SAPS Ibu Bapa Untuk Semak Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa membolehkan para ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka masing-masing.

Apakah itu SAPS?

Ia merupakan nama singkatan bagi Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah. Sistem ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE). Melalui sistem analisa ini, guru-guru hanya perlu memuat naik markah-markah peperiksaan murid di sekolah. Ibu bapa hanya perlu mengakses ke laman sesawang SAPS untuk mengetahui perkembangan dan pencapaian anaknya di sekolah.

Sejarah Tentang SAPS NKRA

Bidang Keberhasilan Utama Negara atau NKRA (NATIONAL KEY RESULT AREAS) merupakan kawasan yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia yang perlu diusahakan supaya dapat memenuhi keperluan semua rakyat Malaysia. SAPS NKRA itu dimulakan pada tahun 2009.

Ia bertujuan untuk meningkatkan kadar literasi di negara ini. Pelaksanaannya adalah untuk memastikan setiap kanak-kanak dapat menguasai kemahiran literasi dan numerasi asas selepas belajar 3 tahun dalam pendidikan rendah.

saps ibu bapa
saps ibu bapa

Bagaimana Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah berfungsi
Melalui inisiatif SAPS ini, guru-guru akan memasukkan ujian pelajar dan keputusan peperiksaan ke pangkalan data. Ibu bapa boleh akses keputusan akademik anak-anak mereka secara masa nyata di dengan selesa di rumah tanpa perlu pergi ke sekolah di mana ia mungkin tidak mudah bagi kedua ibu bapa dan guru sekolah.

Adakah sistem analisis peperiksaan sekolah guru ini merangkumi semua peringkat sekolah? Jawapannya tidak. SAPS pada masa ini hanya membolehkan ibu bapa pelajar-pelajar peringkat-peringkat berikut untuk membuat semakan secara online:

      • Sekolah Rendah dari darjah satu sehingga darjah 6

saps upsr 2a

    • Sekolah Menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5

saps ibubapa4

Sistem analisa ini tidak merangkumi pelajar-pelajar pra-universiti ataupun tingkatan 6.
Melalui SAPS, ibu bapa boleh membuat 2 jenis semakan keputusan iaitu;

  • Keputusan Peperiksaan
  • Markah murid-murid untuk setiap peperiksaan sepanjang tahun.

Kebaikan

  • APS menyediakan alatan dan ciri analitikal yang boleh melengkap , membaiki serta menaikan taraf pengajaran guru. Ini akan menyumbang ke arah meningkatkan prestasi pelajar mereka.
  • Ibu bapa boleh mengetahui keputusan anak di sekolah dengan lebih cepat dan mudah. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja tidak perlu pergi ke sekolah pun boleh tahu keputusan anaknya.
  • Tanpa merujuk kepada Buku Laporan Prestasi Murid, ibu bapa tahu keputusan pelajaran anaknya. Ramai pelajar yang gagal peperiksaan tidak berani membawa balik Buku Laporan Prestasi Murid untuk disemak dan ditandatangani oleh ibu bapa. Masalah ini boleh dicegah dengan adanya SAPS ini.

Keburukan

  • Beban kerja guru-guru bertambah. Guru-guru pada masa ini bukan sahaja perlu memasuki kelas untuk mengajar murid-murid, tetapi perlu menulis Rancagan Pengajaran Harian. Tugas-tugas harian yang ada sudah cukup meletihkan. Dengan adanya aplikasi ini, para guru perlu pula meluangkan masa untuk memasukkan markah-markah peperiksaan murid-murid ke pangkalan data SAPS. Nisbah bilangan komputur dengan bilangan guru sekalah yang tidak seimbang turut merumit dan melambatkan lagi proses ini.

Cara-cara Untuk Membuat Semakan Peperiksaan

Senang sahaja untuk membuat semakan peperiksaan dengan menggunakan SPAS. Sila ikut langkah berikut:

1. Klik https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

saps login

2. Masukkan nombor kad pengenalan murid ataupun nombor sijil lahir dan klik cari{nombor sahaja, sila abaikan dash (-)}

3. Pilih negeri murid belajar

4. Klik butang “Cari di Sini” untuk mendapatkan nama sekolah

5. Setelah berjaya mencari nama sekolah, tekan “Semak”,

Laman SAPS

Untuk sebarang pertanyaan cara mengakses SAPS ibu bapa, sila hubungi nombor ini.

Talian Sementara: 012-6497579

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8:30 am sehingga 5:00pm)

Waktu rehat: 1:00pm sehingga 2:00pm, kecuali Jumaat 12:15pm sehingga 2:45pm

Masalah Tidak Dapat Log Masuk

Sekiranya anda cuba untuk log masuk ke sistem Saps tetapi mempunyai masalah, ini mungkin disebabkan anda telah masukkan ID atau kata laluan yang salah.

Sistem ini adalah “case sensitif”. Jadi jika anda silap taip huruf besar/kecil untuk ID atau password, ia juga akan tunjukkan error dan anda dilarang log masuk.

Untuk maklumat anda, cuma guru-guru tertentu yang layak untuk tukar login ID dan kata laluan mereka. Pengguna ibu bapa tiada kelayakan untuk tukar ID atau kata laluan mereka.

Sekiranya ibu bapa tidak dapat log masuk, mereka perlu menghubungi guru kelas anak mereka dan beritahu masalah mereka.

Guru kelas akan mmebuat semakan atas nombor kad pengenalan dengan dokumen sokongan seperti sijil lahir.

Selepas semakan dibuat, guru kelas perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan membuat laporan kepada SUP sekolah tentang masalah ini.

SUP akan mengemaskini nombor kad pengenalan pelajar tersebut di dalam sistem SAPS dan selepas selesai, ibu bapa untuk pelajar tersebut akan diberitahu.

Mengapa Sistem in Ditutup pada 2018?

Sistem Saps ditutup buat sementara pada 2018 disebabkan sistem ini kena hacked oleh hacker dan maklumat guru-guru dan pelajar telah dibocorkan. Jadi kerajaan dari pejabat pendidikan mengambil keputusan untuk menutupkan sistem in buat sementara untuk membuat semakan dan mepertingkatkan sistem ini buat keseluruhannya.

Kerja-kerja menaik taraf keselataman sistem dilakukan supaya ia adalah selamat untuk dipakai oleh semua pengguna.

Kesimpulan

Jika anda risau tentang pencapaian akademik anak, tetapi oleh sebab-sebab tertentu anda tidak dapat membuat pengesahan pencapaian mereka, maka gunakan lah SAPS NKRA. Anda mungkin bertanya apa ini?

SAPS adalah satu sistem analisa yang dibuat khas untuk membantu ibu bapa meneliti keputusan anak secara online dari pelbagai ujian seperti peperiksaan pertama, kedua, midterm, tahunan, PT3 dan sebagainya. Keputusan peperiksaan dikemas kini oleh guru-guru yang mengajarnya.

Peninjauan prestasi serta aktiviti anak di sekolah boleh dibuat dengan SAPS. Walaupun anak anda tidak diberikan perhatian 100% daripada guru-guru di sekolah, tetapi dengan adanya pemantauan ibu bapa akan membantu anak mereka mendapatkan keputusan yang lebih baik pada peperiksaan di masa hadapan.

Artikel berkaitan:
Amalkan 5 Tips Ini Atas Ulang Ambil Peperiksaan Bocor

5 Comments on “SAPS Ibu Bapa Untuk Semak Keputusan Peperiksaan”

  1. Pihak berkenaan boleh tolonglah buat SAPS tu jadi balik seperti versi dulu yang senang utk buka dan mudah utk buat semakan. Lepas tukar yang baru banyak susah utk semak sebab nama sekolah selalu tak jumpa. Nak tengok markah utk satu subjek saja pun kena ambil masa yang panjang utk cari nama sekolah.

  2. Saya ada dowload Apps SAPS. Tetapi selepas saya isi nombor IC dan tekan enter, tiada pilihan bagi saya untuk negeri dan nama sekolah. Tak dapat akses langsung. Pihak bila boleh selesaikan masalah ini?

  3. Portal Saps ini oklah diguna walaupun ada jug byk masalah dengan laman nya. I blh tau markah peperiksaan anak saya dgn cepat sebelum dia bagitau I.

  4. markah kadang-kadang tak betul. Markah sejarah anak i tunjuk 95 markah, tapi keputusan kertas yg diberi oleh cikgu cuma 80 saja.

  5. Adalah baik bagi ibu bapa pakai dengan betul. Jangan biar anak meteka rasa tertekan bila keputusan mereka kurang baik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *