Tips Elakkan Mengantuk Semasa Mendengar Khutbah Jumaat

Aku percaya ramai dari kalangan orang-orang lelaki yang akan cepat merasa mengantuk ketika menghadiri majlis sembahyang Jumaat. Antara rukun sah Jumaat ialah mendengar khatib membaca khutbah Jumaat.

mengantuk
mengantuk

Kebiasaannya kita akan terasa seperti kelopak mata ni semakin berat walaupun sebelum itu cukup cergas dan bersemangat untuk datang ke masjid. Itulah dugaan yang perlu dihadapi oleh semua jemaah lelaki ketika menghadiri majlis sembahyang Jumaat sekali seminggu. Mungkin semalam kita menggunakan cara tidur yang baik?

Berikut aku nak kongsi tentang beberapa tips untuk mengelakkan kita dari mengantuk semasa khatib membaca Khutbah Jumaat:

1. Pada hari Jumaat, sebelum sembahyang dimulakan, boleh anda datang awal atau sebelum muazim melaungkan azan pertama dan pastikan menunaikan solat tahiyatul masjid.

2. Selain daripada datang awal, pilih untuk duduk di barisan seberapa depan yang mungkin dan elak daripada duduk di bawah mimbar atau ke depan daripada mimbar.

3. Elakkan makan makanan berat seperti nasi dan mee yang banyak sebelum pergi ke masjid kerana perut anda akan bekerja kuat untuk mencernakan makanan dalam perut selepas itu. Dengan pekerjaan yang banyak, maka letihnya badan dan akan mengakibatkan anda rasa mengantuk.

4. Ambil air sembahyang ketika baru sampai di masjid dan kalau boleh elakkan ambil air sembahyang dirumah. Ini kerana apabila anda mengambil air sembahyang dimasjid ia akan menyejukkan anda dan menyegarkan.

5. Jika anda terasa hendak mengantuk ketika khatib baru mula membaca khutbah, anda bolehlah bangun dan ubah ke tempat lain dari tempat duduk asal anda. Jika ia berterusan bangun dan pergi ambil wuduk sekali lagi.

6. Elakkan duduk di barisan belakang atau di bahagian luar yang terdedah kepada jemaah di mana kebanyakan orang yang suka bersembang di tempat ini. Kadang-kadang dengar perbualan yang mengeliling di tepi telinga anda dengan berterusan, mungkin anda akan rasa semakin penat dan jadi mengantuk.

7. Boleh anda cuba untuk bawa buku kecil dan pen untuk buat catatan ketika khatib membaca khutbah. Dengan membuat demikian, maka apa yang disampaikan dapat diingati dengan lebih lengkap dalam otak kita. Itu adalah ilmu yang membawa kepada kebajikan kita semua.

8. Jika anda ada bawa buku kecil dan pen untuk buat tulisan atau catatan, maka lepas masjid anda boleh berkongsi isinya di blog anda atau laman sosial seperti Facebook atau Twitter yang menandakan anda faham akan apa yang disampaikan oleh khatib yang anda hadiri tadi.

9. Sebelum pergi ke masjid, boleh anda pergi minum minuman ringan seperti teh tarik, kopi, nescafe, horlick atau apa saja minuman kegemaran anda kerana ia akan merangsang minda anda semasa di masjid dan anda tidak akan jadi mudah mengantuk sebab minuman ini dapat menjaga otak anda selalu berada dalam keadaan yang bangun dan jelas.

10. Pakailah pakaian yang selesa dan cantik dipandang mata kerana pakaian yang tidak selesa dan tidak menarik secara automatik akan merendahkan semangat dan iman anda ketika anda berada di dalam Masjid.

Selain daripada tu, pastikan juga anda pakai pakaian yang tidak terlalu terbau. Sebab dalam masjid mungkin boleh jadi hangat sikit dan pengaliran udara mungkin tidak begitu baik bila ada ramai orang. Sekiranya anda pakai pakaian terbau, ini mungkin akan jadikan anda rasa hangat dan ingin tidur.

11. Pastikanlah anda memakai bau-bauan yang harum kerana ia adalah sunnah. Bawalah sebotol minyak wangi yang anda biasa pakai kerana wangian yang biasa dijual di pasaran tidak mempunyai bau yang boleh kekal lama. Maka anda mungkin perlu gunakan semula buat beberapa kali semasa berada dalam masjid.

Boleh anda rujuk ke artikel ini yang sebut tentang petua untuk pakai minyak wangi pada badan.

Jadi jika anda rasa mengantuk semasa berada di masjid, anda boleh membuka botol minyak wangi anda dan letakkan sedikit pada badan anda. Wangian juga amat dibenci oleh syaitan dan iblis yang akan datang menggoda anda ketika khatib membaca khutbah.

Jadi sembur minyak wangi pada badan bukan saja dapat elakkan anda daripada jadi mengantuk, ia juga dapat halau dan melindungi diri anda daripada didekati oleh syaitan dan iblis.

Itulah serba sedikit tips yang aku selalu gunakan ketika berada di dalam majlis untuk membuat sembahyang jumaat.

Sebetulnya sholat jumaat perlu diperhatikan dengan betul-betul. Ini adalah kerana ia memeiliki rukun syara’yang tak boleh ditinggalkan.

Di sini saya lihat masih banyak menganggap ceramah pada sholat jumaat dianggap sama seperti halnya ceramah-ceramah biasa. Perlulah mereka tukar fikiran sedemikian.

Ketahuilah mendengar kahatib membaca khutbah adalah wajib dan merupakan rukun. Jadi biarlah kita menjadi mukmin sejati yang faham akan apa yang disampaikan itu. Sama-samalah kita beramal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *