Buat Overdraft Dengan Gunakan Sijil ASB

Adakah anda tahu macam mana untuk buat overdraft dengan menggunakan sijil ASB? Sekiranya anda tidak,  boleh anda baca terus untuk mengetahui cara untuk buat overdraft.

Konsepnya adalah mudah, kita cagarkan sijil ASB, buka akaun overdraft dengan bank yang menerima Sijil ASB sebagai cagaran (contoh, CIMB dan RHB). Bila lulus kita boleh buka satu akaun semasa yang terdapat had overdraft untuk dibelanjakan.

Kenapa Buat Overdraft?

Tujuan untuk kita membuat demikian adalah untuk mengurangkan interest apabila kita membelanjakan wang. Kita pakai duit dari akaun overdraft bermaksud kita berhutang dengan bank dalam akaun semasa.

overdraft

Pada masa yang sama faedah dalam akaun ASB kita tetap ada. Katakan faedah ASB 8% dan faedah akaun overdraft ialah 6% (daily rest), ini bermakna kita telah jimat 2% interest.

Daily rest tu apa dia?: Interest akan dikira berdasarkan baki harian, maknanya interest akan makin kurang kalau baki hutang itu berkurangan.

Kaedah untuk kurangkan interest adalah simple saja. Anda masukkan gaji anda ke dalam akaun overdraft dan keluarkan/gunakan wang hanya apabila perlu. Tidak perlu simpan wang tunai banyak-banyak di dompet sebab duit di dalam dompet tak dapat kurangkan interest. kalau ada bil kad kredit tu, bayar pada tarikh yang akhir, tak payah bayar awal-awal. Biarkan duit anda kekal selama mungkin dalam akaun overdraft.

Langkah-langkah yang berkaitan:

1. Pergi PNB (di Jalan Tun Razak, sebelah tabung haji), minta borang untuk buat sijil. Isi borang dan letakkan jumlah yang hendak dijadikan sijil. Macam kes saya, saya letak RM 20,000.

Ambil nombor dan pergi ke kaunter bila nombor dipanggil. Sijil akan siap on the spot. Anda kena bayar RM 10 untuk yuran proses. Baki dalam buku akan berkurangan. Katakan anda ada RM 24,000, buat sijil RM 20,000, jad baki dalam buku akan jadi RM 4,000.

Perlu anda tahu bahawa minimum limit untuk OD adalah RM 10,000. Dan RM 10,000 itu merupakan 90% dari  amount sijil. Ini bermakna sijil ASB anda kena ada  minimum RM 11,200.

2. Pergi ke bank dan ambil borang untuk buat overdraft. Macam kes CIMB, borang dia adalah borang pinjaman perumahan.

Isi borang dan serta sekali dokumen-dokumen:

  • slip gaji 3 bulan
  • salinan sijil
  • penyata back
  • salinan IC

Cimb bagi 90% dari jumlah sijil. Jadi kalau anda mempunyai RM 20,000 nilai sijil, Anda boleh buat overdraft sampai ke RM 18,000.

3. Follow up dengan officer overdraft untuk mengetahui sama ada permohonan anda ada lulus atau tidak. Biasanya dalam 3 hari sudah boleh tahu.

4. Bila sudah lulus, maka tunggu saja offer letter. Bila sudah siap, pergi ke bank untuk tandatangan offer letter dan bawa sijil asal ASB tu. Bank akan ambil sijil ASB tu sebagai jaminan.

Kalau tak mampu bayar balik bank akan ambil duit dalam sijil itu. Apabila anda buat tandatangan atas offer letter tu, anda perlu tahu bahawa anda kena buat bayaran untuk benda-benda seperti di bawah:

  1. RM 10 untuk matikan stamp.
  2. RM 50 untuk cas process dari Bank CIMB.
  3. RM 100 untuk cas process dari PNB.
  4. RM 50 untuk buka akaun semasa (akaun di mana overdraft akan dimasukkan). Macam kes saya, pelanggan CIMB yang sedia ada nilai minimum untuk buka akaun semasa ialah RM 50. Kalau bukan existing customer, mungkin anda perlu sediakan RM 100 kot.

Anda akan  dapat buku cek yang dicas RM7.50 untuk 50 keping cek. Jadi baki dalam akaun semasa yang baru buka cuma tinggal RM 42.50.

5. Tunggu lama sikit (agak dalam 3 minggu) sebab proses yang CIMB kena lalui dengan PNB makan masa. Officer akan telefon suruh untuk sign beberapa borang dan dokumen. Yang aku ingat kena sign borang merah ASB (borang keluar duit) dan cap jari.

6. 3 hari bekerja lepas tu dah duit masuk dalam akaun. Macam kes saya yang pertama kali buat overdraft, saya tunggu lepas 3 hari dan saya semak CIMBClicks di mana baki masih RM 42.50. jadi pada hari ke 5 saya terus hubungi officer bank dan bagi tahu dia bahawa overdraft masih tak masuk.

Dia suruh saya klik pada detail dalam akaun tu, barulah aku nampak dia ada tulis OVERDRAFT LIMIT: RM 18,000. Saya yang jahil ni ingatkan akaun semasa saya akan jadi RM18,042.50.

Katakanlah saya keluarkan RM 1,000 dari akaun overdraft saya, baki akaun semasa saya akan jadi -RM 1,000 (negative RM 1,000).

current account

Ini ada gambar yang tunjukkan contoh akaun semasa yang sudah negative (ni jumlah awal yang dapat). Sekarang ni lagi banyak negative. Tengok akaun simpanan saya adalah pada amount minimum.

Buat OD Dengan CIMB Cawangan PNB

JIka nak buat OD, lebih baik anda pergi ke CIMB cawangan PNB dan bukan mana-mana cawangan CIMB. Sebab mereka yang biasa buat OD dan tahu tentang semua proses.

JIka anda pergi ke cawangan lain yang bukan biasa buat OD, mereka mungkin akan beri borang yang salah untuk anda isi dan mereka juga tidak reti nak kira interest OD untuk anda.

Beli Hartanah Dengan Overdraft

Tujuan saya buat OD adalah saya nak pakainya untuk beli property and menjanakan pasif income. Saya pernah dengar orang manipulate OD ini dengan memasukkan semula ke ASB tapi saya sendiri tidak pernah buat macam ni.

Duit dalam OD tu kita boleh gunakan ikut suka hati kita. Sama ada nak melabur dalam hartanah, atau masukkan dalam ASB, atau beli motor pun boleh. Tapi mesti ingat yang duit anda belanja dengan overdraft tu ada interest yang perlu anda bayar punya.  Interest akan dikira pada hujung bulan, memang akan ditolak terus dari akaun semasa kita. Yang penting kena pastikan ada duit  dalam akaun semasa tu.

Kalau kita nak maksimumkan dividen dalam ASB, maka tak payahlah kita penuhkan balik OD tu. Kalau rasa duit sudah banyak baru perlu kita penuhkan balik OD. Lepas tu boleh tebus balik.

Kalau kita perlu guna balik ASB yang sudah jadi sijil tu, susah ke prosesnya? Amaun OD yang sudah pakai tu, memang kena tebus balik, betul? Tapi berapa lama nak dapat balik sijil tu? Manalan tahu tiba-tiba ada emergency dan kena pakai duit dengan cepat?

Katakan anda ada sijil ASB tapi tidak buat OD. Maka kalau nak pakai duit, boleh anda tebus balik saja sijil di buku ASB. Bila sudah masuk dalam ASB, boleh anda keluarkan duit macam biasa.

Jika anda ada sijil dan lepas tu buat OD dengan bank. Kalau nak pakai duit, boleh guna duit dari account OD. Kalau nak ambil balik sijil dari bank, kenalah anda jelaskan account OD dulu.

Kalau anda sudah terpakai RM 7,000 dalam OD, maka anda perlu settlekan RM 7,000 tu dulu.  Lepas tu beritahu bank bahawa anda nak tebus balik sijil. Bila bank sudah pulangkan sijil, boleh anda masukkanlah ke dalam ASB balik.

Tapi boleh anda cuba untuk fikir, kalau anda boleh bayar balik amount yang sudah dipakai du dalam OD untuk tebus sijil tu, bukankah lebih baik untuk anda guna terus duit tu untuk kes emergency?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *