Punca Bateri Kereta Cepat Habis Dan Cara Penjagaan

Fungsi bateri kereta adalah ia menyediakan daya hidup untuk sebuah kenderaan. Semua pemandu bergantung kepada bateri untuk hidupkan enjin kereta mereka dan membolehkan ia berjalan di jalan raya.

Tetapi kebanyakan pemandu hanya akan ingatkan bateri kereta mereka apabila kereta mereka terkandas di tepi jalan dan enjin tidak dapat dihidupkan lagi.

Bateri Kereta Boleh Tahan Berapa Lama?

Purata jangka hayat untuk bateri kereta boleh dipakai di antara 3 hingga 5 tahun, tetapi kebanyakan orang akan mendapati mereka perlu tukar bateri kereta mereka selepas 1 atau 2 tahun, kenapa?

bateri kereta varta

Ini adalah masa yang tepat di mana anda perlu tukar bateri adalah bergantung kepada beberapa faktor.

Jangka hayat bateri kereta anda bergantung kepada berapa kerap anda memandu kereta anda, di mana anda letak kereta, dan adakah anda cas gajet dan alat elektronik anda di dalam kereta dengan kerap.

Punca Bateri Kereta Cepat Habis

Senarai isu-isu yang boleh menyebabkan bateri kereta cepat habis atau kong adalah banyak panjang. Tetapi hampir semua sebab boleh dibahagikan ke dalam tiga kategori asas iaitu masalah bateri, masalah sistem elektrik, dan kesilapan pengguna.

Lupa tutup lampu di luar atau dalam kereta

Jika kita lupa tutup lampu besar depan kereta selepas matikan enjin, atau lampu yang ada di dalam lupa untuk tutup dan dibiarkan terus nyala sampai keesokkan hari, bateri memang akan habis dan mati.

Bateri dalam keadaan lemah

Bateri yang lama tidak diselenggara atau lemah mungkin tidak akan cas kereta dengan baik. Sekiranya bateri jarang diselenggara, ia mungkin akan mati dengan kerap masa.

Masalah sistem pengecasan

Jika bateri kereta tak masuk cas atau seolah-olah nak mati apabila anda memandu, sistem pengecasan mungkin sudah ada masalah. Adalah baik untuk anda buka kereta dan semak atau pandu ke bengkel untuk semak oleh foreman.

Cuaca Yang Terlalu Panas Atau Sejuk

Sama ada anda letak kereta di bawah cuaca yang sangat panas atau terlampau sejuk, suhu boleh menyebabkan pembinaan kristal plumbum sulfat. Jika kereta anda dibiarkan dalam keadaan sedemikian untuk masa yang lama, pembentukan sulfat boleh merosakkan jangka hayat bateri kereta.

Kadang-kadang anda semak bateri kereta ok tapi tak boleh start, ini mungkin puncanya.

Tanda-tanda Bateri Kereta Jadi Lemah

Macam mana boleh kita tahu sama ada bateri kereta kita sudah nak habis dan perlu ditukar? Memang terdapat tanda-tanda yang boleh kita perhatikan.

Susah Untuk Hidupkan Kereta Awal Pagi

Jika kereta yang kita tidak pandu direhatkan sampai keesokkan pagi, dan bila kita nak hidupkan kereta, ia bukan macam biasan kita cuma perlu pusingkan kunci dan enjin terus dihidupkan tetapi sekarang perlu ambil masa yang lama untuk hidupkan enjin, maka ini bermakna bateri sudah nak habis.

Lampu Besar Nampak Malap

Pada waktu malam, bila pandu kereta kita rasa lampu besar di depan kereta itu nampak malap, ini juga adalah tanda di mana bateri sudah jadi lemah.

Semua Setting Siaran Radio FM Hilang

Jika anda mendapati semua setting untuk siaran radio FM yang anda sudah set dalam kereta anda semua hilang atau reset kepada factory default, maka ini juga anda satu tanda bateri sudah nak kong.

Panel meter minyak hilang

Biasa panel meter dalam kereta akan tunjukkan berapa kandungan minyak yang masih ada dalam kereta. Ia juga ada indicator nombor ada lagi berapa km minyak ini boleh dipakai. Jika bateri jadi lemah, nombor indicator km itu akan hilang dan jadi dot dot dot.

Bateri Kereta Kering vs Basah

Perbezaan utama antara bateri basah dan bateri kering adalah bateri basah menggunakan elektrolit cair, sedangkan bateri kering menggunakan elektrolit tampal.

Bateri Basah

Bateri basah biasanya boleh anda dapat dengan harga yang lebih murah. Walau bagaimanapun anda perlu mengekalkan elektrolit cecair ke tahap yang disyorkan kerana tahap elektrolit yang tidak mencukupi boleh menghasilkan prestasi yang kurang dan bateri perlu dicaj semula.

Penjagaan berterusan adalah perlu dengan bateri basah untuk mengelakkan tumpahan asid. Juga, plug ventilasi bateri (cpas) perlu ditutup rapat untuk mengelakkan penyejatan asid.

Bateri Kering

Bateri kering menggunakan elektrolit tampal, dengan kelembapan yang cukup untuk membolehkan arus mengalir. Pada masa kini kebanyakan kereta dilengkapi dengan bateri kering kerana mereka dianggap mesra alam. Oleh kerana tiada asap asid keluar dari bateri kering, maka ancaman kebocoran atau asid tumpah tidak akan berlaku.

Chart Untuk Perbezaan Antara Bateri Kering dan Bateri Basah

Bateri Basah

Bateri Kering

Lebih berat

Lebih ringan

Tidak mesra alam

Mesra alam

Saiz lebih besar

Saiz lebih kecil

Elektrolit cecair

Elektrolit tampalan

Perlu diperiksa dari masa ke masa

Tiada penyelenggaraan diperlukan

Kurang tahan dengan cuaca sejuk

Lebih tahan dengan cuaca sejuk

Lebih murah

Lebih mahal

Cara Penjagaan Bateri

  1. Memeriksa terminal bateri secara berkala. Pastikan bateri sentiasa bersih dan kering. Bersihkan terminal bateri yang berkarat dengan air panas untuk menghilangkan deposit dan kakisan padanya.
  2. Menggunakan gris yang bertahan suhu tinggi dan sapu atas sambungan kabel untuk memberikan perlindungan tambahan.
  3. Pandu kereta anda sekurang-kurangnya sekali sehari selama 30 minit.
  4. Mengekalkan paras caj optimum dengan pengecas bateri jika anda tidak pandu kereta anda untuk jangka masa yang lama.
  5. Buat servis kereta anda dari masa ke masa dan meminta bengkel untuk buat pemeriksaan atas bateri kereta anda.
  6. Periksa sama ada bateri asid anda mempunyai elektrolit yang cukup. Isi air suling ke dalamnya bila perlu.

Jika anda pakai bateri maintenance-free, ia mempunyai kuasa cranking yang lebih tinggi, kapasiti pengecasan yang lebih besar, mengecas lebih cepat dan bertahan lebih lama berbanding dengan bateri asid konvensional.

Kebanyakan bateri maintenance-free juga dilengkapi dengan penunjuk untuk menentukan sama ada bateri berada pada caj optimumnya, dan apabila ia perlu ditukar.

Bacaan Bateri Kereta Yang Baik

Biasanya bateri yang kita pakai dalam kereta adalah bateri yang mempunyai voltan(voltage)12V. Bacaan voltage pengecasan yang baik semasa enjin kereta dihidupkan adalah 14V.

Jika bacaan voltage untuk bateri kereta anda cuma menunjukkan 13V atau ke bawah, ini bermakna sistem pengecasan untuk kereta sudah tidak bagus. Kemungkinan alternator dalam kereta sudah rosak dan mengakibatkan secondary defect atas bateri kereta.

Cara Pasang Bateri Kereta

Jika anda ingin tahu macam mana tukar bateri kereta anda yang sudah rosak itu, boleh anda rujuk ke video yang disediakan di bawah untuk tukar dan pasang sendiri.

Jenama Bateri Kereta Yang Bagus

Bagi pemandu di Malaysia, terdapat beberapa jenama yang amat popular yang dipakai oleh kebanyakan kereta. Ada yang harganya lebih tinggi tetapi memang berkualiti dan boleh dipakai dengan lebih lama. Antara jenama-jenama adalah termasuk:

  • Amaron
  • Yokohama
  • Century
  • Quantum
  • Bosch
  • Yuasa
  • Varta

Baca juga: Jenis Tape Untuk Kereta Dan Cara Menghilangkan Sisa Double Tape

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *