Rahsia Untuk Menjadi Manusia Berpengaruh

Dalam kehidupan ini kita mesti ada pengaruh. Dengan pengaruh kita boleh menukar tahap kesedaran, cara pemikiran dan apa jua yang kitakan mahu untuk perkara baik maupun bermanfaat. Cuma jangan sesekali menggunakan pengaruh untuk perkara kurang sihat atau yang sewaktu dengannya.

Dalam entri ini saya nak kongsikan dengan anda semua tentang rahsia untuk menjadi manusia berpengaruh. Ilmu tersebut saya petik dari buku tulisan Ainon Mohd dan Abdullah Hassan yang bertajuk Belajar Berfikir dan juga beberapa perkara yang saya dapat belajar dari internet yang berkenaan dengan bagaimana untuk menjadi seorang yang berpengaruh.

orang berpengaruh

1. Kepakaran

Lagi pakar seseorang dalam sesuatu bidang lagi kuat pengaruhnya terhadap kita. Misalnya kata-kata doktor pakar lebih kita percayai berbanding orang kebanyakan. Begitu juga dengan pandangan-pandangan pakar ekonomi yang membuat analisis berbanding orang biasa yang bercakap ikut sedap mulutnya sahaja.

2. Kemahiran

Semua orang boleh menguasai apa jua kemahiran yang diminatinya. Tukang paip atau mekanik lebih kita yakini pandangannya dalam bidang mereka. Terpulang kepada mereka sama ada nak bercakap benar atau sebaliknya kita tetap akan percaya. Pengaruh kemahiran mereka itu boleh mengurangkan perasaan was-was.

3. Kejujuran

Orang jujur mudah dipercayai. Bila sudah dipercayai maka pengaruh mereka akan bertambah. Tahap kejujuran seseorang sukar untuk dinilai namun kita mudah terpengaruh jika seseorang kelihatan jujur melalui air muka dan penampilan diri. Orang jujur akan memberitahu sesuatu tanpa berselindung. Mereka sanggup hadapi risiko. Apa kesannya terhadap kita. Sudah tentu kita terpengaruh dengan tindakan dan percakapannya.

4. Disukai

Orang yang kita sukai lebih berpengaruh terhadap kita. Untuk memastikan kita boleh disukai maka paras rupa dan penampilan mesti menarik. Sebab itu jurujual amat menitikberat penampilan supaya mereka ada pengaruh untuk menjual dengan mudah. Ada juga yang nak memikat anak dara perlu memastikan ibubapa dia turut suka dengan kita. Kesan kita akan diterima dengan jayanya.

5. Keserupaan

Jurang perbezaan mesti dikurangkan untuk memberi pengaruh. Orang muda lebih diterima pendapat mereka jika orang tersebut masih muda untuk memberi nasihat kepada golongan seusia. Pengaruh keserupaan ini amat membantu seseorang dalam bidang pemasaran. Misalnya produk remaja mesti dijual oleh golongan remaja sendiri.

6. Menjalin Rakan Perkongsian

Pemimpin yang sedar diri memahami ia merupakan sesuatu yang bodoh untuk berusaha menjadi segalanya bagi semua orang. Dia tidak mungkin menjadi pakar dalam semua bidang.

Sebaliknya, seseorang yang ingin menjadi berpengaruh akan bergaul diri dengan orang-orang yang memiliki kualiti yang dia tidak miliki. Sekiranya anda tidak mempunyai orientasi terperinci, bawa seseorang yang mempunyai displin diri yang kuat. Sekiranya anda lupa untuk meminta input semasa mesyuarat, minta seseorang yang lebih inklusif secara semula jadi untuk mengemukakannya.

7. Percaya pada diri sendiri

Ini adalah tabiat terpenting untuk menjadi seorang yang berpengaruh. Percaya pada diri sendiri adalah asas bagi orang lain untuk mula mempercayai anda. Apabila anda merasa yakin dan menunjukkan keyakinan itu, orang secara semula jadi akan tertarik kepada anda.

8. Selalu Bersedia Untuk Bantu Orang Lain

Boleh anda kenalpastikan peluang untuk menolong orang lain. Bersikap proaktif dan prihatin. Di sekeliling anda memang terdapat ramai orang yang memerlukan bantuan. Sudah tentu, bersikap taktik mengenai bagaimana anda mendekati orang yang mungkin mendapat manfaat daripada bantuan anda. Perlu anda tahu bahawa membantu orang lain tidak pernah ketinggalan zaman.

9. Hapuskan Ketakutan Anda

Idea untuk memajukan diri boleh menjadi sangat tidak selesa bagi anda. Anda mungkin selalu timbul keraguan terhadap diri dan anda mempunyai pertanyaan seperti: “Adakah saya mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup? Adakah saya benar-benar seorang yang pakar dalam bidang ini?” Semua keraguan diri ini boleh menahan kita untuk terus maju. Apa yang kita perlu buat adalah melepaskan kepercayaan yang membatasi diri.

Kita semua mempunyai kisah, pengalaman dan pengetahuan yang unik bagi kita dan dapat menolong orang lain dalam beberapa cara. Dengan berkongsi pengetahuan dan pengalaman anda, anda akan dapat berhubung dan memberi inspirasi kepada orang lain. Anda juga boleh mempengaruhi keputusan masa depan orang lain secara positif.

10. Kembangkan Kemahiran Membuat Keputusan Penting

Membuat keputusan adalah kecekapan kepemimpinan tertinggi kerana ia muncul di mana-mana, dari pilihan tempat mengadakan perjumpaan hingga pilihan strategik di mana menghabiskan bajet pemasaran. Keputusan-keputusan ini memberi kesan kepada orang-orang di dalam sebuah syarikat dan ornag yang buat keputusan ini perlu berkarisma untuk membuat keputusan yang betul dan tepat.

Ketegasan bukanlah sifat yang kita ada selepas lahir, tetapi ia adalah satu kemahiran yang dapat kita belajar. Untuk menguasainya, analisa proses pembuatan keputusan yang penting untuk melihat hubungan lemah dalam penaakulan anda dan untuk mengenali bias sedar atau tidak terhadap sesuatu atau seseorang. Walaupun kita tidak dapat mengawal hasilnya, kita dapat membentuk proses yang menggerakkannya.

Rahsia untuk menjadi manusia berpengaruh sudah terbongkar. Sekarang terpulang kepada anda semua untuk mempraktikkam atau tidak ilmu yang hebat ini. Saya pasti ia adalah amat berguna kepada usahawan yang berminat dalam membuat bisnes.

Baca juga: 5 kualiti diri untuk jadi usahawan berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *