10 Sebab Saya Suka Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang ramai orang dari negara-negara yang lain di dunia ini yang suka kunjungi. Bagi mereka yang tidak pernah datang ke Malaysia, saya amat rekomen mereka untuk datang dan melawat negara ini.

10 sebab saya suka malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara yang sesuai untuk orang ramai datang bercuti. Jadi untuk penduduk Malaysia, jika anda mempunyai sebab yang berlainan yang anda sukai tentang Malaysia, boleh saja beri komen di bawah, saya ingin mendengar pendapat dari anda.

Atau walaupun anda bukan rakyat malaysia tetapi pernah pergi ke Malaysia, saya juga ingin mendengar fikiran anda.

Baik sekarang biar saya cakap tentang apa yang saya suka dengan negara ini.

1. Ramai Penduduk di Sini Adalah Peramah dan Baik Hati

Kebanyakan orang yang dijumpai di negara ini adalah sangat baik dan senang bergaul bersama. Mereka juga sangat suka menolong antara satu sama lain. Jika ada apa masalah, mereka akan sanggup untuk tolong anda tanpa fikir banyak.

Terdapat banyak kali bila saya perlukan bantuan, memang akan saya dapat bantuan bila saya memberitahu apa bantuan yang saya perlukan.

2. Pelbagai Kaum

Sebab kedua saya suka dengan Malaysia adalah terdapat pelbagai kaum yang bergaul mesra di sini.  Selain dari tiga kaum utama yang terdiri daripada Melayu, Cina dan India, ada lagi kaum bumiputera seperti orang asli tempatan, Iban, Kadazan, Bidayuh dan lain-lain.

Dengan pelbagai kaum yang mengamalkan agama, budaya, dan bahasa yang berlainan, ia menjadikan Malaysia kaya dengan kebudayaan yang berlimpah.

Contoh terbaik adalah negeri Pulau Pinang di mana dalam jarak yang dekat, anda akan nampak masjid, gereja, kuil Hindu dan kuil Buddha yang mengelilingi bandar ini.

Suasana yang diberikan kepada saya adalah sangat aman, damai dan harmoni.

3. Hari Cuti Yang Banyak

Dengan pelbagai kaum yang berlainan, Malaysia juga mempunyai hari cuti yang banyak. Sebab kaum-kaum berlainan mempunyai hari kerayaan yang berlainan. Jadi, rakyat di negara ini dapat menikmati pelbagai kecutian dalam satu tahun.

Kaum-kaum yang merayakan hari kerayaan mereka seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali, Raya Haji, Hari Merdeka dan banyak lagi. Semua ini akan jadi hari cuti dan rakyat Malaysia tidak perlu pergi bekerja dan bersekolah.

4. Pilihan Makanan Yang Banyak

Malaysia memang terkenal dengan makanan mereka di seluruh dunia. Di sini boleh anda dapat makan makanan Melayu, Cina, India yang disediakan dengan bermacam-macam jenis.

Antara yang paling popular ialah nasi lemak dan roti canai. Minuman yang dikenal oleh orang ramai ialah teh tarik dan Milo.

Sebaik saja anda tinggal di Malaysia, mesti anda akan kenal dengan semua makanan ini. Buah-buahan yang paling disukai oleh orang di sini ialah durian. Memang ada banyak jenis durian yang boleh anda nikmati, jadi jangan lupa untuk makan buah durian jika anda datang ke Malaysia.

5. Boleh cakap dalam Pelbagai Bahasa

Walaupun bahasa negara ini adalah Bahasa Melayu, tetapi kebanyakan penduduk di sini boleh lagi cakap dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa English, Cina, Tamil dan lain-lain.

Jika anda seorang pelancong yang datang dari negara lain, anda tidak akan mempunyai halangan untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan.

6. Kos Sara Hidup Yang Rendah

Satu kebaikan untuk tinggal di Malaysia ialah kos sara hidup di sini adalah sangat rendah. Maksud saya ialah harga barangan, makanan, dan perumahan.

Untuk makanan, jika anda bekerja dan pergi makan di restoran pada waktu tengah hari, biasanya sepinggang nasi ayam atau nasi campur cuma dijual dengan harga 6 atau 7 ringgit. Tambah dengan secawan minuman, dalam harga yang kurang dari 10 ringgit sudah boleh anda makan kenyang.

Jika keluar makan di restoran yang baik sikit pun tidak akan terlalu mahal kira-kira 30 sampai 40 seorang sudah boleh dapat makan makanan yang hebat.

Dan sebab Malaysia adalah sebuah negara yang ada mengeluarkan minyak, maka harga minyak di negara ini juga bukan mahal sangat. Kebanyakan penduduk di sini mempunyai kenderaan sendiri seperti kereta atau motor jadi pengangkutan tidak jadi masalah di sini.

7. Pendidikan Yang Bertaraf Tinggi

Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang bertaraf tinggi. Terdapat ramai orang dari luar negara yang hantar anak-anak mereka ke Malaysia untuk tujuan pelajaran. Dan kos pelajaran juga lebih murah berbanding dengan kebanyakan negara.

Jadi, tidak hairan untuk anda nampak ramai pelajar yang datang belajar di sekolah antarakebangsaan di negara ini.

8. Perkhidmatan Kesihatan dan Rawatan Hospital Yang Murah

Taraf perkhidmatan kesihatan dan perubatan di Malaysia mempunyai taraf antarabangsa. Ramai orang yang kagum dengan perkhidmatan kesihatan di negara ini.

Ada juga ramai orang yang sengaja datang ke Malaysia untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan dan perubatan. Rawatan hospital di sini juga sangat murah. Untuk penduduk yang dapat menikmati perkhidmatan hospital awam, mereka cuma perlu bayar kos yang sangat rendah

Untuk dapat rawatan pergigian juga, harganya juga sangat rendah. Penduduk tempatan cuma perlu bayar 1 atau 2 ringgit saja jika nak cabut gigi.

9. Negara Yang Tiada 4 Musim

Semua orang tahu bahawa Malaysia berada di Asia Tenggara, yang lebih dekat dengan khatulistiwa. Jadi, negara ini tidak ada musim bunga, musim summer, musim luruh dan musim sejuk seperti negara lain.

Musim yang ada di negara ini cuma musim panas dan musim hujan. Negara ini biasa hari adalah berada dalam cuaca yang lembap dan panas. Jadi, anda dapat jimat wang untuk beli baju bagi musim yang berlainan.

Negara ini juga amat disukai oleh mereka yang tinggal di negara-negara yang sejuk seperti di timur laut China, atau negara-negara Europe. Kebanyakan daripada mereka akan pilih untuk bercuti di Malaysia pada musim sejuk.

10. Negara Yang Tiada Bencana Alam

Mungkin ada orang yang tidak tahu bahawa Malaysia juga sebuah negara yang jarang mengalami bencana alam.  Mungkin Malaysia adalah sebuah negara yang diberkati oleh tuhan.

Bencana alam seperti gempar bumi, puting beliung, ribut taufan, gunung berapi tidak berlaku di negara ini. Cuma pada musim hujan, ada sesetengah tempat akan mengalami banjir sahaja.

Jadi, tidak perlu anda risau tentang semua bencana alam ini jika tinggal di sini. Jadi, inilah 10 sebab mengapa ramai orang suka Malaysia yang saya ingin kongsikan bersama anda semua.

Ini mungkin adalah maklumat yang berguna bagi mereka yang bercadang untuk berkunjung ke Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *