerita ini berkaitan dengan penjimatan elektrik tahap tegar. Selain nak bajet untuk tampung cukai penggunaan lilin tak sesuai sebab risiko mengalami kebakaran adalah sangat tinggi. Maka jangan cuba lakukan perkara ini di rumah kalian.

empat lilin

Berbalik tentang cerita 4 batang lilin maka amat molek kalau saya buat penceritaan dengan satu persatu. Setiap satunya membawa makna yang amat mendalam. Harap anda boleh baca dengan teliti dan faham dengan maksud yang ingin diberikan.

1. Lilin Pertama

Aku tak berkenanlah dengan manusia pada masa kini. Mereka amat sibuk dan asik bekerja saja biarpun siang dan malam. Rumah sendiri bagaikan hotel sahaja. Tempat tidur seketika dan langsung tak memperdulikan sesiapa yang berada dalam rumah tersebut. Akhirnya lilin pertama terpadam kerana tiupan angin yang menerpa masuk ke dalam bilik.

2. Lilin Kedua

Aku pun sama juga dengan pendapat lilin pertama. Manusia bila sudah jadi terlalu sibuk maka leka untuk menunaikan solat 5 waktu. Solat yang dulunya adalah tiang agama namun kini solat untuk dibuat kat mulut sahaja. Ada yang tertinggal dan ada yang solat namun tiada kekhusyukannya. Maka lebih baik aku padamkan diri daripada cuba menerangi hati yang tengah gelap. Akhirnya lilin kedua terpadam dengan sendirinya.

3. Lilin Ketiga

Nampaknya kita semua sependapat. Aku juga perhatikan ramai manusia sudah obses dengan media sosial. Ditambah pula dengan gajet yang sangat mudah akses ke internet. Sekarang bukan sahaja anak dara atau anak teruna yang terleka dengan media sosial.

Ada kaum bapa dan ibu yang beranak kecil pun sanggup memikirkan anak sendiri berbanding media sosial. Penangan media sosial sebenarnya untuk berkongsi kebaikan bukannya berkongsi kelalaian. Kalau macam ini lebih baik aku padamkan diri.

4. Lilin Keempat

Sampai sini 3 batang lilin sudah terpadam. Tiba-tiba anak dara yang berumur 17 tahun itu masuk ke dalam bilik. Dia terkejut apabila dia nampak 3 batang lilin sudah tiada lagi. Lantas lilin keempat diangkat dan digunakan untuk memasang 3 lagi lilin yang lain untuk menyala. Ketika semuanya kembali kepada asal lilin keempat mula bersuara.

Sungguhpun kalian rasa kecewa terhadap manusia, tapi aku tetap meletak satu harapan. Dengan harapan itu aku percaya bahawa untuk berjaya kita mesti memberi cahaya kepada manusia tanpa syarat. Biar buat dengan cara ikhlas.

Bantu Orang Lain Dan Jaya Bersama

Seperti saya katakan awal tadi 4 batang lilin berbicara adalah mitos semata-mata. Namun menyampaikan mesej bahawa apa yang berlaku adalah perkara realiti dalam kehidupan sebenar.

Dunia yang kita hidup adalah dunia yang dikongsi bersama. Kami berkongsi sumber yang kami perlukan untuk kehidupan kami. Tiada siapa yang boleh hidup bersendirian. Kita saling memerlukan antara satu sama lain. Tuhan menjadikan kita hidup dan tumbuh bersama. Kita akan jadi lebih bahagia jika kita boleh membuang pemikiran kita yang berpusatkan diri.

Jika kita memilih untuk menang bersama untuk setiap keadaan yang kita hadapi, dan dapatkan apa sahaja yang kita inginkan tanpa menggunakan orang lain, kita boleh menjalani kehidupan yang lebih baik. Kejayaan orang lain membuat kita lebih berjaya.

Boleh kita ambil contoh seperti menjalani perniagaan. Prinsip ini boleh dipakai juga. Pertama sekali, cuba semua yang anda boleh untuk menjadikan pelanggan yang berpuas hati. Bantu mereka dalam apa jua cara yang anda boleh.

Walaupun anda tidak dapat menyelesaikan masalah mereka, tunjukkan kepada mereka bahawa anda mementingkan mereka. Ini dipanggil membina hubungan positif. Orang suka seseorang yang mementingkan mereka. Ini adalah cara menang bersama yang menghasilkan kejayaan untuk kedua-dua pihak di antara pelanggan dan perniagaan anda.

Anda boleh mengambil apa jua bahagian dalam kehidupan, kerja, keluarga, sosial dan sebagainya. Anda akan lebih berjaya jika anda sentiasa membantu orang lain untuk berjaya. Dengan kejayaan apa yang saya maksudkan di sini bukanlah mengenai kejayaan kewangan sahaja. Sebaliknya saya maksudkan semua kejayaan.

Terdapat orang yang mempunyai berjuta-juta wang dan tidak memiliki kebahagiaan, kepuasan, watak peribadi, pengaruh positif terhadap orang lain. Saya tidak menganggap ini sebagai kejayaan. Wang bukan satu-satunya perkara yang kita perlukan dalam hidup.

Walau bagaimanapun, definisi kejayaan di sini ialah tentang semua perkara dalam kehidupan. Dengan watak peribadi, kebahagiaan dan kepuasan, kebebasan kewangan, pencapaian matlamat umum. Anda hanya mendapatkannya melalui membantu orang lain seperti lilin nyala untuk berikan cahaya kepada manusia. Membantu orang lain untuk berjaya dan anda akan berjaya. Itulah sebabnya anda perlu mementingkan orang lain.

Baca juga: Bagaimana Membuatkan Hukum Tarikan Bertindak Pantas

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *