Kenapa Wanita Susah Nak Ngam Sesama Mereka?

Tetiba saja aku jadi pakar saiko dalam hubungan wanita bersama dengan wanita. Kalau baca tajuk yang ditulis di atas tu, anda mungkin perasaan atau ada kekasih, kawan wanita, adik, saudara-mara yang pernah bergaduh sesama mereka.

Saya perasaan sejak dari zaman sekolah lagi mesti ada murid-murid yang tak ngam antara satu sama lain. Lebih-lebih lagi kalau ada apa-apa acara yang membabitkan satu kumpulan, sudah pasti ada dapat banyak konflik yang boleh menyebabkan pergaduhan antara satu sama lain.

Memang teruk la kalau tengok perempuan bergaduh. Dulu masa kecil bila saya duduk dalam flat. Saya pernah nampak sendiri di mana ada makcik-makcik yang duduk berdekatan di flat situ bergaduh sampai gigit-gigit lagi.

Selepas kejadian itu saya selalu berdoa dan harap-harap perkara seperti ini tidak berlaku lagi dan juga saya doa supaya tidak akan dapat isteri macam tu. Takut sangat bila nampak mereka gaduh dengan garangnya.

gocoh
gocoh

Apa Perbezaan Wanita dari Lelaki

Berbeza dengan lelaki, mereka tidak memikirkan hal yang remeh temeh. Lelaki ada juga bergaduh kalau melibat kes tipu menipu, mencuri, kes motor dan melibatkan maruah keluarga dan sebagainya.

Wanita boleh bergaduh sesama mereka dari hal-hal yang kecil sehingga hal yang besar-besar. Kalau hal yang besar tu mungkin kita tidak hairan sangat tapi hal yang kecil seperti kes seterika, mesin basuh, makan tak pelawa, pergi tengok wayang tak ajak dan bermacam-macam lagi yang kita lelaki tak jangkakan.

Selalunya kes-kes macam ni banyak berlaku di rumah sewa, kolej kediaman, sekolah, tempat kerja yang melibatkan ramai wanita. Yang mulanya mungkin mereka semua berbual-bual dan bergaul bersama dengan mesra. Tetapi tiba-tiba saja pengaduhan boleh berlaku dan suara yang dikeluarkan memang boleh tinggi sampai ke langit.

Peliknya macam mana boleh jadi macam tu?

Soalan ini hanya kaum wanita saja yang boleh jawab, kita lelaki cuma boleh tengok saja dari jarak jauh.

Memang ada sikit malu nak cakap, tapi itulah wanita dengan sifat-sifatnya yg unik. Mereka membuat dan berkelakuan seperti itu mungkin untuk melepaskan beban di dada mereka( ada juga wanita yang suka menangis atau ada juga yang melepaskan geram dengan cara seperti itu).

Secara amnya, wanita memang adalah lain dengan lelaki di mana keramaian lelaki lebih pandai untuk menyimpan perasaan mereka tanpa tunjuk di depan orang.

Bagi wanita pula, saya ingat mereka lebih suka untuk meluahkan perasaan mereka dengan cara yang terus dan mereka suka melepaskannya dengan secepat mungkin tanpa simpan di dalam.

Bagi saya, saya selalu rasa macam ada sesuatu yang mengganggu diri mereka ni. Saya pernah tengok video budak-budak perempuan yang masih belajar di sekolah dan mereka boleh bergaduh macam lelaki. Saya tahu mereka masih belajar sebab mereka bergaduh dengan pakai baju sekolah. Lagi la buruk rupa masing-masing yang bergaduh di depan sekolah tu.

Tarik Perhatian?

Ada orang yang fikir hal ini macam sesuatu yang mudah saja. Kuat dengki tak bley tengok yang lain lebey. Perempuan sukakan perhatian daripada orang lain. Kalau saingannya lebey menonjol, mula ler PHD.

Sebagai contohnya, jika seorang wanita yang memakai baju dengan cun dan dia kena puji oleh rakan-rakannya, yang seorang wanita lagi keesokan harinya mungkin akan gila beli baju yang lagi branded dan mahal untuk mendapatkan perhatian daripada orang lain! Memang banyak berlaku perkara seperti ini di kalangan wanita yang saya kenal.

Tapi pada saya kelakuan seperti ini amat bodoh, buang masa dan habiskan duit saja. Akhir apa yang mereka dapat mungkin hutang credit card yang berlambak sebab beli pelbagai baju jenama yang mempunyai harga yang tinggi. Kalau nak lumba siapa hebat pun biar lah yang senunus cket.

Ini mungkin sebab Allah buatkan hati perempuan ni sensitif yang mudah tersentuh kot? Mereka bukan mudah nak ngam sebab mereka terdapat perasaan tidak selamat dengan wanita yang lain.

Contohnya jika wanita itu sudah kahwin dan ada suami, dia akan takut suaminya kena rampas oleh wanita lain sebab kurang keyakinan dengan diri sendiri. Maka jika ada apa-apa hal kecil terjadi, dia dengan cepat akan jadi tak ngam dengan wanita yang lain.

Jadi apa pendapat anda? Adakah anda setuju atau anda ingat lelaki pun satu macam saja.

Bolehlah kita bincangkan kat sini kenapa wanita jadi macam tu, atau kaum wanita sendiri yang nak luahkan kenapa mereka tidak ngam dengan wanita lain..

Nota : lelaki boleh bagi pendapat tapi jgn mengutuk ya. Perlu berikan pendapat yang bermanfaat supaya kita semua dapat hidup dalam satu masyarakat yang aman dan damai.

Artikel berkaitan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *