Cara Paling Murah Untuk Memandu ke KLIA2

Adakah anda bersedia untuk naik kapal terbang pergi ke luar negara tetapi mempunyai masalah bahawa tiada orang boleh hantar anda ke lapangan terbang?

Jika anda sendiri memandu kereta ke lapangan terbang dan letak kereta anda di tempat letak kereta KLIA2, apabila anda balik dari luar negara dan ingin bayar yuran parking, bayaran letak kenderaan yang tinggi akan mengejutkan anda.

klia2
klia2

Jadi macam mana boleh anda buat jika anda benar-benar perlu memandu kereta sendiri ke KLIA2?

Amoun Besar Yang Boleh Anda Jimat

Di sini adalah satu cara yang saya ingin mengesyorkan dan kongsi dengan anda semua. I akan memberi sikit tips untuk anda tentang tempat letak kereta yang super murah, jadi lain kali anda boleh memandu kereta ke KLIA2 tanpa perlu bimbang lagi untuk membayar bayaran tempat letak kereta yang terlalu mahal!

Bila I cakap murah, ia benar-benar murah sebab anda cuma perlu bayar RM5 untuk satu hari sahaja. Malahan tempat itu lagi memberi sistem keselamatan 24 jam. Nak tahu mana tempat tu? Tempat itu adalah Putrajaya Sentral!

putrajaya sentral
putrajaya sentral

Jika dibandingkan dengan tempat letak kereta di KLIA2, Bayaran letak kereta Putrajaya Sentral adalah benar-benar murah dan anda boleh jimatkan wang yang banyak.

Anda boleh rujuk ke gambar bawah untuk perbandingan tentang bayaran tempat letak kereta di antara KLIA2 dan Putrajaya Sentral:

klia2 rate

putrajaya sentral rate

Katakan anda hendak pergi ke luar negara selama 7 hari, maka:

Bayaran letak KLIA2: RM46 x 7 = RM322

Bayaran letak kereta Putrajaya Sentral: (RM2 x 7) + (RM3 x 6) = RM32

Bilangan hari letak kereta adalah sama, tetapi bayaran letak kereta di KLIA2 lebih mahal daripada Putrajaya Sentral dengan perbezaan setinggi RM300!

Berdasarkan informasi di atas, kita dapat simpulkan 3 kebaikan untuk meletak kereta kita di Putrajaya Sentral:

  • Keselamatan (pengawal keselamatan mengawasi tempat letak kereta 24 jam)
  • Kemudahan (anda cuma perlu menaiki KLIA Expressway / KLIA Transit dari Putrajaya dan anda boleh sampai ke KLIA dan KLIA2 dalam masa yang singkat sahaja.
  • Murah
park n ride
park n ride

Soalan Yang Selalu Ditanya:

Q1: Di manakah Putrajaya Sentral?

A1: Lebuh Perdana Barat, Presint 7, Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia. ((Rujuk peta di bawah)

Q2: Bagaimana berlepas dari Putrajaya Sentral ke KLIA dan KLIA2?

A2: Selepas letak kereta anda di tempat letak kereta Putrajaya Sentral, anda hanya perlu membeli tiket KLIA Transit dan ia akan hantar anda sampai ke KLIA atau KLIA2.

  • Tiket untuk kanak-kanak: RM 4.20 setiap orang
  • Tiket unutk orang dewasa: RM 9.40 setiap orang

Buat Perancangan Terlebih Dahulu

Satu perkara yang anda perlu mengambil perhatian adalah bahawa pelepasan dari Putrajaya Sentral ke KLIA2 mengambil masa kira-kira 30 minit, dan tiada perkhidmatan kereta api LRT di tengah malam. Jadi anda perlu membuat rancangan masa anda sendiri supaya tidak menghadapi sebarangan gangguan atau kelewatan untuk menaiki kapal terbang anda.

Jika anda nak semak jadual waktu perkhidmatan KLIA Transit, boleh anda klik di sini.

putrajaya cyberjaya
putrajaya cyberjaya

Jadi, pada masa depan jika anda ingin merancang perjalanan ke luar negara, tidak lagilah perlu anda khuatir tiada orang yang ingin hantar anda pergi ke lapangan terbang atau kena caj bayaran yang tinggi yang perlu anda bayar untuk letak kereta di tempat letak kereta di KLIA2.

Apa yang hanya anda perlu lakukan adalah memandu kereta dan parking di tempat letak kereta di Putrajaya Sentral. Semua settle!

Lain Cara

Pakai GrabCar dari KL Sentral ke KLIA2

GrabCar adalah perkhidmatan kereta dengan pemandu yang berasaskan aplikasi yang membolehkan anda mendapatkan servis pengangkutan melalus Apps dari telefon pintar anda.

Ia akan mengambil masa kira-kira 50 minit dari KL Sentral ke KLIA2. Tapi masa yang diambil masih perlu bergantung kepada trafik. Menggunakan GrabCar untuk ambil penumpang ke KLIA2 dari KL Sentral akan dikenakan bayaran di antara RM80 – RM110. Tiada bayaran tambahan tengah malam 50% diperlukan.

Pakai Taxi dari KL Sentral ke KLIA2

Mengambil teksi ke KLIA2 mungkin merupakan cara yang paling selesa bagi ramai orang. Boleh anda panggil perkhidmatan teksi di mana-mana tempat saja di pusat bandar ke lapangan terbang.

Anda boleh mendapatkan teksi untuk mengambil anda betul-betul di depan hotel yang anda tinggal (dengan KLIA Express anda perlu pergi ke KL Sentral).

Perjalanan dari KL Sentral ke KLIA2 dengan teksi mengambil masa kira-kira 50 minit tetapi bergantung kepada kelancaran jalan raya juga. Teksi biasanya kenakan tambang dari RM70 – RM100 + tambang untuk perjalanan dari pusat bandar KL ke lapangan terbang KLIA2.

Perlu diingatkan bahawa jika anda panggil perkhidmatan teksi pada tengah malam, anda perlu membayar surcaj tengah malam sebanyak 50% dan ini akan menjadikan bayaran pengangkutan anda mahal dengan pakai teksi.

Artikel berkaitan:
Cara beli tiket Air Asia online dengan murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *