Apa Itu POS Rumah Lelong?
POS ialah PROCLAMATION OF SALE atau di panggil Dokumen PERISYTIHARAN JUALAN yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada syarikat pelelong berlesen. Setiap daripada anda yang hendak pergi hendak beli rumah lelong lelong mesti memiliki POS pada tangan anda sebelum pergi buat bidaan rumah lelong.
Ini kerana semua maklumat tentang hartanah, lokasi sebenar, jenis hartanah, jenis sekatan, masa, sekatan tertentu dan lokasi bidaan semua dinyatakan dengan jelas. JANGAN PERGI BUAT BIDAAN TANPA MERUJUK KEPADA DOKUMEN POS, anda akan kecewa nanti.

Sebabnya bidaan akan akan ditolak kerana anda tidak mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan untuk membuat bidaan.
Ada beberapa perkara penting yang dinayatakan dalam POS jual rumah lelong:
- masa lelong
- lokasi lelong
- alamat aset yang dilelong
- jenis aset
- saiz aset lelong
- deposit yang anda kena sediakan
- sekatan yang dikenakan
- bebanan yang ada
- tempoh pelunasan hutang
- penama asal
- free hold/lease hold
- bank yang bertanggungjawab
- pelelong yg buat lelong
- laywer kepada pihak bank
- syarat-syarat tambahan yang anda kena tahu
Syarat Nak Beli Rumah Lelong
Semua syarat beli rumah lelong ada dinyatakan dalam POS rumah lelong. Sebab itu sayak kata dokumen POS rumah lelong sangat penting sebelum anda buat apa-apa keputusan. Ada banyak syarat yang dinyatakan dalam POS rumah lelong.
Ada banyak syarat yang dinyatakan yang anda mesti baca kesemuanya. Di bawah ini hanya sebahagian syarat sahaja, ada banyak lagi syarat yg anda perlu tahu:
- Satu POS rumah lelong berharga RM60/property sahaja.
- TIDAK ADA APA-APA CAS LAIN yg dikenakan oleh pihak syarikat yang menjual POS Rumah.
- POS rumah lelong akan diwasap atau email kepada anda selepas syarikat itu menerima bayaran.
- POS rumah lelong yang diberikan berdasarkan alamat POS yang anda minta, jika berlaku kesilapan POS dari pihak berkenaan, POS sebenar akan diberikan secara percuma kepada anda!
- Sebaliknya jika anda yang berikan alamat rumah lelong yang salah kepada syarikat berkenaan, mereka tidak akan memberikan POS yang lain melainkan anda membuat bayaran RM60.
- POS rumah lelong akan diberikan dalam masa paling segera (immediately), atau bergantung kepada kesediaan lelong oleh pihak berkaitan.
- Wang anda akan dikembalikan 100% TANPA SOALAN, jika syarikat berkenaan gagal memberikan POS rumah lelong dalam masa 2 hari sebelum tarikh lelong.
- Syarikat berkenaan akan daftarkan nama anda dengan pihak bank yang berkaitan. TIADA APA-APA CAS DIKENAKAN SAMA ADA ANDA MENANG ATAU GAGAL dalam bidaan. Tujuannya ialah memudahkan pihak pelelong/bank/laywer menghubungi anda jika anda berjaya membida.
- Keputusan membuat bidaan adalah terletak kepada anda.
- Syarikat berkenaan boleh berikan anda POS rumah lelong yang sama kepada anda jika berlaku kehilangan (terdelete) secara percuma!
- Anda boleh menjual semula POS rumah lelong kepada pihak lain.
- POS tidak akan diberikan secara hard copy.
Bagaimana Nak Beli Rumah Lelong
Ada beberapa panduan yang anda kena tahu apabila hendak membeli rumah lelong atau apa sahaja aset tidak alih yang dilelong. Aset tidak alih bermaksud sepeti rumah, tanah, kilang, pejabat, bangunan dan lain-lain.
Anda perlu sediakan banker cek 10% dari harga reserved sebelum masuk bilik lelongan.
Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan sebelum hendak beli rumah lelong. Di bawah ini saya nyatakan beberapa perkara berdasarkan pengalaman saya pergi beli rumah lelong di Mahkamah atau di pejabat Pelelong berlesen:
Perkara yang anda perlu buat sebelum pergi masuk bida rumah lelong
Mendapat maklumat lokasi atau alamat rumah lelong yang anda hendak beli. Maklumat paling tepat tentang lokasi rumah lelong ialah sepertimana yang dinayatakan dalam dokumen POS rumah lelong (pengistiharan rumah lelong mahkamah).
Mendengar saja atau melihat dari sumber selain dalam dokumen POS tidak semestinya tepat atau betul. Oleh itu mendapatkan atau membeli dokumen lelong sangat penting.
Jangan buat kesilapan yang mudah dengan merasa yakin dengan maklumat yang ada ada tanpa merujuk kepada dokumen rumah lelong atau dipanggil POS. Pastikan lokasi rumah lelong yang anda tinjau sama dengan alamat dalam POS rumah lelong.
Meninjau atau melihat fizikal rumah lelong yang anda hendak beli. Maksudnya anda kena cari alamat rumah lelong tersebut dan lihat sama ada ia wujud atau tidak. Jangan mudah terpedaya dengan sesiapa yang menawarkan rumah lelong dengan harga yang murah tanpa anda sendiri melihat fizikal rumah tersebut depan mata.
AWAS, ramai terpedaya dengan tawaran rumah lelong murah lalu anda kelam kabut nak beli tanpa meninjau rumah tersebut tanpa melihat! Membeli rumah lelong memang bagus, tapi bukan main bedal saja! Lihat dulu rumah tersebut seperti keadaan fizikalnya, keadaan sekilingnya, keadaan depan dan belakang rumah.
Biasanya rumah lelong yang masih ada penghuni tidak banyak masalah kerosakkan fizikal. Tapi bila anda beli rumah lelong yang sudah lama ditinggalkan, yang ni anda kena masuk ke dalam jika tidak berkunci, masuk semua bilik dan lihat atap, lantai, dapur dan bilik air.
Membuat survey harga pasaran rumah semasa yang sama jenis. Harga reserved rumah lelong yang baik ialah berada sekurang-kurangnya 30% murah dari harga pasaran. Harga reserved rumah lelong sangat bergantung pada lokasi dan kondisi rumah tersebut.
Rumah lelong yang berada dilokasi panas biasanya menerima permintaan yg tinggi berbanding dengan lokasi yang sejuk. Harga ditentukan oleh pemilik rumah tersebut (dalam kes lelong pemilik ialah pihak bank). Jika rumah tersebut dalam kondisi yang teruk biasanya ia menawarkan diskaun yang besar hingga 40%-50%.
Membuat anggaran kos repair rumah lelong jika anda berjaya membidanya. Sebab itu anda mesti melihat rumah tersebut secara fizikal. Jika kosong masuk kedalam (jika tak berkunci). Tapi jika ada penghuni, jawabnya lihat bahagian luar sahaja. Rumah lelong yang ada penghuni biasanya dalam keadaan yang baik.
Menyemak kelulusan loan bank. membuat semakkan loan bank sangat mustahak melainkan anda hendak beli rumah lelong secara tunai. Semak dokumen bank anda, seperti slip gaji, semak sama ada bank boleh meluluskan pinjaman anda.
JANGAN PERGI BID KALAU ANDA TAK PASTI LOAN ANDA DILULUSKAN. Deposit lelong anda akan hangus jika GAGAL LUNASKAN BAKI HUTANG DALAM MASA 120 HARI (ikut Syarat POS, ada yang 90 hari ada yang 120 hari)
Apabila anda sudah pasti semuanya, barulah anda BUAT BANK DRAFT SEPERTIMANA YANG DINYATAKAN DALAM POS RUMAH LELONG. Biasanya bank draft ialah 10% atau 5% dari harga reserved rumah lelong.
Anda hanya boleh buat bidaan apabila menghantar bank draft rumah lelong kepada mahkamah atau pelelong berlesen sahaja. seperti yang ditetapkan dalam POS rumah lelong. Jika anda tidak berjaya dalam bidaan, jangan bimbang cek bank draft anda akan dikembalikan terus selepas bidaan selesai.
Pergi ke tempat lelongan dijalankan dan sampai 2 jam sebelum proses lelongan dijalankan.
Paling utama bila nak beli rumah lelong ialah dapatkan POS Rumah Lelong anda dahulu. di sana ada semua maklumat yang penting sebelum anda masuk bid.
Panduan Cara untuk Cari Rumah Lelong
1. Melalui Agen Lelong Rumah
Cara paling mudah nak cari rumah lelong ialah menggunakan servis Agen Lelong Rumah. Tetapi anda mungkin dan boleh dikenakan caj tertentu daripada mereka terutama servis caj apabila anda menang bid rumah tersebut antara 1-3 peratus. Contoh jika anda menang bid dalam RM100,000. Anda boleh dikenakan caj sebanyak 1000-3000.
Kalau anda nak jimat dan cara yang jauh lebih mudah tanpa berurusan dengan mana-mana Agen Rumah Lelong, anda boleh sahaja mendapatkan POS rumah lelong dengan carian di laman web untuk dapatkan servis yang mudah dan jimat.
Satu POS rumah lelong biasa hanya RM60/property sahaja. Jimatkan duit anda sebabnya POS rumah lelong hanya digunakan semasa nak membida rumah lelong sahaja.
“SELAIN ITU ANDA BOLEH MENGELAKKAN DARI CAJ-CAJ TERTENTU DARI AGEN LELONG RUMAH.”
Selepas tarikh bidaan anda mungkin tidak perlukannya langsung. Jika menang dalam membida rumah lelong anda hanya perlu merujuk kepada contract of sale sahaja. Maklumat dalam POS sangat penting kerana ia mengandungi maklumat utama lelongan. Jika anda tersalah, anda tidak dibenarkan jadi pembida.
Selepas anda dapat lokasi rumah lelong yang anda hendak bida, anda boleh mendapatkan dokumen POS rumah lelong dengan harga murah dengan syarikat berkenaan.
Membeli POS rumah lelong dengan syarikat yang jujur dapat menggelakkan anda berurusan dengan mana-mana agen rumah lelong. Ini juga boleh menggelakkan anda kemungkinan dikenakan sebarang caj atau komisyen yang tinggi. Selepas dapat POS rumah lelong, anda sendiri boleh pergi sendiri buat bidaan rumah lelong.
2. Melalui pihak bank (Rumah lelong bank)
Hampir semua bank utama di Malaysia mempunyai senarai rumah lelong. Tetapi ia terbatas kepada rumah lelong mereka sahaja. Contohnya CIMB bank akan mengeluarkan senarai rumah lelong dari CIMB sahaja, tidak dari maklumat bank yang lain.
Cara ini agak sukar dan maklumat anda terbatas. Kadangkala mereka meletakkan kertas iklan rumah lelong di bank-bank mereka untuk makluman anda. Cara ini sangat lambat dan tidak update.
3. Melalui tinjuan kawasan perumahan
Melalui tinjuan ialah di mana , anda dapati ada tanda rumah tertentu hendak dilelongkan oleh pihak bank seperti sign atau poster lelong. Biasanya ada tanda pada rumah tersebut seperti contact agen atau ada tanda rumah lelong.
Dalam banyak keadaan POS dokumen rumah lelong tidak ada ditampal. Kalau ada pun POS rumah lelong biasanya akan hilang dan rosak. Untuk rumah yang masih ada penghuni memang tiada sebarang tanda bahawa rumah itu akan dilelong.
Untuk rumah kosong sahaja boleh jadi ada tanda rumah untuk dilelong. Agen rumah lelong jika akan hanya menampal contact mereka saja tanpa POS rumah lelong.
4. Mendapat maklumat dari pelelong berlesen
Maklumat dari pelelong ini juga terbatas. Ini kerana tidak semua pelelong mendapat banyak senarai rumah yang akan dilelongkan oleh pihak bank. Pengiklanan dari pihak pelelong juga sangat kurang. Mereka kebanyakkan terus direct kepada agen rumah lelong untuk mendapatkan pembida.
Selepas anda mengetahui alamat rumah lelong yang anda nak beli, anda boleh saja beli POS rumah lelong dengan syarikat berkenaan dengan harga murah. Mereka akan terus hantar maklumat tersebut ke wasap di smartphone anda.
5. Melalui surat khabar
Memang dalam surat khabar ada senarai rumah nak dilelong, kalau saya memang tak sanggup nak baca iklan dalam surat khabar. Tak larat nak beli surat khabar tiap-tiap hari semata-mata nak tengok rumah lelong..sakit mata lah boss cara ni.
Takkan anda nak beli banyak jenis surat khabar dalam satu hari. Mungkin iklan rumah tersebut keluar di thestar atau akhbar berita harian atau harian metro.
Nak Cari POS Pengisytiharan Jualan Rumah Lelong Mahkamah
POS atau Pengisythiran Jualan Lelong Mahkamah biasanya diperolehi daripada pelelong dan agen jual rumah lelong. Dalam kebanyakkan kes dokumen POS ini tidak berada dilokasi rumah lelong kerana ia sangat mudah dikoyakkan oleh orang atau rosak kerana hujan.
Oleh itu POS lelong biasanya disimpan oleh agen hartanah dan mereka akan menjual kepada pembeli yg nak beli rumah lelong tersebut.
Baca juga: