Web Analytics
mainan anak

Tips Memilih Mainan Yang Aman Untuk Anak

Mengikut milestone anak, dikatakan bahawa pemberian stimulasi atau rangsangan bagi anak usia balita melalui cara yang menyeronokkan, merupakan salah satu prinsip dasar parenting yang perlu diperhatikan secara teliti oleh para ibu bapa.

Dengan menurut sumber yang sama, dikatakan bahawa rangsangan yang menyenangkan boleh didapatkan melalui aktiviti bermain, juga dengan menggunakan alat penyokong seperti mainan, atau bermain secara fizikal.

Oleh kerana itu, pemilihan jenis mainan ataupun permainan yang tepat, seharusnya menjadi perhatian yang penting kepada semua ibu bapa. Ini disebabkan pada tahap ini, kanak-kanak masih berada dalam proses belajar.

Jadi, bagaimanakah isu dan tips untuk bijak memilih mainan anak agar mereka mempunyai manfaat sebagai proses pembelajaran?

mainan anak

Petua dan tips

Berikut merupakan beberapa petua dan tips yang boleh anda jadi rujukan supaya ia dapat membantu anda untuk memilih mainan anak sebagaimana diolah daripada pelbagai sumber, iaitu:

Bahan

Perhatikan bahan baku pembuatan mainan anak. Pada masa sekarang, terdapat beberapa jenis bahan mainan anak yang ternyata mempunyai efek sampingan yang membahayakan kerana diperbuat daripada melamin.

Menurut penyelidikan Kementerian Kesihatan di Malaysia, dikatakan bahawa mainan yang terbuat dari bahan melamin boleh mencetuskan terjadinya penyakit kanser, lebih-lebih lagi jika anak masih gemar menelan mainan yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Saiz

Perhatikan juga saiz mainan anak yang harus disesuaikan dengan postur tubuh anak. Mainan anak yang terlalu besar atau terlalu berat, boleh saja memperbesar kemungkinan berlakunya kecederaan ketika bermain atau dimainkan.

Demikian juga halnya jika saiz mainan terlalu kecil. Saiz mainan anak yang terlalu kecil boleh saja memperbesar potensi tertelannya mainan, apalagi jika anak masih gemar memasukkan apa-apa ke dalam mulutnya.

Edukatif

Pilihlah jenis mainan yang mempunyai nilai edukatif, terutama dalam melatih keupayaan kognitif, motor serta kecerdasan anak.

Beberapa jenis mainan edukatif anak yang boleh dipilih antara lain mainan menyusun potongan gambar atau puzzle, menyusun balok, atau bahkan mainan aneka bentuk yang boleh dimasukkan ke dalam bekas yang mempunyai bentuk sesuai dengan jenis mainan.

Sesuai usia

Sesuaikan juga jenis mainan dengan usia anak. Kanak berumur 2 tahun pastinya tidak sesuai jika dibelikan mainan remote control kerana masih terbatasnya kemampuan motoriknya.

Demikian juga jenis mainan yang boleh meniru suara pastinya juga tidak sesuai untuk anak usia kurang dari 2 tahun kerana kemampuan verbalnya yang masih terhad.

Demikianlah beberapa isu dan tips memilih mainan anak yang boleh dipertimbangkan ibu bapa.

Jenama Alat Mainan Bayi Yang Terkenal

Seperti barang kegunaan yang lain, alat mainan bayi juga mempunyai beberapa jenama yang popular di pasaran. Ada yang merupakan pioneer ataupun perintis yang memulakan operasi penciptaan dan penghasilan alat mainan bayi untuk dipasarkan.

Fisher Price

Pada tahun 1930, Herm Fisher berpendapat dunia memerlukan alat mainan yang lebih baik dan dihasilkan mengikut imaginasi, boleh mengghairahkan serta melucukan pemainnya.

Jadi dia bergabung dengan Irving Price dan Helen Schelle (yang namanya tidak dimasukkan dalam logo syarikat) untuk menubuhkan syarikat yang mengambil nama Fisher-Price. Alat mainan bayi yang pertama dihasilkan oleh mereka ialah “16 hopefuls”.

Sejak itu, Fisher-Price sentiasa berpegang kepada prinsip pengasasnya iaitu sentiasa mencipta baby toys yang memberikan kegembiraan kepada kanak-kanak dan pada masa yang sama mempunyai unsur-unsur pembelajaran yang mampu membantu perkembangan minda setiap bayi.

Untuk terus membawa kegembiraan kepada generasi merupakan unsur utama di dalam penciptaan dan perekaan kid toys baru mereka. Baby toys mereka meliputi umur 0-6 bulan, 6-12 bulan, 12-24 bulan, 2-3 tahun, 3-4 tahun dan 4-5 tahun.

alat mainan bayi

Lamaze

Lamaze juga merupakan satu jenama yang membekalkan mainan kanak-kanak yang amat popular khususnya di negara Eropah. Di Malaysia, anda boleh membeli alat mainan Lamaze di Toysrus. Di samping itu, terdapat juga banyak kedai online toys di Malaysia yang ada membekalkan mainan yang diperbuat dari Lamaze.

Sistem Pembangunan Bayi Lamaze merupakan satu sistem yang sangat baik dan ia merupakan asas ataupun unsur utama dalam alat mainan bayi yang mereka hasilkan. Sistem ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu;

  1. Membangkitkan deria bayi dari lahir hingga 24 bulan. (toys berbunyi untuk tahap ini)
  2. Meneroka dan bereskperimen dari 6-24 bulan.
  3. Bergerak dan bertindak dari 9-24 bulan.

Keselamatan Alat Mainan Bayi

Tiada apa lagi yang penting selain daripada memastikan produk mainan bayi yang anda beri kepada anak anda tidak membahayakan. Setiap pengeluar harus bertanggungjawab dan memastikan permainan kanak-kanak yang dikeluarkan oleh mereka adalah selamat untuk dimain oleh bayi.

Mereka harus memastikan setiap item yang dikeluarkan oleh mereka adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak berkuasa. Jika alat mainan bayi dibuat oleh sub-kontraktor, pemeriksaan harus diketatkan dengan menghantar barang siap ataupun separa siap untuk diperiksa oleh pihak ketiga dari semasa ke semasa.

Artikel berkaitan:

Leave a Comment