Kisah Raya Dengan Buat Lemang Di Kampung

Hari rabu minggu lepas, lebih kurang jam 1.45 pagi saya mula bertolak dari rumah menuju ke Maran Pahang. Pelan asal aku adalah nak balik lepas bersahur. Memandangkan anak-anak dah tak sabar nak balik jumpa Uwan(Nenek), jadi terpaksalah saya akur dengan mereka. Sebenarnya saya pun tak sabar juga nak balik kampung.

Perjalanan dari rumah Jalan Klang Lama menuju ke Tol Gombak sangat lancar. Bila saya tiba di Tol Gombak, semasa nak bayar tol saya sempat bertanya pada juru tol keadaan trafik malam tu. Katanya kereta sudah banyak kurang, dalam hati melonjak gembira sebab terlepas seksa jalan sesak.

Perasaan Gembira Untuk Sementara Sahaja

Tetapi perasaan gembira saya tidak kekal sampai satu jam pun, bila saya pandu sampai di tempat untuk mendaki terowong – 5km dari Genting Sempah. Trafik mula jadi bukan seperti apa yang saya harapkan sebab semua kereta sudah mula bergerak dalam kelajuan cuma 20kmj saja.

Pergh…segala senyuman yang ada tadi semua sudah hilang sampai telinga, jadi senyum masam mencuka pulak. Suka atau tidak pun tak ada pilihan yang lain tapi cuma  kena teruskan perjalanan saja. Dengan perjalanan kereta yang lambat tu, saya ternampak sudah ada banyak kereta tersadai yang disebabkan oleh suhu yang semakin naik.

Jadi, jika anda ingin balik kampung tanpa halangan, lebih baiklah anda pergi ke bengkel kereta untuk semak dan servis kereta anda terlebih dahulu supaya perjalanan anda di jalan raya adalah lancar tanpa tersadai seperti kereta-kereta yang saya nampak sekarang ni.

Sesiapa yang balik ke Pantai Timur memang dah sedia maklum, kalau sesak kat jalan Karak ni memang nak tercabut rasa kaki. Kalau pakai kereta auto memang lagi boleh rasa lega. Tapi bagi mereka yang pakai  kereta manual – kejang kaki weh kena tekan clutch tak berhenti-henti!

Trafik Jadi Lancar Sikit Selepas Tol Bentong

Dari Genting Sempah, keseluruh trafik bergerak dengan amat perlahan sehingga sampai ke Tol Bentong. Selepas Tol Bentong barulah boleh senyum lebar sebab jalan dah lancar.

Ini juga disebabkan selepas Tol Bentong, terdapat banyak kereta yang nak balik ke Kelantan sudah boleh pilih untuk simpang ke kiri untuk hulu ke destinasi mereka. Dengan ini laluan trafik sudah berpecah dan trafik sudah jadi longgar sikit. Tidak lagi sesak macam tadi.

Bila dah masuk Lebuhraya Pantai Timur kereta saya baru berpeluang untuk pecut dalam kelajuan 110 kmj. Kekadang terlebih speed 130kmj, kalau kereta sedap mau sampai 160 kmj.

Kami sekeluarga selamat sampai di Maran tepat pada jam 5.15 pagi. Sebaik saja sampai di rumah, kami semua terus sahur sebab mak dah siap hidang lauk, tunggu nak ngap jer.

Alhamdulillah, bersyukur sangat sebab sempat untuk merasa bersahur di kampung walaupun dah hujung. Bila tengok riak muka mak, nampak kegembiraan wajah seorang ibu. Lepas sholat suboh, saya terus terlena dalam senyum dengan mimpi yang madu.

Hari terakhir berpuasa di Kampung

Jam 9.00 pagi baru saya bangun dari tidur. Lepas bangun, terus I buka phone dan semak status di Facebook. Saya terbaca status sedara pasal nak buat lemang dan sekali dengan tempahan.

Dalam hati kalau boleh pergi dan ambil  2 atau 3 keping gambar ni anggap ok juga. Jadi, pada pukul10.00 pagi saya pun sampai di destinasi yang saya tuju, iaitu Kampung Luit( sila google untuk lokasi kg ni). Saya memang sampai pada masa yang memang cantik sebab sebaik saja saya tiba, saya nampak ramai orang sedang dalam proses membasuh beras pulut dan buloh dah sedia untuk diisi dengan beras pulut.

kayu bakarTempat untuk bakar lemang dah siap,cuma tunggu lemang ready jer

beras pulutBeras pulut yang siap direndam dalam santan dan dah siap dibubuh garam dan sedikit gula untuk rasa.

masuk beras pulut ke dalam bulohProses masuk beras pulut dalam buloh

buloh dengan daun pisangIsi daun pisang dalam buloh. Semua buloh ini sudah siap diisi dengan daun pisang di dalam. Bila tengok buloh ni,teringat dalam Facebook ada orang yang kongsi pasal katak dalam lemang. Kalau dibiarkan tanpa diawasi boleh jadi katak boleh masuk dalam ni.

Tokey LemangPuan Shamsiah (Tokey Lemang) Menantu Mak Ngah. Beras pulut yang dibersihkan tadi mula dimasukan dalam buloh.

suasana masuk beras pulutSuasana dalam proses memasukan beras pulut dalam buloh,lepas ni sudah boleh ambil pi bakar.

Long MahadiLong Mahadi (Suami kepada Pn Shamsiah) sedang memeriksa lemang yang sudah kering santan. Lemang perlu dipusingkan supaya masak serata.

lemang masak

Inilah dia, lemang yang sudah masak. Masih dalam masa puasa lagi pada masa ni. Lemang yang terjojol tu memang merupakan makanan kesukaan saya. Sebab di situlah letaknya kelemakan lemang yang sebenar yang betul-betul saya suka.

Artikel berkaitan:

  • Seminggu sebelum raya
  • Sweet kurma pahit madu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *