Nilai Dan Khasiat Badam Demi Kesihatan Lelaki

Salah satu makanan yang paling popular pada zaman dahulu adalah badam. Ia dianggap sebagai satu makanan yang penuh dengan nutrien.

Badam bukan sahaja memberi tenaga yang sihat kepada lelaki tetapi ia juga merupakan pilihan snek yang baik.

Badam adalah makanan yang kaya dengan serat. Ia juga mengandungi nutrien seperti protein, vitamin E & riboflavin. Ia merupakan makanan ringan yang menyeronokkan untuk sesiapa sahaja yang ingin makan makanan sihat.

badam

Nilai Pemakanan Badam

Menurut pangkalan data nutrien yang dihasilkan oleh United States Department of Agriculture (USDA), 100 g badam mengandungi 579 kalori dan jumlah nutrien lain seperti berikut:

  • protein: 21.15 g
  • lemak: 49.93 g
  • karbohidrat: 21.55 g
  • serat: 12.50 g
  • gula: 4.35 g

Sebilangan besar lemak dalam badam adalah lemak tak jenuh tunggal. Badam juga kaya dengan vitamin dan mineral seperti berikut:

  • kalsium: 269 mg
  • besi: 3.71 mg
  • magnesium: 270 mg
  • fosforus: 481 mg
  • kalium: 733 mg
  • vitamin E: 25.63 mg

Adakah Badam Baik Untuk Kesihatan Lelaki?

Badam dipenuhi dengan pelbagai vitamin dan mineral yang dapat menambah kekuatan dan kesihatan lelaki. Di samping itu, ia juga dapat membantu memperbaiki fungsi seksual pada lelaki. Badam mentah dan panggang adalah pilihan paling sihat dan terbaik untuk lelaki.

bijirin badam

buy at shopee

Adakah Badam Mempunyai Kebaikan untuk Disfungsi Ereksi?

Kehidupan seksual biasanya merupakan sesuatu yang penting bagi lelaki dari semua peringkat umur. Setiap lelaki ingin kekal di puncaknya sepanjang hidupnya. Walaupun fungsi tubuh badan lelaki akan semakin merosot dengan umur semakin meningkat, makan makanan tertentu dapat membantu memperbaiki dan memanjangkan kekuatan badan lelaki.

Menurut para penyelidik, faktor risiko yang berkaitan dengan disfungsi seksual dan ereksi termasuk merokok, kurang latihan fizikal, tekanan dan diet yang tidak sihat. Semua ni juga boleh menyebabkan prestasi seksual seseorang lelaki.

Untuk mebaiki keadaan ini, boleh lelaki makan badam dengan lebih kerap untuk meningkatkan kesihatan mereka.

Badam merupakan makanan istimewa dari alam semula jadi yang dapat bantu. Prestasi seksual seorang lelaki secara langsung bergantung pada tahap Testosteron dalam badan. Nutrien penting dalam badam menyokong pertumbuhan Testosteron.

Jadi tidak hairanlah ia adalah salah satu makanan yang dikaitkan dengan kecergasan lelaki sejak zaman dahulu lagi. Kandungan Selenium, Zink dan Vitamin E dalam badam dapat mendorong kesihatan seksual dan pembiakan hormon. Omega-3 Asid lemak yang terdapat dalam badam sangat membantu dalam meningkatkan aliran darah di organ seks juga.

Penyelidikan saintifik dengan jelas menunjukkan bahawa Arginine yang terdapat dalam badam adalah baik untuk memperbaiki keadaan seperti arteri tersumbat dan disfungsi ereksi.

Manfaat Tambahan Atas Badam Untuk Kesihatan Lelaki

Badam Boleh Kuatkan Badan Lelaki

Badam boleh dijadikan sebagai satu makanan ringan yang sihat. Jadi jika anda suka makan makanan ringan, lebih baik anda jadikan badam sebagai makanan ringan anda dan bukan coklat atau snek lain yang tiada nutrien.

Manfaat badam untuk lelaki termasuk fakta bahawa ia adalah sumber protein dan serat. Mereka juga merupakan sumber vitamin E, magnesium dan mangan, semua nutrien yang berkaitan dengan kesihatan bukan saja seksual tetapi juga demi kekuatan badan seseorang lelaki.

Tambah Kesinaran Pada Rambut Kusam

Sekiranya udara yang kering menyebabkan rambut anda jadi rapuh, boleh anda pertimbangkan untuk dapatkan produk rambut yang kaya dengan minyak badam.

Asid lemaknya yang sihat dapat membantu menguatkan rambut dan menambah tekstur. Apabila anda menggunakan produk rambut dengan minyak badam, lemak akan dapat menyerap ke dalam rambut anda dan menjadikan setiap helai rambut kuat dan berkilat.

Menurunkan Keberatan Badan

Badam boleh membantu mengurangkan berat badan untuk lelaki. Badam mungkin tidak mempunyai nisbah nutrien dan kalori yang paling baik, tetapi sebahagian besar kalori mereka mengandungi lemak sihat dan lemak tak jenuh tunggal.

Satu kajian dalam International Journal of Obesity mendapati bahawa makan kacang atau badam sekurang-kurangnya dua kali seminggu dapat membantu menurunkan keberatan badan lelaki.

Membantu Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung

Terdapat dua kajian penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2012 dan 2014 mendapati bahawa badam dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, khususnya pada lelaki yang berlebihan berat badan.

Penyelidikan lebih lanjut menunjukkan bahawa pengambilan badam juga dapat mengurangkan kolesterol LDL yang boleh membantu menurunkan risiko penyakit jantung.

Perkembangan Otak

Badam juga baik untuk perkembangan otak. Kandungan triptofan dalam badam sangat baik untuk menjaga otak yang sihat. Badam bukan saja dapat meningkatkan kekuatan otak anda, ia juga boleh mengawal perubahan mood, dan membantu anda merasa lebih sihat.

Kebaikan lain yang boleh anda perolehi adalah meningkatkan ingatan anda. Bahan kimia di dalam badam berfungsi dengan proses kognitif kita untuk menyokong otak berfungsi dengan baik.

Berapa Banyak Badam Yang Harus Dimakan Oleh Lelaki Setiap Hari?

Makan 60g walnut, hazelnut dan badam setiap hari boleh meningkatkan keinginan seksual pada lelaki dan memberi mereka orgasme yang lebih baik.

Penyelidik Sepanyol melaporkan bahawa secara amnya lelaki mempunyai kehidupan seks yang lebih baik dengan penambahan pengambilan badam dan kacang sehari.

Para saintis percaya nutrien pada kacang dan badam dapat membantu menghantar isyarat ke zakar yang meningkatkan kepekaan dan prestasi.

Badam dan kacang juga kaya dengan antioksidan. Antioksidan ini boleh memberi manfaat kepada sistem kardiovaskular, dan peredaran darah yang sihat yang dikaitkan dengan peningkatan libido.

Tambah Badam Ke Dalam Diet Harian Anda

Badam membuat tambahan nutrien yang baik untuk apa makanan pun. Sarapan pagi merupakan makanan paling penting bagi kita setiap hari dan kita boleh menjadikannya lebih sihat dengan menambahkan badam ke dalam sarapan kita. Ini bukan sahaja dapat menambahkan sarapan pagi yang sihat tetapi juga membantu meningkatkan nilai pemakanannya.

Buat Salad

Salad merupakan satu pilihan makanan yang sesuai untuk lelaki yang ingin turunkan berat badan. Salad boleh disediakan dengan lebih sihat dan rasa lebih enak dengan menambahkan badam di dalamnya.

Terutama kerana konsep salad tidak lagi terhad kepada sayur-sayuran mentah, pelbagai resipi menarik dapat disediakan menggunakan sayur-sayuran dan buah-buahan yang sihat yang ditaburkan badam di atasnya. Salah satu salad yang boleh anda cuba ialah salad badam, jeruk dan labu panggang.

Kesimpulan

Di seluruh dunia, badam digunakan dalam pelbagai bentuk dalam pelbagai jenis hidangan gurih dan snek. Tetapi semuanya membolehkan anda menikmati faedah kesihatan badam dan memberi kesan positif kepada banyak aspek demi kesihatan terutamanya untuk lelaki.

Jadi, untuk mengukuhkan keadaan badan yang sihat, selalu ingat bahawa walau macam mana baik sesuatu makanan, jika makan dengan terlalu lebih akan memberi kesan sebaliknya. Badam juga tidak dikecualikan.

Makan kacang seperti badam adalah sangat sihat dan cerdas, dan anda dapat memperoleh manfaat yang banyak darinya. Mulai hari ini, perlu anda masukkan badam ke dalam mulut anda dan kunyah manfaat kesihatan badam dengan perasaan yang gembira.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *