Perundingan dan Tawar Menawar Yang Berkesan

Terdapat sesuatu yang ingin saya berkongsi dengan anda yang saya ingat anda mungkin mempunyai minat untuk tahu. Apa yang saya nak bincangkan adalah tentang cara berunding yang efektif.

Perundingan ini dalam kata orang putih atau bahasa inggeris ialah “Negotiation”. Dalam buku Getting Past No, William Ury telah senaraikan langkah-langkah untuk berunding dan menerangkan langkah-langkah ini dengan teliti untuk memastikan sesebuah rundingan boleh diadakan dengan berjaya.

perundingan berkesan

Tiada apa-apa yang boleh diumpamakan dengan kemahiran seni rundingan untuk mendapatkan tawaran yang baik demi sesuatu persetujuan. Jika anda menikmati rundingan, anda akan menyukai tip ini tentang cara menguasai seni rundingan.

Mendapat kesepakatan yang lebih baik untuk persetujuan anda yang seterusnya, mendapatkan jaminan percuma dengan jurujual kereta, atau mendapatkan naik taraf ke bilik yang lebih baik di hotel adalah satu keseronokan.

Semuanya agak mudah untuk dilakukan apabila anda menguasai seni rundingan. Tetapi yang sebenarnya adalah keseronokan untuk anda menyedari bahawa ia benar-benar tentang mempercayai bahawa anda boleh berunding dan mendapatkan dengan lebih sekiranya anda meminta dalam satu rundingan.

Mari kita kaji bersama-sama tentang langkah-langkah yang dibincangkan dalam bukunya.

1. Apabila kita diserang, jangan memberi reaksi

Apabila kita diserang oleh pihak yang bertentangan dengan sesuatu yang kita tidak suka, kita jangan beri reaksi dengan segera seperti tembak balik percakapan atau timbulkan kemarahan di muka kita. Apa yang patut kita buat adalah bertindak seperti biasa sahaja tanpa tunjukkan emosi yang ketara.

Apa yang perlu kita selalu ingat adalah bahawa kita tidak mampu mengawal apa yang dilakukan oleh orang lain terhadap kita, tetapi kita mampu mengawal perangai dan emosi diri kita sendiri.

Bila dicabar dengan perkataan yang kita tidak suka dengar, jangan segera naik marah sebab ini adalah tujuan dari pihak bertentangan dan jika anda tunjukkan kemarahan anda dengan segera, ini akan terus beri peluang bagi mereka untuk menyerang dengan selanjutnya.

Kita sepatutnya tumpukan perhatian kepada perkara yang diingini oleh kita dan bukan perkataan yang sengaja dicetus oleh pihak bertentangan.

2. Melangkah ke bahagian yang lain

Apabila pihak tersebut menyerang kita dengan percakapan yang senang untuk mencetuskan kemarahan kita, mereka sebenarnya bertujuan dan mengharapkan kita menolak, memberi reaksi atau menyerang kembali.

Jadi apa yang perlu kita buat bukannya marah tetapi adalah memberi kejutan kepada mereka. Apa yang paling baik untuk dibuat ialah lakukan perkara yang sebaliknya dan bukan perbuatan yang mereka harap kita lakukan.

Pandang mereka dan dengar pada pendapat mereka. Menunjukkan sesuatu di mana anda hargai hujah yang dicakap oleh mereka dan cuba untuk bersetuju dengan pendapat yang dikatakan oleh mereka.

Apa yang patut kita elakkan adalah jangan kita bertengkar dengan mereka. Jika kita lakukan sedemikian, kita mungkin sudah jatuh ke dalam perangkap yang disediakan oleh mereka.

3. Ubahkan keadan permainan

Jangan menolak tawaran daripada mereka walaupun perkara tersebut agak sukar untuk dilakukan. Boleh kita cuba untuk susun semula cabaran yang dihadapi sehinggakan permainan berubah daripada keadaan tawar menawar kepada penyelesaian bersama di mana kita mempunyai perundingan yang menang-menang untuk kedua-dua pihak.

4. Membina jambatan emas

Menurut William Ury, pada peringkat ini anda sudah bersedia untuk berunding. Pasa masa ini anda perlu memainkan peranan sebagai orang tengah jika didapati mereka masih cuba melengah-lengahkan dan jangan mendesak atau menolak.

Lakukan perkara yang berlawanan. Pujuk mereka dan buatkan mereka mudah untuk berkata ‘Ya’. Terima idea mereka dan jangan jatuhkan air muka mereka. Biar mereka kelihatan seperti telah berjaya dan memperolehi kemenangan.

5. Guna kuasa untuk mendidik

Pada peringkat ini juga mereka masih lagi menolak. Sebabnya mereka percaya mampu menang tanpa mengorban sedikit kepentingan mereka.

Jadi pada peringkat inilah kita mesti membuatkan mereka susah untuk berkata tidak pada pelawan kita. Ugutan hanya akan memberi kesan bertentangan.

Ajari mereka tentang kesan tidak bersetuju dan beritahu mereka bahawa penyelesaian kita akan memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak dan bukannya mencari kemenangan mutlak.

6. Masa Yang Baik Untuk Tamatkan Rundingan

Akhirnya, kedua-dua belah pihak akan mahu menamatkan proses rundingan apabila mereka berfikir bahawa mereka telah merundingkan perjanjian yang mereka rasa puas hati.

Apa yang dilakukan oleh pihak masing-masing adalah cuba untuk mengimbangi cadangan alternatif yang pada masa ini ada di atas meja dan bukan nak mencapai persetujuan. Ini hampir adalah definisi perundingan.

Satu lagi perkara yang akan membantu kedua-dua pihak bersetuju bahawa sekarang adalah masa untuk menamatkan rundingan jika kedua-dua pihak percaya bahawa pihak lain telah membuat semua persetujuan yang mereka minta. Jika kedua-dua pihak sudah setuju atas semua syarat yang disenaraikan dalam rundingan, maka pada masa itu tidak perlulah terus berunding lagi, boleh tamatkan rundingan dengan persetujuan bersama.

Baca juga:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *