Masalah bengkak susu adalah masalah yang selalu menjadi dilema bagi ibu yang baru melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang. Ini kerana, biasanya air susu badan akan lebih banyak dalam tempoh ini. Jadi, ramai yang tercari-cari apakah cara paling berkesan hilangkan bengkak susu ini.
Kenapa Bengkak Susu Boleh Terjadi?
Sebenarnya selepas bersalin, dalam tempoh 2 hingga 6 hari susu badan akan mengalir ke payudara dan sesetengah tisu di sekelilingnya mungkin akan jadi bengkak. Ini akan mengakibatkan payudara anda menjadi penuh dan bengkak. Ia juga menyakitkan sekiranya dibiar berlarutan tanpa rawatan yang sesuai.
Namun begitu, bukan semestinya semua ibu akan mengalami masalah bengkak susu yang serius. Ada ibu yang mendapati payudara mereka hanya menjadi lebih penuh sedikit namun tidak menyakitkan, tetapi ada ibu yang mendapati payudara mereka menjadi sungguh besar dan keras. Ia menyakitkan terutama apabila disentuh.
Walaupun begitu, bengkak susu sepatutnya hanya keadaan yang sementara sahaja. Selagi bayi menyusu dengan lekapan yang betul, bengkak susu anda akan cepat reda.
Namun saya faham, kadang kala dalam tempoh ini bayi biasanya kuat tidur dan kadang hanya menyusu sedikit sahaja, kemudian tidur. Ditambah pula dengan bayi yang ada masalah kuning (jaundis). Memang sangat kuat tidur. Sama seperti anak saya dulu.
Bengkak Susu Dialami Oleh Kebanyakan Ibu
Masalah bengkak susu di kalangan ibu yang baru sahaja melahirkan anak memang selalu berlaku dan memang dialami oleh kebanyakan ibu.
Bengkak susu, jika ia menjadi sangat bengkak dan bernanah, ini adalah masalah yang tidak boleh dipandang remeh. Ibu akan terpaksa dibedah untuk mengeluarkan nanah tersebut. Ngeri bukan? Sudahlah ibu dalam keadaan berpantang, sakit bersalin pun masih belum hilang lagi, ditambah pula dengan masalah bengkak susu. Memang seksa.
Cara Paling Berkesan Hilangkan Bengkak Susu Berdasarkan Pengalaman Ibu-Ibu Yang Pernah Mengalami Masalah Bengkak Susu
Pertanyaan daripada Puan Hamizah iaitu seorang ibu dalam pantang yang bertanyakan soalan mengenai masalah bengkak susu yang dihadapinya :
“Salam, siapa pernah kena bengkak susu? kalau pergi klinik atau hospital, apa mereka akan buat ? saya dalam pantang lagi..ini pertama kali kena..sakit tu ya rabbi..hanya Allah saja yang tau..macam nak pecah breast ni haa..kalau ada petua ka, tips ka, klinik yg terbaik ka..tolong share ??”.
Cara Paling Berkesan Hilangkan Bengkak Susu
Ramai yang memberi respon mengenai masalah bengkak susu ini berdasarkan pengalaman masing-masing.
“Saya kena bengkak susu sampai operation buang nanah dalam breast. Saranan saya, sis picit nipple sis sampai keluar susu yang buat blocking saluran susu. Kadang anak hisap pun blocking tu tetap ada sebab susu kering kat lubang nipple. Sy sampai jumpa pakar penyusuan”.
Puan Chienta
“Pernah merasa juga masa dalam pantang. Memang rasa nak demam. Cara saya ikut petua org tua seperti guna sikat, letak tuala suam, letak kobis. Tapi letak kobis ada org kata boleh drop susu. Tak pastilah. Saya nak bagitahu yang mana berkesan. Cumanya kerapkan pam sajalah sambil-sambil urut. Memang sakit tapi itulah kalau bengkak lagi teruk sampai nak demam rasa..”
Puan Khairunisa
“Panggil bidan. Minta dia urut tempat yang bengkak tu. Selalunya macam itulah tapi kena tahan sakitlah sekejap. Alhamdulillah lega bila dah kena urut tu. Tak payah jumpa doktor ke apa..buang duit ja..”
Puan Adila
“Saya urut dengan kain basah dengan air suam. Urut ke bawah. Bila rasa macam susu dah tak berketul, pam susu dan bagi juga anak hisap”.
Puan Nuratikah
“Saya kena masa dalam wad lepas bersalin. nurse isi air panas dalam baldi + tuala. Basahkan tuala guna air panas tu terus tuam breast. Susu akan laju ja kluar. Rasa legaa sangat”.
Puan Faziera
“Pam susu bagi keluar. Saya selalu kena sampai demam-demam. Pam-pam lega”.
Puan Fadzilah
“Saya tekap guna kubis. Baru saja kena bengkak susu minggu lepas. Tekap guna kubis alhamdulillah lega la tapi jangan terlalu lama sebab boleh keringkn susu”.
Puan Izwani
“Saya baru operation hari tu pasal bengkak susu. Dah jadi macam batu dalam breast. Sekarang anak saya dah stop susu badan. Saya pergi klinik check dia kata biasa, sekali pergi hospital besar doktor kata dah bengkak cuma boleh tarik macam ambil darah tu sebab susu dah nak beku dan last asyik sakit je, sebelah saya dah operate..”
Puan Azlinda
“Tuam dengan air suam dulu lepas tu tuam dengan ais. Baru perah susu keluar sikit-sikit. Jangan paksa sangat nanti lagi sakit. Saya kena smpai demam teruk kebetulan nurse datang melawat dia ajar saya buat macam tu”.
Puan Fatin
“Tengah rasa sekarang. Nak menangis. Ini pun dah demam. Anak ada dekat wad sebab kuning”.
Puan Rabiatuladawiyah
“Saya demam smpai 3 hari. Lepas bngkak susu tu, terus susu berkurang ..”
Puan Suhaida
Ada macam-macam petua dan tips yang dikongsikan oleh ibu-ibu mengenai cara paling berkesan hilangkan bengkak susu ini. Jika anda mengalami masalah yang sama, bolehlah kongsikan cara anda mengatasi masalah bengkak susu juga. Manatahu ianya memberi manfaat buat ibu-ibu lain.
Saya doakan ibu-ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan melalui proses menyusukan bayi dengan gembira dan ceria. Jangan berasa tertekan kerana semua masalah adalah penyelesaiannya.
Baca juga: Nutrisi Ibu Hamil Yang Membantu Kesihatan Ibu dan Bayi