Apa Akan Jadi Jika Wanita Menjadi Lelaki?

Kadang-kadang aku akan terbayang apa akan jadi kalau-kalau wanita menjadi lelaki dan sebaliknya lelaki menjadi wanita. Ahahaha, tidak dapat aku bayangkan macam mana dunia ini akan jadi agaknya . Akan jadi sangat kelam-kabut kut.

Jadi, kalaulah wanita jadi lelaki ,

jadi lelaki

Habis kedai-kedai mamak semua pakat kaum wanita je belambak. Ada yang lepak tengok bola, usha laki-laki kacak, seap ” suwiiiit ” lagi sebagai tanda membalas dendam semasa mereka di ‘ suwitttt ‘ lelaki dulu.

Mamak-mamak yang bekerja semua terdiri dari golongan wanita sahaja dan ada kemungkinan kaum lelaki akan rasa gelisah dan rimas kerana sering diperhati wanita-wanita macho semasa meminum kopi.

Kalau dulu lelaki melepak sambil hisap rokok sebatang dua, nah sekarang ambik kau bila jadi perempuan asal melepak jumpa kawan-kawan tangan kalau tak kait baju tak sah, Telefon bimbit pula sentiasa tegantung kat leher sebagai persiapan, manalah tahu kalau-kalau tengah melepak saat tu jugak baby dalam perut nak tekeluar. Masa tu lah nak telifon bini suruh hantar pegi klinik baby berdekatan.

Jawatan mak bidan ditukar dan dilupuskan lalu diganti oleh pak-pak bidan yang berbadan sasa.

Habis semua jalan diorang redah, cilok sana, cilok sini. Golongan mat rempit banyak diketuai oleh golongan wanita sehingga kaum lelaki hanya berani untuk bergerak menggunakan LRT.

Wanita mula membangkang tindakan menaikkan harga rokok apabila berjumpa rakan-rakannya manakala lelaki sibuk membincangkan tentang susu bayi terbaik untuk kandungan mereka.

Klinik ibu dan anak terpaksa ditutup dan diganti dengan klinik BAPA DAN ANAK .

Lelaki mula malu-malu apabila wanita mula memandang-memandang mereka dan berminat untuk berkenalan.

Kelihatan para-para bapa mula berpusu-pusu membuat appoinment dengan doktor untuk memeriksa kandungan mereka lelaki atau perempuan dan ditemani oleh isteri-isteri .

Pasar-pasar raya mula dipenuhi kaum lelaki tambah-tambah lagi apabila berita handbag turun harga mula disebarkan di media massa.

Produk-produk kecantikan seperti kosmetik SK-II mula menjadi rebutan lelaki manakala jenama Levis , Adidas pula mula dimintai golongan wanita.

Produk-produk seperti Kotex , Laurier dan Maxi Wings mula dibeli oleh lelaki sahaja.

Ahahaha , sudahlah sampai sini Sudah aku kering idea untuk fikir dengan lanjutnya ni. Kalau masih ada apa-apa pandangan boleh anda tambah sendiri di ruangan komen. Ahahahaha ..

Apa Jadi Jika Aku Jadi Seorang Lelaki

Apa pula aku akan buat sekiranya aku berubah menjadi seorang lelaki pula? Tidak pernah aku fikir sedemikian tetapi bila nak tulis artikel ini, aku ambil sikit masa untuk fikir dengan bersungguh-sunguh. Dengan banyak bayangan dan fikiran yang muncul dalam otak aku, memang banyak perkara juga yang aku ingin cuba atau lakukan.

Aku nampai ramai lelaki sangat suka tengok sukan tinju. Jadi sekiranya aku jadi seorang lelaki, aku akan masuk gelang tinju untuk belajar dan berlatih untuk menjadi seorang peninju. Rasa diri cara untuk berlawan dengan perlawan dalam satu pertandingan.

Sebab ramai lelaki yang mempunyai otak yang kurang rambut, atau pun langsung tiada rambut yang jadikan botak. Jadi aku akan cuba untuk guntingkan semua rambut aku dan rasakan diri apa perasaannya dengan kepala tanpa rambut.

Tidak pernah aku mengalami dengan penumbuhan janggut pada rahang aku. Jadi jika saya seorang lelaki, mesti ada janggut yang keluar pada rahang aku. Aku akan cuba cukur janggut buat masa pertama kali dalam kehidupan dan rasanya akan sangat pelik sekali aku fikir.

Aku ingin bertemu dengan rakan sebilik aku yang memerlukan hubungan romantik dan aku akan menjadi boyfriend idealnya.

Aku selalu mahu menyokong gadis di mana yang paling mereka perlukan sokongan. Hal-hal seperti haid, menormalkan penampilan kulit dan puting, dan sebagainya memang hal-hal yang mereka ambil berat. Jadi aku akan tumpulkan perhatian atasnya.

Aku mahu keluar pada waktu malam tanpa perlu takut akan diekori oleh orang jahat.

Banyak juga perkara yang ingin aku lakukan lagi, tapi susah nak fikirkan sekarang. Jadi sampai ini sajalah buat masa ini. Memang seronoknya jika ia boleh menjadi satu penyataan di mana aku boleh jadi seorang lelaki tapi cuma perlu untuk satu dua hari saja dah cukuplah. Memang aku tidak ingin tukar jadi lelaki buat seumur masa aku.

p/s : kalau lelaki jadi wanita , setiap bulan mesti kena pakai tuuuuuut , tak mau … tak mau …

Hahaha….faham juga ko pasal wanita ye. Jadi, lelaki jangan ingat jadi wanita ni senang. Lagi-lagi bila cukup bulan kena pakai tuuuuut yang dimaksudkan tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *