Web
Analytics

Suntikan Vaksin Covid-19 – Apa Yang Perlu Anda Tahu


Menteri Kesihatan sudah buat pengumuman untuk semua rakyat berdaftar dan dapatkan suntikan vaksin Covid-19. Sekiranya anda telah mendaftar dan mempunyai janji temu, pastikan anda melakukan suntikan tepat pada waktunya.

Sebelum itu, terdapat beberapa perkara yang perlu anda ketahui sebelum menjalani suntikan. Inilah merupakan apa yang ingin saya kongsikan kepada anda di sini.

suntikan vaksin covid-19

Artikel ini bertujuan untuk membantu semua orang supaya lebih memahami tentang keseluruhan proses vaksinasi, apa persediaan yang harus dibuat terlebih dahulu, dan juga apa yang harus diberi perhatian selepas itu.

Apa yang paling penting ialah setelah membaca artikel ini, anda tidak akan bimbang untuk masuk tidur pada waktu malam sebelum vaksinasi. Dengan itu, anda tidak akan rasa takut untuk mengambil suntikan vaksin.

Persiapan Sebelum Vaksinasi

1. Pastikan anda memahami kemungkinan kesan sampingan vaksinasi:
(Kesan sampingan kecil) Tidak kira vaksin mana satu yang anda ambil, dalam kebanyakan kes, kesan sampingan kecil yang mungkin berlaku adalah sama, antaranya termasuk:

  • Sakit kepala
  • Demam
  • Badan kehilangan tenaga
  • Sakit otot
  • Rasa bengkak dan kesakitan di tempat suntikan

(Kesudahan teruk)

  • Pfizer: Kesan sampingan yang sangat sensitif (0.0004%)
  • Astrazeneca: Masalah trombosis (0.0009%)

* Risiko trombosis pada pesakit yang didiagnosis dengan Covid-19 adalah 16.5%, yang 16 ribu kali lebih tinggi daripada risiko vaksinasi

2. Susunkan urusan kerja sebelum suntikan:
Berdasarkan maklum balas dari kebanyakan orang di sekitar saya, kesimpulannya adalah bahawa hampir semua orang mempunyai gejala ringan, dan gejala dos kedua lebih jelas daripada dos pertama.

Saya rekomen anda untuk mengaturkan cuti bersama syarikat kerja anda setelah mengetahui tarikh vaksinasi agar tidak menjejaskan pekerjaan. Sekiranya anda tidak dapat bercuti, cubalah mengatur jadual yang lebih santai.

3. Wanita hamil / pesakit dengan penyakit kronik / orang yang mempunyai sejarah alahan teruk:
Sila berjumpa dengan doktor anda untuk periksa sama ada sesuai untuk vaksinasi. Perlukah mereka terus mengambil ubat atau berhenti buat sementara.

4. Sehari sebelum vaksinasi:
Pastikan anda makan dengan baik, tidur nyenyak, dan menjaga suasana hati yang bahagia. Kerana vaksin akan merangsang sistem imun untuk bertindak balas. Jika anda kurang tidur, ia boleh menyebabkan sistem kekebalan tubuh yang lemah, dan gejala yang tidak selesa akan jadi lebih jelas selepas suntikan.

Pada Hari Vaksinasi

1. Ingat untuk membawa IC, telefon, pakaian tebal yang dapat tahan sejuk.

  • IC perlu dibawa dan tidak perlu saya jelas lagi.
  • Telefon digunakan untuk mengimbas mysejahtera, kerana setelah vaksinasi, anda akan menerima sijil vaksin. Dan semua ni adalah dibuat secara elektronik.
  • Penyaman udara di kebanyakan hospital adalah terlampau sejuk, jadi dengan ada pakaian yang tebal dan boleh tahan sejuk akan dapat menyelamatkan nyawa anda.

2. Jangan pergi dengan perut kosong:
Anda mungkin terlalu teruja atau terlalu tertekan, ditambah dengan rasa lapar, jadi semasa suntikan, kemungkinan gula darah anda akan tiba-tiba turunk ke tahap yang rendah. Dengan ini, anda mungkin akan rasa pening atau boleh pengsan.

3. Keseluruhan proses ambil masa 45-60 minit:
Bukannya kakitangan hospital kerja dengan lambat, mereka memang sangat profesional, dan keseluruhan proses biasanya dapat jalan dengan lancar. Ia memerlukan masa yang lama kerana kita akan melalui sekurang-kurangnya 5 stesen yang berbeza:

  • Sahkan nama dan imbas mysejahtera
  • Kakitangan perubatan akan menjelaskan kepada anda kemungkinan kesan sampingan dan menandatangani borang persetujuan.
  • Vaksinasi
  • Perhatikan selama 30 minit
  • Jadualkan bila untuk ambil dos kedua
  • Selfie dengan handphone sebelum pergi (ini biasanya ambil masa yang paling lama)

Selepas Vaksinasi

1. Reaksi buruk / sekuel:
Antara yang boleh diselesaikan dengan sendiri adalah seperti sakit kepala, pening, demam, kelemahan umum, sakit otot, kemerahan dan sakit di tempat suntikan. Jika perlu, anda boleh ambil panadol dan berehat dengan lebih banyak.

2. Bilakah anda perlu pergi ke hospital?
Selepas ambil suntikan vaksin, jika anda mengalami kesukaran bernafas, mata bengkak, wajah bengkak, degupan jantung yang cepat, dan busa angin yang teruk di seluruh badan anda, perlu anda dapatkan bantuan perubatan secepat mungkin.

Bagi orang yang diberi vaksin Astrazeneca, dalam waktu 4 hari hingga 4 minggu setelah menerima vaksin, jika gejala berikut muncul, segera dapatkan rawatan perubatan.

  • Ubat penahan sakit tidak melegakan sakit kepala yang teruk.
  • Sakit kepala bertambah teruk ketika berbaring atau membongkok.
  • Sakit kepala yang tidak biasa dengan penglihatan kabur, mual dan muntah.
  • Terdapat bintik-bintik kecil pada kulit, dan ia akan kelihatan hitam dan biru walaupun tidak langgar pada apa-apa benda.
  • Kesukaran bernafas, sakit dada, bengkak kaki, atau sakit perut yang berterusan.

3. Perkara yang tidak digalakkan selepas vaksinasi (pada dasarnya tidak ada banyak sekatan):

  • Ada orang yang cakap tidak boleh mandi selama 24 jam selepas vaksinasi, tetapi ini memang tidak sah, boleh saja anda mandi tanpa risau.
  • Dari segi pemakanan, adalah baik untuk elakkan ambil makanan yang menjengkelkan dalam masa 24 jam.

(Baru-baru ini, ada seorang rakan saya selepas dia ambil suntikan vaksin, dia segera pergi makan makanan laut. Akibatnya, dia mengalami alergi teruk dan perlu dirawat di hospital. Masalahnya di sini ialah kita tidak tahu adakah alergi ini disebabkan oleh makanan laut atau vaksin. Jika keadaan jadi tidak stabil, ia juga akan mempengaruhi sama ada anda boleh mendapatkan dos vaksin kedua pada masa akan datang.)

Akhirnya, saya masih ingin mengingatkan semua orang bahawa setelah vaksinasi, sistem imun biasanya memerlukan 1-2 minggu untuk menghasilkan antibodi. Jadi, masih perlu anda jaga badan dengan baik.

Walaupun selepas dua dos, masih ada kemungkinan anda akan dijangkiti dengan Covid-19, tetapi gejalanya tidak akan begitu parah. Jadi sangat penting untuk mengambil perlindugan SOP yang diperlukan.

Sila maklumkan mesej ini kepada penatua, ahli keluarga dan rakan-rakan anda yang akan pergi ambil suntikan vaksin agar mereka tidak rasa terlalu risau. Saya doakan yang terbaik kepada anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Posts