10 Kucing Yang Paling Mahal Di Dunia

Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan yang paling popular di dunia ini. Dengan daya tarikannya yang unik, ia menjadikan banyak orang di seluruh dunia tertarik dan bersedia untuk memberikan segala kesayangan kepada kucing peliharaan mereka.

Tetapi adalakh anda tahu apa jenis kucing yang anda ada? Adakah anda tahu berapa harga nilai untuk kucing pelihara anda? Perlu anda tahu bahawa harga sebilangan kucing di dunia ini boleh sebanding dengan harga sebuah kereta mewah?

Hari ini saya akan memperkenalkan anda tentang 10 jenis kucing yang paling mahal di dunia.

10. British Shorthair

Harga: $ 500

British Shorthair

Kucing British Shorthair sudah lama wujud dan ia mempunyai sejarah yang agak Panjang. Tetapi tidak sampai awal abad ke-20 ia secara beransur-ansur menjadi semakin popular.

Sifat istimewa tentang kucing British Shorthair ialah ia mempunyai badan yang gemuk dan bulat. Kaki dan anggota badannya juga gemuk dan pendek. Ia banyak didapati di negara England dan sering muncul dalam pelbagai pertunjukan kucing.

9. Kucing Biru Rusia

Harga: $ 800

russian blue cat

Sifat istimewa tentang kucing Biru Rusia ialah ia mempunyai badan yang langsing, dengan telinga runcing tegak, dan kaki yang bulat dan kecil.

Bila ia berjalan, ia seulah-ulah berjalan dengan hujung kaki yang menunjukkan gaya seperti seorang bangsawan
Adakah anda berkenal dengan kartun Tom and Jerry? Watak Tom dalam kartun ini sebenarnya ialah berdasarkan kucing biru Rusia tu.

8. Kucing Bengal

Harga: $ 850

bengal cat

Nenek moyang kucing Bengal adalah kucing campuran di antara kucing macan tutul Asia dan kucing domestik Mesir.

Kucing jenis ini merupakan satu-satunya baka kucing yang mempunyai garis keturunan kucing liar. Tanda unik dan daya tarikan liar untuk kucing ini dapat menarik hati orang ramai.

Pada masa lalu, harga permintaan kucing Bengal perlu beberapa ribu dollar. Tetapi sekarang kerana kucing Bengal telah banyak dibekalkan di seluruh dunia.  Jadi harganya juga sudah turun dengan banyak.

7. Kucing Peter Bald

Harga: $ 1,000

Peter Bald Cat

Kucing Peter Bald bukan tidak berbulu atas badannya. Cuma bulu pada badannya adalah sangat halus dan terlekat hampir dengan kulit.

Kulit kucing ini adalah berkerut. Banyak orang menggambarkan kucing Peter Bald sebagai sebuah buah pic yang hangat ketika disentuh.

6. Kucing berkerak Amerika

Harga: $ 1,200

American Wirehair

Sejarah kucing berkulit keras Amerika dapat ditelusuri pada tahun 1966. Antara anak kucing yang dilahirkan di ladang Verona di negeri New York, Amerika Syarikat.

Setelah 10 tahun mengasuh, kucing berkulit keras Amerika yang terdapat varian bulu hitam dan putih dibiakkan pada masa kini.

Sekarang kucing berkerak Amerika yang mempunyai sifat seperti ini sudah menjadi pilihan pertama bagi pencinta kucing yang sukakan jenis kucing ini.

5. Kucing Keriting Telinga Amerika

Harga: $ 1,200

American Curl

 

Kucing Keriting Telinga Amerika adalah salah satu baka kucing domestic. Ia dicirikan dengan keriting telinga yang boleh bergulung. Badannya juga sangat langsing dan sekata.

Telinga Kucing Keriting Telinga Amerika ini boleh jadi sedemikian adalah disebab mutasi pada genetik kucing.

4. Kucing Lipat Telinga Scotland

Harga: $ 1,500

Kucing Lipat Telinga Scotland adalah spesis kucing yang mempunyai mutasi genetik di telinganya. Sejak asalnya kucing ini ditemukan di Scotland, dan juga ia mempunyai ciri-ciri fizikal yang istimewa. Oleh itu, ia dinamakan Kucing Lipat Telinga Scotland.

Kucing Lipat Telinga Scotland melipat telinga kerana rawannya tidak lengkap, jadi selain dari ciri lipat telinga ini, ia juga mudah mendapat kesakitan anggota badan dan menghadapi masalah dalam pergerakan.

Banyak organisasi perlindungan haiwan telah meminta semua orang supaya tidak memelihara Kucing Lipat Telinga Scotland.

Rakan saya ada memelihara seekor kucing jenis ini. Dari pengalamannya, dia cakap kucing ini sangat comel. Setelah membawanya pulang, ia berkelakuan baik dan senang dibesarkan.

Tetapi dia mengatakan bahawa kos memelihara adalah sangat tinggi. Dia perlu belanja RM500-600 setiap sebulan. Tetapi dia sangat suka dengan kucingnya dan dia menjaganya dengan baik.

3. Kucing Sphinx

Harga: $ 2,000

sphinx cat

Kucing Sphinx adalah keturunan yang jarang berlaku, yang disebabkan oleh mutasi genetik. Kecuali ada bulu lanugo yang nipis dan lembut di telinga, mulut, hidung, dan bahagian depan ekor, tidak ada rambut di bahagian badan lain.

Kucing sphinx mempunyai sifat jinak dan disebabkan ia adalah kucing yang sangat jarang berlaku, jadi ia sangat disukai oleh orang ramai.

2. Kucing Savana

Harga: $ 12,000

Savannah Cat

Kucing Savana adalah kucing yang terbuat dari campuran sepsis kucing Serval dan kucing peliharaan. Penampilannya adalah versi kecil kucing Serval dengan rupa binatang liar.

Disebabkan kucing Savana adalah haiwan yang dilindungi, maka pembiakan silang kucing Savana adalah dilarang di sesetengah negara.

1. Kucing Ashra

Harga: $ 100,000

Ashra Cat

Kucing Ashra adalah kucing jenis campuran. Darahnya berada di antara serval Afrika, dan antara kucing macan tutul dan kucing domestik biasa.

Ia adalah baka baru yang dikembangkan pada tahun 2007 oleh peniaga haiwan peliharaan Britain, Simon Brody di makmal Amerika dan beberapa ahli genetik.

Ashra adalah kucing yang jinak tetapi penuh dengan daya tarikan liar. Dengan corak kulit yang uniknya, ia disukai oleh banyak orang kaya.

Saya mendengar bahawa kucing Ashra yang tulen boleh dijual dengan harga yang lebih dari satu juta dollar. Ia adalah spesis terancam yang mungkin hanya tinggi seratus lebih ekor saja di dunia. Ia dilarang diperdagangkan oleh pemerintah Turki.

Perlu tahu bahawa kucing campuran Ashra dengan kucing Angola juga boleh dijual dengan harga berpuluh-puluh ribu dollar.

Tetapi kerana dilarang diperdagangkan oleh pemerintah Turki, ini bermakna tidak ada orang boleh simpan kucing ini di rumah, jadi campuran Ashra dengan kucing Angola tidak termasuk dalam barisan kucing domestik.

Apa yang dikongsikan tadi adalah sepuluh jenis kucing yang paling mahal di dunia.

Walaupun harga kucing ini adalah sangat luar biasa, tetapi saya percaya bahawa bagi kebanyakan orang, kucing di rumah mereka sendiri adalah kucing yang paling berharga di dunia, kan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *