Senarai Syarikat Takaful Di Malaysia

Bank Negara Malaysia (BNM) telah meluluskan 12 lesen takaful kepada 12 syarikat takaful yang sekarang wujud dalam Malaysia. Tetapi buat masa ini masih ramai orang yang tidak tahu mengenai perkara ini, mereka menyangka bahawa syarikat takaful adalah sama. Jadi mari kita lihat senarai tersebut:

No.SyarikatWebsite
1takaful ikhlashttps://www.takaful-ikhlas.com.my
2Takaful Malaysiahttps://www.takaful-malaysia.com.my
3PRU BSN Takafulhttps://www.prubsn.com.my
4zurich takafulhttps://www.zurich.com.my
5HSBC Amanah Takafulhttps://www.takaful.hsbcamanah.com.my
6Hong Leong MSIGhttps://www.hlb.com.my
7etiqa takafulhttp://www.etiqa.com.my
8great eastern takafulhttps://www.greateasterntakaful.com
9cimb avivahttps://www.cimbislamic.com.my
10aia afg takafulhttps://www.aia.com.my
AmMetLife Takafulhttps://www.ammetlifetakaful.com

Jadi kepada rakyat Malaysia, nilailah dan pilihlah Syarikat Takaful yang terbaik untuk anda. Pilihan di tangan anda.

Ranking Takaful di Malaysia

Berdasarkan kajian dan statistik Portal Takaful dan Insurans – Insurance Services Malaysia Berhad (https://www.ism.net.my/) mengenai prestasi syarikat-syarikat Takaful di Malaysia secara keseluruhan bagi penguasaan pasaran bagi tahun 2011 dan 2012.

Kedudukan keselurhuan ini memaparkan Takaful Ikhlas menduduki top ke-3 daripada 12 syarikat di Malaysia.

Tahniah diucapkan kepada syarikat TISB dan semua wakil-wakil syarikat atas kerja kuat anda. Berikut merupakan kedudukan (ranking) semasa tersebut.

Ranking menunjukkan syarikat Takaful Ikhlas berada di tangga ke-3:

  1. Etiqa Takaful Sdn Bhd
  2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad
  3. Takaful Ikhlas Sdn Bhd
  4. HSBC Amanah Takaful Malaysia Sdn Bhd
  5. Prudential BSN Malaysia Berhad
  6. Zurich Takaful Berhad
  7. CIMB Takaful Berhad
  8. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad
  9. AIA AFG Takaful Sdn Bhd
  10. Great Eastern Takaful Sdn Bhd
  11. AmFamily Takaful Berhad

Prestasi ini menggambarkan Takaful Ikhlas hebat juga di pasaran walaupun tidak bernaung atau bekerjasama menumpang dengan mana-mana bank di Malaysia seperti Etiqa Takaful (Maybank), Takaful Malaysia (Bank Islam), Prudential BSN Takaful ( Bank Simpanan Nasional), CIMB Takaful (CIMB Bank).

Etiqa Takaful dan Takaful Malaysia masih di atas Takaful Ikhlas pada tahun 2011 dan 2012 berdasarkan penguasaan pasaran Takaful di Malaysia. Ini tidak mengapa kerana kedua-dua syarikat tersebut ada naungan dengan bank di Malaysia.

Manakala Prudential Takaful dan CIMB aviva Takaful masih juga ketinggalan dengan Takaful Ikhlas walaupun bernaung dengan bank juga.

Kesalahan umum tentang Takaful

Takaful hanya untuk orang Islam

Sebenarnya Takaful terbuka kepada semua orang, dan seseorang itu tidak perlu adalah seorang Muslim untuk mendapat perlindungan Takaful atau bagi mereka yang bukan Muslim tapi berhasrat nak jadi ejen Takaful.

Kurang kesedaran mungkin sebabnya mengapa orang berfikir Takaful hanya dimaksudkan untuk umat Islam sedangkan sebenarnya Takaful adalah luas dan tanpa sempadan. Jadi kita perlu tahu bahawa mereka adalah jenis lindungan lain yang dapat mereka pelajari daripada perlindungan insurans konvensional.

Takaful pada asasnya berbeza dari insurans konvensional

Idea Takaful adalah sama dengan insurans konvensional dan berkongsi asas yang sama. Kedua-dua insurans Takaful dan konvensional bertujuan untuk menyediakan individu dan korporat dari kerugian dan kebahayaan.

Terdapat matlamat umum mengenai insurans Takaful dan konvensional yang bertujuan untuk mengurangkan beban kewangan yang timbul sekiranya berlaku bencana atau kerugian.

Kerjaya Mulia Sebagai Usahawan Takaful Di Agensi Nur Ikhwan

Kerjaya sebagai usahawan takaful sangat mulia kerana membantu orang ramai untuk celik wang dan kesedaran tentang kepentingan takaful. Itulah satu kenyataan yang masih terngiang-ngiang dalam minda HB baru-baru ini.

Mana taknya Tuan Ahwan Haji Wahab telah mendedahkan kejayaannya menubuhkan Agensi Nur Ikhwan Sarawak. Pejabat operasi mereka ada di Kota Samarahan.Lokasinya tidak jauh dari Bank Rakyat dan Bank RHB cawangan Koifdta Samarahan.

Usahawan Takaful
Pengasas HBT begitu khusyuk mendengar penerangan Tuan Ahwan

Produk Yang Disahkan oleh Ahli Kumpulan Maybank

Program takaful yang diiusahakan oleh Agensi Nur Ikhwan milik Tuan Ahwan bernaung di bawah eTiQa Takaful. Salah satu produk perkhidmatan takaful dari ahli Kumpulan Maybank. Menurut beliau, Maybank merupakan institusi perbankan nombor satu di Malaysia dan mempunyai ranking 13 terbaik seluruh dunia. Anda tidak perlu risau tentang kekukuhan eTiQa Takaful berbanding dengan para pesaing dalam bidang tersebut.

Untuk berjaya dalam bidang takaful memerlukan plan yang bijak. Bahagikan plan kepada jangka pendek dan jangka panjang. Menurut Tuan Ahwan Haji Wahab usahawan takaful boleh memperolehi pendapatan yang lumayan berdasarkan kerja keras dan kerajinan masing-masing. Tiada had pendapatan. Ada tiga jenis bonus disediakan serta program melancong ke luar negara.

Mendengar penerangan Tuan Ahwan Haji Wahab,hati aku dan Bro Ishak berbunga-bunga jadinya. Kami faham bahawa kerjaya yang bersifat usahawan tiada had siling untuk memperolehi pendapatan. Tambah beliau lagi, usahawan takaful bukan nak menyusahkan orang. Mereka hanya membantu orang mengurus kewangan dengan bijak supaya masa depan pewaris terbela jika ada apa-apa perkara yang tidak diingini.

Dua Bahagian Utama

Dalam Etiqa Takaful ada dua bahagian utama iaitu takaful am dan takaful keluarga. Dalam takaful am para pelanggan akan membayar duit pelindungan takaful untuk kenderaan atau rumah kediaman.

Sebaliknya takaful keluarga adalah program mencarum duit namun mempunyai pelbagai kemudahan dan manfaat yang amat menguntungkan kepada para pelanggan. Maklumat yang aku nyatakan ini masih minima dan jika berminat untuk mengetahui lebih lanjut harus menghubungi Tuan Ahwan Haji Wahab di talian 082-663741 (pejabat) dan 012-8227741 ( h/p ).

Usahawan takaful mesti memiliki karekter yang hebat dan menarik untuk berjaya. Mereka mesti ada semangat juang yang tinggi, tidak mengalah kepada cabaran,berani untuk mencuba dan keinginan yang kuat untuk belajar. Apa yang lebih menarik ialah Agensi Nur Ikhwan bawah pimpinan Tuan Ahwan Haji Wahab akan menyediakan latihan, tunjuk ajar dan bimbingan kepada wakil takaful untuk berjaya. Selain itu terdapat sokongan dan bantuan dari pihak Etiqa Takaful untuk menyediakan kelas dan seminar.

Bagaikan pucuk dicita dan ulam mendatang pihak Agensi Nur Ikhwan telah mewar-warkan jawatan kosong sebagai Usahawan Takaful sama ada bergerak sepenuh masa atau separuh masa. Maklumat lanjut sudah HB sertakan di bawah ini.

Kelayakan Sebagai Usahawan Takaful (Sepenuh Masa / Separuh Masa) :
1. STPM / Diploma / Ijazah
2. Umur antara 21 – 35 tahun
3. Mempunyai kenderaan sendiri
4. 1 thn pengalaman kerja sebagai agent insuran / pemasaran / promoter adalah satu kelebihan
5. Mempunyai komitmen & disiplin diri yang tinggi
6. Berfikiran positif, kreatif & bermotivasi
7. Minat di dalam bidang keusahawan, kewangan & perkhidmatan
8. Sanggup menerima nasihat & teguran
9. Sanggup berdaya saing & menerima cabaran baru
10. Berimpian besar dan berwawasan

Sesiapa Juga Layak Memohon

Ternyata kerjaya Usahawan Takaful sangat menarik untuk diceburi kepada golongan muda. Biar apapun cabarannya sudah tentu ganjaran dan insentif amat menarik untuk diraih. Nawaitu untuk membantu orang lain memudahkan kehidupan merupakan prinsip yang tertinggi dalam nilai kemanusiaan.

Pembaca perlu berpegang kepada prinsip untuk bekerja keras sebelum menikmati pendapatan pasif dikemudian hari. Bak kata orang kalau tidak dipecahkan ruyung mana mana mungkin dapat hasilnya.

Calon-calon yang berminat boleh mengemukakan permohonan melalui Whatsapp,email atau datang ke pejabat untuk sesi penerangan percuma. Sila buat temujanji terlebih dahulu untuk memudahkan sesi perjumpaan.

Sesiapa yang berminat untuk menjadi Usahawan Takaful bawah kelolaan Agensi Nur Ikhwan boleh menghubungi seberapa segera HB sendiri di talian 011-34646975 atau Tuan Ahwan Haji Wahab di talian 012-8227741.

Agensi Nur Ikhwan
No.5677,Sublot 28,1st Floor,
Uni Capital Centre,
Kuching/Kota Samarahan Expressway,
94300 Kota Samarahan, Sarawak.
Telepon Mobile : 012-8227741
Telefon Pejabat : 082-663741
Faks: 082-663741
email:[email protected]

Artikel berkaitan:
Kejayaan Kita adalah TANGGUNGJAWAB Kita SENDIRI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *