Tips Untuk Jimat Cermat di Hari Raya

Berjimat ada kelebihan yang tersendiri berbanding dengan meningkatkan pendapatan, ini adalah sama juga untuk berjimat sedaya upaya di hari raya dan ia adalah sesuatu yang lebih praktikal untuk dilakukan berbanding dengan meningkatkan pendapatan untuk berbelanja di hari raya.

jimat raya

Sekiranya ingin tambah pendapatan, ini memang memerlukan usaha yang kuat dengan tahu dan pakai cara yang betul. Walaupun ia adalah mungkin untuk tambah pendapatan dan caranya tiada had, tapi bagi kita menghadapi realiti.

Walaupun ia adalah sangat terhad untuk penjimatan yang dapat dibuat, tetapi tidak dinafikan bahawa ianya lebih mudah untuk dilakukan berbanding dengan mengeluarkan modal dan berniaga di pasar ramadan mahupun mengambil upah menjahit langsir.

Di sini, saya ingin menyenaraikan satu senarai yang praktikal dan juga mungkin tidak praktikal sebab kelihatan macam kedekut. Bukan semua orang boleh terima, tapi anda boleh baca dan tengok sama ada anda setuju atau tidak dengan cara yang dikongsikan ini.

1. Tidak perlu beli baju melayu setiap tahun

Selaku pihak suami, memakai baju melayu biasanya cuma 2 kali dalam setahun saja. Misalnya baju melayu tahun lepas saya cuma pakai pada raya pertama dan ketika jamuan raya. Jadi, daripada beli baju melayu yang baru setiap tahun, lebih baiklah untuk kita beli sahaja sewaktu tahun anda beraya di kampung anda, bukan di kampung isteri anda.

2. Buat berbanding beli

Sesetengah orang banyak membeli berbanding buat sendiri atau tidak pedulikan bajet yang ada. Tidak kiralah rendang, lemang atau ketupat dan terutama sekali kuih raya, kalau buat sendiri lebih menjimatkan. Jika tidak tahu buat, boleh ajar kawan-kawan, jiran-jiran atau saudara mara yang tahu buat untuk bekerjasama dan kongsikan semua kos. Dengan ini, dapat jimatkan wang dengan membeli semua ni di pasar raya.

3. Masak dengan cukup makan sudah

Pada masa raya, pembaziran makanan memang ketara. Kalau masak rendang tu satu kuali besar, bila tak habis jadi perangat lagi, masuk hari ketiga makanan ni sudah tidak segar lagi. Jika tak dapat habiskan, akhirnya semua cuma tuang ke dalam tong sampah saja.

Kadang-kadang kita terlalu risau yang juadah hari raya tidak cukup, tetapi apa yang sebenarnya adalah kanak-kanak mahukan duit raya dan mereka yang dewasa mahukan beramah mesra dan bukan untuk makan dengan banyak. Sebab keramaian daripada mereka yang mengunjung ke rumah anda sudah makan di rumah mereka sebelum datang ke rumah anda. Jadi pandai-pandai bajet dengan menyediakan makanan cukup makan sudahlah supaya tiada makanan yang dibazirkan.

4. Satu kali raya satu kampung

Ini merupakan sesuatu yang lebih ketara berguna jika kampung anda dengan kampung isteri anda tidak sama dan berjarak dengan jauh. Jadi amatlah menjimatkan jika kita balik ke satu kampung sahaja untuk raya dalam tahun itu. Bayangkan bertapa banyak kos yang perlu dibelanja atas minyak, tol dan sebagainya untuk pandu balik ke dua-dua kampung.

5. Menyeragamkan duit raya yang anda mampu

Ini merupakan apa yang saya lakukan dan saya masih lakukan buat masa sekarang. Kalau nak bagi duit raya itu, saya akan bagi mengikut kadar yang saya mampu beri di masa saya bergaji biasa-biasa.

Sesetengah orang tu kalau ada lebih duit pada tahun tu, dia kasi lebih, masalahnya adalah jika tahun ini beri amaun ini, tahun depan sudah susah untuk beri dengan amaun yang kurang.

Jika bagi amaun yang lebih rendah berbanding sebelum ini, saudara mara anda akan mula bercakap-cakap. Kedekutlah dia tahun ini atau bisnes merudum la macam tu’. Semua ayat-ayat yang tidak suka anda dengar akat wujud di telinga anda. Jadi, adalah baik untuk anda beri duit raya yang sama buat setiap tahun, dan buatnya ikhlas mudah-mudahan dapat pahala.

6. Sediakan kuih raya yang murah and cukup-cukup sahaja

Kelihatan kuih raya memang cantik, tapi taklah berapa laku. Menurut pemerhatian aku, kalau jamuan diadakan di pejabat tu, memang bersepah kuih raya yang tidak habis pada masa raya yang dikongsikan. Pada masa mengadakan jamuan raya di pejabat, jarang ada orang yang ingin pandang sangat pada kuih raya.

Bagaimanapun apa yang saya katakan, beli sekadar ambil syarat, cuma untuk ada sahaja sebab semasa raya kebanyakan orang cuma merebut rendang dan ketupat. Kenyang rendang dan kunyah kerepek adalah sangat laku, berbanding dengan kuih raya yang jarang disentuh.

7. Main menu cuma hari pertama

Selain ketupat rendang, atau lemang biasanya akan ada menu ‘main’ macam mee kari atau bihun sup. Sesetengah rumah tu dari raya pertama sampai raya ke-3 sudah ada menu tertentu. Misalnya mee bandung raya pertama – soto raya kedua – kotiaw tomyam raya ketiga. Ada yang buat sangat banyak tanpa mampu untuk habis makan. Keadaan ini memang amat membazir, raya kedua dan seterusnya orang pun tak dapat makan sebab sudah makan dengan terlalu kerap.

8. Tetamu bukan tuan rumah

Bagi kes saya, saya menjadi tetamu di rumah ibu bapa saya. Berbanding dengan mereka, saya cuma bagi sebahagian duit (tong-tong) untuk perbelanjaan hari raya, selebihnnya diuruskan oleh tuan rumah. Jelas jadi tetamu adalah lebih menjimatkan.

9. Pendekkan masa cuti

Lagi lama duduk dekat kampung lagi banyak yang perlu dibelanjakan. Misalnya pada raya ke 3, abang long sponsor bahan mentah, raya ke-4 abang ngah pula, raya ke-5 kita selaku ayah sue tu kena pandai-pandailah. Kalau cuti lama tu, ada juga agenda berjalan-jalan, raya ke 6 kita sekeluarga pergi bercuti dan berseronok di tempat pelancongan. Semua tempat kena bayar tiket, bayar makan, bayar ini itu, dompet banyak cepat kering dan poket cepat jadi koyak.

10. Berkunjung ke sedikit rumah

Lebih rumah dikunjungi, lebih mileage n lebih petrol yang perlu digunakan. Jika anda duduk di Johor dan rumah yang inigin dikunjungi ini terletak di Pulau Pinang pula, kenalah bayar minyak, tol dan banyak duit yang perlu dibelanjakan.

Lagi jika sampai ke rumah itu dan tuan rumah bagi duit raya kepada anak kita, seganlah jika kita tidak bagi kepada anak-anak mereka pula. Satu kali lagi poket koyak dengan lebih besar lagi.

11. Gunakan langsir tahun lepas

Setiap tahun harga langsir semakin meningkat dan jadi semakin mahal. Jadi, usahlah untuk tukar langsir setiap tahun. Langsir tahun lepas boleh saja cuci di dobi dan pasang semula. Jadilah ia langsir baru juga, iaitu langsir baru basuh.

Inilah sebelas cara yang ingin saya berkongsi bersama anda. Antara perkara adalah yang macam ketara dan ada yang nampak macam kedekut. Tetapi kata orang kalau tak ada duit buat cara tak ada duit, jangan pula susah-susahkan diri sendiri untuk berhutang.

Hari raya sememangnya perayaan yang perlu meriangkan untuk semua orang. Tapi jangan disebabkan oleh wang dan kita perlu menyambut hari raya dengan hati yang susah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *