Insurans dan Takaful: Mengebas atau Membuat Duit?

Persoalan kita yang pertama, adakah insurans mengebas atau membuat duit?

Saya tidak akan memberikan jawapan sama ada insurans ini ‘mengebas’ atau ‘membuat’ duit. Saya akan menjelaskan beberapa fakta dan anda sendiri yang akan menilai jawapannya.

apa itu takaful

apa itu takaful

Baik, anda perlu tahu dahulu 2 jenis insurans/takaful yang asas.

1. Insurans/Takaful Am

Insurans/takaful am memberikan perlindungan jangka pendek atas harta benda dan liabiliti terhadap kerugian atau kerosakan.

Insurans jenis inilah yang kita biasa berurusan untuk kereta dan motor kita. Ia dipanggil insurans kenderaan.

Ada juga insurans jenis yang bukan melibatkan kenderaan tetapi lebih kepada individu-individu tertentu contohnya usahawan dan sesetengah pemilik rumah yang ingin melindungi rumah mereka serta barang-barang yang mahal dan berisiko tinggi contohnya kapal laut, kapal terbang dan sebagainya. Ia dipanggil insurans bukan kenderaan.

Adakah insurans ini menguntungkan atau menghabiskan duit anda?Perhatikan beberapa situasi berikut:

Situasi 1

Beberapa bulan lepas, bapa kepada seorang rakan saya telah membeli sebuah kereta jenis Toyota Camry yang baru. Apabila kereta baru, nilai perlindungan insuransnya mengikut harga kereta iaitu RM100k++. Nasib kurang baik menimpa, kereta tersebut dicuri dua minggu selepas itu. Oleh itu, pihak insurans perlu membayar kembali dengan nilai asal kereta tersebut RM100k++.

insurans

insurans

Dengan nilai tersebut dia gunakan untuk bayar hutang kepada bank sambil meneruskan bayaran bulanan manakala sebahagian lagi digunakan sebagai deposit untuk membeli kereta Mercedes yang baru!

Walaupun kecurian tetapi ada hikmahnya selepas itu kerana bukan sikit untuk mengumpul deposit yang banyak untuk membeli Mercedes. Apabila mendapat ‘cash’ sebanyak itu, impian untuk membeli Mercedes tercapai.

Situasi 2

Sekitar tahun lepas, pakcik saya telah terlibat dalam satu kemalangan. Tuntutan insurans dibuat.

Beberapa bulan kemudian, keretanya dicuri. Oleh kerana tuntutan pertama ketika kemalangan telah dibuat, pihak insurans tidak lagi menanggung untuk kecurian kereta tersebut.

Disebabkan itu, pakcik saya terpaksa menanggung beban hutang keretanya walaupun keretanya sudah ‘tiada’ sehingga hutangnya habis untuk beberapa tahun lagi.

Situasi 3

Situasi ini berlaku kepada diri saya sendiri. Saya telah terlibat dalam satu kemalangan dan membuat tuntutan insurans. Oleh kerana NCD (no-claim-discount) kereta saya telah diubah ke kereta yang baru, maka kereta tersebut mempunyai NCD 0%. Dan sememangnya apabila membuat tuntutan, secara automatik nilai NCD yang terkumpul contohnya 55% akan menjadi 0%. Nilai kemalangan tersebut RM1k++ sama dengan 2 tahun bayaran insurans untuk kereta tersebut.

Situasi 4

Kebanyakan daripada kita adalah didalam situasi ini. Situasi ini apabila anda membayar insurans tiap-tiap tahun untuk kenderaan anda tetapi tidak membuat tuntutan kerana tidak berlaku kemalangan atau kecelakaan. Apa pandangan anda terhadap beberapa situasi diatas? Dapat duit atau keluar duit? Baiklah, saya akan sambung di post yang berikutnya tentang jenis insurans/takaful yang kedua iaitu insurans/takaful hayat. Adakah ianya menguntungkan atau merugikan anda.

Penerangan Selanjutnya Tentang Insurans/Takaful

kita sambung tentang jenis insurans/takaful kedua iaitu insurans/takaful hayat. Terdapat pelbagai jenis produk berkenaan insurans jenis ini. Ia juga berbeza-beza mengikut berapa bayaran perlindungan yang diambil.

Apabila namanya ‘hayat’, sudah tentu ia melibatkan manusia atau perlindungan diri orang yang melanggan produk tersebut.

Secara amnya jenis ini terbahagi kepada dua iaitu insurans/takaful keluarga dan insurans/takaful perubatan dan kesihatan.

Terdapat tiga keadaan yang ditawarkan (berbeza mengikut produk) iaitu kemalangan, kematian dan perubatan (penyakit). Yang terbaru, produk insurans dan takaful ini juga menawarkan untuk pelaburan wang sebagai kelebihan produk mereka.

Jom kita tengok beberapa situasi yang berkaitan dengan produk ini:

(seperti sebelum ini, anda fikirkan jawapannya..:-))

Situasi 1

Ini berlaku kepada seorang pesakit di Institut Jantung Negara (IJN), tempat beberapa orang kawan saya bekerja. Apabila di IJN sudah tentu anda boleh agak apa penyakitnya bukan?

Umurnya masih muda belia, lebih kurang 30-an. Kenapa dia mendapat sakit jantung? Hmm..anda boleh teka.Dia adalah seorang perokok yang menghisap lebih kurang 20 batang sehari. Ya! menurut rakan saya, statistik perokok yang menghisap 20 batang sehari biasanya mengambil masa 10-20 tahun untuk mendapat sakit jantung yang teruk.

Oleh kerana dia tidak tahu apa-apa tentang takaful hayat, maka dia terpaksa membayar kesemua bayaran perubatannya di IJN. Untuk diagnosis dan pembedahan telah memakan belanja hampir RM15,000. Belum termasuk ‘follow up’ dan ubat-ubatan lain. Habis semua simpanannya dan simpanan isterinya untuk belanja ’sakit’nya sahaja. Umur begini anak-anak baru meningkat remaja yang masih bersekolah dan memerlukan belanja yang besar untuk masa depan mereka. Bayar beli kereta dan rumah pun masih belum habis. Apa yang terjadi kalau dia meninggal dunia dan bayaran kereta dan rumahnya tidak habis?Adakah anak-anak mereka mendapat hak keatas rumah dan kereta tersebut? Anak-anak perlu perbelanjaan untuk belajar, adakah mereka mendapat cukup wang?

insurans nyawa

insurans nyawa

Situasi 2

Seorang pemuda, yang berumur lebih kurang 30-an telah mendapatkan skim takaful untuk ayahnya yang semakin tua. Kerana umur ayahnya yang lanjut dan memikirkan kemungkinan memerlukan perbelanjaan perubatan untuk ayahnya, dia membelanjakan RM300 setiap bulan untuk skim takaful ayahnya.

Setelah setahun, ayahnya didapati diserang penyakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. 3 penyakit ‘normal’(biasa) bagi penduduk dinegara-negara maju dan membangun. Dengan skim takaful tersebut, dia tidak perlu memikirkan lagi tentang bayaran perubatan. Pengendali takaful telah membiayai kos perubatan tersebut. Termasuk memberikan elaun hospital selama pesakit berada dihospital. Selain itu, dia juga tidak perlu membayar lagi RM300 setiap bulan malahan menerima RM 300 setiap bulan dari syarikat takaful tersebut.

Kira-kira yang dibuat :

Bayaran setahun = RM 200 x 12 bulan = RM 2400, pampasan yang dibayar syarikat takaful untuk belanja perubatan = RM 20,000 + RM 300(setiap bulan sehingga ayahnya berumur 80 tahun dan meninggal dunia).

Situasi 3

Seorang wanita berumur 40-an dikejutkan dengan kematian suaminya akibat kemalangan jalan raya beberapa bulan yang lalu. 5 orang anaknya belum bekerja dan masih belajar. Anak yang sulong berada diuniversiti. Yang lain masih bersekolah.

Oleh kerana suaminya telah mengambil polisi takaful, pampasan yang diberikan adalah sebanyak RM150,000. Sedikit sebanyak meringankan beban keluarganya. Dengan ‘wang kecemasan’ inilah dia boleh memberi nafkah untuk anak-anaknya selain modal permulaan perniagaan kecil-kecilan untuknya menyara anak-anaknya.

Leave a Reply

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh