Web Analytics
suami dan isteri

Suami Isteri Perlu Ada Masa Bersembang dan Tukar Fikiran

Pagi tadi ketika di dalam kereta aku mendengar keletah di Radio Sinar. Sampai tersenyum, tersengeh sorang-sorang. Hari ini DJ dalam radio membincangkan topik berkaitan apa-apa masalah pun. Ada seorang pemanggil itu menceritakan masalahnya seperti berikut:

“Mereka mempunyai ramai anak dan di waktu pagi isteri sedang sibuk dengan anak-anak tetiba si suami mencari baju untuk dipakainya. Si isteri tak sempat dan menyuruh si suami memakai baju yang lain lah kerana baju yang dikehendakinya tak dapat dicari olehnya. Akibatnya semasa keluar pergi kerja sisuami meninggalkan si isteri di persimpangan lampu isyarat.”

suami dan isteri

Jika kita lihat dari cerita ini maka kita akan membuat kesimpulan bahawa si suami tak patut bersikap begitu.

Ketika baru berumah tangga, setiap pasangan sepatutnya sedia berbincang antara satu-sama lain bagaimana hendak menguruskan rumah tangga mereka. Dikala itu perlulah saling berusaha, bantu membantu dalam setiap hal.

Seorang suami yang baik akan bertanggung jawab ke atas keseluruhan rumah tangga. Penjagaan kebajikan isteri, anak-anak, urusan rumahtangga (termasuk masak-memasak) adalah di atas tanggungjawab si suami. Maka jika dikatakan begitu tentu ramai akan bertanya “apakah tanggungjawab si isteri pula?”

Pasangan suami-isteri perlu mencari masa yang sesuai untuk berbincang. Saya mencadangkan masa ketika mana hendak tidur. Setelah lampu dipadamkan maka baringkan si isteri di atas lengan suami. Ketika itu adalah masa yang amat mesra dan berkesan jika hendak berbincang berkaitan urusan rumah tangga.

Si suami perlulah meminta si isteri memasak, mengemas rumah, menjaga anak dan sebagainya. Dikala itu si isteri perlulah patuh atas arahan dan persetujuan dengan suami kerana situasi itu akan menjadi wajib ke atas si isteri. Kerana suruhan suami adalah perintah. Maka seorang isteri tidak boleh melanggar perintah suami.

Namun begitu si suami perlulah bertanggung jawab ke atas semua urusan. Jika isterinya tidak mampu, tidak sempat atau tidak dapat menunaikannya maka si suami tidak berhak untuk memaksanya malah si suamilah yang perlu menyelesaikan kerja-kerja tersebut tanpa prejudis.

Atas dasar kasih sayang maka sudah sewajarnya si suami tidak melepaskan keseluruhan tanggungjawabnya kepada isterinya. Apalah salahnya si suami bersama-sama bekerja membantu isteri dikala si suami tidak mempunyai apa-apa program atau kerja. Jika itu yang dapat dilakukan oleh si suami maka ia akan memberikan dan meningkatkan rasa kasih sayang diantara mereka.

Mungkin nasib tidak serupa, ada antara isteri atau suami tidak mampu untuk berbincang akibat halangan komunikasi seperti malu atau ego. Maka janganlah memaksa diri dan seharusnya berdoa dan menerima akan ketentuan ilahi. Ini kerana jika kita cuba merubah sesuatu perkara yang sukar maka ia akan menjadi rosak pula. Oleh itu janganlah terlalu memaksa. Untuk berubah memerlukan masa, pengorbanan dan kesabaran.

Perkara Yang Diperlukan Suami Dari Isteri

Hidup suami isteri sepatutnya best. Ibarat syurgaku rumahtanggaku. Hidup dalam mood bahagia. Hari-hari diisi dan disulami kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Perasaan dan cinta untuk isteri dan begitu juga perasaan isteri 100 peratus untuk suami. Bukan bermaksud untuk menidakkan cinta pada Allah SWT pulak. Sayangnya tak semua pasangan suami isteri yang dianugerahkan nikmat bahagia ini. Mungkin ada ketika ini derita dalam diam.

Perkara yang diperlukan suami dari isteri agar bahtera kebahagian boleh berpanjangan ke jannah. Kita tak nak bahtera rumahtangga berlabuh sebelum sampai ke destinasi. Susah-susah buat majlis kenduri yang ribu riban tetapi tempoh perkahwinan cuma bertahan 5 atau 10 tahun sahaja. Katakan tidak kepada semua itu. Insya Allah jika itu yang kita semua nak pasti boleh.

Mari kita hayati apa yang sangat diperlu oleh suami dari seorang isteri. Semoga para isteri diluar sana dapat memahami dan sedaya upaya untuk mengikutinya dengan hati yang redha dan ikhlas.

1. Ketaatan

Isteri amat dituntut taat kepada suami.Penuhilah keperluan suami sebaik mungkin sama ada suka atau tidak. Selagi ia tidak bertentangan dengan hukum agama maka wajar sekali untuk dipenuhi dengan redha dan ikhlas. Tak banyak pun keperluan suami.

Perkara utama ialah perkara yang berada dibawah perutnya.Harap faham la ye. Insya Allah dengan adanya isteri yang taat maka suami akan menjadi setia.Bila digabung bersama menjadi taat setia. Itulah dinamakan suami isteri bahagia.

2. Kesetiaan

Setia pada yang satu. Memang hakikatnya begitu kepada golongan isteri.Kesetiaan isteri kepada suami mesti melebihi kerjaya, kawan rapat, rakan media sosial malah apa-apa pun yang sewaktu dengannya. Taklah bermaksud taksub kerana si suami juga makhluk ciptaan Allah SWT.

Dalam hati si isteri tidak boleh mengutamakan teman atau kawan melebihi kepentingan suami. Sebab bila dah bergelar isteri orang maka tiada maknanya sahabat atau teman paling rapat sekali pun. Mereka semua itu adalah keperluan sipi-sipi sahaja.

3. Kasih sayang

Memang sukar mengungkap kasih sayang jika tidak disemai pada awal perkahwinan. Suami memang memerlukan kasih sayang isteri. Tempat suami bermanja,meluahkan keresahan dan ‘teman bergaduh’.

Seandainya si isteri kurang berjaya memberi kasih sayang kepada suami maka lama kelamaan si suami beralih angin. Impian untuk memiliki pucuk muda akan membara. Senario begini boleh mengancam rumahtangga.

Apatah lagi dengan kehadiran anak-anak maka kasih sayang untuk suami akan dibahagi-bahagi. Nak cakap apapun dah tak boleh dah. Sebab anak juga amat berhak mendapat kasih-sayang dari ibu mereka yakni isteri kita.

4. Teman tidur

Bunyinya macam lawak pula kalau suami memerlukan teman ketika tidur. Jika tiada isteri di sisi maka mata tak nak lelap. Dahsyat sungguh.Mungkin bagi isteri yang kurang ‘ngam’ dengan suami tindakan ini merimaskan.

Asyik berkepit dengan laki macam tak ada benda lain nak buat.Ya.Itulah rencam rumah tangga.Ada yang sanggup dan ada rela.Bagi mereka yang tak sanggup boleh berbincang baik-baik untuk bagi izin buka lagi cawangan baru.

Namun begitu tidak semua suami isteri berpeluang dapat kehidupan yang menjadikan pasangan masing-masing teman tidur.

5. Layanan mesra

Perkara biasa kepada pasangan suami isteri yang mula-mual kahwin. Bila dah lama kahwin macam tak biasa pula. Masing-masing akan sibuk dengan gajet.

Malah suami atau isteri balik dari tempat kerja pun tak sedar. Nak buka pintu pun susah walaupun ada pagar jenis automatik. Sebagai suami, layanan mesra bak pramugari itu adalah dambaan mereka daripada isteri.

Masa untuk makan hidangkan makanan. Masa mandi sediakan pakaian dan paling penting masa nak ‘yang itu’ si isteri mesti bersedia mental dan fizikal.

Apa yang dikongsikan ini mungkin kedengaran lebih-lebihlah pulak. Percayalah 5 perkara ini boleh suami dapat dari isteri dengan syarat si suami ada kuasa ekonomi dengan mendapatkan kerjaya impian jana pendapatan berterusan.

#P/S: Harga satu kebahagiaan itu ialah kesabaran, kesetiaan dan pengorbanan.

Leave a Comment