Musim Buah Mata Kucing

Sekarang merupakan musim buah-buahan tempatan yang dinanti-nantikan. Kalau anda berada di Pahang, buah yang sedang hangat diperkatakan adalah buah bedara (mata kucing). Buahnya adalah sedikit kecil dari longan, isi nipis dan manis rasanya.

Kalau nak dibandingan dengan longan, bezanya adalah dari segi saiz dan ketebalan isi. Bagi buah longan (adik beradik mata kucing siam), pokoknya adalah lebih rendah kebiasaannya.

buah mata kuchingBuah Mata Kucing : Lokasi Kg Luit Maran Pahang

Dalam pemerhatian saya, pokok ni akan lebat berbuah dalam masa 4+ tahun sekali. Pada masa tu seluruh kampung yang ada pokok ini akan berbuah keseluruhan.  Buah mata kucing namanya sangat cantik, ia juga mirip seperti buah duku.

Pada masa buah bedara yang tidak masak lagi, jika nak makan pun boleh, tapi tak rasa manisnya lagi. Boleh anda cuba makan sebiji buat rasa. Orang kat luit dah tak lalu nak makan. Tapi kita orang yang duduk di bandar yang meleleh air liur. Alhamdulillah, tahun ni banyak buah yang menjadi ye.

Rezeki Bagi Orang Yang Pandai Panjat Pokok

Hari sabtu yang lepas, saya sempat pulang ke kampung kerana ada sedikit urusan keluarga. Dalam pada itu, sempat juga bagi saya merasa buah bedara yang sedang masak meranum di kampung saya.

Penduduk kampung yang ada pokok ini, akan berpesta serta berkumpul bersama adik beradik dan sanak saudara. Sesiapa yang pandai memanjat pokok, musim buah ini adalah rezeki yang paling bagus bagi mereka.

Pokok yang matang agak tinggi juga, jadi bukan semua orang berani memanjat untuk mendapatkan buah. Seperti yang saya katakan tadi, jika ada keberanian, masa inilah peluang buat duit tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Buat duit bukan hanya dengan blog, panjat pokok pun boleh mendatangkan duit.

buat mata kuching 2Buah Mata Kucing – Lokasi belakang rumah Kg Berkat 1

Kalau terdapat pokok yang tumbuh terlalu tinggi dan susah untuk dipanjat, biasanya dahan yang lebat akan dipotong untuk menyenangkan kerja pengambilan buah. Kalau nak makan buah ni,k ena basuh terlebih dahulu kerana buah ini ada miang(seperti miang buluh tetapi halus) nya tersendiri. Kalau makan terlalu banyak mungkin tekak akan sakit. Tetapi saya sudah makan hampir 2 kilo rasanya hahaha………

Setelah penat mengutip buah bedara, apa lagi berendam dalam sungai sambil makan buah bedara…fuhh…heaven!

sungai yehSungai Yeh : Lokasi Jalan Kuala Sentul Maran Pahang

Sungai Yeh memang terkenal dengan dikalangan penduduk setempat. Sungai ni berhampiran dengan Lubuk Ujik yang pernah dulu gempar seketika melibatkan 4 nyawa terkorban – kes air kencing tikus.

Sekarang kawasan tersebut sudah bersih, kalau nak masuk ke sana, dikenakan bayaran RM 1.00 sahaja. Ini adalah sebagai menampung kos pembersihan yang akan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.

Bila dah berendam dan segarkan badan, perut pun mula rasa lapar……..Ikan Patin masak tempoyak menunggu!

Best betul suasana kampung macam ni. Siap ada sungai lagi tu. Sesuatu dimana orang bandar tidak dapat merasai.

Sekarang semua dah masak ranum. Semua pokok bedara berbuah sampai tak lalu nak makan hahaha.. Boleh anda sambil berenang di Sungai Yeh dan makan buah mata kucing, jenuh la makan durian juga kalau duduk di sana.

Mitos Buah Mata Kucing Kepada Wanita Hamil

Terdapat banyak mitos yang merebak di dalam masyarakat dan ada yang melarang wanita mengandung untuk makan buah mata kucing.

Dalam mitos di kalangan sesebuah masyarakat menyebutkan bahawa buah mata kucing adalah salah satu buah yang tidak boleh dimakan oleh wanita berhamil sebab ia akan membuat mereka mengalami masalah semasa bersalin dan bayi akan jadi sukar untuk dilahirkan.

Mitos yang disebutkan di atas sebenarnya merupakan sesuatu yang tidak sah sebab ia tidak berasas kepada sains yang jelas. Sebaliknya, pengambilan buah mata kucing adalah pengambilan makanan yang baik bagi wanita semasa kehamilan.

Menurut satu kajian, wanita hamil yang suka mengambil buah mata kucing pada dasarnya tidak perlu merasa bimbang atau takut akan masalah ini. Kerana hingga kini tidak ada masalah atau bahaya yang ditemukan dalam buah mata kucing yang telah ditemukan.

Sebaliknya, terdapat banyak khasiat dan faedah yang dapat diperoleh daripada memakan buah bulat kecil ini dengan biji hitam di dalamnya.  Buah ini adalah kaya dengan kandungan vitamin A dan C. Nutrisi ini adalah sangat bermanfaat dan diperlukan oleh wanita mengandung untuk meningkatkan sistem imun pada badan mereka.

Jadi, bagi wanita yang gemar dengan buah-buahan ini, sila makan buah mata kucing di dalam genggaman anda dan nikmatinya juga semasa anda berhamil. Tidak perlu anda berasa takut atau bimbang sama ada buah ini akan menjejaskan kehamilan anda. Kerana pada dasarnya penggunaan buah ini adalah selamat dan baik-baik sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *