Cara dan Kaedah Untuk Menguji Emas Tulen

Petang tadi saya pergi membeli emas di sebuah kedai emas yang berdekatan dengan tempat tinggal saya. Pada masa tengah berurusan, boleh pula terfikir cara menguji emas tulen. Curious punya pasal, dengan ringan mulut saya bertanya kepada tauke kedai emas.

“Tauke! Macam mana boleh saya tahu emas yang saya beli ini adalah emas tulen atau palsu? Adakah apa-apa cara yang boleh digunakan untuk menguji emas tulen?”

“Tentulah ada. Selalunya kami akan guna 7 kaedah untuk menguji ketulenan emas,” tauke kedai emas tu membalas dengan pertanyaan saya.

emas tulen
emas tulen

Ya okey… dengan ayat skema.

Kemudian tanpa dipinta, beliau menerangkan secara terperinci cara-cara menguji ketulenan emas berserta dengan alat penguji kepada saya. Dan berikut adalah intipati perbualan tersebut yang telah saya ubah kepada point-point penting untuk dijadikan rujukan.

Kaedah menguji emas tulen

Jika anda berminat untuk beli emas dari seseorang tetapi takut kena tipu, dan anda ingin dapat cara nak tahu emas atau tidak, di bawah adalah beberapa kaedah yang boleh anda buat untuk menguji sama ada sesuatu emas itu tulen atau tidak.

1. Ujian Asid Hidroklorik / Asid Nitrik

Ini merupakan cara menguji ketulenan emas yang paling mudah. Emas digosok pada batu hitam untuk mendapatkan sedikit serbuk emas. Kemudian asid dituangkan ke atasnya untuk melihat tindakbalas kimia yang berlaku pada serbuk tersebut. Jika ianya bertindakbalas dan menghasilkan perubahan warna, emas berkenaan mungkin hanya saduran daripada logam lain. Hal ini kerana emas tulen langsung tidak bertindakbalas dengan asid.

2. Ujian Magnet

Emas tulen bersifat anti-magnet. Ianya tidak akan tertarik oleh magnet apabila diletakkan atau didekatkan. Jika ia didekatkan, maka sudah tahu emas itu bukan tulen.

3. Ujian Warna

Warna emas tulen lebih sekata berbanding emas tiruan. Kebiasaannya warna emas tiruan akan luntur pada bahagian tertentu dan perbezaan warna boleh dilihat melalui kanta pembesar.

4. Ujian Plat Seramik

Ujian ini dilakukan dengan menggesek emas pada permukaan seramik. Sekiranya permukaan seramik meninggalkan garis hitam yang jelas, emas berkenaan adalah palsu.

5. Ujian Kelembutan

Okey. Sebenarnya saya sendiri pun bukan sangat pasti keberkesanan kaedah konvensional ini kerana bunyinya sedikit mengarut. Tapi kalau difikirkan kembali mungkin ada rasionalnya. Menurut tauke kedai emas, emas tulen jauh lebih lembut berbanding emas yang disadur dengan bahan lain. Oleh itu, kita boleh menguji ketulenan emas dengan menggigit emas tersebut dengan gigi kita dan melihat kesan di permukaannya.

Sebelum itu, selalunya saya akan tengok tanda emas di bahagian gancu saja untuk mengenal pasti ketulinan dan jenis emas.

6. Pemeriksaan Visual

Perhatikan pada cangkuk atau penyambung emas. Kebiasaannya jenis emas akan ditanda di bahagian tersebut.

7. Pakai alat uji ketulenan emas – Skala penimbang (Gold Tester)

Pernah tengok alat penimbang di kedai emas? Hah kalau nak tahu.. itu adalah Gold Tester yang digunakan untuk menentukan jenis emas. Kebiasaannya alat ukuran ini memberikan output jenis emas dalam unit karat (Kadar kepadatan emas).

Secara amnya, Dengan suhu yang tinggi dan pada kepanasan tertentu, emas akan mula menjadi cair. Emas yang tulen adalah sangat pemalu dan lebih cepat dicairkan. Kalau emas itu sudah bercampur dengan bahan lain, ia tidak akan begitu mula cair dan itu adalah akibat daripada terlalu banyak berkawan dengan sebatian yang lain.

Begitulah dia 7 cara menguji ketulenan emas seperti yang telah tauke tu duk habaq. Caranya amat simple dan saya yakin anda semua pun boleh mencuba dengan cara-cara yang diberikan di atas sendiri di rumah. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua dan harap anda semua tidak akan tertipu lagi dengan membeli emas tiruan.

Lebih banyak cara lagi

Terdapat juga orang yang pakai cuka untuk menguji sama ada emas itu tulen atau tidak untuk cincin emas.  Langkah-langkah yang boleh anda lakukan adalah seperti berikut:

Langkah 1:
Tuangkan cuka putih ke dalam satu cawan kaca. Jangan tambahkan sebarangan air.

Langkah 2:
Letakkan cincin emas ke dalam cawan yang mengandungi cuka putih itu.

Langkah 3:
Biarkan cincin emas berada di dalam cawan cuka putih selama kira-kira 15 minit.

Langkah 4:
Keluarkan cincin emas dan bilas dengan air. Emas sebenar akan bersinar dengan kilat sementara emas palsu akan mengubah warna selepas bertindak balas dengan asetik ascetic yang ada dalam cuka putih.

cincin emas

Emas merupakan logam yang mempunyai sifat yang stabil dan ia tidak bertindakbalas dengan coretan oksigen. Disebabkan oleh kestabilan emas, ia tidak akan mengubah warna apabila terdedah kepada cuka.

Anda tidak perlu risau sebab ujian yang diajar itu tidak akan menjejaskan cincin emas anda. Sebaliknya, cuka merupakan bahan yang memang biasa digunakan untuk membersihkan perhiasan emas.

Untuk pengetahuan anda, anda perlu tahu bahawa terdapat barang kemas emas yang ditandakan 14k atau 18k walaupun mereka bukan emas yang benar. Ini adalah taktik pemasaran licik yang digunakan oleh sesetengah peniaga barang kemas. Jadi anda perlu tahu untuk membezakan.

Apa yang dimaksudkan dengan tanda barang kemas?

Tanda khas adalah tanda rasmi atau siri tanda yang ditimbulkan pada barangan yang diperbuat daripada logam. Ia digunakan untuk mengesahkan kandungan logam mulia-seperti platinum, emas, perak dan palladium di beberapa negara. Dalam erti kata yang lebih umum, ciri khas istilah juga boleh digunakan untuk merujuk kepada ciri-ciri yang berbeza.

tanda atas barang kemas

Walaupun ujian ini boleh memberi anda petunjuk sama ada emas yang anda beli adalah emas tulen atau palsu, satu-satunya cara yang mudah untuk mengetahui adalah dapatkan penilaian emas dari profesional.

Atau bila beli emas, anda harus sentiasa membeli daripada peniaga yang bereputasi. Kebanyakan peniaga terkemuka akan mempunyai sumber yang boleh dipercayai untuk mendapatkan emas mereka.

Dalam kes emas second hand atau terpakai yang dibeli semula daripada pelanggan, mereka biasanya mengujinya menggunakan mesin XRF. Mesin ini menawarkan cara yang lebih tepat dan tidak merosakkan emas. Mereka dapat menguji ketulenan dengan cara yang mudah dan cepat untuk emas dan mana-mana logam sahaja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *