Web Analytics

Tahukah Anda Beza Antara Buah Bachang Dan Kuini?

Adakah anda pernah makan buah bachang atau buah kuini? Jika ada, adakah anda tahu perbezaan antara dua-dua buah ini? Atau buat selama ini anda anggap mereka sama buah saja?

Sebenarnya mereka memang bukan buah yang sama. Sekiranya anda merupakan anak kampung atau anak pernah duduk di kampung pada masa kecil, mesti anda pernah makan buah-buah ini.

Walaupun rupa untuk kedua-dua buah ini nampak agak serupa, tetapi mereka memang bukan buah yang sama jenis.

Terdapat beberapa ciri-ciri untuk buah-buah ini yang boleh kita bezakan sama sesuatu buah itu adalah buah bachang atau buah kuini.

Antara Perbezaan Untuk Dua-Dua Buah Ini

Buah Bachang

Bagi buah bachang, bila anda cuba petiknya dari pokok, anda akan mendapati bahawa buah ini mempunyai banyak getah yang beralir.

isi buah bachang

Anda boleh perhatikan pada kulit buah ini akan terdapat banyak tompokan hitam. Saiz untuk buah ini juga lebih besar daripada buah kuini.

Bau untuk buah bachang bukan kuat sangat.

Jika anda potong buah ini, akan anda nampak banyak sabut dalam isinya yang dikeliling di sekitar bijinya. Selain itu, boleh anda nampak serat-serat pada isi buah bachang itu. Bila kita makannya, ia amat mudah untuk terselit di celahan gigi kita. Rasa untuk buah bachang pun agak berlainan dengan buah kuini.

Tekstur isi buah bachang adalah lebih keras dan bersabut.

Buah Kuini

Terdapat ramai orang yang rasa keliru sama ada buah nama ini patut sebut kuini atau kuinin.

buah kuini

Perbezaan antara kuini dan kuinin

Untuk mengelakkan anda daripada kekeliruan, di sini boleh kita rujuk kepada penjelasan daripada Chef Harrie Maulana yang mengatakan bahawa kuini atau kweni merupakan sejenis buah yang mirip seperti mangga atau buah bachang.

Manakala kuinin atau quinine merupakan sejenis tumbuhan yang boleh dijadikan bahan perubatan untuk rawatan penyakit babesiosis dan malaria.

isi buah kuini

Jadi sudah anda tahu perbezaan antara kuini dan kuinin sekarang?

Lepas tahu tentangnya, sekarang pula masanya untuk kita belajar perbezaan antara buah kuini dengan buah bachang pula.

Bagi buah kuini, walaupun ia juga bergetah bila kita petiknya dari pokok. Getah untuk buah ini dikatakan oleh orang lain adalah beracun bila ia belum masak. Tapi buah ini tidak ada tompokan hitam sebanyak buah bachang pada kulitnya.

Buah ini mempunyai bau yang sangat kuat. Jadi dengan hidu bau buah ini, sudah boleh anda tahu sama ada ia adalah buah kuini atau buah bachang.

Saiz buah kuini adalah lebih kecil berbanding dengan saiz buah bachang. Permukaan kulit pada buah kuini juga lebih licin daripada buah bachang.

Tekstur isi buah kuini adalah lebih lembut dan tidak bersabut. Tiada banyak serat pada buah ini, jadi isinya jarang terselit di celahan gigi kita.

Persamaan

Persamaan untuk kedua-dua buah ini adalah:

  • Kelihatan dari luar dan rupa mereka agak sama saja.
  • Mereka merupakan buah tempatan yang bermusim. Ini bermakna anda cuma boleh dapat buah ini pada musim tertentu sahaja.
  • Kedua-dua buah ini boleh digunakan untuk buat serawa atau sambal belacan.

Kedua-dua buah ini amat sedap dimakan. Bau wangi yang dikeluarkan memang dapat menaikkan selera makanan semua orang.

Kedua-dua buah ini adalah buah bermusim seperti buah mata kucing. Sekarang buah-buah ini macam jarang dapat ditemui. Macam semakin kurang orang yang tanam dan pengeluaran juga terhad dan bermusim, maka amat sukar dapat beli sekarang. Jika terserempak, harganya pun juga akan mahal sikit. Tapi memang berbaloi jika anda ingin rasakan buah tempatan yang sedap.

Khasiat Yang Boleh Didapati

Kedua-dua buah ini mempunyai kandungan nutrisi yang banyak dan boleh memanfaat kepada badan kita. Khasiat yang paling banyak di dalam buah-buah ini ialah serat.

Kandungan serat yang tinggi dalam buah-buah ini boleh membekalkan keperluan nutrisi harian kepada tubuh badan kita. Selain daripada itu, serat juga boleh membantu untuk:

  • Mengikat lemak yang masuk ke dalam badan
  • Mencegah sembelit
  • Melancarkan pencernaan

Leave a Comment