Fakta Yang Tidak Diketahui Oleh Orang Yang Tidak Merokok

Tulisan aku kali ini bukan untuk ditujukan kepada sesiapa, akan tetapi aku ingin mengajak anda semua berfikir secara waras bagaimana dan kesan merokok keatas kehidupan kita seharian. Ya mungkin anda seorang perokok namun hakikatnya apa yang anda buat itu sebenarnya akan memudaratkan diri sendiri dan orang sekelilingnya.

no smoke
no smoke

Mungkin kita merasakan ia hanyalah sekadar permainan dunia saja, namun begitu jika kita teliti sedalam-dalamnya tidak. Ia akan melihatkan keseluruhan kehidupan kita didunia hinggalah keakhirat. Amalan dan ibadah seharian kita akan terancam.

Mungkin anda merasakan ia adalah jauh dari realiti namun jika kita menilai semula akan semua hukum-hukum berkaitan merokok barulah kita akan dapat memahaminya.

Artikel ini adalah berkaitan dengan sikap dan perangai seorang perokok. Jika anda seorang perokok dan tak sanggup untuk menghadapi semua kenyataan perihal diri anda, eloklah berhenti dari membaca artikel ini seterusnya.

20 Sikap dan Alasan Orang Yang Merokok

Berikut adalah antara 20 sikap dan alasan orang-orang yang suka merokok yang mungkin kita tak ketahui dan tak mahu berhenti merokok.

1. Aku hisap rokok sebatang dua je, tak mungkin akan kena penyakit.

2. Aku hisap rokok sikit-sikit je, orang lain hisap lagi banyak, tentu mereka yang kena penyakit dulu.

3. Bapak aku hisap rokok berpuluh tahun sampai umur dia dah tua, tak sakit-sakit pun.

4. Kita hisap rokok hembus keluar asap, mana ada masuk dalam badan.

5. Doktor kata tak yah berhenti hisap rokok sebab dah berpuluh-puluh tahun hisap rokok dah, jadi kalau berhenti akan memudaratkan kesihatan pulak.

6. Kalau tak hisap rokok rasa berair mulut tak berhenti, mengantuk dan tak larat nak buat kerja.

7. Kalau hisap rokok mata jadi terang, otak boleh berfikir lagi baik.

8. Ahh kalau nak sakit, tak hisap rokok pun sakit.

9. Aku hisap sikit je, lepas ni aku berhenti la.

10. Aku tak de rokok pun, tapi meh rokok engkau sebatang.

11. Aku tak hisap rokok putih, tapi hisap rokok daun je.

12. Aku yang hisap rokok, nanti aku la yang sakit, orang lain tak kena apa pun.

13. Kerajaan naikkan harga rokok lagi mahal, lagi la orang cari beli rokok, tambah-tambah ada la pulak rokok haram (seludup).

14. Aku umur dalam 60-70 mati pun tak pa dah, jadi hisap rokok tak de hal la.

15. Kawan aku doktor x-ray dada dia, perghh tersumbat abis, sebab dia hisap rokok dua kotak sehari, aku tak sampai sekotak pun.

16. Aku demam pergi jumpa doktor, dia soh berhenti merokok, apa aku heran, lepas keluar klinik dua hari aku hisap balik lah.

17. Dia boleh la soh aku berhenti merokok sebab dia tak hisap rokok, dia tak tahu betapa susah nak berhenti merokok ni.

18. Kalau berhenti merokok, engkau boleh kaya le sebab duit untuk beli rokok tu boleh simpan dalam bank.

19. Abah aku yang suruh pergi beli rokok, jadi abah aku pun hisap rokok, tak kan dia nak marah kalau aku hisap rokok sama.

20. Kalau tak hisap rokok tak jadi jantan laa….

Biar apa pun alasannya, merokok adalah suatu tabiat yang sangat tidak baik untuk kesihatan. Samada umur seseorang perokok itu panjang masih sihat atau disentap oleh penyakit diseparuh usianya atau meninggal dunia, rokok sebenarnya menyumbang kepada kerosakkan hidup dunia dan akhirat.

kandungan kimia dalam rokok
kandungan kimia dalam rokok

Aku nak ceritakan suatu kisah yang telah berlaku kepada bapa saudara aku. Beliau telah meninggal beberapa tahun yang lalu disebabkan oleh barah (kanser) paru-paru. 6 bulan sebelum beliau meninggal, suara beliau tidak lagi keluar.

Walaupun beliau berusaha untuk bercakap namun yang keluar hanyalah angin saja, tiada suara lagi. Beliau menggunakan pen dan kertas untuk menulis mesej meminta sesuatu.

Sifat-sifat Seorang Perokok

Berikut aku nak kongsikan sifat-sifat seorang perokok yang mungkin kita tidak pernah kaji dan lihat:

1. Kebanyakkan perokok sebenarnya adalah bersifat degil, panas baran, suka cakap besar, ego dan jarang mahu mengalah.

2. Ramai perokok yang suka tipu pasangan mereka dengan memberikan pelbagai alasan untuk mendapatkan sesuatu.

3. Perokok biasanya seorang yang pengotor dengan membuang puting rokok dan habu rokok merata-rata.

4. Rumah perokok biasanya dipenuhi jelaga kuning, melekat di sekeliling ruang rumah.

5. Pakaian mereka sentiasa berbau asap rokok.

6. Biasanya bila di nasihatkan berkenaan keburukan merokok, mereka akan buat-buat dengar padahal didalam hati mereka suka menyumpah yang bukan-bukan.

racun dalam rokok
racun dalam rokok

Hukuman Atas Perokok

Teringat aku pada suatu kisah ketika aku berada di dalam wad hospital. Seorang lelaki pertengahn umur sedang menangis di katil sebelah aku. Bila ku tanya kenapa, beliau menjawab, inilah hukuman ke atas dirinya. Di usia muda pantang orang buat salah, siap sepak terajang diberinya. Sekarang dah sakit, doktor cucuk ubat 6 jarum seminggu kenapa tak berani nak sepak terajangm katanya.

Hakikat kehidupan begitulah, sewaktu usia kita muda, jauh dari penyakit kita merasakan dunia ini kita yang punya. Apabila usia meningkat dan sudah dihinggapi penyakit baru nak menyesal. Itu sudah terlambat kerana merawat sesuatu penyakit itu bukanlah semudah dikata, kerana ia melibatkan kesabaran dan semangat.

Jika anda seorang perokok, adalah dinasihatkan berusahalah untuk meninggalkan nya. Kerana perbuatan itu tak pernah diakui oleh sesiapa pun untuk mendatangkan apa-apa manafaat. Malah kehidupan seseorang perokok itu akan dihimpit dengan pelbagai masalah demi masalah.

Kehidupan di dunia ini adalah sementara. Kita dituntut oleh ugama kita untuk menjaga diri kita sendiri. Kita dituntut untuk mencari keberkatan hidup. Namun begitu jika kita merokok yang mana telah di wartakan sebagai haram, manakan ada lagi keberkatan hidup. Doa orang yang merokok tentulah jauh sekali akan didengari oleh Allah s.w.t.

Adakah Allah Mengampunkan?

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jika orang merokok itu bertaubat ketika hampir mati, tentulah Allah akan mengampunkan dosa-dosa perbuatan merokok itu. Soalnya jika doa kita pun Allah tak nak pandang inikan pula setakat taubat dimulut saja.

Ingatlah taubat yang dituntut ialah taubat nasuha, taubat yang sungguh-sungguh disamping rasa benci. Betul Allah sukakan hambanya yang melakukan dosa dan bertaubat, akan tetapi Allah lebih benci kepada hamba yang bertangguh-tangguh untuk bertaubat.

Sebagai kesimpulannya, marilah kita sama-sama berusaha untuk menjauhi dari tabiat yang tiada apa-apa faedah ini. Ia bukan saja membahayakan perokok itu sendiri malah membahayakan orang-orang sekelilingnya. Kajian menunjukkan jika suami perokok maka risiko isteri mendapat barah pangkal rahim adalah jauh lebih tinggi.

Begitu juga kanser-kanser lain yang mungkin menyerang orang yang kita selama ini sayangi. Berhentilah sebelum terlambat. Ambil lah iktibar dari kisah bapa saudara ku yang meninggal akibat dari rokok. Pandangan sayu ketika beliau sakit amat menyentuh hati aku, namun apalah daya aku, sekadar doa saja yang mampu aku pohon.

Terdapat seorang perokok yang merupakan kawan saya yang sedang menderita akibat merokok. Beliau baru melakukan pembedahan bypass, 7 sumbatan di jantung, 3 diantaranya tersumbat total. Sudah berhenti merokok 16 tahun lalu tapi masih kena kesan buruk rokok.

Baca juga: Cara untuk berhenti merokok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *