Kebaikan Habbatus Sauda dan Cara Makannya

Apa Itu Habbatus Sauda?

Habbatus sauda(Nigella sativa/Black cumin) juga dikenali sebagai jintan hitam bagi orang melayu.

Di antara pelbagai tumbuhan ubatan, tumbuhan ini telah muncul sebagai herba ajaib. Ia bukan sahaja banyak dicatat dalam sejarah dan agama, malah banyak penyelidikan telah mendedahkan spektrum potensi farmakologikalnya yang luas.

Berabad-abad lamanya, benih dan minyak habbatus sauda telah digunakan secara meluas di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit. Ia merupakan ubat penting dalam sistem perubatan tradisional India seperti Unani dan Ayurveda.

Habbatus Sauda - Jintan hitam
Habbatus Sauda – Jintan hitam

Di kalangan umat Islam, ia dianggap sebagai salah satu bentuk ubat penyembuhan terunggul yang masih ada kerana telah dinyatakan dalam salah satu Hadis Nabi bahawa benih hitam adalah ubat untuk segala penyakit kecuali kematian.

Faedah Habbatus Sauda

Habbatus sauda telah terbukti berfaedah dalam banyak keadaan penyakit, sebahagian daripadanya telah dinyatakan sebelum ini.

Ramai pesakit yang menggunakan tumbuhan ini sebagai makanan tambahan telah merasai keberkesanannya, dan keperluan untuk mengambil ubat ortodoks mungkin boleh dihentikan bagi sesetengah pesakit.

Berikut adalah beberapa penyakit di mana tambahan habbatus sauda telah diuji dan terbukti mujarab dalam penyembuhan atau pengurusan penyakit, bahkan disyorkan oleh pakar perubatan dalam sesetengah kes.

Anti-alergi (Anti-Allergic)

Jika anda mengalami alahan musim bunga, maka pemandangan musin bunga yang menyenangkan seperti bunga berkembang mekar dan suhu yang lebih hangat, mungkin lebih dilihat oleh anda sebagai masa mata mula bengkak dan berair, kesukaran bernafas dan hidung berhingus yang tidak menyenangkan.

Benih habbatus sauda memang sudah dikenali ramai apabila dikaitkan dengan khasiat penyembuhan yang banyak, termasuk yang dapat melawan penyakit alergi seperti rinitis alergi (allergic rhinitis), asma bronkus (bronchial asthma) dan ekzema atopi (atopic eczema).

Kesihatan kulit (Skin Health)

Minyak habbatus sauda telah dipadatkan dengan nutrien utama bagi kulit yang sihat, ini termasuk vitamin A, B, dan C, kalsium, kalium, magnesium, zink, unsur surih (trace elements ) dan minyak omega. Kesemua ini mampu memulihkan kesihatan semula jadi dan mengekalkan kesegaran kulit, serta memberi pemulihan dan pembaikan yang diperlukan.

Antioksidan yang tinggi, nutrien utama dan bahan antiradang yang terdapat dalam minyak tumbuhan ini, mungkin dapat membantu dengan mengurangkan keradangan dalam penyakit kulit seperti psoriasis, ekzema dan jerawat pada muka.

Merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut

Minyak habbatus sauda adalah minyak benih pemulihan yang telah dikurniai dengan bakat alam semula jadi untuk meransang pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran rambut. Penyelesaian ini yang janji dapat menangani masalah rambut anda, membantu dengan membekalkan kelembapan yang diperlu oleh rambut anda.

Minyak habbatus sauda memainkan peranan yang penting dalam rangsangan pertumbuhan rambut dengan menguatkan folikel rambut yang dapat menghasilkan akar rambut yang kuat.

Kesihatan Sistem Imun (Immune System Health)

Habbatus sauda mempunyai cara yang unik dalam penyokongan sistem imun. Ia mengandungi antioksidan, asid yang berfaedah dan vitamin b-kompleks yang menyokong sistem imun, tetapi bertindak secara berlainan daripada herba seperti elderberi atau echinacea yang memerlukan langkah berjaga-jaga bagi mereka yang menghidap penyakit autoimun.

Tumbuhan ini dapat mengimbangkan sistem imun- meningkatkan fungsi imun tetapi tidak menggalakkan tindak balas imun terhadap tisu badan yang sihat.

Memperkuatkan gigi

Tahukah anda bahawa tumbuhan ini telah diguna secara tradisional untuk merawat masalah gigi seperti bengkak atau perdarahan gusi, dan gigi yang lemah? Sudah tentu anda perlu jumpa doktor gigi, tetapi anda juga boleh mengurut gigi anda dua kali sehari dengan dadih dan sedikit minyak habbatus sauda untuk menguatkan gusi anda.

Menghindari sakit kepala

Salah satu masalah masa kini yang umum bagi mereka yang tinggal di bandar adalah sakit kepala. Selain daripada mengambil pil, anda boleh sapu minyak kalonji pada dahi anda, bersantai, dan tunggu sakit kepala anda hilang. Tidak ada apa yang dapat menandingi kemujaraban ubat semula jadi!

Kolesterol tinggi

Pengambilan 1g benih habbatus sauda yang telah dihancurkan dengan sempuna dua kali sehari dapat mengurangkan lipoprotein ketumpatan rendah (atau kolesterol jahat) dan lemak darah dalam individu yang mempunyai kolesterol tinggi.

Sakit kerongkong

Pati habbatus sauda dapat melegakan kesakitan dan ketidakselesaan pada individu yang mengalami sakit kerongkong dan tonsil bengkak.

Cara Makan

  1. Rebus biji hitam ini dengan air. Biarkan selama 10 minit. Lepas tu tegangkan dan minum.
  2. Biji hitam boleh dimakan bersama salad. Campurkan sedikit biji benih dalam salad atau taruh jintan hitam dengan 1 atau 2 sudu teh ke dalam salad.
  3. Kisar serbuk biji jintan hitam dalam pengisar rempah dan makan bersama dengan madu.
  4. Pakai minyak habbatu sauda dengan separuh sudu teh dan dua sudu madu. Campurkannya dengan air suam dan minum dua kali sehari.
  5. Campurkan jintan hitam itu ke dalam mangkuk yogurt anda.
  6. Campurkan jintan hitam itu ke dalam masakan kari bersama dengan rempah lain.

Kesan Sampingan

Pembubuhan topical jintam hitam mungkin mencetuskan satu kesan sampingan yang dipanggil dermatitis sentuh. Selepas mengendali atau mengguna habbatus sauda, bahagian kulit anda yang bersentuhan dengannya mungkin menjadi merah dan rengsa. Kulit anda juga mungkin menjadi kering atau mula mengelupas atau gatal.

Dapatkan rawatan perubatan dengan segara jika anda mengalami tindak balas kulit yang teruk, seperti lepuh yang menenes atau menyakitkan selepas menggunakannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *